CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liyana306

Pembohongan Karut Bruce Lee Pernah Tewas Di Tangan Mahaguru Silat Gayong.

[Copy link]
Post time 26-3-2007 01:08 PM | Show all posts

Reply #300 tinangol_csm's post

Soal kematian Bruce Lee di tangan pesilat melayu nie aku secara rasmi mengishtiharkan AKU TAK PERCAYA walaupun aku nie melayu.

Aku harap statement aku takkan kecikan ati mane2 forumer melayu dalam BOD nie sebab bila sesuatu peristiwa berlaku, kita org luar yang langsung tak terlibat tak bole buat speculation atau agakan tentang peristiwa tersebut sebab KITA TAK BERADA DI TEMPAT KEJADIAN.

Dalam soal Dato Meor kalahkan BL nie, beliau sendiri tak mengeluarkan ape2 kenyataan. Dalam soal DZ pulak, beliau sendiri sudah menafikan.

Nak tanye BL sendiri personally, beliau dah jadik mendiang...so, kesimpulannya semua yang terlibat secara langsung dalam pertarungan tersebut yang LAYAK mengeluarkan kenyataan telah meninggal dunia atau secara rasmi menafikannya. Jadi kisah BL dikalahkan oleh Silat adalah mitos semata-mata.

Jangan salah faham. Saya tak menafikan kehebatan silat malah semua ilmu mempertahankan diri ade kelebihan dan kelemahannya, takde satupun seni beladiri kat dunia nie bole claim ia invincible dari kekalahan...tapi dalam soal BL dan DM atau DZ nie tak boleh bertahan dan saya terpaksa tolak setelah analogi-analogi di atas digunakan.

Harap semua faham.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2007 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by tinangol_csm at 24-3-2007 02:34 PM
bukan ko seorang je gelak ....ramai lagi yang gelak.

pembohongan yang paling lembu aku jumpa.

pembohongan lembu ni hanya utk lembu yg percaya.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by tinangol_csm at 25-3-2007 07:22 PM
bruce juga seorang pengamal ilmu batin yang unggul. dia mampu membunuh seseorang tampa menyentuhnya. keupayaan dia ni diketahui ramai, bukan setak cerita2 kosong.

ni kalau bruce lee sendiri baca pun akan tergelak...
tapi mendiang tak yah lah promotion style org melayu  macam ni......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2007 08:25 PM | Show all posts
Nak percaya atau tidak,tidak menjadi isu bagi aku.Spt dlm post aku yg lepas,aku neutral dlm hal ini.Cuma biasalah kadang2 perkara2 macam ni disensasikan berlebih2.Org kata lebih sudu dr kuah.Yg tak ada diada2kan,yg kecil diperbesar2kan dan seterusnya.

Cuma yg aku kurang senang kalau org Melayu sendiri memperlekehkan silat dan tak percaya ttg jurus2 batin atau tenaga dalam yg merupakan perkara biasa saja dlm senibela diri kebanyakan bangsa sebenarnya.Cuma sebab dia tak belajar dan tak tahu maka dia berhak memperlekeh2kan pulak?

Lagi haru org Melayu yg suka mencerca bangsanya sendiri,kononnya dgn niat menyedarkan.Kalau kita ada anak adakah kita patut mengajarnya dgn maki hamun dgn panggilan 'bodoh','lembap','malas' dsb utk mengajarnya?Ada sesiapa disini yg berani mengaku dia biasa mengajar anak2nya begitu dan anak2 dia besar dan jadi cemerlang?Begitulah analoginya.Aku tak pernah mendengar bangsa2 lain yg suka sangat mengutuk bangsanya sendiri saban masa spt org Melayu.Ini menunjukkan apa?Bukan inferiority complex?

