CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2809|Reply: 16

Jura kena saman...hahaaa..padan muka..hahaaa

  [Copy link]
Post time 25-2-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nk tau details cari sdiri lah..oppss! Ok bye..lalalaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apekah? Thread camni pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Share la weh. Nk tau jgk
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:44 PM | Show all posts
apa gossipnya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa saman jura
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada thread pasal ni..

Kut ye pun takyah la tt nak seronok sangat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jura tu refer pd siapa
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm ni pun boleh jd benang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 25-2-2019 09:51 PM
Jura tu refer pd siapa

Fazura kena saman dek syarikat kosmetik. Janji setahun promote, rm156k.. tetiba buat brand sendiri. Ada Dlm paper Hari ni. Sekian info..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 25-2-2019 09:55 PM
Fazura kena saman dek syarikat kosmetik. Janji setahun promote, rm156k.. tetiba buat brand sendiri ...

Owh yea ke, thanks bg info
Ada baca paper tp x perasan ttg ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 11:01 PM | Show all posts
laa ingatkan apa..jura..jura rupanye fazura
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 25-2-2019 09:55 PM
Fazura kena saman dek syarikat kosmetik. Janji setahun promote, rm156k.. tetiba buat brand sendiri ...

Bukan setahun, tapi utk 6bulan.
.
Cuma boss ni rasa terkilan sbb perjanjian Faz kena post about Maydan ni 13 kali dlm tempoh 6bulan tu tapi she just post 3kali. Adoiii faz oh faz! Posting kat IG je pun apa susah? lagi2 dpt bayaran ratus2 ribu ohhh!! =.=|||
.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 25-2-2019 09:58 PM
Owh yea ke, thanks bg info
Ada baca paper tp x perasan ttg ni

baca rotikaya je or ada IG, follows je makcik puaka tu, updated gossips xD
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cakap padan muka pun bukak thread. Mental. Ingat ni ko punya twitter ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 25-2-2019 09:50 PM
Dah ada thread pasal ni..

Kut ye pun takyah la tt nak seronok sangat..

tahnye
tt happy mcm pakcik menang motor dah knp?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:43 AM | Show all posts

RE: Jura kena saman...hahaaa..padan muka..hahaaa

@kerill dasar bangsat kepam dah berak berterabor xreti basoh. kompem spesis ngesek tepi jalan pancot dinding pstu dpt anak xcukop sifat.layak mati sajork
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 01:51 AM | Show all posts
Fazura dibayar RM156,000, disaman gagal promosi Q-Tab secara eksklusif

KUALA LUMPUR: Pemilik Maydan Trading (Maydan) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura menerima bayaran RM156,000 untuk menjadi duta kepada produk syarikatnya, Q-Tab.

Narhamdan Abd Malek, 54, dalam keterangannya pada perbicaraan hari pertama kes saman yang difailkan terhadap Fazura atau nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, 36, dan Universal Music Sdn Bhd, berkata bayaran itu dibuat bagi mempromosikan produk kesihatan dan kecantikan selama enam bulan menerusi akaun Instagram Fazura.

“Saya menghadiri perjumpaan pertama yang diaturkan oleh anak kedua saya, Mardina bersama pengurus pelakon itu, Iman Tang di Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada 18 Julai 2017.

“Beliau (Iman Tang) kemudian menjelaskan secara lisan tugas duta produk dan cara membantu memasarkan produk Q-Tab,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril.

Narhamdan turut memberitahu, pada awal Ogos 2017, beliau menandatangani Helaian Terma (Term Sheet) dan membuat bayaran awal sebanyak RM100,000 pada perjumpaan yang diadakan di The Curve, yang dihadiri oleh Fazura, Iman Tang, dua anak perempuannya, Marliya dan Mardina.

Katanya, beliau kemudian mengadakan sidang media pada akhir Ogos 2017 untuk mempromosikan rangkaian produk Maydan termasuk Q-Tab menerusi sokongan Fazura dan turut membayar RM56,000 untuk sesi fotografi dan video.

“Saya difahamkan selepas sidang media pelancaran Q-Tab, jualan produk kami bagus, namun, pada akhir September 2017, ia mula merudum.

“Mardina memaklumkan kepada saya pada awal Oktober 2017, Fazura melancarkan produk kecantikannya sendiri yang diberi nama Tru-Dolly dan Mardina menerima pertanyaan daripada pengguna sama ada kami mempunyai bekalan Tru-Dolly,” katanya.

Narhamdan berkata, beliau kecewa kerana sebelum ini Iman Tang memberitahu bahawa Fazura akan mempromosikan produk itu secara eksklusif sepanjang tempoh perjanjian.

Katanya, bajet RM200,000 yang dikeluarkan bagi memasarkan produk bukanlah jumlah yang kecil.

Jumlah 75 peratus yang dibayar kepada Fazura adalah tidak sepadan dengan 75 peratus kerja yang dijanjikan oleh pelakon itu sejak Oktober 2017.

Beliau hanya menjalankan satu sidang media dan sesi fotografi serta video, selain mempromosi dan memuat naik sebanyak tiga kali di laman Instagram miliknya,” katanya.

Pada 16 Disember 2017, Narhamdan menfailkan saman terhadap Fazura dan Universal Music Sdn Bhd yang masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Berdasarkan writ saman, Narhamdan sebagai plaintif memiliki dan menjual produk kesihatan di atas nama dagang Maydan dan satu daripada produk itu adalah kandi yang boleh dikunyah dikenali sebagai Q-Tab untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku.

Pada 10 Ogos 2017, plaintif didakwa bersetuju secara bertulis dengan cara Helaian Terma (Term Sheet) yang dibuat oleh defendan kedua (Universal Music) untuk perkhidmatan Fazura.

Perjanjian itu didakwa untuk Fazura memasarkan dan/atau mengendors produk untuk balasan bayaran sebanyak RM212,000 serta dibayar dalam tempoh enam bulan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, antara perkhidmatan yang dibuat oleh Fazura adalah memasarkan produk secara besar melalui media sosial, lebih khususnya melalui saluran Instagram miliknya membabitkan 12 catatan (postings).

Selain itu, Fazura perlu membuat lima penampilan awam, penampilan tunggal pada sidang akhbar serta sesi pengambilan gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk.

Sementara itu, defendan pertama dalam pernyataan pembelaannya menafikan bahawa beliau ada memasuki sebarang perjanjian dengan plaintif.

Fazura juga menegaskan bahawa Iman Tang bukan ejen atau wakilnya, sebaliknya hanya pengurus dan sebarang keputusan berkaitan dengan kerjaya seni hanya ditentukan oleh dirinya sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069847 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list