CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liyana306

Pembohongan Karut Bruce Lee Pernah Tewas Di Tangan Mahaguru Silat Gayong.

[Copy link]
bug_vengeance This user has been deleted
Post time 12-4-2005 01:05 AM | Show all posts
ishh teruja betul aku dgn bende2 mistik ni
harap2 ada lagi la pewaris ilmu silat yg power2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2005 09:56 AM | Show all posts
nak amal kan ilmu batin ni kalau boleh badan dan hati tu bebas dan bersih dari segala kotoran la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 10:18 AM | Show all posts
aku rasa ilmu kebatinan nie bukanlah sesuatu yg mistik..tapi sesuatu yg bercirikan technology dan ada scientific explanation dia....sebenarnya technology orang zaman dulu jauh lebih maju dari yg kita ada sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by AzusaFuyutsuki at 12-4-2005 10:18 AM:
aku rasa ilmu kebatinan nie bukanlah sesuatu yg mistik..tapi sesuatu yg bercirikan technology dan ada scientific explanation dia....sebenarnya technology orang zaman dulu jauh lebih maju dari yg ki ...



sebenarnya mana mana seni bela diri tak kira karate kung fu atau silat ker.. mempunyai teknik atau imu dipanggil inner power tenaga dalaman atau tenaga batin..

panggilan org Jepun/Okinawa bagi inner power  "" KI ''  Ki = Spirit

Panggilan org cina/korea bagi inner power '' CHI ''
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by atan at 14-4-2005 03:53 PM:



sebenarnya mana mana seni bela diri tak kira karate kung fu atau silat ker.. mempunyai teknik atau imu dipanggil inner power tenaga dalaman atau tenaga batin..

panggilan org Jepun/O ...


tahu tenaga batin nie bermaksuk tenaga dalaman atai chi..(in japanese ki does not exactly mean spirit but specifically mean air..or something we breath..) point saya ialah ia sesuatu yg ada scientific explanation, suatu yg boleh difikirkan dengan akal logic, suatu yg sebenarnya teknologi dalam bidang kesihatan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2005 06:12 PM | Show all posts
Originally posted by AzusaFuyutsuki at 14-4-2005 06:00 PM:


tahu tenaga batin nie bermaksuk tenaga dalaman atai chi..(in japanese ki does not exactly mean spirit but specifically mean air..or something we breath..) point saya ialah ia sesuatu yg ada sc ...


APA ITU TENAGA DALAM?

Kalau anda bertanya apakah adanya tenaga dalam, maka kami dengan cepat akan menjawab Ya, tenaga dalam memang ujud. Seseorang itu dapat memiliki dan menggunakannya menurut keperluan dan sifat-sifat dan tenaga dalam itu sendiri. Kemungkinan untuk seseorang itu memilikinya amat besar sekali kerana dalam dunia ini kebanyakan perkara yang difikirkan oleh manusia adalah suatu yang boleh dicapai, cuma tinggal manusia itu sendiri untuk berusaha.

Pada hakikatnya semua orang memiliki tenaga dalam. cuma mereka yang tidak menyedari dan tidak tahu cara untuk membangkitkan tenaga dalam tersebut. Sebabnya, tenaga dalam tersebut tidak akan bangkit atau muncul dengan sendirinya kalau kita tidak mempelajari dan mengamalkan kaedah yang betul dan sesuai dengan diri kita. Sesudah itu, tenaga dalam tersebut dapat digunakan mengikut keperluan kita.

Apakah yang sebenarnya disebut tenaga dalam itu? Tenaga dalam adalah suatu tenaga atau aliran kuasa yang terdapat dalam tubuh kita. Tenaga tersebut tersimpan atau mengeram dalam diri kita serta belum terbentuk ke sifat yang sepatutnya sama sekali. Tenaga tersebut akan bangkit dan terbentuk apabila kita menggerakkannya dengan latihan yang kita buat.

