CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 28-6-2005 09:13 PM | Show all posts
1.pakai baju yg tak tebal dan senang gerak sbb perjalanan kita jauh.....8 jam flight dr kl ke jeddah dan 5 jam bas dr jeddah ke medina

2.kads pakai tudung bawal je tp jgnle jarang bebenor dan tutup dada

3.lotion,lip balm,telekung banyak skit takut kotor,stokin byk skit sbb untuk kesenangan kads kat sini tak pakai kain telekung bila solat....pakai seluar dan stokin tebal je utk tutup kaki...senang nak jalan gi masjid,bawak ubat panadol ke selsema ke ubat batuk ke...takut demam akibat perubahan cuaca

4.safe...ramai org malaysia...lagipun tak jauh pun hotel ngan masjid

5.biasanya travel agent akan bwk gi jaranah,tanaim utk pasang niat...tapi kalau nak buat byk kali ada bas spatco...leh tanya travel agent

6.mmg banyak org kat masjid tapi masjid sgt besar.....ada je tempat kosong

[ Last edited by kads on 28-6-2005 at 09:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2005 05:58 PM | Show all posts
salam,
thanks byk2 pd kak liza, mecha, glump & kads yg sudi reply,saya doakan murah rezeki awak semua.
lega sikit hati bila dpt info ni, risau gak sbb nak ke sana sorang + tak ada experience. hari ahad ni baru nak gi kursus umrah tu, jadi banyak lagi yg saya tak tau.

ada lagi nak tanya ni:

1. kads ckp masa dlm flight + bas tu lama, so apa amalan yg biasa org buat semasa dlm flight + perjalanan tu. yg ni saya nak tau sangat, sbb saya tgh fikir mcm mana nak habiskan masa tu

2. saya tengok dlm buku umrah tu byk doa2, jadi kita sentiasa kena bukak buku ke masa nak berdoa.

3. kwn saya kata dia tak tinggalkan duit kat hotel, jadi dia pakai t-shirt lelaki yg ada kocek dan letak duit dlm tu (t-shirt ni biasa org pakai gi umrah) tapi saya tak jumpa la, nak cari kat mana. dan mcm mana org simpan duit selain dr pakai t-shirt.

4. ada tak yg gi sana bawak credit card, is it safe, ataupun lebih baik bwk
cash je.kalau bwk dlm RM1000 cukup tak. i/c tak payah bawak kan?

6. amalan2 yg selalu org buat masa dlm masjid biasanya ialah solat sunat (hajat, tahajjud,taubat, dll), solat qada, tawaf sunat, baca yasin, kan? ada yg lain2 tak

7. dlm jadual saya tengok, ada waktu bebas buat aktiviti sendiri, kalau masa mcm tu, mcm mana org selalu buat? saya masih lagi tak dpt nak gambarkan keadaan kat sana mcm mana. yg saya tau, lebih baik byk buat solat qada (sbb pahala solat bganda2) dr buat umrah byk2. jadi, kat sana tu sukahati kita ke nak buat apa masa kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 08:43 PM | Show all posts

1. boleh berzikir..baca buku amalan umrah..buku doa..buku ugama..

2.  semasa tawaf sebaiknya hanya baca doa yg kebiasaan dibaca dan surah pendek dari baca doa sambil memegang buku kerana dikuatiri bah jemaah akan terpaling dan akan membatalkan pusingan tawaf ..
tetapi semasa saie tidak mengapa jemaah berjalan dan berdoa sambil memegang buku doa..

3. rasanya t-shirt ini ada dijual dikedai yg enjual barangan haji/umrah atau cuba tenguk di Myden..

4. kebanyakan jual beli disana hanya menggunakan wang tunai kecualilah nak membeli barangan mahai di shopping vcenter tetapi shoping center amat terhad...
rasanya i/c tak perlu bawak..tetapi  selalu penganjur umrah akan memberitahu..mengenai jumlah wang tu..kak liza pergi Haji so duit memang dah simpan dalam Tabung Haji ..bila nak gunakan pergi ambil di kaunter Tabung Haji saja..so tak tahulah waktu luar musim Haji macamana caranya...

6. selain yg disebutkan tu boleh memperbanyakkan baca Al-Quran..

