CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15861|Reply: 66

[Edisi Sentap] Shah Reza Tinggalkan Program Che Ta? Ini Jawapan Penerbit

[Copy link]
Post time 9-6-2016 12:18 AM | Show all posts |Read mode


Pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza terkilan dengan sikap diva seorang artis yang membuatkan dia terpaksa menunggu selama dua jam untuk sebuah rakaman program Hari Raya yang diadakan pada Isnin.

Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 55, berkata, sikap tidak berdisiplin artis itu membuatkan dia kecewa sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan meninggalkan set penggambaran selain enggan terlibat dalam program bual bicara berkenaan.

"Semalam saya menunggu seorang artis selama dua jam di lokasi rakaman program bual bicara raya, akhirnya saya ambil keputusan untuk balik sahaja.

"Pihak produksi berjanji untuk mulakan rakaman awal dan saya sudah bersiap sedia, namun disebabkan artis tersebut tidak sampai, rakaman ditundakan sehinggalah hampir masuk waktu berbuka puasa," ujarnya kepada mStar Online.

Shah Reza berkata, dia terkilan apabila artis tersebut juga tidak meminta maaf atau menjelaskan perkara yang berlaku atas kelewatannya.

Bagaimanapun, dia tidak mahu menyalahkan artis terbabit kerana kemungkinan dia mempunyai alasannya tersendiri.

"Sebelum ini saya ada berlakon dengan artis terkenal seperti Aaron Aziz dan jika dia lambat ke lokasi dia akan mesej saya secara peribadi untuk minta maaf kerana lewat.

"Itu adalah cara sebenar untuk menghormati orang lebih tua daripada kita, perkara ini saya sudah praktikkan ketika saya muda lagi. Pada saya perlu ada rasa hormat antara artis baru kepada artis lama," ujarnya.


INI JAWAPAN PENERBIT

Pengarah rancangan Teh Tarik Che Ta, menjelaskan terdapat salah faham antara pihak produksi dengan Datuk Seri Shah Rezza pada rakaman program tersebut sehingga membuatkan aktor itu meninggalkan lokasi penggambaran.

Yusmal Ghazali, berkata, tiada mana-mana artis yang datang lambat ke rakaman program raya berkenaan sebaliknya semua artis diberi call time iaitu pukul 9.30 malam untuk sesi rakaman.

"Tiada artis terlambat pun pada sesi rakaman itu kerana saya bagi masa call time pukul 9.30 malam lepas solat Isyak sebab saya faham ada yang ingin mengerjakan solat Terawih.

"Jadi saya bagi masa mereka sama ada untuk datang ke lokasi pada pukul 5 petang bagi yang ingin buat soundcheck  dan latihan. Bagi yang sudah biasa menyanyi seperti Maya Karin dan Farahdhiya mereka tidak perlu ke sesi latihan itu," ujarnya kepada mStar Online



Yusmal (tengah) bersama Rozita Che Wan (kiri) dan Ifa Raziah semasa rakaman Teh Tarik Che Ta.

Yusmal berkata demikian ketika mengulas laporan mStar Online pada Selasa tentang dakwaan Datuk Seri Shah Rezza terhadap seorang artis yang dikatakan datang lewat ke lokasi.

Kelewatan tersebut membuatkan beliau membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam sesi rakaman berkenaan.

Shah Rezza turut meluahkan rasa tidak puas hati di laman Instagram miliknya.

Program bual bicara itu diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd yang memasuki musim kedua tayangkan.

Teh Tarik Che Ta yang dihoskan oleh Rozita Che Wan bersiaran di TV1 pada setiap Ahad pukul 12.30 tengah hari.

Dalam pada itu tambah Yusmal, dia juga terkejut apabila Shah Rezza meminta untuk menarik diri pada saat-saat akhir sebelum rakaman bermula atas alasan masalah kesihatan.

"Saya tidak tahu beliau terasa hati terpaksa menunggu lama kerana saya diberitahu dia meminta untuk balik kerana kurang sihat.

"Saya beritahu dia kenapa tidak beritahu awal dan pihak kami juga tidak mahu memaksa, malah boleh mencari pengganti tempatnya," ujar Yusmal.

Yusmal berkata, pihaknya cuba mencari pengganti namun gagal dan terpaksa membuat sedikit pengubahsuaian terhadap lirik dan lagu yang sepatutnya dinyanyikan oleh Shah Rezza.

"Kami cuba cari pengganti dan hubungi Nash tapi dia pun tidak lapang. Akhirnya saya buat keputusan tidak perlu cari orang lain dan hanya ubah semula skrip sahaja," ujarnya.


