CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 31-3-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 28-3-2024 03:33 PM
Jalan Pintas

Kejadian ni berlaku sebelum harijadiku yang ke 20. Masa ni aku sedang berkhidmat sebag ...

Terbaik tt...tak pernah tak mendebarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2024 01:17 PM | Show all posts
Hello gais alamak dah mendap dah thread I ni.  Meh I belanja cerita seram dari Reddit lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2024 01:46 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 27-4-2024 09:51 AM

Budak Introvert

Beberapa hari yang lalu teman wanitaku terserempak dengan seorang lelaki bekas kawan sekolah dia, dan dia cerita kat aku satu pengalaman yang tidak dapat dia lupakan yang melibatkan kawan tu

Beberapa tahun sebelum kami bertemu dan bercinta, teman wanita aku ni masih belajar di sekolah menengah tinggi bersekali dengan kawan lelaki dia tu yang masa tu merupakan seorang remaja lelaki introvert jenis tegar.  Kawan tu baik je cuma dia seorang yang agak kekok dari segi skil sosial.  Budak tu kalau kat kelas dia duduk seorang diri sambil memakai headphone besar tu, dan dia cuma akan melepak dengan seorang kawan ni je.



Pada suatu malam tu, teman wanita aku masa tu sedang berjalan balik ke rumah dia setelah menghadiri satu parti ni apabila dia diserang oleh seorang lelaki.  Lelaki tu peluk dia dari belakang dengan ketat, tarik teman wanita aku ke satu sudut jalan yang gelap tu,ugut nak cekik teman wanita aku tu kalau dia menjerit, dan mulalah meraba-raba teman wanita aku dengan niat nak merogol.  Teman wanita aku terlalu ketakutan dan mula pasrah dengan tragedi yang bakal menimpa dia, apabila budak introvert tu muncul dari mana ntah dan menjerit "Oi korang buat apa tu?"

Penjahat tu tak takut pun, sebaliknya dia marah balik pada budak introvert tu, "kau blah! Jangan kacau aku!"

Budak introvert tu tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dapur dari jaket dia, 'lepaskan perempuan tu!'

Penjenayah tu ketawa mengejek, 'ko nak buat ape dengan pisau tu? Pengecut!'

Budak introvert tu, dengan muka takde perasaannya, mula mengelar tapak tangan dia dengan pisau tu.  Darah berjejeran, budak introvert tu menyapu mukanya dengan tangannya yang berdarah tu.  Kulitnya yang keputihan kini berwarna merah gelap dek darah yang disapu ke mukanya. "Aku ni sebenarnya psikopat.  Kau mesti taknak tau apa yang aku boleh buat pada kau".

Masa ni bukan penjenayah tu je, teman wanita aku pun masa tu sangat terkejut dengan 'keberanian' budak introvert tu.  Penjenayah tu rasa ngeri,  dia pun lepaskan teman wanita aku dan terus cabut lari dari tempat tu.

Setelah penjenayah tu dah hilang dari pandangan, budak introvert tu suruh teman wanita aku lari dari situ pegi ke jalan utama. "Kau jangan cerita kat sapa-sapa pasal ni", budak introvert tu sempat pesan pada teman wanita aku. Teman wanita aku tanya keadaan dia, tapi dia cakap dia okay je.  Nasib lah jugak kat jalan utama tu ada teksi, teman wanita aku pun terus amek teksi tu dan balik rumah.

Esoknya hari persekolahan.  Teman wanita aku nampak budak introvert tu tangannya dah berbalut, dan dia buat-buat tak nampak je teman wanita aku.  Kejadian malam tulah kali terakhir teman wanita aku berinteraksi dengan budak introvert tu....

Beberapa tahun pun berlalu, baru-baru ni teman wanita aku terserempak dengan budak introvert tu tengah belikan aiskrim untuk 2 orang anak dia. Teman wanita aku pun tegurlah kawan tu, kali ni kawan tu dah mesra sikitla, bukan pemalu macam zaman remaja dulu.  Sembang punya sembang, teman wanita aku ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan dia malam tu.  Kawan tu tersenyum kecil dan dia ceritalah apa yang sebenarnye terjadi masa tu.  

"Sebenarnya masa tu aku nampak dah lelaki tu tarik kau masuk lorong gelap tu. Kebetulan aku jumpa kat situ ada orang buang pisau dapur.  Kebetulan jugak masa tu tangan aku dah memang terluka sikit sebab terkena pisau poket.  Jadi aku pun buat-buatlah berlakon jadi psikopat nak takutkan penjenayah tu.  Lepas tu aku balik dan bersihkan luka tu.  Ala luka tu pun kecik je sebenarnya".

