“Bukannya saya tidak keluar dengan orang lain, tetapi mungkin sebab dia seorang pemain bola sepak, perkara ini menjadi besar. Jujur, setakat ini, hubungan kami tidaklah serapat yang disangka, kami hanya berkawan.
“Malah saya bertemu dengan dia juga tidak kurang daripada lima kali. Itu pun bukanlah merancang untuk keluar bersama, ia tak dirancang. Yang pasti setiap kali juga pasti bersama rakan-rakan,” katanya.
Tidak menolak Izham seorang yang menyenangkan, namun bagi Mia tidak elok untuk dia terus mengeluarkan komen atas perkara ini.
“Dia seorang yang menyenangkan, tetapi buat masa ini saya memang tidak boleh beri komen apa-apa. Tiada cinta antara kami. Tambahan pula, saya wanita, jadi tidak manis sebenarnya bercakap hal sebegini,” katanya dalam bahasa penuh lembut.
Tidak melihat kisah ini menyebabkan dia sukar didekati mana-mana lelaki, Mia percaya dengan ketentuan jodoh.
“Tidak risau pun kalau ada yang anggap lelaki takut mendekati saya gara-gara gosip ini.
“Bagi saya, kalau benar ada jodoh, pasti saya akan berkahwin juga,”katanya.
Mempunyai niat untuk berkahwin, namun saat ini semuanya berbalik kepada jodoh. Adalah perkara biasa untuk golongan wanita sepertinya ditanya soalan berkaitan jodoh, termasuk oleh ahli keluarganya. Namun tiada apa yang paling melegakan untuk Mia sendiri mengetahui, keluarganya sentiasa memahami.
“Ikutkan saya sendiri juga sudah bersedia, keluarga memang ada bertanya tentang ini. Tetapi tidaklah sampai mendesak saya untuk berkahwin.
“Saya memang memulakan karier lakonan pada umur agak lewat. Bagaimanapun saya tidak pernah terfikir untuk lupa terus soal perkahwinan dalam usaha fokus kepada kerjaya,”katanya.
Ditanya sama ada bersedia sekiranya suatu hari nanti bakal suami mahu dia meninggalkan terus bidang lakonan, Mia bijak menjawab. Anak kelahiran Taiping, Perak ini memberitahu, jika benar suatu hari nanti suami meminta dia memberikan fokus kepada keluarga, empunya diri akan akur.
“Bergelar isteri bermakna saya perlu menurut perintah suami, jadi tidak ada masalah. Perlu saya faham kedudukan diri sebagai seorang isteri ketika itu. Sebab itu, buat masa sekarang fokus saya tetap karier dahulu sebelum jadi milik orang,” katanya.
Sementara itu, Mia menyifatkan rezeki dirinya terus murah dengan pelantikan sebagai wajah kempen OlIcandy Premium Edition, memandangkan dia adalah pengguna setia produk kecantikan ini.
“Saya sudah menggunakan produk ini dan yakin dengan hasilnya. Terima kasih juga kepada pemilik produk ini yang sudi memberi peluang kepada saya menjadi wajah kepada kempen ini selama empat bulan,” katanya.