7. semasa waktu bebas memang kita boleh buat apa-apa aktibiti sendiri..solat  qoda..solat tahajjud..baca al-qoran..baca yassin dan lain2 didalm masjid..
manakala dirumah pula ada yg berehat..membasuh pakaian..dan juga ada yg shopping buahtangan untuk keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 08:52 PM | Show all posts
kak liza ingin menambah sedikit...

ini adalah NOTA suami kak liza sebagai panduan kami semasa mengerjakan Haji tempuhari...
so kalau nak buat umrah..kak liza harap lebihkan tumpu pada amalan tu..

PERINGATAN PENTING UNTUK JEMAAH HAJI

A) TENTANG SOLAT

1-Perlu tahu yang mana wajib dalam solat dan wuduk, dan perlu tahu jamak qasar, sebab dalam perjalanan kadang-kadang susah nak wuduk dan solat.
2-Cara wuduk/solat dalam kapal terbang/bas:- Basuh anggota wajib saja. Jangan pakai kasut tapi pijak atas kasut masa solat sebab takut tanggung najis. Arahkan  dada ke kiblat masa takbiratulihram, lepas tu kalau bas pusing tak apa.Untuk solat dalam kapal terbang/bas, yang paling susah ia lah tentukan arah kiblat.
3-Perlu tahu Masbuk / muwafiq untuk solat jemaah di Madinah/Mekah sebab imam solat sangat cepat.
4-Di Masjidil haram jangan  solat bercampur lelaki/perempuan walau pun ramai orang buat, sebab haram.
5-Di Masjidil haram mungkin perlu  wuduk dalam telekung, sebab susah turun ke tempat wuduk, jadi belajar lah cara mengambil wudu dalam telekung.
6-Kalau pernah tinggal banyak solat wajib, jangan  solat sunat saja tanpa buat solat qada.
7-Elok tahu solat jenazah sebab kebanyakkan waktu ada solat jenazah. Elok tunggu sebentar selepas solat wajib/fardhu,untuk dengar bilal beritahu (dalam arab) untuk solat  jenazah. Lepas tu baru kita solat sunat. Kadang-kadang dua kali solat jenazah.

B) TENTANG TAWAF/ SA'I

1-Untuk sempurna tutup aurat wanita, tutuplah dagu.
2-Jangan bawa slipar semasa tawaf, takut tanggung najis. Kalau bawa sejadah yang bawahnya ada najis pun tak sah tawaf. (Tetapi sa'i tak apa).
3-Jangan niat ikut suami atau elak orang dalam tawaf atau  sa'i ,dan jangan niat nak ambil minum dalam sa'i, takut ubah niat, tapi niatlah  nak sempurnakan tawaf. Orang bawa pengusung kadang-kadang suruh kita ketepi.
4-Telekung untuk tawaf elok jangan labuh, takut di pijak orang. Pakai seluar panjang untuk sempurnakan  tutup aurat.
5-Gunting - jangan gunting sideburn/tengkuk sebab takut di kira bukan kawasan kepala, tapi elok di ubun-ubun kepala.
Jangan biar orang tak kenal gunting atau tolong tolak kerusi roda sebab takut minta upah.
6-Tawaf wadak (selamat tinggal) wajib juga pada orang sakit (jantung, gout, dll).
Yang kata tak wajib untuk orang takut dirinya dalam bahaya, ia lah dalam perang. Inilah jawapan Mufti Kelantan bila Ust Othman-tabung haji  telefonnya.
Sebelum tawaf wadak pergi tandas dan beli barang. Lepas tawaf, terus naik bas, jangan naik hotel atau singgah beli barang.


