CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 6-6-2008 10:57 AM | Show all posts

Reply #2496 mentollica's post



Jengok jengoklah kami dalam thread ini...



Terima kasih dari kami kerana membuka thread ini dan memberi peluang kepada
kami mengenali antara satu sama lain sehinggakan terasa seperti sebuah keluarga.

[ Last edited by  aziefa at 6-6-2008 11:02 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 10:57 AM | Show all posts

Reply #2510 Rosputih's post

Iya...kak ros...sblm ni lemonrasa perasaan begini pada jemaah2 lemon semasa kami bersama dimekah...kebetulan lemon adalah jemaah yg paling muda jadinya rasa begitu manja dgn kakak2 dan makcik2 tu..tapi sekarang walaupun kita tak pernah bersua namun kemesraan ini bagai kita semua pernah bersama....lemon pun pernah join group2 yg lain sblm ni...tapi tak pernah rasa kemesraan yg begini...semoga ikatan ukhuwah ini akan terus berpanjangan hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 6-6-2008 10:50 AM
Husain....dan semua Tetamu Allah dan Bakal Tetamu Allah.
Gambar yang Mak Cik cakap dgn Husain...masuk Kaabah tak pernah tapi pernah nampak
dalam Kaabah dari Luar semasa Kaabah dicuci n tukar Ki ...



Auntie zie (tukar pangkat la, rasanya lbh sesuai hanni panggil auntie berbanding kak zie) thanks 4 the photo. Interesting sbb blh dpt lihat dlm kaabah tu. terang benderang ye dalam tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by lemons at 6-6-2008 09:41 AM
eemmmm...tu la...cam ner nie???!!!
hanni dah sihat ker??


kak lem, hanni sihat waalafiat. Jumpa Dr sbb check up dan buat pap smear je. MC tu dapat ehsan dr Dr.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 6-6-2008 10:08 AM
Betul seperti yang rina katakan, kerana malam tadi ibu berkata dalam hati,  perasaan  rindu untuk menatap wajah cucu-cucu ibu itu ibarat perasaan rindu untuk menatap dan berada di hadapan Baitull ...


haha lawaklah tapi pengorbanan ibu memang amat bermakna buat makcik tersebut..semoga jasa ibu ini akan dipandang dan dibalas oleh ALLAH dengan umrah yang mambrur insyaALLAH

saya nak jugak bukak cerita pasal kes panas baran kt mekah nie

masa saya pergi umrah haritue hari pertama kt sana sampai di aiport jeddah ada seorang pakcik hilang bag...kecian pakcik tue terpaksa beli pakaian baru kt mekah..ujian

hari kedua plak ada seorang makcik tue boleh tidor kt bilik org lain..saya agak makcik tue kurang daya ingatan..masa tue plak jenuh menunggu dalam bas utk ziarah..ramai jemaah bising...ketua rombongan dah naik angin

saya kata sabr ya hajj sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar...

then dekat bir ALI..setelah bermiqat tunggu dalam bas selepas solat sunat ihram..ada plak makcik tue hilang lagi..subahanaALLLAH

bila sampai mekah dengan kepenatan....ada suami isteri bertengkar...orang negeri..samapi si isteri kata " aku tampor karang.." tapi mujurlah ada seorang ibu yang kami panggil ,mak..meleraikan petengkaran dengan menyatakan ini bumi mekah kena banyak bersabar...

lagaknya mak sebagai seorang ibu selalu menyebabkan kami menghormati mak..saya agak prihatin ngan mak nie ...

di mekah jugak ada sepasang suami isteri bertengkar pasal beli baju anak..aduii..saya senyum sahaja..meningatkan diri sendiri ini mekah

malam tersebut semasa makan di hotel...jemaah kami duduk ngan jemaah turki..ada turki tersebut mengamuk dan bising2 pasal meja penuh...saya masih senyum..dan berkata sabr ya hajj..inna ALLAH ha maa sabiirin...

selang beberapa hari makcik tua agak agak kurang daya ingatan nya hilang dalam hotel tidak tahu tidur di bilik siapa..kecian suaminya mencari...kami pun tumpang risau...

pagi tersebut bila balik dari subuh mak ...ibu yang saya panggil mak sesat..dihantar oleh pekerja hotel indonesia..mak berbisik pada saya...saya menyuruh mak bersabar ..dan mengatakan biasalah keaddaan di mekah agak keliru...

di masjidil haram pula hari jumaat agak sesak jemaah mula tolak-menolak..saya berkata kepada jemaah yang tolak menolak sabbr ya hajj inna ALLAH ha maa sabiirin...


pssss...manusia selalu hilang sabar..tapi ingatan kita perlu diperbetulkan agar keadaan terkawal..instigfarlah agar niat jadi betul..supaya terhindar dari bala ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 6-6-2008 10:50 AM
Waalaikum salam,

Ye..lah aziefa.  Terasa benar kita ni macam sebuah keluarga besar.  Seumpaman bila anak-anak bujang atau anak-anak dara dah malam tak balik-balik  lagi, hati mula risau. Begit ...



