CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10734|Reply: 15

[Penerbit] DRAMA ADAPTASI NOVEL

  [Copy link]
Post time 16-6-2017 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Pada pandangan anda wajar atau tidak penerbit drama berlumba-lumba menerbitkan drama adaptasi daripada novel-novel yang berlambakan di pasaran?

Adakah jalan penceritaan itu sampai kepada anda?..Jom diskas.

Pndangan sy kurang gemar lambakan drama cinta adaptasi novel.maybe faktor umur kot .hehe

**mod boleh remove kalau x sesuai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2017 11:32 AM | Show all posts
Pada pandangan anda wajar atau tidak penerbit drama berlumba-lumba menerbitkan drama adaptasi daripada novel-novel yang berlambakan di pasaran?

Tidak wajar...muntah dah plot klise ni semua...

Adakah jalan penceritaan itu sampai kepada anda?

Sampai ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 05:33 PM | Show all posts
pada i, bergantung pada novel tu sndiri. klo setakat cintan cintun bbnu ni..takyah la. yg tak adaptasi novel pn banyak dah


adaptasi novel ni bkn je kt malaysia, tp kat hollywood & bollywood pn byk. cumanya, worth atau tak je utk kita spend masa & tgk. cuma cm bollywood, dah byk beralih dari adaptasi novel kpd based on true events. mungkin industri perfileman tempatan boleh cuba jgk?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 11:43 AM | Show all posts
Pendapat peribadi kurang gemar/sokong..

lambakan novel yang ada di pasaran sekarang ni kebanyakannya novelis Gen Y tengok sajalah dari tajuk2 nya..habis rosak bahasa melayu amatlah rojak tajuk2 novel
(boleh google tajuk novel yang ada ni)..kecewa jugak kenapa lah ramai sangat penulis yang timbul bak cendawan lepas hujan ni tapi plot cerita semua SAMA..kahwin paksa,anak2 orang kaya,lelaki kaya kacak dan kaki perempuan, datuk datin, tengku sana sini aduhai

ai lebih merindukan penulis2 lama macam zuraidah othman, norhayati berahim,siti rozilah  senang citer novel2 keluaran creative publishing..novel2 mereka lebih berisi dan realistik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 05:47 PM | Show all posts







KLE-PEQ.BLOGSPOT.COM
KLEPEQ - DRAMA MELAYU TERBARU










SENARAI DRAMA MELAYU ADAPTASI NOVEL SUDAH TAYANG & AKAN DATANG
SENARAI DRAMA MELAYU ADAPTASI NOVEL SUDAH TAYANG & AKAN DATANG !



Berikut adalah senarai drama adaptasi novel yang pernah tayang dulu-dulu dan sekarang. Kali ni admin akan senaraikan kesemuanya, termasuk yang akan datang.



1.Nora Elena (TV3, Alaf 21)



2.Gemersik Kalbu (TV3, Alaf 21)



3.Kasih Antara Kita (TV3, Alaf 21)



4.Jauh (Astro, Alaf 21)



5.Duri (Astro Prima, Alaf 21)



6.Setia Hujung Nyawa (TV3, Alaf 21)



7.Stanza Cinta (TV3, Galeri Ilmu)



8.Sebenarnya Saya Isteri Dia! (TV3, Karya Seni)



9.Teduhan Kasih (TV3, Karya Seni)



10.Kampung Girl (TV3, Karya Seni)



11.Bukan Cinta Monyet (TV3, Kaki Novel)



12.Trilogi Cinta 1, 2, 3 (TV1, Alaf 21)



13.Syurga Di Wajahmu (TV1, Kaki Novel)



14.Lembayung Kasihmu (TV2, Alaf 21)



15.Jauh Dari Cinta (Astro Prima, Karya Seni)



16.Warkah Cinta dan Cinta dan Wahyu (Tv Al-Hijrah, PTS)