Perangai macam ni lah yg akan melemahkan lagi mentaliti dan jatidiri org Melayu tak secara langsung.Aku rasa tak perlulah aku ceritakan kesannya dr aspek subconscious,superconscious mind semua.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 02:39 AM | Show all posts
ASM.
ni sensitif nih....amat sensitif..........

aku nak tanya satu ja, hang pa kenal ka dengan Meor Rahman...?

kalu boleh jawab soalan aku ni, kita sembanglah...kalu tak, ....aku harap hang pa jangan buat melawak dengan nama Mahaguru PSSGM tu....

banyak benda yang kita tak tahu, jangan kita agak-agak seperti kita tau...

tak ada manafaatnya...

dalam Al-Quran pun,...ada ayat yang Allah Taala tak mula dengan Bismillah....aku harap hang pa faham maksud aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 03:56 AM | Show all posts
anak mahaguru dato meor masih hidup lagi kan apa namanya kalsum ker, dulu kami buat lawatan ke rumahnya di ayer kunung taiping, seronok juga dengar macam2 cerita,
  aku cukup sedih dengan segelintir org melayu yg merendahkan silat tanpa
menyelidik dan memahami silat itu sendiri yg menjadi warisan bangsa melayu, org yg memecah belah org melayu bukan org luar tetapi org melayu itu sendiri, melayu yg menghina melayu itu sendiri kebanyakan dari generasi baru yg hanyut dgn keseronokan dunia sperti mat rempit bohsia, dan macam2 lagi kebanyakan melayu (melayu moden).
kalau tak tau pasai silat jgn bercakap psai silap dok diam2. org yg bodoh pasai silat akan tanya, - hang belajar silat kalau pistol tuju kat hang , hang boleh halang ka. ?

tuhan itu maha kuasa mcm boleh jadi dgn keizinannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2007 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 26-3-2007 08:25 PM
Nak percaya atau tidak,tidak menjadi isu bagi aku.Spt dlm post aku yg lepas,aku neutral dlm hal ini.Cuma biasalah kadang2 perkara2 macam ni disensasikan berlebih2.Org kata lebih sudu dr kuah.Yg t ...


:setuju:  Di sini isunya bukan kita nak menafikan kehebatan silat, pendirian aku sebelum nie tak pernah berubah iaitu, "Tak ada satu martial arts pun kat dunia nie yang bole claim ia invincible dari kekalahan.."

Tapi dalam soal BL, DM dan DZ nie aku rase cerita-cerita tentang mereka telah diada-adakan oleh orang luar yang tak tau ape-ape dan tak terlibat secara langsung dalam pertarungan ilusi tersebut.

Saya secara personally tak nafikan kehebatan BL, DM dan DZ, mereka masing-masing master dalam jurus yang mereka praktiskan. Tapi tak ade seorang pun antara mereka mengaku pernah bertemu antara satu sama lain. Bukti pertemuan mereka adalah 'primary evidence' untuk mengesahkan cerita ini betul atau palsu tapi kita lihat ketiga-tiga mereka samada tak pernah menyebut atau menafikan terus pertemuan mereka.

Bagi saya, bukti-bukti yang dikemukakan oleh orang luar adalah bertaraf 'circumstantial evidence'. Kita hanya cuba mengaitkan peristiwa-peristwa pada masa itu dengan kematian BL dan kemudian cuba mengaitkannya dengan DM atau DZ. Pada saya bukti sebegitu amat lemah.

Malah, ada pula antara kita yang kata waris-waris ketiga-tiga tokoh nie ada menyebut tentang pertarungan tersebut. Lagi sekali bukti tersebut adalah 'secondary evidence' yang mana bukti-bukti tersebut dibawa oleh mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan kejadian tersebut. Sekali lagi, bukti tersebut amat lemah.

Harap kita semua dapat amik iktibar dengan peristiwa ini. Kadang-kadang memang menjadi kebanggaan kepada bangsa Melayu apabila diwar-warkan silat kita berjaya mengalahkan jaguh sehandal BL tapi kadang-kadang realiti tuh lebih pahit dari yang kita sangkakan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 06:21 AM | Show all posts
ASM.

aku rasa statement  yang kata "cerita"" ni rekaan orang luar, depa yang terlibat tak pernah bertemu,....salah rasanya...yang buat statement kena hati-hati sikit kalu buat "definite statement" macam ni....

Kalu kita nak percaya terpulang, tak percaya pun terpulang,  tapi aku rasa elok kalau kita tok sah buat statements macam nih...sebab harus ada orang lain yang tahu pasal hal ni cuma depa tak nak bising ja...tajuk tread ni pun aku rasa keterlaluan bunyinya...orang yang buat tajuk ni, pasti ka dengan apa yang dia tulis?....kalu Meor Rahman hidup lagi masa ni, aku rasa orang yang buat tajuk ni akan menyesal tak sudah........

aku rasa jugak eloklah kita semak dalam lipatan sejarah, siapa dia Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda M. Hasyim ni.... kalu dah tau, harus kita lebih berhati-hati bila bercakap...

