CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6781|Reply: 61

[Tempatan] Makan, Bayar Ikut Suka Di Kafe Ikhwan

  [Copy link]
Post time 28-10-2017 05:49 PM | Show all posts |Read mode
SEBUAH  kedai makan di Bandar Utama, Segamat mengamalkan konsep ‘makan ikut suka, bayar ikut rasa’ kepada setiap pelanggan yang datang ke kedai makan tersebut setiap Jumaat. Jangan pula yang ada tersilap hari nanti.


Penyelia Kafe Ikhwan, Razak Othman, 49, berkata, konsep itu diperkenalkan sejak kafe tersebut memulakan operasinya pada 12 Mac lalu dan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
“Ini bermakna, pada setiap Jumaat pelanggan yang akan tentukan sendiri harga makanan dan minuman yang mereka ambil, bukannya kami. Pada awalnya, rata-rata pelanggan tak tahu konsep ini.
“Kebanyakannya terkejut sewaktu nak bayar makanan dan apa yang kami lakukan ini hanya untuk ambil keberkatan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari selain membantu golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.





Menurutnya, kafe yang beroperasi dari awal pagi hingga ke malam itu juga turut menerima bayaran RM1 daripada pelanggan yang datang, asalkan ia seikhlas hati.
Katanya, antara hidangan yang ditawarkan di kafe tersebut selain pelbagai menu sarapan pagi seperti nasi lemak, ialah aneka masakan ayam, asam pedas, sayur-sayur kampung dan pelbagai lagi.
“Kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran kepada orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik yang makan di kafe ini setiap Jumaat kerana kami percaya rezeki itu datang dalam pelbagai cara termasuk doa-doa daripada mereka ini,” katanya. - Sinar Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2017 05:54 PM | Show all posts
Ikhwan aka al arqam ni mmg buka kafe buat mcm ni. Dulu ada satu kat jln reko bandar baru bangi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramaila yg dtg byr rm1 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
erkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 06:20 PM | Show all posts
arasham replied at 28-10-2017 05:54 PM
Ikhwan aka al arqam ni mmg buka kafe buat mcm ni. Dulu ada satu kat jln reko bandar baru bangi..

sekarang kt bangi ada konsep cmtu lagi, tp kena ada kad student, dan limit quota sehari tak pasti brape, syaratnya bayar separuh harga kalau xsilap kaka.


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 06:24 PM | Show all posts
Alhamdulillah. semoga perniagaan bertambah maju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2017 06:53 PM | Show all posts
kafe ikhwan di kajang jln reko pon sama. ikhwan ni arqam punya..ikhwan global etc
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu laba.....

Dia byr 3 kupang je sbb dia kan kurang sikit bab kira mengira ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2017 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kena cuci pinggan sendiri ka...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
please, jgn buat kat malaysia konsep kedai mcm ni. akak tak percaya sgt orang2 kita ni. mmg owner boleh bankrupt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 07:39 PM | Show all posts
Macam ni kena pindah segamat la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysia ni tambah jamuan raya,kalo ada sate. punyala amik bnyk.last2 x mkn
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus owner dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:18 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 28-10-2017 07:44 PM
malaysia ni tambah jamuan raya,kalo ada sate. punyala amik bnyk.last2 x mkn

haha tak sangka ada yang observant pasal sate ni...tak dinafikan kalau jamuan raya/apa2 majlis ambil sate sebanyak yang boleh kemudian tak habis tinggal macam tu je...kalau free ramai yang jadi tamak haloba padahal kalau nak lagi pergilah tambah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo aku mmg xtergamak nak byr ciput kot. Ikut je la harga biasa kesian org tu meniaga dah kuar modal bagai. But kalo x sedap tu lain cite ar
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikhwan ni bijak2 meniaga ye. Harga pun bole tahan mampu milik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg buta perut...mkn..buat dekkk je ...byr rm1... ade je sejnis org2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:51 PM | Show all posts
sinalegna replied at 28-10-2017 08:21 PM
Kalo aku mmg xtergamak nak byr ciput kot. Ikut je la harga biasa kesian org tu meniaga dah kuar moda ...

aku pulak akan jadi malu nak pergi.....

harap2 jgnlah semua manusia macam aku last2 tinggal gelandangan ja yang pergi makan plus kiasu RM1..... lagi cepatlah kedai tu bungkus




Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-10-2017 08:51 PM
aku pulak akan jadi malu nak pergi.....

harap2 jgnlah semua manusia macam aku last2 tinggal gel ...

Actually niat dia nak sedekah but maybe yg dtg amik kesempatan lg ramai. Tapi kalo konsep murah mcm ni kang jadi kena buli plak org tu setiap jumaat xmeet margin
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:43 PM | Show all posts
bagus,
semakin ramai umat islam suka bersedekah sekarang.
semakin ramai anak2 muda dengar ceramah ugama
semakin ramai budak2 muda belajar kat tahfiz
alhamdulillah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.069154 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list