Tambahnya antara artis yang terlibat pada rakaman tersebut ialah Maya Karin, Farahdhiya, Dafi, Raja Ilya, Abam (Bocey), Fadh (Bocey), Keena (Mentor), Zain Saidin, dan Chef Yang Jamil.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Maya keww
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 12:46 AM | Show all posts
So, persoalannya, sape retis yg dimaksudkan tu? Che tat ke? Dia pengacara kan  


Dh taw sapa retis berkenaan baru boleh komen


Btw, yusmal ghazali tu pengarah ke penerbit? Or both? Xpaham baca artikel ni, tulis tajuk atas tu jawapan penerbit, tp dlm artikel dinyatakan yusmal ghazali ni pengarah teh tarik che ta

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Che ta lmbt sbb nk pasang bulu mata ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 05:01 AM | Show all posts
kalau tiba 9.30 .. tak sempat terawih
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu rakaman 9.30
Acik shah reza dtg kol bpe?
Kol 5 tu ke?
Klu acik shah reza dtg awl, xde ke org produksi bgtau acik shah reza pukul berapa sbnanye rakaman start..dah nmpk acik tu melahu xwat apa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2016 06:02 AM | Show all posts
takkanlah shah rezza dtg awal sdgkan dh maklum call time 9.30 pm

pengarah bg statement coverline lah tuuuu

come on bang shah reza.. u are better than ni talk show apa ntah kebendenyer tu..

cari talk show lain je bang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
redz85 replied at 9-6-2016 05:01 AM
kalau tiba 9.30 .. tak sempat terawih

klu terawih sendiri sempat jah. buat kt rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sweetfasha replied at 9-6-2016 06:02 AM
takkanlah shah rezza dtg awal sdgkan dh maklum call time 9.30 pm

pengarah bg statement coverline  ...

masalahnya talk show ada ke panggil sheols? maksud meols talkshow santai2 la.. selalu heshe kluar kt wanita hari ini jah tu pun berbayar sbb heshe nk promosi fashion show muslimah tu ..nak tunggu Ac mizal...mak nil......johara panggil mmg x la... liza dollah @qqOfficial pun x pernah2 dipanggil
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 06:13 AM | Show all posts
kettat betul ketet kak ifa tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 07:48 AM | Show all posts
mcm mn yusmal ni bg arahan sbnrnya
kul 5pm ke...930pm...
miscom la ni

berbalik kpd aaron...bgs pangai beliau..hormat retis veteren...
respek la...pttla murah rezekinya
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 08:05 AM | Show all posts
shah reza ni dh kawen ke belum ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
leekamlee replied at 9-6-2016 08:05 AM
shah reza ni dh kawen ke belum ek?

Blommm

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 08:51 AM | Show all posts
ade kah SR dtg kol 5 igt prog start kol5
sedangkan kol 5 tu utk soundcek jer?

yg rakaman nye kol 9.30..

sape kah artis tu?

kalo aku, 2jam tu kira lame dah
stgah jam pon da panas
15 min tu dah mula bengang

sbb pantang aku menunggu, n org tunggu aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 08:52 AM | Show all posts
Lenkali penerbit/pengarah kenalah make sure info betul sampai kt artis tu. Aku agak artis yg lambat ni mungkin kena duet ngan Datuk kot...tu yg Datuk x leh nk rehearsel.

Apapun artis x artis, orang yang lebih tua patut dihormati....tu sebab Maya Karin sayang kat Aaron Aziz...

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 08:56 AM | Show all posts
xbg taw terang2 ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 09:07 AM | Show all posts
komen macam2
persoalannya :

KORANG TENGOK KE PROGRAM TEH TARIK  ni???


Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rase bukan che ta..sebab che ta mengacara sahaja..and die dtg pon awal...sebelom berbuka...tp klu reris yg kene menyanyi dengan die tu mungkin lah lambat sebab retis tu dtg malam.. kebanyakan dtg malam.. ni situasi klu untuk rakaman pogram raya teh tarik che ta... retis diva rasenye samada maya karin atau faradiya ataupon raja ilya lah kot..sebab depa dtg malam....mmg lambatlah pogram ni start tu rakaman...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 09:29 AM | Show all posts
kosser lahai melayan fonen tua nak sentap-sentap bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 9-6-2016 09:29 AM
kosser lahai melayan fonen tua nak sentap-sentap bagai..

Hahaha fonen mmg cpt sentap noks trutama kalo age dh monopos mcm mokcik rezah nie..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.518435 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list