Kalu Meor Rahman, Siti Kalsom, dll.  ada lagi pun, depa akan marah dan terasa hati jugak...

memanglah kita mudah nak bercerita sebab Meor Rahman dah tak ada...tapi, waris dia ramai yang idup lagi dan kalau pun depa ni tak sehebat Meor Rahman...bekas tapak tangan, berkat ayah yang mengajar, sayang Mahaguru yang tak lekang peluh di badan mengasuh, ada lagi......

hang pa suka ka kalau ayah ibu hang pa yang dah tak ada orang buat cerita bukan-bukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2007 01:25 PM | Show all posts
Masa kecik2 dulu, ada siri tv yg terkenal, 'The Six Miilion Dollar Man', pasal astronaut yg sebahagian tubuhnya diganti dgn bionik. So kira power la bila kaki lari laju (jimat minyak), mata tengok jauh (jimat specs/teropong) & tangan kuat (jimat tractor kalu ke bendang).

Topik utama kat sekolah, atas beca (balik dari sekolah) & padang bola, samada betul ke tak Steve Austin & bionic ni ada. Ada jugak sepupu2 yg percaya adanya teknologi bionic ni. Lama lepas tu, baru faham yg kalu cerita tu dari barat, senang je org kita percaya, samada logik ke tidak, lain kira.

Jadi sebelum bercakap pasal almarhum Meor Rahman (MR), Bruce Lee (BL) & Dicky Zulkarnaen (DZ, nasib tak DK), kenalah selidik latar belakang. Cerita pertarungan ni tak mustahil sebab BL ni memang terkenal dgn panas baran & suka sudi (test kata org Ganu) martial arts yg lain. Mungkin untuk dia terapkan dlm Jeet kune Do (JKD) yg dia asaskan atau saja test limit ilmu dia.

Tapi silat gayong yg MR bawak pun ada buah kombat, iaitu pemati langkah yg sangat cepat. Mungkin jgk BL ada menerapkan ciri2 ni dlm JKD kerana tujuan utama JKD ni nak habiskan perlawanan dgn cepat. Sebab tu buah kombat ni pernah diajar dlm tentera melayu untuk latihan tanpa senjata. It was that effective.

Tok guru silat takkan bercerita atau mendabik dada tentang semua perlawanan yg dia telah lalui, sebab tu cerita ni DZ yg confirmkan. Tu pun setelah sekian lama pada 1987, 14 tahun kemudian di konvensyen silat yg dihadiri oleh martial arts exponent lainnya sbg pemerhati. Rasanya DZ pun tahu level dia dgn MR & tak nak diri dia jadi tumpuan dari martial arts lainnya, nanti asyik kena sudi je.

Berkenaan 'kipas nandung' atau dikenali jgk sebagai 'kipas senandung dlm senandung', ni kira buah kilas yg selalu digunakan masa terdesak. Kaedah ni jgk digunakan oleh Hang Tuah utk menumpaskan Taming Sari beserta dgn kaedah 'ibu gayung'. Dan kaedah ni sangat lethal kalu kena caranya. It's only fair MR guna kaedah ni jika dilihat dari segi perbezaan umur mereka ketika bertarung.

Mungkin pertarungan dgn MR ni merupakan salah satu penyebab matinya Bruce Lee. Kematian beliau sebenarnya a combination of drugs yg diambil utk penyakitnya, sakit2 fizikal akibat pertarungan2 yg lalu & jugak excessive sex. Yg pasti, cerita ni akan menjadi lipatan sejarah yg tak boleh dirungkai dgn pasti, sama seperti cerita jatuhnya Melaka ke tangan Portugis, pembukaan Melaka dsb.

Memang elok bertukar pendapat dlm forum ni, tapi sebelum memberi pendapat, sekurang2nya buatlah kajian dulu. Nanti jadi macam cerita bionik kat atas.

[ Last edited by  tokki1 at 28-3-2007 01:34 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 03:08 PM | Show all posts
Tumpang lalu...

