CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1689|Reply: 0

Tidak Patah Semangat Selepas Diuji - Harian Metro

[Copy link]
Post time 8-1-2021 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar situasi kambing diselamatkan penduduk kampung. Foto ihsan Mohamad Abdullah Abdul Ghani


Mohamad Fais Jusoh
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya bersyukur apabila Allah hantar bantuan tepat pada masanya, jika tidak mungkin kesemua kambing yang dibela berkenaan mati dihanyutkan arus deras."

Begitu kata penternak Mohamad Abdullah Abdul Ghani, 32, yang mendakwa kerugian RM10,000 apabila 12 daripada 23 ekor kambingnya mati, manakala kandang rosak akibat banjir yang melanda Kota Gelanggi 2, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

Mohamad Abdullah yang lebih dikenali sebagai Mat berkata, dia tidak menyangka air naik setinggi juga 2.44 meter yang turut disertai arus deras walaupun kedudukan kandang kambing itu berada di kawasan tinggi.

Menurutnya, air mula naik ke kandang kambingnya bermula pada sebelah pagi 3 Januari lalu dan semakin tinggi pada keesokannya.

"Saya tak sempat nak selamatkan kambing-kambing itu, dan hanya mampu melihat dari tebing tinggi yang terletak kira-kira 400 meter kerana arus deras.

"Sebelum itu, saya hanya sempat mengikat kandang kambing yang terletak di tepi sungai dengan menggunakan tali kapal bagi mengelakkannya daripada dihanyutkan," katanya.

Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk kampung apabila berjaya menyelamatkan 11 ekor kambing dengan menggunakan bot.

Katanya, kandang kambing itu baru siap dibina empat bulan lalu dan kambing berkenaan pula dalam proses untuk dijual.

"Kini, masa untuk saya mulakan kembali penternakan kambing ini, terima kasih kepada sahabat yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.285899 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list