17. Playboy itu Suami Aku?! (TV3, Kaki Novel)



18.Adam Hawa (Astro Mustika HD, Alaf 21)



19.Cinta Kau dan Aku (TV1, Buku Prima)



20.Epilog Cinta Khirana (TV3, Kaki Novel)



21.Selamat Malam Kekasih (Tv Al-Hijrah, KarnaDya)



22.Sehangat Asmara (Astro Mustika HD, Alaf 21)



23.Jodoh itu Milik Kita (Astro Mustika HD, Karya Seni)



24.Projek Memikat Suami (Astro Ria, Penulisan2u)



25.Ariana Rose (TV3, Karya Seni)



26.Perempuan Lindungan Kaabah (Astro First Eksklusif, Karya Seni)




27.Aku Isterinya (TV3, Kaki Novel)



28.Kerana Terpaksa... Aku Relakan (TV3, Karya Seni)



29.Love you, Mr Arrogant (TV3, Karya Seni)



30.Bukan Kerana Aku Tak Cinta (Astro Mustika HD, Karya Seni)



31.Yes, Boss! (TV3, Kaki Novel)



32.Tuan Rumah Pembantu Rumah (TV3, Fajar Pakeer)





33.Sambal Kerang Najwa (TV2, NB)



34.Rindu Awak 200% (TV3, Alaf 21)



35.Maaf Jika Aku Tak Sempurna (TV3, Kaki Novel)



36.Bila Hati Berbicara (TV3, Buku Prima)



37.Teman Lelaki Upahan (TV3, Karya Seni)



38.Suamiku Encik Sotong (Astro Ria, Buku Prima)



39.Setitis Kasih Darmia (TV9, SR Publication)




40. Cinta Pandang Kedua (TV9, Alaf 21)



41.Hani (TV3, Galeri Ilmu)



42.Aku Ada Wali (Tv Al-Hijrah, Galeri Ilmu)



43.Kalau Itu Jodoh Kita (Tv Al-Hijrah, Fajar Pakeer)



44.Kau Laksana Bulan (TV2, KarnaDya)



45. Isteri Separuh Masa (Astro Ria)




46.Bayangan Rindu (Astro, Alaf 21)



47. Asam Pedas Untuk Dia (TV3, Alaf 21)


48. Suami Sebelah Rumah (TV3)


49. Terlanjur Mencintaimu (TV1)


50. Dia Isteri Luar Biasa (TV3)


51. Eksperimen Cinta (TV3)


52. Diam Diam Rindu (Telemovie TV3)


Jodoh Sebelah Pintu (Astro Ria)



DRAMA AKAN DATANG

One day you'll Be Mine (Astro, Karya Seni)


Lelaki Ekslusif (Astro, Karya Seni)




Street Vandetta (TV2)



Setulus Janji (TV1)


Mr London Ms Langkawi (TV3)


Pergilah Air Mata


Bukan Isteri Sempurna (TV3)


Dan Hati Pun Berkata (RTM)


M.A.I.D (Astro Ria)


Cik Bunga Dan Encik Sombong  (Astro Ria)


Kimchi Untuk Awak (Astro Ria)


Drama Kau Aku Kita (TV3)


Uda dan Dara


Anugerah Terindah








YOU MIGHT ALSO LIKE



POST A COMMENT



7 commentsAzizah Alias said...
Confirm ke Mr London Ms Langkawi tayang kat TV3...
Monday, June 08, 2015 5:59:00 PMBlogger Kacak said...
Akan diupdate kelak.
Thursday, July 23, 2015 9:23:00 PMAnonymous said...
Karya sampah.
Sunday, February 28, 2016 5:29:00 AMJohn Klate said...
hi..actually, sy jrg layan drama melayu...so, bleh suggest x drama mane yg plg best??
Saturday, April 09, 2016 7:34:00 PMAnonymous said...
Hi,.. boleh tolong isi survey ni tak..? sekarang saya tgh buat kajian pasal TV drama series and travel motivation. nak tau la kaitan menonton TV drama siri ni dengan motivasi utk melancong terutama ke lokasi penggambaran.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan hasil kajian ini adalah untuk tujuan akademik.