C) TENTANG UMRAH

1-Wajib dapat kebenaran ibu/bapa/suami untuk buat umrah sunat, jadi minta kebenaran di Malaysia.
2-Kalau kita kurung binatang buruan di-Malaysia, lepaskan atau beri pada orang, sebab kena dam masa dalam ihram nanti.
3-Tentukan tak ada tanah/batu terlekat di selipar bila nak pergi Arafah/ Tan'im/ Ja'ranah/ balik Malaysia, takut bawa tanah haram ke tanah halal.
Mina dan Muzdalifah ia lah tanah haram juga. Arafah ,dan kalau tak silap Tan'im & Ja'ranah  ia lah tanah halal.
4-Nak naik teksi/van untuk ke Tan'im/ Ja'ranah, tanya tambang pergi & balik dulu, dan perempuan naik kemudian dan turun dulu, takut penipuan.
5-Haram buat solat sunat ihram masa tahrim (masa haram solat) di Tan'im/ Ja'ranah. Tapi solat tahyatul masjid boleh buat.
6-Untuk wanita atau orang bimbang akan sakit kuat (jantung, gout, dll), niat umrah bersyarat.

D) TENTANG PERKARA LAIN

1-Jangan sekali-kali niat umrah (atau haji), masa latihan di-Malaysia !!! sebab tak boleh di-batal niatnya.
2-Terpijak belalang/ kerat pokok di-tanah haram Mekah, tak sengaja, atau bukan dalam ihram,  kena dam juga, sebab ini adalah pantang larang "itlaf" (berkenaan rosak/binasa),
  -----lihat buku nipis tabung haji.
3-Bila melontar,kalau batu kena tiang jamrah dan pelanting keluar dari takungan, tak di kira. Tetapi kalau kena tiang, masuk takungan, kemudian pelanting  keluar, ia di kira.
Atau masuk terus takungan tanpa kena tiang, di kira juga.
4-Jangan basuh kain atau pakai tandas lama-lama di Mina, supaya jimat air dan tak susahkan orang lain yang sedang beratur.
5-Di hotel Mekah, elok sediakan air dalam beberapa botol mineral water dalam tandas, untuk basuh berak/kencing, sebab air hotel mungkin habis secara mendadak.
6-Tentang kesihatan:-Elok pakai penutup hidung masa bersesak masuk/keluar masjid.
Elok ambil suntikkan influenza (selsema teruk) sebelum pergi.
Elok minum banyak, makan vitamin C dan buah.
7-Bila bayar dam, suruh wakil tabung haji terima akad, untuk yakin sah dam.
Jangan buat macam bayar bil saja.
Reply

Use magic Report

BuDAk^_^CuTE This user has been deleted
Post time 2-7-2005 03:35 AM | Show all posts
erm..kalo nak bwk credit card..no hal..
tp kali nak gune credit card..rasenyer baek gune kat shopping complex jer..
sbb waktu cute kat gi umrah tu..sementara nak tunggu masuk waktu..gi la kedai emas kat luar masjidilharam tu..then ayah cute nak belikan cute satu rantai nie...abot 500 riyal..gune ler credit card..tp asyik transaction void..yg sakit ati nyer..ayah cute call ler citibank kl nyer..dier kate..ade bayarn baru masuk from arab saudi tp kat kedai tu tulis transaction void..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2005 11:36 PM | Show all posts
batricia......

masa dlm flight tu byk2le baca apa2......masa dalam bas dr jeddah ke medina,kalau sempat solat isyak kat dan maghrib kat airport....dia punya surau bkn mcm kat malaysia.......dia open place....tapi masa kads pegi....kads tak sempat solat kat surau tu sbb imigresen lambat..so kads ambik wuduk and solat dalam bas...ada dalam buku panduan tabung haji....masa dalam bas ni berehatlah byk2 sbb nanti kita kan lebih bertenaga utk beribadat kat medina.....jgn takut terlepas apa2 sbb mutawif akan bgtau kita bila sampai tempat tertentu dan apa nak doa.......

seelok2nya pakai telekung ngan sluar dan stokin ....tak yah pakai kain telekung utk memudahkan kita bergerak

kalau baca buku ikut doa...lebih lengkap sbb kandungan doa universal.......kads dulu baca doa pakai buku je ....doa yg bm punya sbb kita lebih paham apa yg kita doa

pasal masa free tu....ikutlah nak buat umrah sunat ke...atau kalau tak larat nak buat umrah,buatlah apa2 saja ibadat.....atau nak pi jalan2 sekitar mekah ke...terpulang.....

tapi kat sana....batricia perlu byk bersabar....kalau berlaku kehilangan.......bersabar saja mungkin ada hikmah:ah:

masa gi klas....fokus ok....nanti takdelah terganggu perjalanan umrah kita

[ Last edited by kads on 3-7-2005 at 11:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
mecha This user has been deleted
Post time 5-7-2005 10:18 AM | Show all posts
salam..

