CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10101|Reply: 71

Hafidz Roshdi "Sound" Individu Yang Wujudkan Instagram Palsu Isteriny

[Copy link]
Post time 9-6-2016 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Ada saja yang mencemburui dan dengki kan kehidupan orang lain. Terbaru, pelakon Hafidz Roshdi memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mewujudkan sebuah akaun Instagram palsu menggunakan nama isterinya iaitu Nurul Shuhada dengan tujuan tertentu.


Hafidz atau nama sebenarnya Mumammad Hafidz Roshdi, 22, berkata, dia menyedari tentang kewujudan akaun palsu tersebut tiga hari selepas mereka berumah tangga.


"Saya sedar ada akaun palsu yang menggunakan nama dan gambar-gambar isteri saya tiga hari selepas kami berkahwin. Saya tidak tahu apa tujuan mereka membuat akaun tersebut.


"Saya menghantar mesej peribadi ke akaun tersebut dan memberi amaran supaya mereka menutup akaun itu dan tidak mencuri gambar-gambar isteri saya dengan tujuan tertentu," ujarnya kepada mStar Online.



Akaun palsu menggunakan nama isterinya.



Tambah Hafidz, setelah menerima teguran berkenaan, inidvidu tersebut menukar profil akaun kepada kelab peminat Nurul Shuhada. Akaun yang kini menggunakan nama profil kepada @shue.suhada itu sudah memiliki seramai 41.4 ribu pengikut dan mempunyai kira-kira 43 foto peribadi mereka.


Jelas Hafidz, setakat ini dia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan selagi belum ada perkara yang memudaratkan atau menjatuhkan maruah keluarganya.



Hafizd dan isteri



Dalam perkembangan lain, Hafidz berkata, sepanjang bulan Ramadan ini dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon drama. Dia menggunakan peluang ini untuk bersama keluarga dan hanya menghadiri aktiviti-aktiviti amal dan majlis berbuka puasa.



Sebelum ini, ada beberapa followers Instagram Hafizd mempertikaikan paras rupa isteri Hafidz yang dikatakan tidak sesuai dengannya. Disebabkan mulut puaka followers itu, beberapa rakan selebriti Hafidz seperti Michael Ang, Kamal Adli, Emma Maembong dan Saharul Ridzwan turut menyekolahkan followers yang biadab itu.


Baca disini - Panas! Michael Ang Dan Rakan Artis Mengamuk Di Instagram Hafidz Roshdi!


Hafidz sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April lalu di kediaman wanita tersebut di Perlis.- CARI Infonet.








Sumber - mStarOnline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah x dak kereje ka ap org ni.bini org pun nk jdkn kelab peminat
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 10:49 AM | Show all posts
ada jugak yek
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapo hafidz nih? Mohtep akak tak kenal ko dik? Komfem sendu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 10:52 AM | Show all posts
Akaun yang kini menggunakan nama profil kepada @shue.suhada itu sudah memiliki seramai 41.4 ribu pengikut dan mempunyai kira-kira 43 foto peribadi mereka.

Kalau bukan bini punya akaun, ni mesti kaum-kerabat.
Kalau tak, dari mana orang tu dapat sampai 43 foto peribadi mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:03 AM | Show all posts
mcm mana dia jumpa gambargambar tu ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2016 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk pulak follower fake acc ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah cecah 50k  folower  , haruslah psiko tu delete smua pic pastu jual produk...letak pic produk plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 11:12 AM | Show all posts
Fuyoo bini artis pun ada fanclub
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Siyes aku igt mmg ig bini de. Sbb fc dia slalu tag je shue tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:13 AM | Show all posts
rinur123 replied at 9-6-2016 10:52 AM
Akaun yang kini menggunakan nama profil kepada @shue.suhada itu sudah memiliki seramai 41.4 ribu pen ...

like sesuatu sangatttt...bukan dia ada tag ig pelesu tu kat gambar dia ke? tak silap aku la...kalau tak cemana aku leh folo ig pelesu tu???
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:15 AM | Show all posts
Terus glamer wife dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:30 AM | Show all posts
aku penah nmpk la kawan2 dia sendiri tag shue tu kat ig. alih2 arini ckp ig palsu plak? mcm propa je
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:32 AM | Show all posts
wow!!           

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Acah acah je hafizh ni, berlakon pun tak seberapa dok up cerita gini pulak hadehhhh sedeyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:59 AM | Show all posts
entah2 ex-gf hafidz tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2016 12:03 PM | Show all posts
motip akaun pelesu ada gmbr2 peribadi korg... cer jawap?

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 12:22 PM | Show all posts
iyela tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kat malaysia artis tak boleh saman kah org2 camni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tah mungkin bekas awek beliau kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.078824 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list