Masa ni teman wanita aku terlopong dengar cerita kawan tu, sebabnya dia rasa alasan kawan tu macam tak logik, banyak sangat kebetulannya.  Dan teman wanita aku sendiri nampak kot darah membuak-buak keluar dari tangan dia tu, mustahil darah sebanyak tu datangnya dari luka kecil je.  Walaupun begitu, teman wanita aku tetap berterima kasih dengan kawan tu.  Peristiwa itu sebenarnya berlaku 15 tahun yang lalu, dan sepanjang aku mengenali teman wanita aku dia tak pernah pun dedahkan yang dia pernah hampir dirogol suatu ketika dulu.

Lelaki tu sekarang dah berkahwin, ada 2 anak dan sedang bekerja di salah sebuah syarikat IT yang terbesar di negara kita ni.  Kedudukan lelaki tu adalah antara 10 orang terpenting dalam syarikat.  Tapi adakah dia sebenarnya betul-betul seorang psikopat? Hanya dia je yang tau...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita kali ini adalah kisah dari Turki yang diceritakan oleh seorang redditor dari Turki bernama Sinan.  Sinan ni seorang wartawan di sana dan dia rajin kumpul cerita-cerita paranormal di negara dia.  Sebelum ni pun I pernah terjemahkan cerita Sinan ni, tak silap I satu pasal sorang ni dikacau jin tapi tangkal dia hilang, lagi satu kisah jalan kampung yang berhantu.  Kali ni Sinan muncul lagi dengan cerita terbaru pulak. Enjoy uols!
Kisah dari Turki : Perkahwinan Jin
Kali ni aku nak ceritakan satu peristiwa yang betul-betul berlaku pada aku. Masih terpahat segar dalam memori aku walaupun peristiwa ni terjadi tahun 2001 yang lalu.  Kisah ni memang kisah benar, tapi memandangkan dalam cerita ni hanya terjadi pada aku seorang je, tiada saksi lain selain aku, tiada siapa yang dapat mengesahkan yang kisah ni benar-benar terjadi jadi terpulanglah pada korang kalau nak percaya atau tidak dengan kisah ni. Aku faham kalau korang susah nak percaya sebab cerita ni memang di luar jangkauan akal manusia sebenarnya.

Pada 2001, aku bekerja sebagai seorang juruteknik yang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan untuk sebuah transformer perparitan di kawasan kampung-kampung.  Masa tu dah senja, dalam pukul 6 ke 7 macam tulah apabila aku dihubungi oleh orang kampung dari sebuah kampung yang bernama Kampung Midyat di daerah Mardin yang menyatakan ada berlaku kecemasan di kampung mereka.  Perjalanan nak ke Kampung Midyat tu mengambil masa selama 3 jam, aku cakap kat orang kampung tu aku akan segera ke sana nak tengok apa jadi dengan transformers tu.  Kalau kerja-kerja pembaikan tu mengambil masa yang lama aku berkemungkinan kena tidur kat kampung tu dan ketua kampung tu pun setuju.  Jadi aku pun bertolaklah petang tu jugak ke Kampung Midyat tu.

Aku memandu sendirian ke kampung tu. Lagi 30 ke 40 km lagi nak sampai ke sana, kereta syarikat aku pulak rosak di tengah jalan.  Jam dah nak masuk pukul 10 malam, keadaan sekeliling gelap gelita. Almaklumlah jalan kampung kan.  Aku takde pilihan lain selain menunggu di situ sebab kat sekeliling tu memang takde apa-apa.  Tunggu jelah mana tau kan nanti ada orang lalu bolehlah aku mintak tolong.  Tunggu punya tunggu, takde sape pun lalu.  Tempat tu pun takde talian telefon.  Tapi di kawasan tu aku nampak ada bukit kecil.  Mungkin sebab terlalu bosan tunggu dalam kereta tu, aku ambil keputusan aku nak daki bukit tu mana tau kat puncak tu ada talian.  Dah sampai ke puncak, sekali lagi aku hampa sebab bar di telefon bimbit aku masih bertanda pangkah.

Aku pandang kiri kanan depan belakang, sekali tu dari kejauhan aku nampak macam ada 2 sosok badan sedang berjalan.  Ha ada pun orang.  Aku pun berlari menuju ke arah kedua-dua orang tu.  Aku memberi salam dan kedua-dua orang tu menyambut salam aku. “Pakcik, makcik, kereta saya rosak ni? Boleh ke pakcik makcik bantu saya?”.  

“Maaf nak, sebenarnya kami berdua ni nak pergi ke majlis perkahwinan. Ni pun kami dah lewat ni.  Apa kata anak ikut kami je. Nanti balik dari majlis tu kami cuba bantu apa yang boleh.  Lagipun bahaya anak nak tunggu kat sini sorang-sorang. Tempat ni tak selamat”.