batricia,  pasal duit tu terpulang pada individu .. nak bawak byk mana pon... to be safe kan. tak payah bawak cash bebyk.. simpan je dlm tabung haji...kalu ada keperluan boleh keluarkan kat sana.Bawak pasport aja.. Lagi satu,saya rasa currency exchange kat sana lebih untung dr kat malaysia .Aritu saya tukar kat KLIA RM528 dpt le SR500.Masa kat madinah saya tukar RM500 dpt la SR497. hah kan byk beza tu.. or may be kat KLIA mahal kot ek.wat to do money changer kecilan2 dah tak de stok riyal. Peak hours agaknya .
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2005 05:02 PM | Show all posts
Ustaz menasihatkan tak perlu bawak baju banyak-banyak. Bawa rasa yang betul-betul perlu sahaja. Ini adalah kerana, bila dah sampai Madinah & Mekah, memang macam-macam nak beli pasal murah. Satu lagi, bawa sabun basuh, sepit dan hanger. Kat sana basuh aje baju tu, lepas tu sidai kat roof. Hotel2 biasanya kat roof ada tempat sidai. Sidai aje kat situ. Sesetengah hotel tu ada mesin basuh, jadi pinjam aje mesin diorang. kalau malas nak basuh sendiri, hantar aje ke dobi. Kat sana ada tulis "Kedai Dobi".

Bawa buku tabung haji masing2. In case of emergency, boleh keluar duit dari ofis Tabung Haji. Bawa passport dan buku akaun jek.

Saya ada pengumuman. Garisan hitam Hajaratul Aswat sekarang telah dihilangkan oleh kerajaan saudi. Ini adalah kerana pada jemaah suka berhenti apabila sampai ke garisan itu.  Apabila diorang berhenti, maka jemaah yg melakukan tawaf lain terpaksa berhenti jugak. Sesetengah tu suka sembahyang betul2 di garisan tu. Ini mengganggu orang yg nak bertawaf. Jadinya sekarang, untuk memulakan tawaf, agak2 lebih kurang garisan bertentangan dgn hajaratul aswat, dan mula dari situ. Kena yakin, jangan tak yakin.

Sebarang kemusykilan boleh tanya Ustaz di laman ini.

Sekian, harap maklum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2005 04:09 PM | Show all posts
Sambung sikit.

Berbelanja dan bersedekah semasa di Mekah dan Madinah juga dikira sebagai ibadah. Jika hendak bersedekah, anda boleh bersedekah kepada para pekerja pembersih masjid(beruniform yg tertulis bin laden group).

Di luar Masjidil Haram terdapat banyak burung merpati. Belilah jagung/dedak dan berilah burung-burung itu makan. Ini adalah burung2 tersebut adalah keturunan burung Ababil. Allah telah mengirimkan burung-burung Ababil, menyebarkan kepada mereka batu-batu api neraka yang menghanguskan dan memusnahkan pasukan Abrahahl.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2005 11:46 PM | Show all posts
wah, dah lama tak masuk thread ni....
byk juga yang nak kena catch-up!
mcm2x criter ada.....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2005 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 17-6-2005 09:07 AM:
Ada satu cerita tentang seorang pak arab ni, dia bekerja sebagai penjual di Mekah. Dia tunjuk ustaz gambar di dalam wallet dia. Gambar dia dengan Siti Nurhaliza. Lepas tu dia kata Siti Nurhaliza na ...

Good joke....:lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2005 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 22-6-2005 07:08 PM:
pastu kalau dahaga sure kak liza beli air mango yg sedap dan pekat tu... ...

wow!  air mango yang pekat dan likat tu.
sedap woooo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2005 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 21-7-2005 05:02 PM:
Saya ada pengumuman. Garisan hitam Hajaratul Aswat sekarang telah dihilangkan oleh kerajaan saudi. Ini adalah kerana pada jemaah suka berhenti apabila sampai ke garisan itu.  Apabila diorang berhenti, maka jemaah yg melakukan tawaf lain terpaksa berhenti jugak. Sesetengah tu suka sembahyang betul2 di garisan tu. Ini mengganggu orang yg nak bertawaf. Jadinya sekarang, untuk memulakan tawaf, agak2 lebih kurang garisan bertentangan dgn hajaratul aswat, dan mula dari situ. Kena yakin, jangan tak yakin.
...