Link : http://goo.gl/forms/QM430YaqDxL24Fc83

Sunday, May 22, 2016 11:15:00 AMhawau said...
drama melayu dari novel ni sebenarnya ada ketidak aslian bukan dari segi jalan cerita tapi dari karekter yang membawanya.. pelakun pun macam kayu drama melayu novel patutnya kalau perempuan ada ayunya dan lelaki ada kerasnya baru ada konlifk ni poyo je lebih semua orang kaya poyo... huhuhu.. ada tengok gak drama melayu online kat tengokmovie.com boleh la setakat lepas bosan...
Thursday, June 02, 2016 4:10:00 AMizni said...
hye... boleh bagi pendapat tak?saya ad buat final project antara list novel yang best2 yang dah diadaptasikan ke drama/filem/cerita tapi kurang best..xmacam dalam novel..boleh share tak..terma kasih
Thursday, June 16, 2016 4:01:00 PM









CHAT DRAMA









TRENDING DRAMA



ONLINE































Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2017 06:36 PM | Show all posts
Sumber : Astro Awani

7 kesan pengaruh drama adaptasi novel cinta Melayu
Faizal Rosly, Astro Awani |  Diterbitkan pada Januari 12, 2016 11:16 MYT


7 kesan pengaruh drama adaptasi novel cinta Melayu

Lambakan novel cinta Melayu di kedai buku telah banyak mendorong penerbit drama untuk mengadaptasikan novel tersebut menjadi drama cinta -- satu fenomena yang kini mempengaruhi masyarakat. - Gambar hiasan
Sejak akhir-akhir ini, aktiviti membaca novel cinta Melayu semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Kenyataan ini dibuat berdasarkan lambakan novel cinta Melayu di kedai buku dengan tajuk-tajuk yang bisa membuat anda terbang di udara ataupun rasa nak hantuk kepala di bucu katil, bergantung kepada minat anda terhadap novel tersebut.

Kepopularitan novel ini mendorong penerbit drama untuk mengadaptasikan novel tersebut menjadi drama cinta. Saban hari, kita boleh lihat banyak siri televisyen Melayu hasil daripada adaptasi novel yang ditayangkan di Astro mahupun stesen TV tempatan, muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Fenomena ini menimbulkan satu persoalan; bagaimanakah drama cinta Melayu ini mempengaruhi masyarakat? Hari ini kita akan membincangkan impak drama cinta dari sudut positif mahupun negatif.

BACA: Drama tidak bermutu bukan refleksi industri

1) Produktiviti Kerja Meningkat

Kita yang selama ini suka duduk goyang kaki melengah-lengahkan kerja, tiba-tiba menjadi produktif. Waktu rehat dipendekkan, sesi mengumpat dengan rakan sekerja pun ditangguhkan.

Segala kerja mesti disiapkan sebelum pukul 6 petang. Pukul  5.45 petang, kita dah siap tunggu depan pintu pejabat dengan tangan menggigil-gigil mahu ’tag out‘. Semuanya kerana tak mahu terlepas drama cinta kegemaran yang bermula pada pukul 7 malam.

Kalau anda nampak ada orang memandu laju pukul 6 tu, berilah laluan untuk mereka pulang menonton drama kegemaran.

2) Tanggungjawab terabai?

Kalau cerita dah mula pukul 7, azan Maghrib kadang-kadang kita buat tak dengar saja. Cerita habis pukul 8 barulah kita acah-acah terkejut waktu solat dah nak habis dan kita pun solat dengan kepantasan Usain Bolt.

Jika anda seorang surirumah, jangan lupa siapkan makan minum untuk suami dan anak-anak terlebih dahulu.

Tak mahulah tengok cerita ‘Isteri Separuh Masa‘ di Astro lakonan Emma Maembong dan aplikasikan tajuk tersebut dalam kehidupan sebenar.