Kalo ade rezeki, hanni pun teringin nk jumpa dgn sume2 kat sini.. xde sesapa yg nk organise ke? kita buat ala2 gathering gitew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #2512 lemons's post

kak lemon mana gambarnya..

kak lemon saya lagi manja masa umrah haritue..semua org sayang kt saya..pasal saya paling muda..dah tue peramah pulak heheh

saya rapat sangat dengan semua jemaah....kebanyakan jemaah yang pergi dengan saya tua2 jadi pakcik2 dan makcik2 tu manjakan kami yg muda2 nie

satu group dengan saya jemaah penang..rapat sgt

sampai sekarang masih berhubung dengan email..pergi rumah pakcik2 dan makcik2 tue...sms..heheh

dengan pakcik yg duduk sebilik di mekah dan madinah plak baik smapai jadi geng..rapat...betul..pakciktue plak kerap cerita pengalaman dia...sembang2 pasal politik..agama..hehe macam2 bak kata mcm kawan baik lah...

smapai kemana2 pun kami mesti bersama jadi geng rapat...isteri pakcik tue saya dan sahabat saya panggil makcik layan kami mcm anaknya...kalau nak cari pakcik mesti tanya kt kitorang pasal pakcik selalu dengan kitorang hehehe..

memang semua org rapat dalam jemaah..rasa happy sgt kenangan tue segar dalam ingatan....bertemu dan berpisah hanya kerana ALLAH

sesunggunya inilah pertemuaan yg mulia...

seseorang yg berjabat salam bertemu dan berpisah kerana ALLAH maka ALLAH akan ampunkan dosa kedua-duanya

bila berpisah kt airport..air mata berlinangan..sekalipun pertemuan ini singkat..kerana ukuwah ini dibentuk bagi tujuan ALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #2515 HUSSAINTAHIR's post

Cam sama lak ngan kes jemaah akak la hussin...

One of jemaah akak pun hilang bag masa kat airport ..so kitaorg wat derma kilat la kat dia..so sumer baju2 dia "Made in Mecca"...

Alhamdullillah...jemaah2 akak sumer ok2 jer...mungkin salah satu sebabnya we all know each other....

Jemaah2 akak adalah dari jemaah2 masjid kat umah akak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #2505 lemons's post

Kerana pertolangan ibu, makcik tu dpt menikmati hidangan, hidangan yg dimakan, makcik tu kenyang dan dapat tenaga utk beribadah.  Moga Allah lipatgandakan ganjaran pada ibu atas pertolongan ibu itu.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:15 AM | Show all posts
baru balik dr dengue sereology test ujian darah minggu lepas masih positif dennggi

uwaaa..uwaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:24 AM | Show all posts

Reply #2520 HUSSAINTAHIR's post

hussin you better take a rest ....virus denggi ni quite seriuskan....la ni ada kat maner???pegi hospital cepat....nanti boleh tahu condition sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #2503 Rosputih's post

Masa buat Haji Tahun 1999 saya ambil Pakej Haji yang di Madinah duduk 2 orang sebilik
tapi di Mekah 4 orang sebilik..
Merasa jugak makan ramai ramai bawa ke bilik..seronok duduk berborak..
Tapi kat Mekah...Ketua Agent Travel tu baik..
Travel agent tu ada 2 penerbangan Haji...awal dan akhir.
Saya ambil awal. Jadi masa kat Mekah sementara menunggu penerbangan akhir
sampai (9 hari lagi nak Wukuf ) dia beri mana mana yang suami isteri tu duduk sebilik.
Merasalah duduk sebilik 2 org kat Mekah selama 20 hari .
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by lemons at 6-6-2008 11:11 AM
Cam sama lak ngan kes jemaah akak la hussin...

One of jemaah akak pun hilang bag masa kat airport ..so kitaorg wat derma kilat la kat dia..so sumer baju2 dia "Made in Mecca"...

Alhamdullill ...


kak lemon..sebenarnya kes beg hilang nie sebenarnya tak hilang...beg ini tidak dicheck in oleh pihak travel agency...klia telefon jumpa beg kt klia...

then bila balik claim beg tuek kt klia.....bila pakcik nie nak  balik penang beg nie hilang sekali lagi..bila report kt police lepas 30 minit jumpa balik....kt klia jugak

adus beg ini memang tidak mahu balik agaknya...berat sgt kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 6-6-2008 11:15 AM
baru balik dr dengue sereology test ujian darah minggu lepas masih positif dennggi

uwaaa..uwaa

ooooo, sabar sain.. tapi sain masih demam ke? so lps ni mcm mana? kena admitted ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:34 AM | Show all posts
Saje untuk dikongsi bersama. Mungkin ada yg pernah baca petikan ni, tapi x salah rasanya kalo kita baca semua, utk refreshing...

Kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #2523 HUSSAINTAHIR's post

oh ya...cam tu ker...nanti akak tanya kat travel agent akak suruh dia buat follow up kat airport kot2 ada bag tu tertinggal ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #2521 lemons's post

ini test darah last week..alhamdulillah rasanya dah sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #2521 lemons's post

ini test darah last week..alhamdulillah rasanya dah sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 12:23 PM | Show all posts

Reply #2520 HUSSAINTAHIR's post

Sekadar nasihat dari Mak cik...
Itulah sebabnya kalau kita punya platelet rendah ...positive dengue
Selalunya dia suruh duduk kat Hospital...boleh dia monitor platelet darah tu..
Biasanya test darah hari ini pagi..petang atau besok dah tahu...
Kalau dah ok pun dia tahan sehari lagi..to make sure dia tak turun lagi.
Ini sekadar pengelaman Mak cik masa dpt denggi dan admitted kat  Selangor Med Centre.

Husain...rehat betul betul...
Cepat sehat n...boleh ceriakan lagi thread ni..

Dik rina....
Kemanalah Dik rina ni???
Sibuk ke???
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #2520 HUSSAINTAHIR's post

posting pertama yang perlu ibu reply untuk hussain.   Hussaian kena  makan sop ketam lebih-lebih sikit. Seperti yang diberitahu, ia sangat mujarab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063503 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list