CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3736|Reply: 8

Roti Gardenia Habis? Jom Buat Roti Sendiri

[Copy link]
Post time 7-4-2020 05:18 AM | Show all posts |Read mode



Sejak Perintah Kawalan dilaksanakan, permintaan roti Gardenia meningkat hingga agak sukar untuk mendapatkan bekalan roti tersebut. Takkan lah rakyat Malaysia dah tukar makanan ruji dari nasi kepada roti sejak musim PKP ni?


Akan tetapi, itu semua bukanlah masalah besar jika roti Gardenia kegemaran habis di pasaran kerana anda boleh buat roti sendiri dengan kos RM5 sahaja menurut perkongsian Puan Azlina ini.


Resepi Roti Gebu Paling Mudah Viral


A. Bahan-bahan membuat pelembut doh:

  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secawan air



Cara-cara membuat doh:


1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga rata dan tapis.
2. Kemudian, masak sehingga menjadi likat dan siap.


Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans





B. Bahan-bahan membuat yis:

  • Yis
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula



Cara-cara membuat yis:


1. Tuangkan air suam ke dalam yis.
2. Kemudian, masukkan gula dan tutup kesemua bahan yang telah dicampur selama 10-15 minit.




Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans




C. Bahan-bahan adunan roti:

  • 1kg tepung
  • Sebiji telur
  • 3 sudu besar majerin atau butter
  • 3 sudu besar pelembut doh
  • Sedikit garam halus
  • 4 sudu besar susu tepung (jika suka)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jika tiada tidak mengapa)
  • 5 sudu besar gula



Cara-cara membuat adunan roti:

1. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.


Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans



2. Kemudian, masukkan 1/2 cawan yis yang berbuih tadi. Selepas itu, uli sikit-sikit.


Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans



3. Masukkan air sejuk ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan uli sehingga rasa doh lembik sedikit.




Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans





  • Tabur sedikit tepung untuk memastikan adunan tidak melekit di tangan. Uli doh sehingga doh licin dalam 10 minit.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans




  • Selepas itu, tutup adunan doh tu dengan tuala lembab dan letak berhampiran oven untuk membuatkan ia kembang sekali ganda saiz asal. Panaskan oven pada suhu 100 darjah celcius.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans




  • Kemudian, tumbuk dok tadi untuk buang angin dalam doh. Uli dan letakkan minyak pada tangan dan bekas untuk senang bentukkan doh.
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans





  • Letakkan doh dalam bekas untuk dimasukkan dalam oven dan panaskan oven 100 darjah selama 30 minit. Pastikan doh sudah kembang betul sebelum masukkan ke dalam oven.
  • Bakar pada suhu 150 masa 45 minit api atas bawah (bergantung oven masing-masing).
Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans



Siap untuk dimakan, cicah pula dengan kopi O panas. Mantap!



Selamat mencuba.- CARI




Kredit Foto - Facebook Azlina Ina Fans











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cecah milo panas pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 08:49 AM | Show all posts
dapnya... tapi malas la nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
teringin nak buat tp xde oven
Bila kena RMO ni brlah terasa betapa pentingnya oven bkn microwave
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2020 10:01 AM | Show all posts
Susah nak buat bg sedap.. Kena ada pengalaman buat baking..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2020 12:09 PM | Show all posts
Thanks for the info TT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Griddle bread

Resepi ni tanpa guna oven/ microwave dan paling mudah dan cepat. U only need a heavy bottom pan (org kg ku panggil skillet / iron cast pan) atau pun nonstick pan.

Ingredients
8 oz Plain flour
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
Enough buttermilk to make the dough into a thick, knead-able constistency. Klu x de buttermilk, fresh milk dicampur dgn perahan lemon sebab asid dlm buttermilk tu yg naikkan soda bread ni.

Cara
Campur semua bahan2 kering tu. Make a well in the centre n tuang sikit2 buttermilk tu. Gaul sampai rata semuanya. Acuan tu jadi mcm dough Roti bukan cair seperti pancake. Uli beberapa minit di atas permukaan yg diletak sedikit tepung supaya x melekat.

Bulatkan dough tu potong dgn ketebalan SATU INCI. Potong 4 bhg dough tu.

Panaskan pan tu (jgn terlalu panas/ berasap). Taburkan sedikit tepung dlm pan tu supaya x melekat. Nak letak sikit butter dlm pan ok jugak. Letakkan 4 bhg Roti dlm pan dgn api yg sederhana. Each side takes 10 minutes to cook. Cucuk Roti tu dgn pisau / toothpick to check samada dlm tu dah masak ke belum. Klu it's clean tandanya roti dah masak.

It wil be nicely crusted outside and soft in the middle. Klu u all nak letak shredded cheese masa uli tu pun sedap.

Makan dgn jam & butter or cicah dgn curry pun best. Good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tt ada resepi roti sukatan cawan dan untuk sikit je adunan share ye..tq tt


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2021 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.067888 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list