Cuma nak tambah sikit...sebenarnya cerita pertarungan silat melayu ini dengan pakar seni bela diri luar telah banyak berlaku...sekitar tahun 1970an hinggalah ke penghujung tahun 1990.  Penglibatan saya dengan banyak pertubuhan seni silat memberi perluang kepada saya mengetahui kebenaran cerita dan kisah "kehebatan" silat melayu  ( masuk pertubuhan silat pun bukanya nk belajar sangat tapi lebih kepada nk dapatkan maklumat ) ...pakar silat melayu lebih banyak di cabar oleh kumpulan seni bela diri daripada negara Asia ( Thailand, Korea,China, Jepun, Indon )...tapi paling banyak adalah daripada negara matahari terbit ...Jepun sebab mereka ada kajian berkaitan silat melayu.  Banyak juga ahil silat sendiri yang mencabar seni bela diri daripada luar.
Paling tak dapat dilupakan pertarungan antara satu pertubuhan silat melayu ( bukan gayung ) dengan beberapa orang pakar seni beladiri dp Jepun pada sekitar tahun 1992 yang diadakan secara tertutup di ****. Pertarungan diadakan secara berperingkat-peringkat ( x seperti cerita Dato' Meor & BL), daripada menguji kekuatan hinggalah 1 lawan 1, 2 lawan 1. & demontrasi kehebatan masing2.  Semua pertarungan dirakamkan dlm video tape...yang akhirnya dirampas oleh ****,  Pertarungan tidak dapat diceritakan secara detail cuma akhirnya sebilangan pakar seni bela diri dp Jepun ini mengadap Mahaguru **** dengan sepesalinan baju silat melayu untuk mempelajari seni silat melayu.

ILMU BATIN DLM SILAT...ramai yang anggap kekuatan silat melayu adalah kerana ilmu batinnya ...tetapi anggapan itu sebenarnya adalah SALAH...kerana kekuatan silat melayu adalah kerana seni jurus / buah pukulan/ketangkasan & fizikal persilat itu sendiri, ilmu batin hanyalah 1% shj. Itu pun tidak semua orang berjaya memperaktikkannya walaupun diturunkan ilmu tersebut dan mempelajari silat melayu yang betul "asli" sebenarnya lagi susah & perit daripada belajar seni bela diri yg lain hanya yang betul2 kental, tabah dan mempunyai kekuatan mental serta fikizal sahaja yang mampu untuk ke peringkat yang lebih tinggi.  Tapi sekarang ini kebanyakan silat telah banyak "dipermodenkan" hingga telah hilang keaslianya.

Walau setinggi mana pun ilmu bela diri yang anda belajar, anda tak akan mampu nak memukul "nyamuk" yang tiba2 mengigit di tengah2 belakang banda anda ...oleh itu jangan nak BELAGAK...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 05:44 PM | Show all posts

Reply #308 sikomeng's post

Mungkin la mereka yang mengalami tak mau cerita...tapi itu pun masih speculation jugak..kita tak pasti ye atau tak?

Tapi ape-ape pun, post #307 tuh pendapat peribadi aku dan aku tak mintak sape2 setuju dengan aku..kita semua ade idea dan pandangan masing2...pada orang lain mungkin mereka suka pada cerita2 tapi aku lak lebih prefer pada fakta2.

Pada aku fakta akan outweight cerita.

P.S:  ff: Ingat lagi kes Neil Armstrong dengar azan di bulan dan masuk Islam? Penah terfikir kenape cerita itu hanya tersebar di Malaysia tapi tidak di negara lain? Dan kemuncak cerita tersebut tercapai apabila Neil Armstrong sendiri melawat Malaysia, beliau sendiri menafikan cerita tersebut tapi pada masa yang sama masih menghormati perasaan umat Islam tanpa memperkecilkan umat Islam dan agama Islam sendiri. Dalam cerita ini sape kita nak percaya? Orang kita yang sebarkan cerita ini atau kenyataan yang keluar dari mulut Neil Armstrong sendiri? Sama2 kita pikirkan...

[ Last edited by  rurouni_khairul at 28-3-2007 05:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 07:57 PM | Show all posts
tak sangka citer ni tersebar meluas aku ingatkan gosip budak2 saja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 02:41 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Saya dibesarkan di sebuah kampung dan bersekolah di kawasan bandar. Pada waktu petang saya sering melihat team bola sekolah di kampung saya berlatih dan pada pendapat saya mereka sangat kuat, tough dan samseng. Ini dibuktikan dengan tingkahlaku pemain2 itu sendiri. Sewaktu pertandingan bolasepak antara sekolah dijalankan, ditakdirkan team sekolah saya di kawasan bandar akan melawan team sekolah dikampung saya. Team sekolah bandar ini dianggotai oleh pelbagai kaum, bijak dalam pelajaran dan pandai main bola. Pada waktu itu saya berpendapat "habislah team sekolah aku, budak-budak kampung ni tough gile; samseng pulak tu".