betul ke?
mmg takde langsung ataupun hanya sementara sahaja dalam keadaan mekah yang akan menyambut bulan2x rejab, syaaban sehingga bulan haji?
mmg ramai yang berhenti agak lama di situ sehingga menyukarkan mereka yang di belakang.
kalau betullah garisan hitam tu dah xder, susah jugak ye.  sbb bila bertawaf, apatah lagi dikelilingi dgn org arab yg besar2x badannya mmg payah juga nak mengagak bila masanya utk beristilam.  mungkin jln mudah, lihat org di hadapan ketika mereka beristilam dan kita lihat sama ada kedudukan kita pula setentang dengan hajrul aswad.
spt kata ustaz, kena betul2x yakin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2005 12:20 AM | Show all posts
tapi kalau nak diikutkan pun, kalau bertawaf dlm keadaan yang bersesak2x ada garisan atau takder garisan pun sama saja....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 01:36 PM | Show all posts
Dulunya garisan tu adalah dari marmar hitam, kan?
sekarang dah tukar ke marmar putih.
Mufti Saudi keluarkan fatwa baru...
nak niat dan istilam kat mana2 pun boleh...
janji anda yakin anda berada setentang dgn Hajaratul Aswat.
Ingat, kena yakin, jangan tak yakin.

Perasan tak, ramai yang bersembahyang betul2 atas garisan tu. Kekadang org melayu kita pun berbuat begitu. Persoalannya, kenapa mereka berbuat demikian? Sunat ke? Jadinya, salah satu sebab kerajaan saudi menghilangkan garisan ini adalah kerana perbuatan itu.

Di Masjidil Haram, sembahyang kat mana-mana pun sama aje. Cuma sembahyang sunat elok kalau dapat dilakukan di belakang Makam Ibrahim dan Hijir Ismail. Itu saja. Jangan fikir rumit2. Islam tidak mengajar kita benda susah2. Jadinya, jangan menyusahkan diri.

Seperkara lagi, ketika di Masjidil Haram, kalau org lalu dihadapan kita ketika kita bersolat, biarkan aje, jangan marah kerana ia dibolehkan. Tetapi ini hanya dibolehkan di Masjidil Haram sahaja. Di masjid2 lain, kalau boleh, jangan lintas dihadapan org yg sedang bersolat. Cuba elakkan kalau boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 12:27 PM | Show all posts
Ntahlah ustaz... tak perasan lak org kita bersolat atas garisan hitam tu.  
Tapi bangsa lain tu...., ramai tol!
Oh ya, sekadar nak refresh ingatan... Babu Umrah tu, pintu nombor berapa?
Pintu ni, betul2x depan eskalator, kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2005 03:47 PM | Show all posts
Babu Umrah?

Pintu No. 53.

Ya, hampir dgn escalator. Kenapa?

[ Last edited by ustaz on 29-7-2005 at 03:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2005 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by btho at 24-7-2005 12:20 AM:
tapi kalau nak diikutkan pun, kalau bertawaf dlm keadaan yang bersesak2x ada garisan atau takder garisan pun sama saja....:bgrin:



erm..betul tu..asalkan kira dlm area garisan tu jgk..kan islam ni mudah...

teringat lak time aku bertawaf dgn hb...n sambil ank hb aku dukung....berpeluh2 dia..terasak2 dlm org ramai tuu....tmpat berkat ni....rasa sejuk sgt hati...:pray::love:
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2005 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 29-7-2005 03:47 PM:
Babu Umrah?

Pintu No. 53.

Ya, hampir dgn escalator. Kenapa?

[ Last edited by ustaz on 29-7-2005 at 03:48 PM ]

Nak catit dalam diari lama.......hehehe!!!
:bgrin:
Reply

Use magic Report

BuDAk^_^CuTE This user has been deleted
Post time 5-8-2005 12:07 AM | Show all posts
rindu ngan kebab kat sane..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.065633 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list