Aku takde pilihan lain jadi aku pun ikut jelah diorang ni.  Pakcik makcik tu mereka berdua orang tua yang berbadan pendek, dan pakaian yang mereka pakai adalah pakaian tradisional orang dulu-dulu.  Aku pun tak tau apa nama tempat tu, tapi tau-tau je aku sampai dah ke majlis perkahwinan tu.  Adalah dalam 25-30 tetamu yang dah ada, bercampur lelaki perempuan.  Muka mereka semua tu agak seiras.  Yang perempuannya memakai kulit bawang di leher dan pergelangan tangan mereka (masa ni aku dah pelik dah tapi nanti aku cerita kenapa).  Hiburan di majlis perkahwinan tu adalah lagu lama yang dimainkan dengan tambourine.  Kat situ takde lampu elektrik, cuma cahaya dari satu dua obor api jelah.  Dalam majlis tu pun langsung takde budak-budak.  Masa ni aku dah agak seram tapi aku cuba kawal diri aku agar tak nampak sangat rasa takut tu.

Aku perhatikan je tetamu-tetamu di situ menari, menyanyi, bergelak ketawa.  Sampailah aku diajak sekali untuk menari bersama mereka.  Aku pun pasrah, aku ikut jelah.  Aku anggarkan dalam 2 ke 3 jam jugaklah aku dalam majlis tu.  Sampailah tiba-tiba datang seorang pakcik ni, menyoal siasat aku.  Kau sapa, datang dari mana, agama kau apa, macam-macam la dia tanya.  Masa ni aku dah mula panik sebab disoal bertubi-tubi macam tu.  Tau-tau je pandangan aku menjadi kelam dan akhirnya gelap terus….

Aku terbangun apabila aku rasa kepanasan, rupanya hari dah siang, matahari dah naik tinggi dah masa tu.  Aku terbangun dalam kereta aku, di tempat duduk sebelah bertaburan kulit bawang…

2-3 jam kemudian, muncullah sebuah traktor. Kali ni aku yakin ni manusia.  Aku pun mintak tolong pemandu traktor tu bawak aku ke Kampung Midyat tu. Kereta aku ditarik oleh traktor tu.  Sampai je Kampung Midyat tu, ketua kampung sangat risau kenapa aku tak sampai-sampai lagi ni, kata dah bertolak malam tadi.  Aku pun ceritakanlah pasal kejadian malam tadi tu. Ketua kampung tu macam tak terkejut pun. Kenapa? Sebab diorang memang tau kawasan tu ada perkampungan jin, dan diorang percaya malam tadi majlis yang aku pergi tu adalah majlis perkahwinan jin tu….

Ok apa signifikannya kulit bawang tu? Dalam masyarakat Turki terutamanya di Anatolia, kulit bawang ni adalah makanan jin.  Tapi ada jugak yang cakap, kulit bawang ni adalah barang perhiasan atau mata wang untuk kaum jin.  Dalam kepercayaan masyarakat Turki jugak, jin ni pun hidup bermasyarakat macam manusia jugak, jin berkahwin dan berkeluarga, jin yang kahwin ramai pun ada.  Selalunya majlis perkahwinan jin ni diorang buat di kawasan padang pasir atau hutan yang terceruk, dan jin ni tak boleh dilihat dengan mata kasar.  Jarang-jarang sangatlah manusia ni dapat tengok apatah lagi menghadiri perkahwinan jin ni, selalunya manusia cuma akan terdengar je bunyi macam orang berkenduri dalam hutan, atau nampak cahaya pelik-pelik.  Aku jelah yang ‘bernasib baik’ dapat tengok sendiri kenduri kahwin jin ni dengan mata kepala aku sendiri.  Syukurlah aku dipulangkan dengan selamat….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 27-4-2024 11:22 AM

Kisah dari Turki : 3 Liang Lahad Di Tengah Padang
Kira-kira 5 tahun yang lalu, di satu malam, masa ni aku tengah melepak bersama geng aku, adalah dalam 6 orang, salah sorang geng aku ni adalah seorang imam.  Lelaki kan bila bersembang macam-macam topik kami sembangkan, termasuklah topik berkenaan alam jin.  Topik tu cukup hangat kami debatkan masa tu. Tak cukup sekadar sembang terbang, kami semua bersepakat, alang-alang kampung kita ni dekat dengan hutan, jom kita pegi masuk hutan mana tau boleh jumpa jin depan mata.  Jam masa tu dah masuk tengah malam.

Jadi kitorang pun beramai-ramailah masuk hutan tu, sambil bertrekking sambil bersembang. Tau-tau je dah pukul 1 pagi.  Semakin kami jauh ke dalam hutan, semakin gelap pulak hutan tu.  Tahap keseraman tu jangan cakaplah. Dahlah kami tak bawak lampu suluh pun, hanya berpandukan lampu pada telefon bimbit kami je masa tu.