Maka perlawanan pun berlangsung. To my suprise, team samseng kampung kalah 10-0 dengan team bandar yang dianggotai oleh "nerd" yang tak samseng langsung. Kenapa mereka kalah??..  Kerana mereka terlalu percaya yang mereka adalah yang terbaik, terkuat dan mereka tidak ambil tahu kehebatan orang lain. Dalam lain perkataan, mereka leka. Please read between the lines...

Nabi tidak membangunakan Islam menggunakan magic, tetapi akal, usaha dan mukjizat. Para sahabat menggunakan usaha dan akal. Namun dalam masa yang sama, nabi juga tidak mengembangkan Islam menggunakan kata-kata yang kasar serta tingkahlaku yang tidak berakhlak.

Sekiranya kita benar-benar mempunyai kehebatan, saya mencadangkan kita ketengahkan kehebatan kita ke arena antarabangsa seperti yang telah dibuat oleh beberapa pertubuhan beladiri Indonesia. Cara ini lebih jelas dan dapat diterima oleh kebanyakan lapisan masyarakat. Until this is being done, it is hard to prove that we are the best even if we are.

Regards,
Arung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 03:07 PM | Show all posts

Reply #313 arung's post

Arung,

To my surprise saya juga mengalami insiden yang sama. Mase saya sekolah rendah, sekolah kami majoriti Melayu dan ideologi bebudak Melayu kat sekolah saya mase tuh berpendapat budak Cina dan India semua kaki bangku dan tak pandai main bolasepak. Kami begitu yakin dengan skil yang kami ade seolah-olah orang Melayu sahaja yang pandai main bolasepak.

Tapi pada satu perlawanan persahabatan dengan Sekolah Cina, team kami kalah...semua budak2 tak dapat menerima hakikat tuh..malah mereka saling salah menyalah antara satu sama lain sampai bergaduh!

Sebelum tuh saya penah tego diorang supaya jangan sesekali underestimate pihak lawan sebab semua team equal dalam padang...walau team sehebat Brazil sekalipun...peluang kemenangan 50/50 sebab semua team dibekalkan dengan bilangan pemain yang sama dan tertakluk pada peraturan yang sama...jadi peluang kemenangna sentiase 50/50.

Tapi mereka semua memperlekehkan idea saya dan mereka bajet bole kitai team budak cina tersebut...akhirnya team sekolah kami kalah 3-1...

Moral di sini...kita tak bole sentiase ingat kita adalah yang terbaik...jika kita bagus ade orang di luar sana yang lebih bagus...sometimes orang kita tak bole terima hakikat ade manusia lain yang lebih hebat dari bangsa kita tapi realitinya, kita sebenarnya idup dalam bayang2 dan menipu diri sendiri.

Jika kita teruskan attitude sebegini, bangsa kita takkan ke mana...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 03:15 PM | Show all posts
Interesting jugak, cerita dlm cerita. Nerd vs samseng. Tapi kalu ikut sirah, kena jgk ada geng2 samseng/kasar ni seperti saidina Hamzah & Umar al-Khattab. Nabi saw pernah berdoa mintak Islam dikuatkan dgn berimannya antara 2 Umar. Bila Umar al-Khattab diberi hidayah, barulah Islam boleh disebarkan dgn lebih terbuka & terang2an. Dan Umar jugak yg berhijrah secara terang2an bila beri warning kat Quraish, siapa yg nak isteri dia janda, anak2 jadi anak yatim, maka cubalah halang aku.

Jadi Islam pun perlu kepada orang2 yg kasar ni, tidaklah lemah lembut sokmo. Cuma bila pasal silat nak open table ni yg tak boleh. Ada syarat2 tertentu & untuk org2 tertentu. Tak boleh nak tunjuk buah kilas lebih2, sebab tu cara belajar pun tak terbuka supaya rahsia & keindahan silat ni tak senang2 org nak curi.

