CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liyana306

Pembohongan Karut Bruce Lee Pernah Tewas Di Tangan Mahaguru Silat Gayong.

[Copy link]
Post time 6-10-2005 07:37 PM | Show all posts
hahahaa.. aku tak tahan dgn kebodohan ko. aku tak tau siapa yg gila glamer dan siapa yg malu. mula2 ko kutuk tomoi dgn taekwondo, kemudian bodek balik pulak. hahahaa... juara tomoi belajar silat. hahahaa... lepas tu ko nak tunjuk guru ko terlajak mengajar teknik advance konon. nak tunjuk ko ni tau silat advance konon. huh.. riuh semalaysia. hahahaaa....
tolonglah sikit.... ko jgn malukan silat melayu warisan bangsa kita. juara teknik advance kencing aku percayalah. hahahaa...
:lol :lol :lol :lol :lol :lol

[ Last edited by riccckyyy at 6-10-2005 08:12 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


bug_vengeance This user has been deleted
Post time 6-10-2005 11:03 PM | Show all posts
^
rimba !!
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 08:13 AM | Show all posts
uikss?  tak habis-habis lagi?  dalam bulan puasa pun camni?
ustazah kata, kata yang busuk keluar dari hati yang busuk saja.  hati yang baik tak reti nak cakap kotor dan busuk.

bacalah post aku betul-betul.  aku cuma beri2  contoh silat tak kurang hebatnya pasal ada orang dari seni bela diri lain yang bertukar belajar silat.  silalah tanya Pak Ak sendiri, guru utama cekak malaysia.

sedarlah, forumer lain di sini pun menyumbangkan jasa kepada bangsa dengan cara tersendiri.  malah mungkin lebih baik dari kau.  tapi diorang mengutuk orang-orang lain konon tak menyumbangkan jasa.  malah, diorang diam dan tak mencanangkan jasa-jasa diorang pun.

ikutlah resmi padi, makin berisi makin menunduk.  sentiasa humble, respectful dan intelligent.

jangan jadi tin kosong, berbunyi kuat mengutuk hentam keromo.  biasanya tin kosong berbunyi kuat kerana menganggap bunyi yang kuat membuktikan dirinya hebat...  

udah-udah le perangai camni.  kau ni, tak matang betul.  ingat-ingat sikit, kat thread ni pun sapa je yang setuju kau perangai camni.

kalau nak cari glamer pun, thread ni bukan tempatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 08:16 AM | Show all posts

tertinggal perkataaan

"sedarlah, forumer lain di sini pun menyumbangkan jasa kepada bangsa dengan cara tersendiri.  malah mungkin lebih baik dari kau.  tapi diorang TIDAK mengutuk orang-orang lain konon tak menyumbangkan jasa.  malah, diorang diam dan tak mencanangkan jasa-jasa diorang pun."
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 02:15 PM | Show all posts
ramai forumer2 di sini adalah jujur dan ikhlas dlm menyumbangkan tulisan mrk di sini. sumbangan mrk tidak pernah berunsur pembohongan dan kekarutan demi utk memperdayakan org lain. mrk inilah yg kita hormati. namun mmg terdpt manusia yg mmg umpama tin kosong berbunyi apabila mrk mengadakan cerita2 yg tidak benar yg mrk rekai ataupun mrk telah dibohongi sblmnya demi utk memesongkan org lain, membanggakan mrk sendiri dan menunjuk2 diri mrk. sumbangan yg benar dan tulus tidak kita tolak, tetapi ia menjadi satu penghinaan bila manusia2 ini cuba memperdayakan kita dgn cerita2 yg tidak masuk akal, yg memalukan kita, yg menjadikan bangsa kita, warisan kita satu guraun besar yg boleh dipersendakan oleh org lain. bila ditegur cara baik terus melenting dan menuding jari kpd org lain, manusia jenis apakah ini? jgnlah cuba utk menarik org2 lain sama2 terjerumus ke dlm kekarutan kamu. yg dpt kita lihat dgn jelas, org macam inilah yg menjatuhkan bangsa kita.
taupun kita sepatutnya mengikut resam padi, dan bukan macam tin kosong, biar kita berhujah dgn inti2 yg bernas, tetapi bukan dgn pembohongan dan kekarutan. silat ataupun diri kita takkan disanjungi hanya setakat dgn pembohongan spt, juara tomoi kalah gusti lengan dgn pak silat lantas belajar silat ataupun kononnya kita pelajari ilmu silat teknik advance yg mukjimat masa kat sekolah yg org lain tidak boleh pelajari. jgnlah kita ibarat meludah ke langit. jgnlah kita pura2 nak cari glamer dan menunjuk2 di sini sbb org lain bukannya bodoh dan tiada akal. biar kita menyumbang dgn ikhlas dan bukan dgn niat jahat dan busuk. ustazah kata, yang busuk hanya keluar dari hati yang busuk saja. sedarilah sblm kamu sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 02:36 PM | Show all posts
silakan.  Tuhan tahu niat masing-masing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2005 02:48 PM | Show all posts