Setelah beberapa ketika kami berjalan dalam hutan yang penuh dengan pokok-pokok tu, kami jumpa satu jalan keluar yang membawa kami ke satu padang rumput pulak.  Kami pun berjalan la dalam kawasan lapang tu sampailah kami jumpa 3 buah lubang berbentuk segi empat dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter.  Pada mulanya kami bersangka baik la, ni agaknya pencari harta karun kot sebab tu dia korek lubang kat situ.  Tapi bila kami amati betul-betul lubang tu, ‘wei ni liang lahad ni. Lubang kubur untuk orang mati ni’, kata seorang kawan kami yang mulutnya agak celupar sikit.  Aku dah ketakutan, aku ajak kawan-kawan aku balik.  Aku kasi alasan, entah-entah ada samseng atau penjahat nak tanam mayat musuh diorang kot kat situ.  Tapi ajakan aku tidak diendahkan, sebaliknya kawan-kawan aku bertambah rasa berminat nak tau ni lubang untuk apa.  

Masa tu aku memang dah rasa geram dengan kawan-kawan ni, korang jumpa lubang kubur di tengah hutan tengah-tengah malam buta macam ni, itu samada buatan manusia penjahat atau syaitan jelah. Dua-dua pun membahayakan jugak, jadi nak tunggu jugak buat apa?  Masing-masing macam dah tak boleh nak berfikir dengan logik, termasuklah kawan aku yang tok imam tu.

Masa ni, si imam tu tengah membongkok-bongkok meneliti salah satu lubang tu, apabila tiba-tiba dia terpelanting ke belakang. Dia mengadu kesakitan sambil memegang dadanya.  Kami pun terus mendapatkan dia.  Sebenarnya sebelum tu, dalam gelap-gelap tu kami terdengar ada bunyi tumbukan yang kuat.  Imam tu cakap ada orang tumbuk dia dari dalam lubang tu, kuat jugaklah tumbukan tu sampai dia boleh ‘terbang’ 3 meter ke belakang.  Kesakitan yang dia rasai tu amat kuat sampai dia tak boleh nak bangun, terlentang je.  Masa nilah baru semua orang betul-betul rasa takut.

Kami semua dengar bunyi tumbukan tu, tapi kami tak dengar pun bunyi pergerakan lain.  Dan tumbukan tu datang dari dalam lubang tu sedangkan lubang tu kosong.  Kalau ada salah seorang daripada kami buat prank masuk dalam lubang tu, mustahillah kami tak perasan.  Reaksi pertama aku adalah aku terus baca surah Al-Falaq. Tapi aku mampu baca ayat pertama je.  Lepas tu lidah aku jadi keras. Aku cuba pulak baca surah An-Naas. Sama jugak, aku cuma mampu baca ayat yang pertama je, lepas tu aku tak ingat dah apa ayat seterusnya.  Padahal ni adalah surah-surah lazim yang aku dah hafal sejak aku kecil lagi.

Seminit dua kemudian, apabila semua orang dah tenang skit, kami pun papahlah imam tu dan kami pun cepat-cepat tinggalkan tempat tu.  Kami terpaksa lalu balik kawasan hutan tu. Nasib baiklah jugak keadaan imam tu tak parah sangat, dia dah boleh berdiri sendiri dan berjalan, cuma kepala dia je pening-pening sikit.  

Kali ni dalam perjalanan pulang ke kampung, kami semua terdiam, fokus nak cepat sampai je.  Dah 150 meter macam tulah, kami dah sampai ke sempadan antara kawasan lapang dan hutan tu, kami terdengar suara 2 orang manusia tengah berbual di belakang kami! Automatik kami semua terberhenti tapi masing-masing tak berani nak pandang belakang.  Dari dalam hutan pulak, dari kesayupan kami dengar suara orang mengilai pulak.  Ah sudah.  Yang ‘dua orang’ di belakang kami pulak tak habis-habis menyembang.  Aku cuit kawan aku di sebelah, aku berbisik pada dia, ‘ko dengar tak tu?’.  Dia mengangguk-angguk tanda ya.  Tapi kami tak paham dengan apa yang dibualkan oleh ‘2 orang’ tu sebab bahasa yang digunakan sangat asing bagi kami.  Yang aku ingatla antara ayatnya, ‘arak vurak tirak’, ‘gara kuru daki madak’.