Cara latihan yang sering dipraktikkan adalah dengan latihan pernafasan berarah. Tenaga dalam itu kemudiannya akan bangkit serta terbentuk menjadi aliran getaran pada urat. Ada yang membawa kesan panas dan ada yang sejuk sesuai dengan cara latihan. Getaran itu sama dengan aliran elektrik yang menyelubungi tubuh yang biasanya disebut sebagai AURA. Pada manusia biasa, aura mereka sangatlah nipis hanya antara 0.5cm hingga 2cm di sekitar tubuh. Dengan adanya latihan pernafasan dan jurus-jurus, maka lapisan aura tersebut akan berlipat kali ganda bahkan beribu kali ganda daripada aura yang dimiliki oleh manusia biasa yang tidak melatih dirinya.

AURA yang sudah mengembang dan menyelubungi tubuh itulah yang di sebut sebagai tenaga dalam. Tenaga ini dapat dimanafaatkan baik untuk diri sendiri mahupun orang lain contohnya untuk pertahanan diri, pengobatan dan berbagai-bagai keperluan lainnya. Banyak orang yang mempunyai tanggapan bahawa tenaga dalam itu adalah tenaga batin. Fahaman ini ada betul dan salahnya. Kenapa? Tenaga dalam sebenarnya adalah berbeza dengan tenaga batin cuma ianya mempunyai persamaan dari segi kegunaannya dan kedua duanya berasal dari dalam tubuh kita.

Bagi pelatih-pelatih tenaga dalam misalnya dari Perguruan Seni Beladiri Tenaga Dalam Cakra Alam Malaysia, kedua-dua aspek tenaga dalam dan tenaga batin diajar diamal dan dipraktikkan dengan sebegitu giat sekali bagi memenuhi keperluan seseorang pelatih dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Ini kerana seseorang yang mempunyai tenaga dalam belum tentu mempunyai tenaga batin. Cara latihannya juga berbeza sekali. Akan tetapi, seseorang yang mempunyai tenaga dalam, apabila dia mempelajari dan mengamalkan ilmu kebatinan maka, hasilnya akan menjadi lebih cepat dan keberhasilan dari amalannya akan menjadi lebih memuaskan. Ini bermakna, tenaga dalam itu menjadi suatu pemangkin atau sebagai suatu kuasa menolak yang sungguh efektif terhadap keberhasilan sesuatu ilmu yang dipelajari.

FAEDAH-FAEDAH TENAGA DALAM

Bagi seseorang yang mampu menghimpun dan menguatkan tenaga dalamnya secara teratur untuk mengikut apa saja kemahuannya maka dia akan mendapat manafaat-manafaat yang ekstra yang tiada dimiliki oleh orang biasa antaranya:

# A. Memiliki tubuh yang perkasa, sihat dan dijauhi penyakit.
# B. Memiliki organ pernafasan yang istimewa dan tubuh akan mendapat kesegaran yang penuh.
# C. Mempertajamkan pancaindera dan menimbulkan indera ke enam.
# D. Memiliki sifat optimis dan pantang menyerah.
# E. Semangat berkobar-kobar.
# F. Berkemahuan tinggi dalam kehidupan.
# G. Daya ingatan yang tajam dan bijak.
# H. Wajah bersinar dan mempunyai daya tarikan tersendiri.
# I. Berwibawa dan disegani dalam pergaulan.
# J. Meninggikan kebolehan beladiri.
# K. Kuasa penyembuh untuk diri dan orang lain.
# L. Payah terkena perbuatan halus. Juga bermacam kegunaan lagi.

Sources

http://www.cakraalam.com/tenaga.html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2005 06:33 PM | Show all posts
see...tak lari dari apa yg saya cakap..
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
 Author| Post time 15-4-2005 01:24 AM | Show all posts
Kesemua atom2 bergegar pada kedudukan tertentu. Ini menghasilkan frekuensi. Frekuensi ini boleh ditukarkan kepada bentuk2 tenaga. Di sinilah lahirnya asas kepada CHI dan ada jugak yang panggil AURA. Semua fenomena ini boleh dijelaskan secara fizik.

Otak manusia boleh dipengaruhi oleh frekuensi (yang tertentu). Contohnya ialah penjelasan mengenai santau.Santau ialah: frekuensi/tenaga yang dihantar secara wireless untuk mempengaruhi otak supaya badan manusia sakit. Kita tidak menafikan bahawa gelombang dan tenaga boleh dipindahkan secara wireless. Ini benda yang nyata, dan buka karut.

