CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Ameng Spring dibebaskan, #148 Dah mula kena tipu

[Copy link]
Post time 14-6-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon reporter beri la ruang dan ketika pada pasangan ni
Kak sabariah dah xsabar nak serbu...5 tahun tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 10:51 AM | Show all posts
Syd replied at 14-6-2016 10:44 AM
mohon keluar tv tak henti-henti semua channel nanti
tuk program raya puasa, raya haji,
Selebriti ...

mohon kipas-susah-mati ameng stand by depan tibi dgn kemunculan ameng di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 11:05 AM | Show all posts
bukan ameng masuk sebab bini dia a.aida buat report sebab ameng pukul dia and tak bagi nafkah.so bekas laki a.aida no 3. masukkan ameng ke dlm . laki ketiga   polis.lepas ameng masuk a.aida lak ceraikan laki no. 3  n naik mahkamah  laki tak bagi nafkah.laki no.3  pangkat besar jugak.laki no. 2 polis jugak.dengar kahwin sekejap.tak tau ujung pangkal sebenarnya laki a.aida ada berapa orang?

dulu ada cerita dia bakal kahwin dgn orang kaya .lepas tu tak jadi sebab mamat tu tak bagi restoran yg dijanjikan sebagai hadiah kahwin.lepas tu senyap kahwin dgn polis.dah tu cerai sebab polis tu pangkat rendah.tangkap polis pangkat besar.cerai lagi.la ni tak tau dah kahwin lain ke atau single..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 11:07 AM | Show all posts
kalau silap cuba betulkan.cuma heran ramai betul lelaki tergoda dgn a.aida.sebab dia banyak duit kot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 11:38 AM | Show all posts
moga abam ameng istiqomah lah ye. jangan mendadahi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 11:44 AM | Show all posts
aku rs lama gile dia kt dalam pagar besi tu..
nmpk gemok...mkn sdp ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2016 12:10 PM | Show all posts
sarada replied at 14-6-2016 10:02 AM
owhhh ko org ganu ke
mmg x dinafikan sore best cam ameng dan saleem tu buat kan aku rs terkesima  ...

aah Trg
si pezal af4 tu pon rase tjebak dgn mende alah ni jugak
x paham aku..

ameng ni lagu2 dia fuh..dr lagu sampai hati kot aku suke sampailah yg sebelum dia masuk dalam
tok jamal pon shedap sore
zamani
saleem-ni susah nak crk sore mcm dia

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 14-6-2016 10:44 AM
mohon keluar tv tak henti-henti semua channel nanti
tuk program raya puasa, raya haji,
Selebriti ...

Hahahahhaha kelakau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa penyanyi yg tegar dadah ni suara depa sepesen je...
Mamat, tok jamal ngn saleem
Diorg ada satu suara yg mcm xcukup nafas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 12:34 PM | Show all posts
Lima Tahun Jalani Hukuman, Ameng Dibebaskan Dari Penjara Esok
Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2016 4:15 PM
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my


PETALING JAYA:  Vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng akan dibebaskan dari penjara Kluang, Johor pada Selasa selepas kira-kira lima tahun menjalani hukuman akibat penyalahgunaan dadah.

Sumber Jabatan Penjara berkata, pembebasan itu juga bergantung jika tiada apa-apa perintah yang menghalangnya oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa.

"Kami percaya Ameng yang mula ditahan di Penjara Kluang pada 13 April 2011 berusaha keras memperbaiki dan melengkapkan dirinya," ujar pihak penjara kepada mStar Online yang merujuk kepada pemulihan Ameng untuk menjadi insan berguna.

Tambah sumber itu, Ameng telah mengikuti semua program latihan, pemulihan serta patuh terhadap disiplin penjara semasa menjalani pemulihan di Penjara Kluang, Johor.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah.

Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan atas disiplin dan contoh terbaik yang ditunjukkannya.

Dalam pada itu Ameng dijangka akan membuat kemunculan pertamanya sebagai orang awam pada satu majlis berbuka puasa di Shah Alam, Jumaat ini sempena penganjuran konsert Tiga Suara melibatkannya dan beberapa artis lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:40 PM | Show all posts
Doakan yg baik baik utk Ameng

Ingat lagi lagu ngetop Spring Ameng dedulu........