3) Peningkatan Interaksi di Media Sosial

Jika anda melihat kenalan anda di media sosial tiba-tiba memuat naik status seperti “OH KACAKNYA“ ataupun “PELUK DAKU DALAM RANGKULAN HANGATMU“, sudah nyatalah beliau sedang menonton drama cinta kegemaran sambil buat kemaskini secara langsung.

Peminat siri tersebut akan bertukar-tukar pendapat, teori, serta mengadakan perbincangan serius setiap kali tamat satu episod di Facebook mahupun Twitter.

Tak kurang juga yang menukar gambar profail kepada gambar hero dan heroin. Contohnya semasa siri Suamiku Encik Sotong ditayangkan di Astro Ria dan Maya HD, netizen berpusu-pusu menggunakan gambar profail hero Sharnaaz Ahmad yang tegap mahupun versi sotong lembut.


4) Memupuk Minat Membaca

Percaya atau tidak, dengan hanya menonton drama cinta Melayu, semakin ramai orang yang mula menanam sifat suka membaca. Jika sebelum ni masyarakat sekadar membaca susur masa Twitter, kini mereka mula memberi perhatian terhadap novel cinta Melayu.

Ini kerana mereka tak sabar nak tunggu kesudahan drama yang mereka tonton, di samping mahu mengkaji adakah siri di televisyen itu benar-benar mengikut plot di dalam novel. Segala perbezaan mahupun persamaan jalan cerita akan dibawa berbincang dalam group WhatsApp novel cinta nanti.


5) Industri Muzik Berkembang

Dalam setiap drama cinta Melayu, satu elemen yang penting bagi menaikkan kepopularitian sesuatu siri adalah lagu tema siri tersebut.

Antara lagu tema yang paling meletup adalah lagu tema untuk siri Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa di Astro Mustika. Lagu itu bertajuk Muara Hati dendangan Hafiz AF dan Dato‘ Siti Nurhaliza.

Lagu Muara Hati memang popular sehinggakan ramai peminat fanatik yang menjadikan lagu tersebut sebagai nada dering telefon, mahupun bunyi jam loceng untuk bangun tidur. “DEMI CINTA DALAM HATIKU...“ saya pasti anda membaca bait lirik tersebut dalam bentuk nyanyian.

6) Memenuhi Fantasi Percintaan?

Penulis novel yang baik pasti bijak memilih tutur kata untuk bermain dengan emosi pembaca.

Bergantung pada tema novel itu, audiens setiap novel itu mungkin berbeza-beza. Anda mungkin seorang remaja memberontak yang hanya ingin dicintai, ataupun suri rumah yang suaminya sibuk bekerja dan sudah tidak romantik seperti zaman bercinta dulu.

Drama cinta hasil adaptasi ini seringkali dijadikan medium untuk memenuhi fantasi percintaan yang kadangkala tak realistik.

Tak bolehlah kita sentiasa mengharapkan teman kita membisikkan kata cinta sambil menolak rambut ke belakang telinga.

Impak paling besar jatuh kepada kaum lelaki apabila gadis mereka telah menetapkan jangkaan tinggi tentang layanan yang harus mereka terima.

Nak ikut drama cinta 100% pun bukan boleh sangat kerana plot mereka lebih kurang sama, kahwin paksa lama-lama jatuh cinta.

BACA: "Kalau tak mampu jadi baik, jangan halang orang lain jadi baik,' tegur Kazim Elias

7) Nama anak berdasarkan watak drama

Menamakan anak berdasarkan nama watak hero dan heroin siri televisyen popular memang sudah menjadi trend masakini.

Contohnya semasa drama Adam & Hawa sedang popular, ramai ibu bapa menamakan anak mereka Adam Mukhriz dan Ain Hawani.

Kalau ada guru mengadu nama anak murid mereka susah untuk disebut, ada kemungkinan nama seperti Nora Elena, Zafriel, mahupun Shuhud Irfani diilhamkan berdasarkan watak drama cinta popular.