[ Last edited by liyana306 on 15-4-2005 at 01:49 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2005 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by atan at 14-4-2005 06:12 PM:


APA ITU TENAGA DALAM?

Kalau anda bertanya apakah adanya tenaga dalam, maka kami dengan cepat akan menjawab Ya, tenaga dalam memang ujud. Seseorang itu dapat memiliki dan menggunakanny ...

aku memang dah lama nak belajar and nak tau lebih pasal tenaga dalam ni.. tapisampai sekarang ni la tak berkesempatan lagi... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 15-4-2005 01:24 AM:
Kesemua atom2 bergegar pada kedudukan tertentu. Ini menghasilkan frekuensi. Frekuensi ini boleh ditukarkan kepada bentuk2 tenaga. Di sinilah lahirnya asas kepada CHI dan ada jugak yang panggil AURA ...


yg aku tau la teknologi wireless sudah wujud sejak 7000 tahun dahulu. sebagai alat perhubungan ala macam telepati....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 03:37 PM | Show all posts
......gayung pun ada guna batin gakkan......bahyanya silat2 berasaskan batin ni sebab kalau langgar pantang larangnya mmg nahaslah jadinya...paling mudah jadi gila..mcm kat kampong aku dulu..ada tuk guru silat harimau berantailah singa berantailah gerak kilatlah....tapi aku pernah tgk sendiri kawan aku belajar gerak kilat ni........tapi tak berapa lama teruis berhentin buang habis.....sebab ada sorang pelatih tu dah jadi gila...













Originally posted by HangPC2 at 6-4-2005 05:20 PM:
Cerita Versi Pertama

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Ja ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 16-4-2005 10:42 AM:


yg aku tau la teknologi wireless sudah wujud sejak 7000 tahun dahulu. sebagai alat perhubungan ala macam telepati....


heh..sejak zaman nabi Adam lagi dah ada dah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by J_Sky at 17-4-2005 03:37 PM:
......gayung pun ada guna batin gakkan......bahyanya silat2 berasaskan batin ni sebab kalau langgar pantang larangnya mmg nahaslah jadinya...paling mudah jadi gila..mcm kat kampong aku dulu..ada tu ...



hehehe kalau dah langgar pantang larang memang nahas..  ko pernah tengok orang berlatih bersilat macam dragon ball lak melambung kene baling..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2005 09:04 PM | Show all posts
kisah Bruce Lee tewas ditangan pesilat terkenal memang diketahui ramai kerana ianya berlaku di KL. di The Ship Bukit Bintang, disitulah kedua mereka bertarung pada sekitar 70an kalau tak silap. mak sherrina sendiri yg sahihkan krn mak sherrina bekerja dipejabat berhadapan The Ship dan ia berlaku pada hari sabtu kalau tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 24-4-2005 09:04 PM:
kisah Bruce Lee tewas ditangan pesilat terkenal memang diketahui ramai kerana ianya berlaku di KL. di The Ship Bukit Bintang, disitulah kedua mereka bertarung pada sekitar 70an kalau tak silap. mak ...


Tak pernah dengar kat KL pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 10:25 AM | Show all posts
haah..tak penah dengar la pulak..kalau tak mesti ada bapak aku cerita (dia dah duduk KL since 1968)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2005 01:11 PM | Show all posts