'SAMPAI HATI.............KAU PERGI TANPA PEDULIKAN KU LAGI'
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:43 PM | Show all posts
suara ameng ni sedap hrp2 dapat terus kn bidang ni dan brubah kn
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 14-6-2016 08:58 AM
ada laa sikit simpanan dalam tu.

dia neh kena 8 tahun 10 kali sebat kan?

Bederai daging punggok ye dak    moga dia insof
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh masuk gegarvaganza ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 01:17 PM | Show all posts
Luahan sayu empat beradik
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 JUN 2016


Luahan hati salah seorang daripada empat beradik berkenaan.


TAMPIN - "Saya harap ibu, ayah dapat ubah perangai," itulah luahan sayu salah seorang daripada empat beradik ditulis di sebuah buku yang dijadikan sebagai diari.  

Luahan hati anak kecil yang telah lama memendam perasaan begitu berharap kedua-dua orang dikasihinya kembali ke pangkal jalan, memulakan hidup baru dengan menjauhi najis dadah.   

Walaupun baru berusia 11 tahun, namun sebagai anak sulung, kanak- kanak perempuan itu sudah menggalas tanggungjawab cukup besar apabila menjaga tiga adiknya yang lain termasuk adik lelaki yang baru sahaja berusia setahun tujuh bulan.

Sebaliknya, ibunya yang berusia 32 tahun leka ketagihan dadah.

Pelik ibu, ayah ambil ubat setiap hari

Bagi si kakak, pertama kali dia terlihat ibu dan ayahnya di dalam bilik sedang meletakkan satu tiub berisi serbuk berwarna putih di atas kepingan aluminium, dia terpinga-pinga melihat keadaan itu.

"Ibu kata kat saya ni ubat, ayah dan ibu sakit jadi perlu makan ubat. Esoknya saya lihat lagi perkara yang sama dan hairan juga bila tengah-tengah malam ayah sanggup keluar cari ubat. Ibu kata jika tak dapat ubat ni ibu akan sakit dan letih," luahnya.

Menurutnya, lebih membuatkan dia berasa hairan ialah apabila terdengar perbualan ibu dan ayahnya mengenai harga ubat berkenaan.

"Ada yang 10sen, 20sen, 50sen. Saya tak faham. Masa itu kami tinggal di Melaka dan saya bersekolah di sana. Cikgu selalu bawa ke perpustakaan, jadi saya selak satu per satu buku berkaitan ubat sehinggalah terjumpa buku Dadah Musuh Nombor 1 Negara," katanya.

Katanya, dia terkejut apabila melihat gambar dadah dipaparkan di dalam buku itu sama dengan apa dikatakan ubat oleh ibunya.

Makan belacan, cili padi digaul nasi

Menurut si kakak, ibunya bekerja di kedai makan dengan upah sekitar RM30 sehari.

Bagaimanapun duit itu tidak cukup menampung keperluan mereka sekeluarga sehingga ada kalanya dia adik-beradik makan nasi digaulkan dengan belacan dan cili padi.

"Mula-mula tinggal dalam ladang kelapa sawit lepas tu tinggal di rumah nenek tiri tapi ibu tak balik-balik dan anak-anak nenek halau kami keluar. Kemudian ibu ambil dan bawa tinggal di rumah sewa.

"Kami kerap berpindah randah kerana ibu dan ayah ketagih dadah. Di Ayer Itam, Johor pun sama kami dihalau dan merempat di pondok bas. Ada orang bawa kami ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kami ditempatkan di rumah agensi berkenaan di Parit Sulong," katanya.

Si kakak berkata, setelah lebih sebulan mereka dapat bersekolah di sana dan diberikan pelbagai bantuan kelengkapan barangan sekolah oleh guru serta wakil rakyat.

"Tapi tak lama duduk situ, kami dihalau sebab perangai ibu dan ayah. Ayah sering jual barang yang disumbangkan menyebabkan orang kampung marah," katanya.

Menurutnya, setelah dihalau, mereka dibawa ke rumah keluarga ayah mereka, namun tidak diterima.

"Jadi, saya pujuk ibu pergi ke rumah mak dan mujurlah ibu mahu.

"Bagi saya, kami adik-beradik dah datang ke tempat yang betul," katanya.

