CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238071|Reply: 561

Pembohongan Karut Bruce Lee Pernah Tewas Di Tangan Mahaguru Silat Gayong.

[Copy link]
liyana306 This user has been deleted
Post time 5-4-2005 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Bruce Lee merupakan lagenda dalam dunia seni beladiri. Kalau tak kerana jasa2 Bruce Lee, orang putih tak reti nak berkungfu. Boleh dikatakan, Bruce Lee adalah orang yang memperkenalkan kung fu di Hollywood.

Pada zaman kegemilangannya, Bruce Lee masih muda. Umur awal 30 tahun. Beliau belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang. Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanya mengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.

Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernama Jeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you. Kira macam kungfu rojak leer. janji boleh menang.Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana2 sahaja mahaguru yang hebat2 pada masa itu untuk test power. Bruce Lee memang hebat. beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja. I dah try sepak tapi tak bergerak pun.
Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.
kebetulan, adalar suatu hari tu, Dato Mahaguru pi travel overseas. Flight yang dinaikinya stop untuk transit di Hong Kong. Kebetulan, ada orang report kat Bruce Lee. Apa lagi, Bruce Lee pun terus ke airport untuk bertemu Dato Mahaguru. Bruce Lee nak test power hebat mana silat melayu. Dia tak puas hati sebab dah ramai mat salleh tewas kat Dato Mahaguru.
nak pendekkan cerita, diorang pun lawanlah secara tertutup kat dalam bilik VIP. Bruce Lee telah melambung terkena pukulan Dato Mahaguru.
Beberapa bulan selepas itu, Bruce Lee mati akibat penyakit misteri.

[ Last edited by  riccckyyy at 26-12-2006 11:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2005 10:45 PM | Show all posts
hm....
kalo silat aku x tau nak cakaplah..
silat2 nih ada guna tenaga batin!!! batin tuh dr mana!!! nenk moyang kita taulah..
kalo guna tenaga sendiri..aku rasa..kalah kiter..
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
 Author| Post time 5-4-2005 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 5-4-2005 10:45 PM:
hm....
kalo silat aku x tau nak cakaplah..
silat2 nih ada guna tenaga batin!!! batin tuh dr mana!!! nenk moyang kita taulah..
kalo guna tenaga sendiri..aku rasa..kalah kiter..


memang ramai yang mempertikaikan kekalahan Bruce Lee kerana Bruce Lee ditewaskan oleh ilmu kebatinan. Kira main kotor lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 02:08 AM | Show all posts
aku tak sure lah kan...tapi pakcik2 aku yg old timer bersilat ni kata yg masa tahun 70an bruce lee fight dgn Dicky Zulkarnain (ayah kepada artis indon Nia Zulkarnain) yg menyebabkan bruce lee parah dalaman dan meninggal few month after that....is it true or not? Sbb kalo nak ikutkan kata2 pakcik aku mungkin ya sbb biasa org yg gila dgn stream dia iaitu martial art sure akan catch up citer2 yg sama line dorang gak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 08:37 AM | Show all posts
Yang aku dengar la....Bruce Lee lawan Dicky Zulkarnaen. Mula2 main jurus2 biasa le..lama2 main batin pulak...Bruce Lee kalah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by cz at 5-4-2005 01:08 PM:
aku tak sure lah kan...tapi pakcik2 aku yg old timer bersilat ni kata yg masa tahun 70an bruce lee fight dgn Dicky Zulkarnain (ayah kepada artis indon Nia Zulkarnain) yg menyebabkan bruce lee parah ...


mok nik juga dengar versi nie jugak
ntah iyer ntah tidak :hmm:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2005 01:07 PM | Show all posts
dia mati di tangan dicky,


setau aku la............
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 6-4-2005 08:37 AM:
Yang aku dengar la....Bruce Lee lawan Dicky Zulkarnaen. Mula2 main jurus2 biasa le..lama2 main batin pulak...Bruce Lee kalah....


yep... this is the version yg i heard too...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2005 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 6-4-2005 01:07 PM:
dia mati di tangan dicky,


setau aku la............


ni citer sebenar lah...