Kami semua dah teragak-agak, nak masuk ke tak dalam hutan tu, sedangkan ada suara orang mengilai dalam hutan tu.  Tapi situ jelah jalan keluar kami.  Nak tak nak kami kena lintas jugak hutan tu.  Imam tadi dia pun mulalah membaca doa dan ayat-ayat suci Al-Quran.  Sepanjang kami berjalan keluar dari hutan tu sahabat imam kami tu tak putus-putus membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang dia baca.  Bacaannya berselang seli dengan bunyi hilaian makhluk dalam hutan tu.  Tapi syukurlah tiada apa-apa kejadian buruk yang berlaku.  Nampak je jalan keluar dari hutan tu kami pun bertempiaran lari masuk dalam kereta balik ke kampung kami.  Sampai kampung je, masing-masing tak berani balik rumah, sebaliknya kami sambung melepak sampai esok pagi sambil berbincang, apa benda yang kitorang nampak tadi sebenarnya….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
best
terbaik tuan tanah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeyy ada cerita baru.. tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 12:43 PM | Show all posts
yeayyy ada cerita baru. thank you TT!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 5-5-2024 05:08 PM

Kisah dari Turki : Aku Nyaris Dikorbankan Bahagian 1

Namaku Tarik, dan aku tinggal di Istanbul ibu kota negara Turkiye.  Kejadian ni berlaku padaku 2 tahun yang lalu, yang mana masa tu aku benar-benar diuji oleh Tuhan.  Aku harap kisah benar aku ni dapat memberi pengajaran kepada semua yang membaca cerita aku ni.

Sebelum tu, aku nak kongsi dulu sejarah keluargaku.  Ayahku meninggal dunia semasa aku masih kecil.  Kemudian ibuku mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi dan menjagaku hingga aku dewasa.  Sebelum ayah meninggal dunia, ayah ada mengasaskan sebuah perniagaan, jadi selepas itu ibuku lah yang menyambung legasi ayah membangunkan perniagaan itu.  Walaupun ibuku balu ibu tunggal, kehidupan kami tak sesusah mana pun.  Ayah dan ibuku berasal dari sebuah kampung yang sama di Tokat.  Malangnya semasa mereka bercinta dulu, percintaan mereka tidak direstui oleh orang tua mereka, jadi mereka pun ambil keputusan nak kahwin lari je.  Mereka meninggalkan Tokat dan berpindah ke Istanbul membina keluarga kecil ini, dan sejak tu mereka tak pernah lagi balik ke Tokat. Aku dilahirkan agak lambat, kira-kira 5 tahun selepas ibu ayah berkahwin.  Pada usiaku 6 tahun ayahku pula meninggal dunia. Aku dari kecil aku langsung tidak mengenali datuk nenek dan saudara-mara baik sebelah ayah mahupun sebelah ibuku.  Sampai sekarang kami tak pernahlah balik kampung di Tokat tu.  Selepas aku tamat belajar, aku bekerja pulak di sebuah bank manakala ibuku pencen meniaga.  Sekali-sekala ibuku akan datang melawatku di pejabat.

Setiap kali aku menyatakan keinginanku nak balik kampung, ibuku akan cepat-cepat menukar topik perbualan kami.  Aku faham mungkin ibu masih terluka dengan kisah lama tapi kisah tu pun dah hampir 30 tahun berlalu. Ayah pun dah lama meninggal takkan ibu tak rindu pada kampung halaman dia?

Sehinggalah pada suatu hari, semasa aku sedang rehat makan tengahari, telefon di meja pejabatku berbunyi.  
“Salam, boleh saya bercakap dengan Encik Tarik?”
“Ya, saya Encik Tarik”.
“Encik Tarik, saya tok Recep. Saya ni ketua kampung ayah awak dulu.  Ayah dan mak awak sihat ke?”
Sejujurnya aku agak terkejut jugak menerima panggilan dari orang kampung ayah aku.  Inilah pertama kali aku dihubungi oleh mereka.   
“Saya dan mak saya sihat je pakcik. Tapi ayah saya dah lama dah meninggal dunia”.
“Innalillah.  Maafkan pakcik, nak.  Adakah panggilan pakcik ni mengganggu awak? Sebenarnya pakcik nak maklumkan ni, atuk awak, bapa kepada ayah awak dah meninggal dunia jugak.  Tapi dah lama dah meninggalnya. Pakcik telefon awak ni sebab ada satu urusan ni”.
“Urusan ape tu ye pakcik?”
“Macam ni, arwah atuk awak ada meninggalkan sebidang tanah di kampung ni.  Sekarang kerajaan nak ambil tanah tu untuk projek empangan.  Tapi memandangkan tanah tu tanah pusaka, sekarang ni tinggal awak seorang jelah warisnya.  Kerajaan mintak kami cari waris tanah tu untuk urusan serah tanah pada kerajaan”.
“Oh ye ke….”.  Aku menggaru-garu daguku yang tidak gatal.  “Sekarang ni saya nak buat ape ye pakcik?”
“Pakcik nak mintak kamu balik ke kampung untuk urusan tanah ni. Kalau boleh bawaklah mak kamu sekali ye”.
“Erm baik baik nanti saya tanya mak saya dulu”.
“Terima kasih ye nak.  Sebenarnya ayah kamu dulu kawan baik pakcik.  Kami ni macam adik beradik dah.  Kalau kamu nak balik kampung, takpe, pakcik boleh uruskan semuanya.  Kamu telefon je pakcik nanti”.  Aku mencatat nombor telefon pakcik Recep.  Setelah berbalas salam, ganggang pun diletakkan.

