CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6496|Reply: 77

[Tempatan] Tiada kepastian harga kereta turun pasca SST

  [Copy link]
Post time 28-5-2018 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mogey at 28-5-2018 02:47 PM


Tiada kepastian harga kereta turun pasca-SST
Oleh Mohd Zaky Zainuddin dan Lizam Ridzuan
bhbiz@nstp.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share


Tweet


Share







KUALA LUMPUR: Harga kenderaan belum dapat dipastikan akan menjadi lebih rendah selepas pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) memandangkan kadar dicadangkan adalah lebih tinggi berbanding kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini, kata peserta industri.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata kadar 10 peratus SST yang dicadangkan kerajaan dan mekanisme regim cukai berkenaan akan memainkan peranan penting dalam menentukan harga kenderaan kelak.



Katanya, MAA mengharapkan kerajaan menetapkan kadar SST lebih rendah, bagi memastikan harga kenderaan lebih murah berbanding ketika GST dilaksanakan sejak 1 April 2015 pada kadar 6.0 peratus, sebelum sistem percukaian itu ditetapkan kepada kadar sifar buat sementara mulai 1 Jun ini.

"Secara umumnya, SST sebelum GST dilaksanakan dulu adalah pada kadar 10 peratus. Jika mengambil kira angka ini, kita menjangkakan harga kenderaan akan meningkat pasca-SST. Ini adalah perkiraan mudah jika kadarnya sama seperti SST sebelumnya," katanya kepada Bisnes NSTP.

Aishah berkata, MAA mencadangkan kerajaan menetapkan kadar SST lebih rendah berbanding GST bagi memastikan harga kenderaan turun, sekali gus menarik lebih ramai rakyat Malaysia membeli kenderaan.

"Kita mengharapkan kadar sebenar yang akan ditentukan kelak lebih rendah daripada enam peratus. Apa pun kita menantikan keputusan kerajaan mengenai kadar SST. Masa GST dilaksanakan, harga kereta mengalami sedikit penurunan," katanya.

Bagi Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, pihaknya belum dapat memastikan sama ada penetapan kadar 10 peratus SST akan meningkatkan atau menurunkan harga.

Katanya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi mengenai harga, sebaliknya PERODUA akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan bagi mengetahui butiran lanjut dan hala tuju pelaksanaan semula SST.

"Kita akan bersiap sedia untuk pelaksanaan SST dan kita menunggu keputusan kerajaan mengenai bila ia akan dilaksanakan," katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan mengumumkan SST akan dikenakan pada kadar 10 peratus, menimbulkan reaksi berbeza pelbagai pihak yang terbabit dalam industri.

Penganalisis Automotif Tempatan dan Pengarang portal permotoran Funtasticko, Shamsul Yunos, berkata pelaksanaan GST sebelum ini membuatkan harga kereta lebih rendah kerana ditetapkan sekitar enam peratus dan jika dikira SST pada 10 peratus sudah pasti harga kenderaan akan meningkat berbanding sekarang.

"Saya berpendapat kerajaan wajar menurunkan kepada kadar yang lebih rendah daripada enam peratus dalam usaha mengembangkan industri automotif di negara ini terutama dalam keadaan pasaran yang perlahan sekarang.

"Tapi saya percaya mereka (kerajaan) kini sedang mempertimbangkan kadar peratusan yang lebih sesuai terutama buat industri automotif kerana tarikh pelaksanaan belum diputuskan," katanya.









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoyoyoyoyo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2018 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-5-2018 07:22 AM
Aiyoyoyoyoyo.

hamg pi la order bmw cpat.. kata tgh murah .. hang cikgukan boleh pakai loan gomen..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mogey replied at 28-5-2018 07:24 AM
hamg pi la order bmw cpat.. kata tgh murah .. hang cikgukan boleh pakai loan gomen..

Choi! Cikgu tak layak guna BMW. Lain la if dapat income puluh ribu sebulan dari MLM.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2018 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-5-2018 07:26 AM
Choi! Cikgu tak layak guna BMW. Lain la if dapat income puluh ribu sebulan dari MLM.

hang ckp la part time ngajar tuition cikgu mariam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mogey replied at 28-5-2018 07:27 AM
hang ckp la part time ngajar tuition cikgu mariam..

Mana berita wei? Tazabar kopipes masuk grup wasap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2018 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-5-2018 07:30 AM
Mana berita wei? Tazabar kopipes masuk grup wasap.

blum kuar online lg.. masih berita hari minggu.. ada aku letak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mogey replied at 28-5-2018 07:37 AM
blum kuar online lg.. masih berita hari minggu.. ada aku letak..

Patut la tadi google tak jumpa apa2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa pelik..sblm gst tak xde, mmg kete x kena SST ke? Sbb seingat iols harga kete naik slps GST.then kalau btul sblm tu takde SST, why this time kena SST lak?
Cth bil unifi.sblm gst takde SST.after gst kena byr extra 6% which is quite high.but bila ada SST nnt unifi pun kena SST ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Berita x sahih lagi. Baru ramalan. Harga kereta naik bukan sbb sst saja. Byk sbb lain lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
saripdolmat replied at 28-5-2018 07:40 AM
Berita x sahih lagi. Baru ramalan. Harga kereta naik bukan sbb sst saja. Byk sbb lain lg

Ehh.. Bukan sst puler kalo naik..
Dulu kata gst kalo barang naik..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mereput laa...tak bertukar keta la nih sampai pencen...langkah pencimatan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
saripdolmat replied at 28-5-2018 07:40 AM
Berita x sahih lagi. Baru ramalan. Harga kereta naik bukan sbb sst saja. Byk sbb lain lg

i like your positivity...ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:23 AM | Show all posts
masalahnye mmg korang beli kereta hari2 ke? kalau naik pun.. for the sake of every 7-9 years je korang akan tukar kan ..

at least some of the goods yang korang x bayar GST tu dah kire boleh tampung kan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh orang yg undi ph percaya no gst barang turun harga

Bodoh sebab senang2 kena tipu

Budoh sebab tak belajar sistem tax duty import duty giv duty apa lanchow semua

Butoh sebab dna keturunan bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau undi be end harga barang tetaplah naik x turun2 y bother to undi? Cakap pakai kepala lutut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 08:46 AM | Show all posts
Jangan mudah percaya sama brita palsu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:49 AM | Show all posts
Sistem GST dah berjalan hampir 3 tahun. Dah disempurnakan. Kemudian gatal tangan nak tukar semula kepada SST. Buang masa. Buang duit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:50 AM | Show all posts
POYOYOYOYOYOYO
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2018 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
klau naik slhkan gomen terdahulu... so simple haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071995 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list