CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9063|Reply: 9

A WALK IN THE CLOUDS

[Copy link]
Post time 29-6-2004 04:56 PM | Show all posts |Read mode
hehehehe...bukan nak cite pasal filem Keanu Reeves tu ye....
ni pasal awan....dulu masa kecik2 suk atengok awan2 ni.....
macam formation leh nampak...hehheheimaginasi je tuh....nampak aiskrim kon lah...nampak org mendayung masuk mulut ikan paus lah...hehheeh..macam2....

time form 2 ada belajar pasal awan, kena ambik gambar2 jenis2 awan....
awan yang paling mencabar nak dapat ialah kumunimbus...ambik gambar nye time seblum ujan ribut.

jom kita share pengetahuan pasal clouds ni...boh gambar awan cantik pon boleh...

[ Last edited by EtchedGlass on 29-6-2004 at 05:10 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2004 05:00 PM | Show all posts

Types of Clouds

Further classification identifies clouds by height of cloud base. For example, cloud names containing the prefix "cirr-", as in cirrus clouds, are located at high levels while cloud names with the prefix "alto-", as in altostratus, are found at middle levels.

This module introduces several cloud groups. The first three groups are identified based upon their height above the ground. The fourth group consists of vertically developed clouds, while the final group consists of a collection of miscellaneous cloud types.

High-Level Clouds
Cloud types include: cirrus and cirrostratus.

Mid-Level Clouds
Cloud types include: altocumulus, altostratus.

Low-Level Clouds
Cloud types include: nimbostratus and stratocumulus.

Clouds with Vertical Development
Cloud types include: fair weather cumulus and cumulonimbus.

Other Cloud Types
Cloud types include: contrails, billow clouds, mammatus, orographic and pileus clouds.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2004 05:08 PM | Show all posts
High-Level Clouds

Cirrus Clouds
- thin and wispy -
The most common form of high-level clouds are thin and often wispy cirrus clouds. Typically found at heights greater than 20,000 feet (6,000 meters), cirrus clouds are composed of ice crystals that originate from the freezing of supercooled water droplets. Cirrus generally occur in fair weather and point in the direction of air movement at their elevation.


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2004 01:21 AM | Show all posts
[


mcm awan dlm library 3d max aje..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 12:38 AM | Show all posts
nasi tambah berkaitan awan

Awan terdiri daripada titisan-titisan air yang amat halus  (0.02 hingga 0.06 mm) garisan pusatnya, ataupun hablur ais yang amat halus.  Titisan air dan hablur ais tersebut boleh terapung sekiranya ada pergolakan di dalam udara, walaupun sedikit sahaja.  Untuk menghasilkan titisan-titisan awan tersebut, zarah-zarah debu yang boleh menjadi pusat, atau nukleus peluwapan adalah diperlukan.  Debu yang mempunyai darjah citair yang tinggi mungkin terdapat dengan banyaknya di dalam atmosfera.

Di setengah tempat yang mempunyai suhu udaranya jauh lebih rendah daripada takat beku, awan mungkin terbentuk daripada hablur-hablur ais yang seni.  Air yang amat sedikit itu boleh kekal sebagai cecair pada suhu yang jauh lebih rendah daripada takat suhu beku biasa Cecair tersebut dikatakan berada di dalam keadaan penyejukan-lampau.  

Di dalam keadaan yang demikian, terdapat titisan-titisan air yang wujud pada suhu serendah -12oC;  campuran titisan air dengan  hablur  ais daripada -12oC hingga - 30oC ataupun lebih rendah lagi, dan campuran yang kebanyakannya terdiri daripada hablur ais, wujud pada suhu yang rendah daripada -30oC.  Kebawah daripada -40oC seluruh awan itu terdiri daripada ais.  Awan kelihatan putih kerana ia tipis ataupun apabila matahari menyinari bahagian permukaan luarnya.  Apabila padat dan tepu dengan lembapan awan kelihatan kelabu ataupun hitam di bahagian bawahnya, kerana kawasan itu terlindung
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 12:44 AM | Show all posts
Jenis awan dapat dikelaskan mengikut dua ciri: bentuk umumnya dan aras tingginya.  Berdasarkan bentuknya terdapat 2 kumpulan utama;  iaitu bentuk stratus ataupun jenis berlapis, dan bentuk kumulus ataupun jenis berbulat yang wujud secara besar-besaran.  Kumpulan awan juga dapat dibezakan berdasarkan kepada ketinggian sesuatu awan

Jenis awan mengikut ketinggian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2004 12:49 AM | Show all posts
1-Awan tinggi (Keluarga A) terletaknya tinggi sekali.  Awan-awan ini kira-kira 6,000 hingga 12,000 m tinggi dan terdiri daripada hablur ais.  Sirus merupakan awan yang lembut dan berumbai-umbai, lazimnya membentuk jalur-jalur atau rangkai-rangkai di langit.  Awan ini tidak mengganggu pancaran cahaya matahari ataupun bulan.  Awan sirostratus merupakan lapisan yang lebih lengkap, menghasilkan satu kalungan mengelilingi matahari ataupun bulan.  Istilah sirokumulus diberikan kepada lapisan yang terdiri daripada kepul-kepul awan berbentuk bulat dan padat, yang tersusun berkumpul-kumpul atau berbaris-baris.  Nama yang popular ialah awan sisik.


Gambar: Awan sirus yang halus berada di atas Georgetown, Pulau Pinang.

[ Last edited by mok_nik on 26-7-2004 at 11:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 12:55 AM | Show all posts
2-Pada aras tinggi di antara 2,000 hingga 6,000 m, terdapat pula kumpulan awan tengah (Keluarga B) iaitu kebanyakannya terdiri daripada awan jenis altostratus dan altokumulus atau nimbus.  Altostratus merupakan lapisan terhampar yang biasanya terdapat rata-rata di seluruh langit.  Warnanya kekelabuan dan biasanya awan ini mempunyai bahagian dasar yang rata.

Awan in juga selalunya menyebabkan matahari kelihatan sebagai tompok yang cerah apabila dilihat menembusinya.  Altoskumulus pula merupakan lapisan kumpulan awan yang terpisah-pisah, tersusun rapat-rapat.  Kumpulan-kumpulan awan ini kelihatan putih, atupun agak kekelabuan pada bahagiannya yang terlindung, dan langit biru kelihatan di antara tompok-tompok atau barisan-barisan itu.  Altostratus biasanya dikaitkan dengan kejadian cuaca yang tidak baik, sementara altokumulus biasanya menggambar ciri keadaan cuaca yang sederhana baik.


Gambar: Awan nimbus sedang berujan di sekitar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

[ Last edited by mok_nik on 26-7-2004 at 12:00 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2004 01:03 AM | Show all posts
3-Di dalam kumpulan awan rendah (Keluarga C) yang terletak dari permukaan bumi hingga ke aras 2,000 m terdapat awan-awan stratus, nimbostratus, dan stratokumulus.  Stratus merupakan lapisan awan padat, rendah dan berwarna kelabu tua.


Gambar: Sekumpulan awan kumulus di atas Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

eton_lin This user has been deleted
Post time 6-8-2004 04:16 PM | Show all posts
ada kaitan tak jerebu dengan awan nih?
maksud eton, kalau ada jerebu, kandungan awan tu terpengaruh x?
berubah ke keadaan awan kalau berjerebu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.070818 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list