Balik kerja tu, aku terus cerita kat mak aku pasal panggilan telefon dari pakcik Recep tadi.  Masa tu ibu tengah menikmati kuih dan teh untuk minum petang. “Ketua kampungnya Tok Recep?”, tangan ibu yang sedang mencapai sebiji kuih terkaku.  “Aah, mak kenal ke?”.  Muka ibuku jadi pusat lesi.  “Macam mana dia kenal kamu? Mana dia tau kamu kerja kat mana?”.  Aku menggeleng-gelengkan kepala, “ntahle mak, mungkin dapat dari Pejabat Tanah kot”.  Aku pun berseloroh dengan ibu, pasal aku kena perli dengan kawan-kawan di bank yang sekarang ni aku beruntung sebab dah jadi tuan tanah, rezeki terpijak macam durian gugur, tau-tau je dapat mewarisi harta dan kerajaan nak beli pulak tu. Tapi ibuku langsung tak senyum tak apa, sebaliknya ibu memarahi aku.  “Kamu jangan ngada-ngada nak tuntut tanah tu!  Lepas ni kalau si Recep tu telefon kamu lagi, jangan layan dia!”.  Aku terpinga-pinga dengan kata-kata ibuku, aku pun tanyalah kenapa.  Tapi macam biasa ibu taknak berterus terang denganku. “Dahla Tarik. Mak taknak dah ungkit pasal hal ni lagi.  Lupakan jelah pasal kampung halaman mak tu”.  Perbualan terhenti di situ dan kami pun minum petang dengan senyap.

Malam tu, ibu masuk tidur awal. Aku pulak menonton tv sorang-sorang di ruang tamu. Tiba-tiba aku terdengar ada suara memanggil-manggil namaku di seberang jalan luar rumah aku. “Tarik…..Tarik….”. Suara lelaki. Aku pun menjengah ke tingkap, aku nampak di bawah tiang lampu di luar rumah tu ada sesusuk tubuh lelaki tapi dia membelakangi aku.  Perlahan-lahan lelaki itu berpusing menghadap aku.  Rupa-rupanya…..ayah!  Aku macam tak percaya ayah aku sedang berdiri di luar rumah aku sekarang ni.

Ayah mendepangkan tangannya seolah-olah hendak menyambut aku dalam pelukannya.  Aku pun berlari keluar rumah dan terus berlari menuju ke arah ayah.  Aku peluk ayah, ayah memelukku kembali.  Aku rasa sangat gembira sebab aku sangat rindu pada ayah. Kami berdua sama-sama menangis kegembiraan.  Ayah menyeka air mataku dengan jarinya.  “Anak ayah apa khabar? Sihat ke?”, itu soalan pertama dari ayah.  “Ayah, macam mana ayah boleh ada di sini?”.  Ayah hanya tersenyum, “tak kisahlah bagaimana sekalipun, ayah sentiasa ada di sisi Tarik”. Aku memeluk ayah kembali.  “Ayah, jangan tinggalkan Tarik lagi ayah”.
“Tarik anak ayah, kalau Tarik sayangkan ayah, Tarik pergilah balik kampung. Jumpa pakcik Recep tu.  Jangan pedulikan ibumu nak. Ibu kamu cuma risau kalau-kalau kamu tidak diterima oleh keluarga kita. Tapi takpe, kamu percayalah dengan pakcik Recep. Dia akan melindungimu.”

Mimpiku berakhir macam tu sahaja.  Badanku berpeluh-peluh macam orang baru habis berlari.  Mimpi apakah tadi? Petanda baik atau buruk?  Tekakku rasa dahaga, aku pun keluar bilik tidur nak pegi dapur minum air. Sambil tu, aku lalu di sebelah bilik ibuku. Pintu bilik ibu separa terbuka.  Aku terdengar alunan merdu suara ibuku sedang mengaji Al-Quran.  Sambil minum, aku termenung, patut ke tak aku balik kampung? Aku memang teringin sangat nak balik kampung tapi ibuku melarang. Maksudnya kalau aku nak pergi jugak, aku terpaksa berbohong pada ibuku.