Apa yang tertulis di atas adalah berdasarkan pemerhatian sekeliling dan pengalaman sendiri.

Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang peminat fanatik drama cinta Melayu?

Faizal Rosly adalah seorang pemerhati media sosial dan juga peminat tegar Liverpool FC. Tweet @ijaicool atau ikuti blog beliau.

Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

** point no 7 best : Nama anak berdasarkan watak dalam drama.hehe









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2017 10:20 PM | Show all posts
Saya teringin nak tengok adaptasi novel seram
Dalam kehidupan harian pun ada seram dan mistik
malah pada saya, adaptasi novel macam ni lagi banyak ilmu dan pengajaran
bukan hanya tertumpu pada percintaan manusia dan kisah rumahtangga saja
dalam novel seram, thriller atau misteri, membuatkan  kita berfikir bahawa dalam dunia ni ramai manusia mempunyai hasad dengki dan menggunakan sihir sebagai memuaskan hati
dalam dunia realiti, banyak berlaku hal macam ni
even dalam perebutan harta antara adik beradik pun ada yang bermain secara 'halus'

tapi yalah, rakyat malaysia lebih memilih drama ringan yang sweet-sweet dan tak memeningkan kepala katanya.
Ramai yang berpendapat, cerita yang ringan dan sempoi lebih menenangkan otak
dengan anggapan, di tempat kerja sudah serabut dengan kerja dan balik rumah haruslah nak melayan drama sweet muit pulak.

Namun, munculnya drama berat dan yang ada kaitan dengan realiti kehidupan seperti drama Andainya Takdir telah membuka mata penonton untuk beralih pada drama yang tidak lagi klise


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:46 AM | Show all posts
bulan oktober nant dengar nya filem tombiruo yang diadaptasi dari novel tombiruo akan ditayangkan. harap2 filem tu tak la hauk macam filem adaptasi dari novel yang lain sebab novel tu menarik dibaca. bukan novel tipikal cintan cintun remaja masa kini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2017 12:22 PM | Show all posts
gracieyna replied at 12-7-2017 11:46 AM
bulan oktober nant dengar nya filem tombiruo yang diadaptasi dari novel tombiruo akan ditayangkan. h ...

pelakon best tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 12:26 PM | Show all posts

kata nya ada farid kamil, zul arifin, nabila huda. yang jadi ejam tu zul arifin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 05:46 PM | Show all posts
ade pros and cons untuk buat drama adaptasi  novel ni.

pros: jualan novel confirm naik kalau drama tu hot.

cons: drama tu tak sama dengan novel tu. banyak kena potong or tukar. tak capai piawai pembaca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2017 10:34 AM | Show all posts
lagi satu drama adaptasi novel ni bnyk memudahkan penerbit drama kan?

jalan cerita semua dah ready..x perlu pening2 fikir nk buat jalan cerita.betul tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2017 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama adaptasi novel xsalah, tp balik2 genre yg sama diadaptasi kat malaysia ni, sbb tu jd cliché

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 11:16 AM | Show all posts
Tapi ai tunggu juga kalau ada penerbit yang berminat nak dramakan novel "Chandelier" karya penulis Acik Lana..bagi ai plot novel ni ada sedikit kelainan  sbb watak utamanya dijelmakan dalam sisi negatif gitu



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:48 PM | Show all posts
Betul Munah setuju part mungkin kita boleh buat drama berdasarkan true events. Karya tu akan lebih realistik kot sebab ramai orang boleh relate. Bagi Munah, Munah suka filem atau drama autobiografi. Mungkin boleh cuba buat pasal life orang lain selain daripada pramlee? Mungkin kehidupan sorang bekas tentera zaman perang dengan Jepun? Huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
teman lelaki upahan je yang sedap.sebab lakonan pelakon dan jalan cerita agak menarik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.466064 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list