Hero Kungfu vs Hero Silat

Sebenarnya saya tak pernah mendengar nama Dato' Meor Abdul Rahman dan Dicky Zulkarnain, sehingga membaca thread forum ni. Bruce Lee pulak, takkan tak kenal, melalui filem2nya yg masih lagi popular sehingga kini, dan juga melalui dokumentari2 mengenai biografi hidupnya yg ada di media selalu. Melalui dokumentari2 ni, saya hanya boleh mengatakan BL tu bukanlah hero org2 Cina sgt. Yg merupakan hero org Cina adalah wataknya dlm fiilem2nya, bukan BL secara peribadi. Namun beliau juga dingati kerana menaikkan nama filem2 Cina Hong Kong dan juga seni pertahanan diri Cina-Asia.  
Bruce Lee telah berjaya mengegarkan dunia perfileman dan menjadi terkenal dgn filem2 kungfunya pd sekitar tahun 70an di seluruh dunia termasuk M'sia. Dari Eropah hingga ke Asia, ramai org termasuk org putih dan org M'sia, beria-ia nak mempelajari bukan shj kungfu tapi pelbagai seni petahanan diri Asia, sehingga wujudnya pelbagai ...... ~do. Fenomena ini menjadi sgt hangat di mana2 negara Asia bergiat mempromosikan seni pertahanan diri masing2 termasuklah silat.
Industri perfileman Indonesia masa tu yg walaupun krg maju tetapi dikuasai bangsa Cina yg telah mempelajari kemahiran pengeluar Hong Kong, telah berjaya mengeluarkan filem2 hero silat Indonesia mereka yg tersendiri yg memaparkan, Dicky Zulkarnain (Cina juga kot?) yg menghebohkan rakyat Indonesia dan juga segelintir org Melayu M'sia. Trend ini seterusnya telah menular ke Malaysia. Org 2 kuat industri filem dan bidang seni silat Malaysia pulak cuba mengikuti langkah ini tetapi pengeluar filem M'sia berkeputusan enggan mengeluarkan filem begini setelah mempertimbangkan yg mereka tidak berkebolehan membuat adegan filem watak hero mempunyai 7 bebayang semasa bertarung ( spt yg kita tonton dlm tv), kerana jaguh silat M'sia tidak berilmu sedemikian serta mereka sendiri tidak mempunyai teknik teknologi sedemikian. Mungkin kerana itu lah, setelah menemui jln buntu, golongan seni silat M'sia telah menghantar Meor Abdul Rahman (masa tu belum Dato' lagi kot?) ke Hong Kong agar dpt meminta bantuan pengeluar filem di sana menolong mengeluarkan filem2 hero silat M'sia. Utk menjaga muka, maka dikatakan beliau singgah transit di HK semasa nak ke England, yg beliau pun tak tau entah2 apa2 sebabnya nak ke England. Semasa bertemu pengeluar2 filem HK, mereka juga krg yakin dgn kebolehan seni silat, telah meminta supaya Meor Abdul Rahman bertarung dgn Bruce Lee. Hahh..... ini yg sedap. Hero kungfu bertarung hero silat. (Silat M'sia ya, bukan silat Indonesia). Apa lagi... maka di aturkan supaya BL dpt dtg bertarung.... tetapi masa nak ditelefon BL, Meor Abdul Rahman pulak mengatakan tak payah kerana beliau sakit perut dan tidak sihat utk berlawan.... lak...buat stim jer. Apa tak gentarnya dia, nak lawan dgn Bruce Lee, tengok filem dia pun mengecut dah. Maka baliklah dia kat M'sia, kelentong pulak dia belasah BL kat airport dan pengeluar filem HK marah nak menolong. Bila BL betul2 mati, dia ciplak pula kelentong Dicky Zulkarnain.
Kalau betul menang Bruce Lee tu pun apa hebat sgt sebenarnya. BL tu gila orgnya, kaki dadah, kaki pompuan, gila berlatih dan bertarung macam org kena sawan, patutlah mati. Bila dah terkenal dan kaya, lepas tu dimanjakan pengeluar filem HK dan org putih, lupa diri pulak. Ini ke hero? Ada pulak ada org yg beria-ia nak mengalahkan dia...... apalahhhhh............... org M'sia

[ Last edited by riccckyyy on 25-4-2005 at 08:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 02:45 PM | Show all posts
aku rasa Bruce Lee nie keturunan Hang Too Ah salah seorang dari 5 sahabat yg berhijrah ke Melaka dan menjadi hulubalang Sultan Melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 07:08 PM | Show all posts
Kalau betul Hang Tuah & co tu Cina dan Bruce Lee pulak keturunan mereka, maka namanya bukanlah Bruce Lee tapi Bruce Hang atau Hang Bruce atau Hang Siow Long (nama Cinanya). Macam mana pulak keturunan yg duduk kat Bkt Cina Melaka boleh sampai kat Hong Kong?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2005 07:16 PM | Show all posts

dia naik tongkang lerr!!! ngehngehngeh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.164034 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list