View: 26216|Reply: 190
|
[Jenayah]
Kes ibu 7 anak ‘dikenduri’ dalam Alphard; suspek dihukum penjara 28 tahun dan se
[Copy link]
|
|
Edited by kopokleko at 22-10-2018 02:39 PM
Seorang ibu tujuh anak dirogol di dalam semak, dipaksa melakukan hubungan songsang luar tabii dan ke maluannya ditusuk dengan kayu ketika dalam perjalanan menuju ke kilang tempatnya mencari rezeki, tiga tahun lalu.
Hari ini, tiga lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan itu menerima balasan apabila dihukum penjara 28 tahun dan sebatan antara 14 dan 20 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi menjatuhkan hukuman itu terhadap eksekutif akaun, Y.K. Gajehindran, 26; penghantar surat, J.T. Malvin Isaac, 24; dan pelajar kolej, P. Aravinthiran, 22, selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan itu.
Menurut hakim tersebut, mahkamah mendapati kesemua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan kerana pembelaan mereka bersifat penafian semata-mata.
Beliau berkata, tertuduh keempat kes itu telah mengaku bersalah pada 2010 bagi tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa dan selepas itu dijadikan saksi pendakwaan.
”Keterangan daripada tertuduh keempat selari dengan keterangan mangsa dan mahkamah tiada alasan untuk tidak mempercayai keterangan mereka,” ujar Ahmad Fairuz.
Bagi tuduhan merogol mangsa yang berusia 38 tahun itu, ketiga-tiga mereka dipenjara 28 tahun dan sebatan lima kali setiap seorang.
Gajehindran dan Aravinthiran yang didakwa memaksa mangsa melakukan seks luar tabii dipenjara 18 tahun dan sebatan 14 kali manakala Malvin dipenjara 10 tahun dan sebatan dua kali bagi tuduhan cuba melakukan perbuatan sama.
Malvin juga dihukum penjara 20 tahun dan sebatan 10 kali atas kesalahan memasukkan sebatang kayu ke dalam kemaluan mangsa sehingga wanita itu terpaksa menerima 10 jahitan.
Kesemua lelaki terbabit turut dihukum penjara 15 tahun dan sebatan lima kali bagi tuduhan mendatangkan cedera parah kepada mangsa menggunakan ranting kayu.
Kesemua kesalahan itu dilakukan mereka di kawasan semak berdekatan Jalan Kebun Nenas 2H/KS7, Bandar Putera Klang di Klang pada pukul 6.45 pagi, 11 Februari 2010.
Mereka turut dihukum penjara tujuh tahun bagi kesalahan menculik dan melarikan wanita itu pada waktu sama di ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di sini.
Kesemua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
puas hati aku setan2 ni semua mereput dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh cucuk balik dubur diorang denga kayu |
|
|
|
|
|
|
|
itu yang sepatutnya...syaitonnirojim betul |
|
|
|
|
|
|
|
kalo diorang ni islam mesti ada etis dah muncul mencerca |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lah ada hukuman timbal balik kan best.. cucuk balik punggung jate2 tu dengan kayu, bagi gay rogol 3 ekor jate taguna tu.. biar dia rasa! |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka kena rotan! 14 hingga 20 stroke!! harap terus mandul! |
|
|
|
|
|
|
|
kopokleko replied at 22-10-2018 09:29 AM
kalo diorang ni islam mesti ada etis dah muncul mencerca
Itu sudah semestinyaaa.. maideenn diam jah.. ntah mtah maideen yg merogol ni |
|
|
|
|
|
|
|
minguk replied at 22-10-2018 09:35 AM
kalau lah ada hukuman timbal balik kan best.. cucuk balik punggung jate2 tu dengan kayu, bagi gay ro ...
Sis changa angkat tgn duluu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kelly-ng hanat ni mabuk todi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha nak merogol tu ke you. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baca mcmana drg buat kt perempuan tu mmg x sanggup nak baca sampai habis..lebih kurang citer i split on your grave hat 1st skali tu...trauma giler kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini salah satu bukti bahawa kejahatan manusia merentasi bangsa maupun agama. Dan orang yang suka melabel sana sini (baca : Etis CI) terutama terhadap muslim adalah sekelompok manusia yang berfikiran kuno, bodoh dan tidak bisa di perbaiki lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Selain dari hukuman yg telah dijatuhkan, public shaming juga perlu kpd para pelaku yg bersifat binatang itu |
|
|
|
|
|
|
|
kejam nya tahap tak leh terima akal, nk baca pun ku gagahi jua... sampai habis...
jahatnya jantan, moga allah akan balas lg teruk dan setimpal
semoga hukuman sebatan tu merosakkan organ kelelakian depa secara kekal.. huhu
x tertangung azab mangsa, smoga allah berikan dia ketabahan dan kebahagian pada dia |
|
|
|
|
|
|
|
cetann btol perngai...
helok sgt laaaa dgn penjara n sebatan tuh..
tula bertuhan kan nafsu sgt... mereput ko kne sebat dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa tu memang diorg kenal ke just randomly pick mana yg nmpk depan mata terus culik. Scary nye kalu terserempak setan2 ni.
Apa lah nasib mangsa tu skrg. Ntah2 masih kemurungan |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam jail kang merasa pulak kena sental dubur jailmates! Enjoy your stay, celaka! |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan baca cerita kat india tadi, rupanya di malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
oooo citer ni yg viral kat fb ehhh.... dah jatuh hukum rupanya ehh... patutnya bkn setakat jatuh hukum je, kena bg pampasan sekali dekat mangsa...maunya seumur hidup mangsa tu trauma... lg pn family diaorg siap offer nk selesai luar court kan. nak bayar pampasan lg hah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|