Disember,1987
Dato
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 05:20 PM | Show all posts
Cerita Versi Pertama

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)


Versi Kedua

Di Lapangan Terbang Hong Kong, ketika Dato' Meor Abdul Rahman sedang menunggu penerbangan yang berikutnya, beliau dan Syed Ahmad telah memasuki sebuah restoran yang terletak di dalam kawasan lapangan terbang. Ketika sedang menunggu pesanan tiba, Dato' Meor Abdul Rahman telah terlihat kelibat aktor Bruce Lee sedang dikerumuni oleh peminat-peminatnya di pintu masuk restoran tersebut. Bruce Lee ketika itu ditemani oleh beberapa orang pengawal peribadinya. Dato' Meor Abdul Rahman telah menyuruh Syed Ahmad supaya memanggil Bruce Lee supaya bertemu dengannya. Sebaik sahaja Bruce Lee mengetahui bahawa seorang Raja Silat Melayu ingin menemuinya, maka Bruce Lee pun terus bergegas menuju ke meja di mana Dato' Meor Abdul Rahman berada. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee yang sememangnya sangat-sangat berhajat ingin bersemuka dengan pakar silat seperti Dato' Meor Abdul Rahman, telah meminta Dato' Meor Abdul Rahman menunjukkan kebolehannya dalam ilmu kebatinan Silat Melayu. Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman pun bersetuju dengan permintaan Bruce Lee tersebut. Sambil duduk berhadap-hadapan, Dato' Meor Abdul Rahman lalu melepaskan suatu pukulan tangan yang dikenali sebagai "Kipas Senandung Dalam Senandung". Pukulan Dato' Meor Abdul Rahman ini telah mengenai tepat ke rusuk Bruce Lee, sehingga menyebabkan Bruce Lee terpelanting jauh ke belakang, bersama-sama dengan kerusi yang didudukinya. Ekoran daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, kawasan di sekitar rusuk Bruce Lee lama-kelamaan telah menjadi bengkak(sehingga membawa maut kemudiannya).

Sebenarnya, sepanjang Dato' Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong, beliau telah banyak kali dicuba oleh pakar-pakar seni bela diri, sama ada dari luar negeri mahu pun pakar seni bela diri tempatan. Pada pertengahan tahun 1950-an, Dato' Meor Abdul Rahman pernah menumpaskan seorang ahli gusti berbangsa Eropah yang mempunyai saiz badan dua kali ganda berbanding beliau di Singapura. Ahli gusti yang mempunyai berat badan 380 lb itu dikenali dengan nama King Kong dan merupakan seorang juara gusti dunia yang tidak pernah kalah pada zamannya. King Kong juga merupakan seorang ahli gusti yang gemar melanggar peraturan gusti.

Dato' Meor Abdul Rahman juga pernah dicuba oleh pakar seni beladiri Jepun yang berbangsa Eropah seperti Donn F. Draeger(1970-an), Ricky "the Dragon" Steamboat(ahli gusti) dan Jan de Jong(1980-an). Dato' Meor Abdul Rahman, walaupun telah berusia ketika itu, hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kudratnya untuk menumpaskan jaguh-jaguh seni bela diri asing tersebut. Jan de Jong akhirnya akur dengan kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan akhirnya meminta untuk berguru dengan beliau. Disebabkan Silat Seni Gayong tidak boleh diturunkan kepada mereka yang bukan beragama Islam, maka Jan de Jong hanya diajar aspek fizikal Silat Seni Gayong, iaitu lebih berupa beberapa petua tentang penangkap di dalam Silat Seni Gayong, serta beberapa teknik serangan dan belaan menggunakan senjata simbat(kayu pendek). Lagipun, Jan de Jong adalah seorang pakar Jujitsu, iaitu beliau sangat gemarkan teknik kuncian dan jatuhan. Ketika berada di Soho, England pada tahun 1973, Dato' Meor Abdul Rahman pernah ditarik oleh samseng Cina. Ketika itu bersama-sama beliau ialah Syed Ahmad Jamalullail. Dato' Meor Abdul Rahman telah bertarung dengan samseng-samseng Cina tersebut dan berjaya menumpaskan samseng-samseng Cina tersebut. Ketika melawat Osaka, Jepun pada tahun 1970, Dato' Meor Abdul Rahman pernah mencuba ilmunya pada samurai Jepun. Samurai Jepun tersebut telah diberikan penimbul oleh Dato' Meor Abdul Rahman sehinggakan Samurai tersebut kehairanan melihatkan kulitnya yang tidak melecur apabila dicurahkan air panas yang baru mendidih.


