CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 4

[Tempatan] Pesananan pantun kepada pemimpin UMNO yang kuat makan rasuah, banyakkanlah ibada

  [Copy link]
Post time 23-10-2020 11:38 PM | Show all posts |Read mode
kesian UMNO dan pemimpin pemimpinnya yang kuat makan rasuah...




https://malaysiadateline.com/bel ... UF5aPGaYgd3zKs5r8zA

Belum masa keluar memangkah, antara 4 mesej besar Raja Permaisuri AgongOleh MALAYSIA DATELINEOctober 22, 2020 7:59 am0

Mesej yang disampaikan oleh Istana Negara sangat jelas melalui empat rangkap pantun yang dikongsikan melalui Instagram Raja Permaisuri Agong, orang politik jangan berbalah, tiada pilihan raya waktu terdekat dan jangan langgar titah raja.
Selain itu, baginda juga berkongsi mesej agar rakyat negara ini jangan terlibat dengan rasuah dengan berkata, “bertaubatlah kepada yang makan rasuah”.



Mesej-mesej ini ini disampaikan oleh Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar melalui empat rangkap pantun yang dikongsikan melalui instagram baginda, Tunku Azizah Iskandar

Pantun itu dibacakan oleh dua kanak-kanak bermula dengan gambar buku “Kurik Kundi Merah Saga” iaitu Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Berikut adalah empat rangkap pantun tersebut:

Tiga wilayah Selangor dan Sabah
Sudah diarah kerja dari rumah
Orang politik sedar sedarlah
Ini bukan masa untuk berbalah

Raja sudah bertitah
Sudah sudahlah bertelingkah
Rakyat sedang susah
Belum masa keluar memangkah



Buah cempedak di luar pagar
Jangan ambil orang punya
Titah raja jangan dilanggar
Kalau dilanggar buruk padahnya

Semua orang duduk rumah
Sebab covid belum sudah
Pada yang makan rasuah
Betaubatlah banyakkan ibadat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 03:03 AM | Show all posts
Pada yang makan rasuah
Betaubatlah banyakkan ibadat


x syak lagi RPA tuju kat kaki2 songlap parti  melayu terbesar iteww..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur agong dan permaisuri pentingkan kebajikan rakyat di kala pandemik covid
Semoga nasib rakyat akan terbela dan negara malaysia akan selamat daripada pemimpin2 yang rakus tamak haloba
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurla skrg turn YDPA yg amat prihatin dgn keadaan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung Malaysia dpt YDA skrg. Bijak dan ptgkn rakyat. Klau abe gong?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.072085 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list