http://pendekar21.wakaf.net/cekak.html

YM Tuan Hj. Ishak bin Itam berasal dari Negeri Kedah Darul Aman dan dilahirkan pada tahun 1935. Ibu beliau bernama Patimah bt. Mat Din. Ayah beliau ialah Itam B. Saad. Setelah umur beliau meningkat 19 tahun, beliau telah berkahwin dengan Hajjah Radzyah Bt. Said pada tahun1953. Beliau telah mendapat pendidikan ugama secara formal di Pondok Tuan Hj. Mad Salleh Mesir, Tanah Liat, Bukit Mertajam dan Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad Bin Tuan Haji Hussein. Beliau juga pernah mendalami bidang rawatan ubat tradisional terutamanya rawatan penyakit kencing manis.

Beliau amat meminati dunia persilatan semenjak dari kecil lagi. Ketika beliau berumur 9 tahun, bapa saudara beliau iaitu En. Bakar B. Din telah mengajarnya Silat Gayung Patani sehinggalah beliau berumur 18 tahun. Namun, beliau terus menambahkan ilmu di dada dengan mempelajari Ilmu Silat Kuntau Jawa daripada Hassan Jawa selama 2 tahun. Usaha mendalami ilmu silat diteruskan dengan mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau. YM Tuan Hj. Ishak B. Itam juga pernah menjadi guru tomoi Siam selama 2 tahun setelah tamat mempelajari tomoi Siam dari En. Osman B. Ahmad. Setelah itu, beliau meneruskan pula perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi di dalam Silat Cekak sebagai Guru Utama merangkap Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Maka, sekarang ini, genaplah 53 tahun YM Tuan Hj. Ishak B. Itam menceburi dunia persilatan. Beliau telah mula mempelajari Silat Cekak pada tahun 1969 semasa Al-Marhum Ustaz Hanafi B. Hj. Ahmad mula membuka kelas latihan di Kubang Semang, Bukit Mertajam yang mana beliau merupakan penuntut yang ke-17. Beliau berjaya menamatkan Silat ini setelah mempelajarinya selama 2 bulan 10 hari iaitu sebanyak 30 kali latihan.

Al-Marhum pernah menunjukkan gambar YM Tuan Hj. Ishak kepada anak Al-Marhum iaitu Mokhtaruddin B. Hanafi sambil berkata, "Ini ada seorang, boleh jadi pengganti." Mokhtaruddin bertanya, "Orang apa?, Bangsa apa? Keling ke, Jawa ke, Melayu ke?" Jawab Al-Marhum Ustaz Hanafi, "Orang Melayu, namanya 'Ak Pak Itam." Perkara ini terjadi tanpa diketahui oleh YM Tuan Hj. Ishak. Sebaik sahaja beliau tamat, beliau telah dilantik sebagai jurulatih serta sering membantu Allahyarham Ustaz Hanafi membuat penerangan dan demonstrasi.

Beliau mula mengajar di Kampung Paya, Bukit Mertajam dan akhirnya beliau telah dikurniakan mandat oleh Al-Marhum untuk mengajar Seni Silat Cekak di Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Banyak pengalaman pahit manis yang beliau tempohi semasa mengajar di kedua-dua tempat. Pernah suatu ketika, beliau mengajar 2 kelas dalam sehari seramai 80 orang penuntut di 2 tempat berasingan tersebut dengan terpaksa menyeberang menggunakan feri.

Setelah Al-Marhum Ustaz Hanafi meninggal dunia pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Hj. Ishak B. Itam telah diisytiharkan sebagai Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama yang diijazahkan oleh beliau ialah di UPM pada 13 Oktober 1986.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 03:14 PM | Show all posts
wahh kowang sume terrer arh ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2005 03:21 PM | Show all posts

laman rasmi: http://www.silatcekak.org/guru/ishak.html

.
alhamdulillah.  terjawab akhirnya.
.
YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau.

Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam.

Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan Haji Hussein.

Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalah merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masa tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaan seramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untuk mempelajari Silat Cekak ini.

YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya.

YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang.

Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehinggalah ke hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 03:33 PM | Show all posts
.
ok lah.  selamat berpuasa semua.

selamat dan salamsss..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 05:09 PM | Show all posts
#109 dulu ada orang kuat tomoi berlawan dengan pengasas silat cekak, ustaz hanafi.  dia kalah dan lepas tu dia berguru le dengan ustaz hanafi ni.  sekarang ni, dia dah jadi guru utama cekak malaysia.  

#127 http://pendekar21.wakaf.net/cekak.html  YM Tuan Hj. Ishak B. Itam juga pernah menjadi guru tomoi Siam selama 2 tahun setelah tamat mempelajari tomoi Siam dari En. Osman B. Ahmad.

#129 http://www.silatcekak.org/guru/ishak.html  Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam.

aku harap ko sedar apa yg ko post sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 08:10 AM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 7-10-2005 05:09 PM
#109 dulu ada orang kuat tomoi berlawan dengan pengasas silat cekak, ustaz hanafi.  dia kalah dan lepas tu dia berguru le dengan ustaz hanafi ni.  sekarang ni, dia dah jadi guru utama cekak malaysi ...



ni bukan citer konon 2 tokoh martial art  nak menunjuk - nunjuk tapi ni citer autobiografi dengan citer ni  baru ader semangat nak mendalami ilmu martial ni..


ala macam zaman dulu 2  pendekar melaka dulu pun sebelum nak berperang pun ader baca ''Hikayat Amir Hamzah'' tujuan iyer untuk menaik kan semangat berjihad lah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 11:16 AM | Show all posts
memartabatkan silat dan menyemarakkan penuntut ilmu silat adalah tidak salah dan disokong sepenuhnya, tetapi dgn fakta yg benar dan tidak sama sekali dgn cerita yg mengelirukan. contohnya lihatlah autobiografi dgn fakta yg sahih dan sejarah yg penuh rendah diri dln laman web yg diberi berbanding dgn coretan karut sesetengah pengikut yg mungkin sesat dan fanatik. mmg kekdg kita seronok dan suka dgn cerita2 karut yg membanggakan, tetapi ia umpama mengaru luka yg gatal, makin garu makin sedap, makin sedap makin berluka. yg rugi akhirnya kita sendiri sebab kita sendiri yg terperdaya. jgn kita syok sendiri, biar kita jadi bangsa yg bermaruah, bukan golongan yg hanya berdolak-dalih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 08:47 AM | Show all posts
memang trademark kau le.

fleurzsa:  Sorry I edit statement u krn tidak sesuai. Thanks

[ Last edited by fleurzsa at 6-11-2005 12:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 11:17 AM | Show all posts
glamer? sensasi? aku takda pun melalak2 dan menunjuk2 kat sini mengatakan mahaguru silat aku mengajar aku teknik advance ilmu silat yg powerful dan menjadi heboh satu m'sia pasal ianya satu ajaran larangan. hahaha......

takpalah, asalkan ko sedar. semoga tuhan menunjukkan jln yg benar kpd kamu.

[ Last edited by riccckyyy at 10-10-2005 11:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 12:08 PM | Show all posts
isk korang berdua ni asik bertekak je laa...
kalau tak setuju masing2 takyahla nak besar2kan kat sini..

sume org baca je benda ni...nak percaya tak terpulangla masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2005 03:02 PM | Show all posts
Originally posted by zamz00 at 10-10-2005 12:08 PM
isk korang berdua ni asik bertekak je laa...
kalau tak setuju masing2 takyahla nak besar2kan kat sini..

sume org baca je benda ni...nak percaya tak terpulangla masing2



heheh.. ingatkan tak ader org nak tegur.. ader gak yer..

aku saja biarkan derang.. mana tau kut2 boleh tengok wrestling free kat sini...:cak

jgn mare..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 03:57 PM | Show all posts
ok ok.  tengkiu zam.  aku akan stop.  dah la bulan puasa ni.
aku join pun hanya di penghujung thread pasal tak nak silat dihina.  tak sangka melalut pulak dari hujung tu.

mana le aku nak sangka post aku boleh diputar-belit dan diquote dari mende baik jadi mende tak elok.  