Katanya, individu dipanggil mak itu adalah insan yang rapat dengannya semasa menetap di rumah kebajikan Tampin pada tahun 2012 iaitu sukarelawan JKM, Suzana Othman, 44.

Hidup merempat, tinggal dalam hutan

Suzana berkata, empat beradik itu masih menghubunginya melalui mesej dalam Facebook dan juga telefon bimbitnya setelah mereka terpisah sejak rumah kebajikan yang menempatkan mereka di Tampin diarahkan tutup atas sebab tertentu.

"Masa itu, adik-beradik ini harus ikut mak dan ayah mereka. Bayangkan walaupun baru sahaja setahun lebih menetap bersama keluarga, mereka adik-beradik telah melalui pengalaman cukup dahsyat apabila terpaksa hidup berpindah randah lebih lima kali, merempat di perhentian bas dan tinggal buat beberapa ketika di dalam hutan serta ladang kelapa sawit.

"Sehinggalah pada 9 April lalu, saya terima panggilan dari kakak menyatakan nak datang rumah," katanya.

Katanya, dia menerima dengan terbuka kehadiran mereka dan menawarkan bilik di rumahnya sebagai tempat tinggal sementara menunggu dia mencari kediaman lain buat keluarga berkenaan.

"Si ibu serahkan dokumen-dokumen yang saya perlukan untuk carikan mereka rumah dan juga kerja.  

"Apabila rumah dan kerja sudah berjaya saya peroleh buat mereka, si ibu dan ayah pula melarikan diri bersama motosikal milik saya pada 23 April.

"Malah, sepanjang tempoh mencari ibu bapa ini, saya berterima kasih kepada JKM kerana sanggup datang ke rumah saya," katanya yang memaklumkan empat beradik itu tidak mempunyai pewaris selain dari ibu serta saudara mara sebelah ibu.

Menurutnya, dia kini hanya memikirkan masa depan empat beradik berkenaan dan berharap nasib mereka terbela.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 01:18 PM | Show all posts
artikel tu tuk baca-baca je.

kasihan anak mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2016 01:20 PM | Show all posts

BERNAMA
32 mins ·

Penyanyi Ameng Spring dibebaskan dari Penjara Kluang, Johor setelah menjalani hukuman enam tahun
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat page BH online dkt FB tu semua pakat dok komen  Ameng bakal Juara Gegar vaganza 3.. jangan flop macam amir cicak sudah kalau betul masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 01:24 PM | Show all posts
Keluarga insafkan saya - Ameng
Oleh Mohamed Farid Noh farid_
noh@bh.com.my


Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring diiringi Pengarah Penjara Kluang, Zawari Abd Rashid (dua dari kanan) melambai tangan selepas menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara kluang atas kesalahan dadah. - Foto Syarafiq Abd Samad

KLUANG: Selepas lima tahun empat bulan, vokalis kumpulan Spring, Ameng akhirnya dibebaskan dari Penjara Kluang kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011, atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah.

Bagaimanapun, hukuman itu dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.

Ameng kelihatan sebak dan mengalirkan air mata terharu sebaik melihat kehadiran isteri, Sabariah Zakaria, 46, dan anaknya, Wan Ammar Haikal, 9, yang menyambutnya di pintu utama Penjara Kluang sejurus dibebaskan.


Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau Ameng Spring kelihatan ceria bersama isteri, Sabariah Zakaria (kiri) dan anaknya Wan Ammar Haikal selepas dibebaskan daripada Penjara kluang, Johor. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Saya menyesal dan insaf. Sebak rasanya melihat kesetiaan isteri dan anak yang menyayangi saya sepenuh hati dan tidak pernah melupakan saya.

"Jika bukan kerana kasih sayang tidak berbelah bahagi mereka, mungkin saya sudah gila dan hilang semangat meneruskan kehidupan.

"Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga. Saya akan membahagiakan mereka dan berjanji menjadi suami dan ayah yang baik bagi membalas pengorbanan serta kesusahan ditanggung disebabkan saya," katanya.

Ameng akan pulang ke rumah keluarganya di Melaka selepas ini bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 01:24 PM | Show all posts
Tuhari Atuk Jamal penjara berapa tahun uols? Sapa masih ingat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.078104 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list