Esoknya di pejabat, aku berkongsi dilemaku dengan kawan sepejabatku, Can.  Can bersetuju dengan aku, aku ni dah dewasa, kenapa aku perlu dapatkan keizinan ibuku kalau nak kemana-mana.  Aku pun mula mengatur rancangan, aku cadang macam ni, aku terpaksa tipu ibu yang aku ada kursus hujung minggu sampai hari Isnin di luar Istanbul.  Aku tengok dulu keadaan kat kampung tu macam mana dulu, kalau semuanya okey, lepas balik Istanbul nanti baru aku akan berterus terang dengan ibu.

Malam tu, lepas ibu tertidur depan tv, aku pun masuk bilikku dan senyap-senyap aku menghubungi pakcik Recep.  Aku ceritakan rancangan aku pada pakcik Recep.  Aku cadang nak pergi sana naik bas je, pakcik Recep setuju nak sambut dan bawak aku ke kampung kami. Sebelum mengakhiri perbualan, aku sempat bertanya dengan pakcik Recep, takpe ke aku balik kampung ni? Keluarga ibu dan ayah tau ke pasal kedatangan aku nanti? Pakcik Recep menyakinkan aku bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. “Oklah pakcik, nanti hari Jumaat ni saya beli tiket bas pergi balik”. “Eh takpe-takpe, kamu beli tiket pergi je. Balik nanti pakcik belanja tiket bas kamu”. Aku pun okaykan saja.

Esoknya, aku ‘tipu’ mak aku, aku cakap aku terpilih nak pegi ke satu program latihan tajaan bank di Sapanca, bermula Jumaat sampai Isnin nanti.  Naluri ibu agaknya, ibu aku macam berat hati tapi dia terpaksa merestui jugak.  Malam tu aku terdengar ibu mengaji dalam bilik dia lagi.

Hari Jumaat, aku ke pejabat siap dengan bagasi aku sekali. Aku cakap kat ibu aku hanya akan pulang hari Isnin nanti.  Petang tu selepas habis waktu pejabat, aku pun ke stesen bas dan menempah tiket nak balik ke Tokat.  Untunglah tempat duduk sebelah aku masa tu kosong, bolehlah aku berehat sepuas-puasnya sebelum nak sampai ke Tokat nanti.  Cepat je aku tertidur, tau-tau je aku terbangun dan dah ada orang duduk di sebelah aku.  Aik bas ni kan bas ekspress mana ada berhenti ambil penumpang di mana-mana.

Pada mulanya orang itu hanya memandang ke hadapan, tapi mungkin dia menyedari yang aku sedang merenung dia. Dia pun memalingkan wajahnya ke arahku.  Terkejut aku apabila aku menyedari dia bukan orang! Dia adalah makhluk badan macam manusia, tapi kulitnya bersisik macam ular, matanya merah menyala dan telinganya runcing ke atas. Makhluk tu tersengih padaku menampakkan giginya yang tajam dan kotor. Aku nak menjerit dan sekali tu, aku terbangun dari tidurku. Lah mimpi ke. Tapi mimpi tadi sangat realistik. Jantungku berdegup kencang. Aku tak berani nak tidur sampailah bas yang aku naiki tiba di destinasinya.  Sebelum tu aku telefon siap-siap pakcik Recep yang aku dah nak sampai ni.

Aku sampai di stesen bas Tokat dalam tengah malam la jugak.  Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke daerah asal ibubapaku, pastu aku baru teringat aku bukan kenal pun rupa pakcik Recep ni macam mana.  Aku disapa oleh seorang lelaki pertengahan usia memakai topi, dia memperkenalkan dirinya sebagai pakcik Recep. Lega hati aku.  Setelah menyapa bertanya khabar pakcik Recep pun jemput aku naik kereta dia.

Semasa pakcik Recep menyusun beg aku di belakang kereta dia, mataku sempat melilau keadaan sekeliling.  Aku perasan ada seorang lelaki sedang merenung kami berdua dari balik sebuah bas.  Lelaki itu tidak putus-putus melihat kami, sampailah kami masuk kereta dan berlalu dari situ pun lelaki itu tetap mengekori kami dengan pandangan matanya…

Sebenarnya memang agak jauh jugaklah dari stesen bas Tokat tu nak masuk ke kampung itu.  Walaupun masa tu hari dah gelap, tapi dari dalam kereta tu aku dapat nampak kecantikan kampung yang masih penuh dengan tradisi itu.  Pakcik Recep terus bawak aku menuju ke rumah dia yang berada di hujung kampung tu, dan rumahnya di atas tanah lapang jadi rumah dia takde jiran-jiran lain dah. Rancangannya adalah untuk aku bermalam di rumah pakcik Recep dulu, esok pagi baru pakcik Recep akan bawak aku bersiar-siar di kampung dulu.  Masa tu rumah pakcik Recep kosong, pakcik Recep kata itu sebenarnya kediaman rasmi ketua kampung, jadi isteri dan anak-anak dia sekarang ni duduk di rumah kelamin dia dalam kampung tu jugak.