ingatkan dah ada closure minggu lepas.  tak sangka masa weekend pun ada dok mengungkit.  
dari asalnya aku post cakap baik-baik, dengan aku terikut-ikut perangai tak elok tu.  

itulah adat berforum.  akan ada forumer gila glamer.  dari mula thread sampai akhir thread akan dipostnya.  kalau boleh, nak the last word in.
bila diperbetulkan, melenting lah.  tong tong tong bunyi nya.  semua orang yang tak setuju dengan dia akan dibantainya.

sekali lagi.. selamat berpuasa, maaf zahir batin dan selamat beribadah di bulan puasa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 04:14 PM | Show all posts
Rileks ler gemuk... kalau ader citer menarik pasal silat atau aper sajer pasal seni bela diri.. citer jer kat sini... inikan forum.. pasal kawan kiter si ricky tu tok sah dilayan sangat.. kat semua thread dier cam tu.. nak buek camner.. dah dilahirkan camtu.. terima jer lah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2005 04:51 PM | Show all posts
Dasar jenis manusia sampah masyarakat. Hanya tahu mengada2kan cerita karut memesongkan org lain. Nak menjaguhkan silat konon, tetapi memalukan sajer. Bercakap macam org jual ubat kat kaki lima. Kalo boleh semua org dia nak perdaya. Nak tipu org  konon dia ada silat advance powerful. Inilah kaki kencing yg merosakkan nama baik bangsa kita.
   Sebenarnya, kebaikan seni pertahanan diri yang luhur tidak pernah dinafikan. Ketokohan jaguh-jaguh bangsa yang sejati tidak pernah disangkalkan. Sejarah dan proses tamadun serta budaya yang sah dan tidak diputar-belitkan tidak pernah dipertikaikan. Hanya kekadang gelagat sesetengah manusia yang suka memanipulasikan fakta yang tidak pernah sahih menjadikan kehidupan dan maruah kita satu gurauan besar, yang bisa dipersendakan orang lain.
   Macam mana kita dan bangsa kita nak menjadi yang berakhlak, yang bermunafaat sekiranya kita masih lagi taksub atau berpura-pura taksub dengan kepercayaan dan dongeng sekadar nak membanggakan kita, nak melindungi kelemahan kita dan membohongi kita semua? Sedarlah kita dan jangan sesekali kita berselindung di sebalik kepincangan dan keaiban kita. Kita tidak dapat mengaburi mata dan menipu kepintaran orang lain selain kita sendiri dan bangsa kita sendiri. Malang sekali kiranya kita terus terjerumus dengan perangkap kita sendiri kerana yang rugi dan kasihannya adalah kita sendiri.
   Saya yakin ramai lagi antara kita yang masih berpijak di bumi nyata, masih lagi menjalani kehidupan dan tanggungjawab kita, tidak terpengaruh dengan gurauan dan gelagat manusia-manusia ini yang tidak membantu bangsa kita sama sekali. Sedihnya manusia-manusia inilah melemahkan kita dengan cerita-cerita dan dakyah-dakyah yang tahyul dan palsu. Kita menerima dan berbangga dengan kebenaran seperti kepahlawanan Hang Tuah menpertahankan kedaulatan Sultan, keberanian Hang Jebat menjunjung semangat kesetiaan kawan, kehebatan dan manfaat seni budaya silat, sumbangan dan jasa serta kejaguhan Mahaguru Dato' Meor Abd Rahman serta banyak lagi fakta-fakta yang benar yang tidak pernah dimanipulasikan untuk gurauan dan kepentingan sesetengah pihak. Tetapi yang menjadikan kita tergelak dan kemudian sayu bila tersedar ialah cerita-cerita tahyul dan kesaktian yang tidak munasabah mengenai cerita bohong teknik advance powerful silat, pahlawan-pahlawan silam kita seperti Hang Tuah dan rakan-rakannya, senjata keris Taming Sari, ilmu persilatan karut dan kehebatan palsu Dato Meor dalam pertarungan dengan jaguh lain. Di manakah pegangan dan landasan agama manusia yang masih lagi ingin memartabatkan kita dengan cara sebegini.
   Sedarlah kita sebelum kita tersungkur dan jauh ditinggalkan arus kehidupan. Tuhan tidak akan mengasihani bangsa yang tidak mengasihani bangsanya sendiri.

[ Last edited by riccckyyy at 10-10-2005 04:55 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077948 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list