"Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.
"Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita... kita akan jatuh sakit.
"Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Sebaiknya bapa kepada dua cahaya mata itu menyarankan mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.
Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.
"Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.
"Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.
Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.
Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.
Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.
"Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak 'dia' di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi.
"Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.
"Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni," dakwanya.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/v ... l4raceh3wOyeJzfj.99