Tapi bila terdesak, rasanya dah terbukti siapa yg lebih effective.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 03:33 PM | Show all posts

Reply #315 tokki1's post

Setuju dengan ko...cuma aku rase istilah samseng Islam tuh cam kasar dan bawak tanggapan negatif...aku rase lebih sesuai jika digelar orang Islam yang tegas, teguh dan berpendirian

Lagi satu, aku rase kita sebagai orang Islam tak bole selalu berkasar...kita kena utamakan lemah lembut dan tolak ansur dalam hubungan sosial dengan orang2 bukan Islam. Tindakan tegas hanya diambil setelah semua tindakan diplomasi tidak berkesan.

Kalau kita lihat dalam sejarah Islam pun, tindakan Rasullulah SAW berperang setelah mereka betul2 ditindas apabila harta umat Islam di Mekah telah disita dan hendak dijual di Syam. Rasullulah SAW tidak sewenang-wenangnya declare perang terhadap musyrikin Mekah pada masa itu tapi beliau bertindak setelah beranggapan yang umat Islam perlu bertindak dari terus ditindas.

Pendapat 2 sen dari aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 03:43 PM | Show all posts
Betul, samseng tu bahasa pasar, senang org faham sifat2 tu. Tapi jangan lupa tentang sifat utama yg sepatutnya ada pada tiap org Islam; 'Mereka berlemah-lembut SESAMA Islam dan bersifat tegas dgn org kafir'.

Masalah umat Islam sekarang buat menda yg sebaliknya, bila sesama Islam, nak berkeras tapi berlembut pulak dgn org kafir. Tu sebab utama umat Islam kena tindas.

Diplomasi ada tempat dia & digunakan pada masa2 tertentu. Dan perang pun bukan solutionnya sebab perang Badar pun terjadi bila kafir quraisy dah tak daya bila kabilah perdagangan mereka asyik kena ambush je. So terjadi la perang yg accidental.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 04:47 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Benar kata tuan2. Saya prefer "tegas" to "samseng". Kalau keep on berlembut pun, orang akan pijak kepala kita, tapi biarlah tegas yang berhemah.

Regards,
Arung

[ Last edited by  arung at 30-3-2007 04:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 03:29 PM | Show all posts
aku memang nak tergelak bila dengar cerita karut camni. ni lah masalah besar orang melayu, suka membuat cerita karut, dan suka mempercayai cerita karut. kita kalau tengok pengamal ilmu silat yang karut mesti melibatkan pelbagai perkara karut macam ilmu batin, kuasa ghaib, unsur agama, pawang-bomoh, kesaktian, kekebalan, ketahyulan keris dan berbagai lagi kekarutan. ni ler cara orang melayu nak memartabatkan silat.....  
tak pernah lagi kita dengar orang korea buat citer jaguh taekwondo mengalahkan bruce lee ata orang jepun buat citer jaguh judo, karatedo atau aikido mengalahkan bruce lee.... nampak orang kita jer yang jaguh dalam membuat kelentong.... kelentong mahaguru mengalahkan jaguh kungfu ler, kelentong neil amstrong masuk islam ler, kelentong orang amerika tak pergi ke bulan ler, kelentong azhar mansor masuk kristian ler, kelentong michael jackson masuk islam ler.......
tapi memang pembohongan karut sebegini sepatutnya dihentikan segera kerana ianya hanya memalukan orang melayu dan malaysia sahaja. bayangkanlah kalau kita bertarung silat dengan orang vietnam kat sukan sea pun boleh kita kecundang, ada hati kita nak bagitau satu dunia orang kita mengalahkan bruce lee dengan silat...... kalau satu dunia dengar gurauan macam gini, satu dunia pun akan ketawa kat orang melayu.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 04:00 PM | Show all posts
kt sini aku tak nk menyokong dan deny .... ttg pertarungan... bruce lee ngan dato' meor .... tak tau lah samaader citer benar atau tidak .... yg penting skrang pesilat perlu ... membawa silat ketahap yg membanggakan .... kite kene tunjukkan bahwa silat ni ade lah seni warisan melayu yg bleh dibanggakan... peace !!

bg yg selalu berckp .... klau pandai silat klau depan pistol pon klah jugak .... mmg org yg wat statement ni mmg bodoh .... sbb dlm hidup korang beraper kali korang nmpk pistol real .... bkn pistol dlm panggung wayang ...atau pistol yg dok kt pinggang polis... pistol yg mmg korang leh pakai dan gune ..... lgpon klau ade pistol pon leh kene hukuman mati baik belajar silat ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.077187 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list