Pakcik Recep panaskan sedikit roti untuk dimakan oleh kami berdua, memandangkan aku masih belum makan malam lagi. Sambil makan tu aku sempatlah menyembang dengan pakcik Recep, dan aku tanyalah pakcik Recep tentang sejarah ibubapaku.

Pakcik Recep pun ceritalah, sebenarnya keluarga ayah dan ibuku tu dah lama bermusuhan, dari zaman nenek moyang lagi.  Tapi kalau dah jodoh kan, ayah dan ibuku boleh terjatuh cinta pulak, tetapi kedua-dua keluarga mereka memang langsung tak bersetuju dengan perhubungan mereka, walaupun ayah aku pernah pujuk orang tuanya yang perkahwinan ini akan menamatkan seteru mereka yang sekian lama tu. Sudahnya ibu dan ayah aku dihalau dari rumah, dan pakcik Recep lah yang menumpangkan ibu dan ayahku sebelum mereka berdua mengambil keputusan nak berhijrah ke Istanbul je.  Tapi selepas itu, memang ibu dan ayahku putus hubungan terus dengan kampung ni, termasuklah dengan pakcik Recep.  Pakcik Recep ada cakap jugak yang dia ada cuba nak cari ibu ayah di Istanbul tapi tak berjaya.

“Habis tu, macam mana pakcik boleh jumpa saya?”
“Pakai Facebook nak. Anak sedara pakcik yang carikan.  Kat Facebook tu nampak kamu letak tempat kerja kamu kat mana, itu yang pakcik telefon kamu kat pejabat tu”.

Menurut kata pakcik Recep jugak, tanah peninggalan atuk aku tu diusahakan oleh pakcik-pakcik aku yang lain selepas kematian datuk, tapi kalau ikut hukum faraid, aku masih ada hak ke atas tanah itu.  Pakcik-pakcik aku dah lepas tangan nak cari keluarga ayah, tapi pakcik Recep kata dia merasakan ini tanggungjawab dia sebagai kawan baik ayah, taknaklah nanti status tanah tu tergantung begitu sahaja.Masa ni aku rasa baiknyalah pakcik Recep ni, walaupun ayah aku tergamak putus kawan dengan dia tapi dia masih ingat lagi dengan kami…

Malam tu, aku pun tidur di rumah itu.  Tengah nyenyak tidur tu, aku terdengar macam ada bunyi di luar sana.  Aku pun mengintai di tingkap, ada seekor anjing hitam sedang duduk menghadap tingkap aku.  Nampak aku je anjing tu terus menyalak-nyalak.  Pada mulanya aku sangka itu anjing biasa je, sekali tu tiba-tiba anjing tu berdiri di atas 2 kakinya.  Dan anjing tu mula berjalan ke arah aku.  Semakin ia mendekati aku, semakin jelas mukanya.  Badannya agak membongkok sedikit, tapi mukanya sangat hodoh, macam muka makhluk yang hadir dalam mimpiku masa aku naik bas tadi.  Anjing itu tersenyum menampakkan taringnya…..Dan sekali lagi aku terbangun dari tidur. Melompat terus aku dari atas katil.  Apa semua ini? Dalam satu malam 2 kali aku dapat mimpi ngeri.  Badanku kepanasan, aku membuka tingkap bilikku nak kasi udara malam masuk.  Sekali tu aku ternampak di seberang jalanku ada seekor anjing hitam!  Anjing itu tidak menyalak ia hanya duduk senyap je, aku halau anjing tu dan ia lari macam anjing biasa.  Malam tu, sebelum tidur aku tak putus-putus baca doa yang aku tau dan akhirnya aku terlelap juga….

BERSAMBUNG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Best
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:39 PM | Show all posts
citer yang best2.... kipidap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 04:40 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 5-5-2024 11:48 AM
Kisah dari Turki : Aku Nyaris Dikorbankan Bahagian 1

Namaku Tarik, dan aku tinggal di Istanbul ibu  ...

nexttt..... tazabarr nihhh... sambung cepat2.. hihihi

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, banyak cerita baru TT kasi. Nanti jangan lupa update lagi ya.
Terima kasih banyak2 ya TT
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 09:28 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 5-5-2024 11:48 AM
Kisah dari Turki : Aku Nyaris Dikorbankan Bahagian 1

Namaku Tarik, dan aku tinggal di Istanbul ibu  ...

thanks tt
tak sabar tunggu sambungannya



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.281671 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list