link

http://olympia.fortunecity.com/unitas/432/biografimahaguru.html
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 05:25 PM | Show all posts
Bukti Bruce Lee Mengkaji Silat selepas tumpas kepada allahyarham Dato Meor Abdul Rahman


Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.

Guro Dan Inosanto



http://www.inosanto.com/

Bruce Lee & Dan Inosanto dalam Filem ''Game Of The Death''





[ Last edited by HangPC2 on 6-4-2005 at 06:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 05:37 PM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 5-4-2005 11:03 PM:


memang ramai yang mempertikaikan kekalahan Bruce Lee kerana Bruce Lee ditewaskan oleh ilmu kebatinan. Kira main kotor lah.

betul tuh...
mcm yg kita dengar hang tuah boleh terbang...
seorg guru silat yg hanya tunjuk ke arah org tuh jer boleh terangkat..kalo nak ikut sudut logik lah..x kan boleh main angkat2 org mcm tuh tanpa sentuh org tuh? so, kat cni aku tafsirkan ada 'benda' lain yg angkatkan....
silat ni maner boleh memain...
mak aku ngn bapak aku yg pandai silat pun x nak ajar aku..sbb?
sbb mak pak kita x nak jadik aper2... sekarang kalo nak belajar silat pun.. dah x der dah yg benda2 lain tolong..trylah lawan ngn kung fu2 dorg..sure kita kalah..sbb silat dolu2 ada yg tolong..silat sekarang..mmg sihat..tapi x sehebat kung fu aku rasa...

org melayu mmg kuat..
kuat sgt ngan adat dan budaya...sampai lagu2 rakyat pun xleh buat memain..
kang ader jer 'benda' atau 'semangat' lain yg dtg...
seram!!!!!!!
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
 Author| Post time 6-4-2005 05:44 PM | Show all posts
kesimpulan:

Bruce Lee tewas kepada silat Melayu.

Bruce Lee ni memang hebat. Cerita dia sampai hari ini masih misteri dan tidak boring diceritakan.
Kebolehan beliau:
- menangkap lalat dengan chop stick
- memecahkan sand beg kat gym dengan sekali sepak
- tumbukan beliau amat2 pantas.pernah diukur dengan alat kat makmal fizik
- beliau terpaksa berlatih dengan mesin/dummy kerana takda sesapa berani berlawan/sparring secara live dengan bruce Lee.
- Gemar menebuk tin coca cola dengan jari.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2005 07:51 PM | Show all posts
haku memang minat pada bruce lee nih..



bruce lee vs Chuck Norris dalam "Way of the Dragon" :cak:
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
 Author| Post time 6-4-2005 10:40 PM | Show all posts
Aksi di atas merupakan aksi pertarungan yang paling 'realistik pernah difilemkan dalam sejarah', iaitu antara Bruce Lee dengan Chuck Norris. Memang real. tak pakai stunt tipu mcm filem2 skarang ni.
Chuck Norris yang berbulu mcm beruang ni bukanlah calang2 orang.Dia adalah juara dunia Karate-Do zaman 70-an. Chuck Norris merupakan best friend Bruce Lee dan juga salah sorang sparring partner (lawan betul2). namun begitu, Chuck Norris sendiri tak berani nak lawan Bruce Lee kalau Bruce Lee pakai full power.

pasal Silat Gayong plak, Dato Meor berkata:
Silat Gayong adalah silat melayu yang asli. Dipelihara zaman berzaman sejak empayar Melayu melaka. Dato Meor adalah keturunan Bugis, bergelar 'Daing'.

Zaman Bruce Lee tengah famous, Jackie Chan adalah budak hingusan yang buat kerja2 backup seperti stunt man, etc. Jackie Chan masa tu tak dikenali langsung.

Khabar angin punce kematian Bruce Lee:
- Kuat sangan amik dadah
- latihan yang terlampau keras menyebabkan otaknya rosak.
- terlalu kuat melakukan seks !!! Bruce Lee ada skandal dengan bintang Hong Kong.

[ Last edited by liyana306 on 6-4-2005 at 10:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 11:32 AM | Show all posts
selepas kematian Bruce Lee Memberi peluang jackie chan menyerlah...

pasal skandal seks mungkin gak atau tak..:hmm:

For years Betty Ting Pei had kept quiet, ignoring the insults thrown at her until in 1983 when she first broke her silence on a TV show and told the world that she would never have done anything to hurt Bruce as he was a very good friend. But the rumours are STILL going on. Some I've heard are that a Chinese mafia gang arranged his death, who supposedly had control over all of the Chinese actors

mungkin sebab mafia cina bunuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2005 12:27 PM | Show all posts


jackie chan jadi stunt dalam filem ni...fist of fury...part bruce lee gaduh dgn samurai jepun..part yg paling last dalam citer nie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by pires7 at 2005-4-6 07:51 PM:
haku memang minat pada bruce lee nih..



bruce lee vs Chuck Norris dalam "Way of the Dragon" :cak:


cite ni memang best !
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 6-4-2005 05:20 PM:
Cerita Versi Pertama

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Ja ...


hmm... thank u for enlightening me...... :tq::tq::tq:
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
 Author| Post time 7-4-2005 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by pires7 at 7-4-2005 12:27 PM:


jackie chan jadi stunt dalam filem ni...fist of fury...part bruce lee gaduh dgn samurai jepun..part yg palin ...


Gerenti marah giler orang jepun yang tengok cerita tu.

Anyway, punce kematian Bruce Lee masih misteri. Ada beratus2 artikel ditulis pasal teori kematian Bruce Lee.

Ada tak kelas Jeet Kun Do kat KL?

Dulu ada sorang yang nama SAIFUL ZELWANY bukak kelas Jeet Kun Do. Dia ni banyak mengutuk & komen buruk2 pasal seni beladiri traditional. Dalam masa yang sama, beliau cuba memperkenalkan ideologi Bruce Lee.

Beliau mengutuk latihan 'form' atau jurus gerakan adalah membuang masa kerana tidak boleh digunakan dalam pertarungan sebenar. begitu juga dengan buah pukulan & kunci mati dalam Silat Gayong, satu haram pun tak boleh digunakan dalam pertarungan sebenar.

Beliau pun cuba menerangkan konsep2 Bruce Lee mengenai teknik yang benar2 berkesan dalam pertempuran sebenar. Akhirnya ramai yang ajak dia berlawan sebab nak test sejauh manakan berkesannya konsep2 Jeet Kun Do yang diasaskan oleh Bruce Lee itu.

Ramai yang tak puas hati nak ajak dia gaduh. Dia ni lebih kurang sama jenis dengan ASTORA JABAT. Pemikiran dia bercanggah dengan orang ramai.

Ini pulak cerita pasal pengasas gayong Pusaka, Cikgu majid Mat Isa dan guru kanan Gayong Pusaka, Cikgu Awang Daud. Dua2 orang guru ni pernah lawan keris sampai patah & bengkok keris mereka. namun mereka tidak luka atau cedera. Cuma baju koyak rabak.

[ Last edited by liyana306 on 7-4-2005 at 11:19 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.074484 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list