CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45992|Reply: 110

Cerita-cerita Rakyat Melayu

[Copy link]
Post time 8-8-2005 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Org Melayu kaya dgn cerita2 rakyat tetapi ramai antara kita yg tidak mengetahuinya. Nama watak2 spt Si Luncai, Pak Pandir, Pak Andak, Pak Kodok, Lebai Malang, Mat Jenin....apa lagi yer, lupa, banyak lagi yang biasa kita dengar. Ada sesiapa boleh membantu mamaparkan cerita2 tersebut supaya dpt kita baca bersama.

[ Last edited by  riccckyyy at 18-3-2007 11:16 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2005 10:27 PM | Show all posts
Salam,

Bagus cadangan u ni Ricky.  Baru2 ni ada forumner tanya pasal cerita Si Tanggang.  I cari kat library tak jumpa pulak cerita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 09:38 AM | Show all posts
Pak Kodok? Pak kaduk kot..... pasal cite Pak Andak, tak pernah dengar pulak.

Pasal Si Tanggang..sinopsis dia camni: Si Tanggang ialah anak Orang Asli yang tinggal di? (kalau ikut legenda kat area Batu Caves). Dia nianak yang baik dan rajin. Satu hari dia ternampak sebuah kapal masuk ke kawsan dia. Sedang dia mengendap2, dia ditangkap krew kapal tu dan dibawa ke Nakhoda (tak pasti samada ditangkap atau Si Tanggang dioffer join kapal tu). Nakhoda ambil Si Tanggang jadi anak angkat dia.

Sebab SiTanggang ni rajin maka dia diberi kepercayaan handle business nakhoda. Business berkembang maju dan nakhoda nak Tanggang jadi menantu dia pula. Sebab business makin OK, Raja pun berminat nak jadikan Tanggang menntu (Nota:kat sini saya betul2 blur sebab kenapa raja nak jadikan Tanggang menantu...apa2hal Si tanggang juga jadi menantu raja).

Satu hari si Tanggang belayar dan kapalnya berlabuh di kawasan kampung dia dulu. Dia ternampak kawan2 lama dia sedang menjala ikan dan menjerit panggil mereka. Tapi rakan2 dia lari sebab takut (takut kena tangkap?) dan balik ke kampung semula. Di kampung mereka bercerita pasal kejadian tadi dan mengatakan nakhoda kapal menyerupai Si Tanggang yang hilang sejak sekian lama. Bila ibu Tanggang tahu berita itu, naluri keibuannya mengatakan itulah anaknya. Ibu Tanggang menyiapkan makanan yang disukai tanggang termasuk cika dan lotong dan beliau mengayuh sampan ke kapal tadi. Sampai disana Ibu Tanggang memanggil nama anaknya dan bila Tanggang keluar, ibunya merayu untuk berjumpa. Mulanya hendak dijemput ibunya tetapi isteri sulung dengan angkuh bertanya samada itu ibu Tanggang dan menghinanya...si tanggang termakan hasutan dan tidak mengaku ibunya. Isteri muda menagatakan kalaupun betul bukan ibu tetapi seharusnya Tanggang menghormati orang tua. Si Tanggang terus-menerus tidak mengaku ibunya memandangkan keadaan ibu (dan juga ada ayahnya kalau tak salah) yang kusut masai dan 'tak glamer'....juga kalau tak salah dia poukul ibunya dengan pendayung dan makanan yang diberi dibuang ke laut. Ibu yang kecewa memohon supaya tuhan memberi balasan yang stimpal kepada anak yang derhaka. Hujan ribut turun dan Tanggang yang mendengar doa ibunya dan melihat keadaan semakin gawat mula menjerit2 mengaku beliau anak ibunya tetapi sudah terlambat, kapal Tanggang disambar petir dan segala didalamnya berubah menjadi batu.......

Cerita Si Tanggang sama dengan kisah Malim Deman ke Malim Kundang...tapi yang pasti ada 'Malim' depan dia...kisah ni berlaku di Sumatera. Yang mengerikannya ada batu2 di pantai tu yang exactly macam haluan kapal siap dengan tali-temali...juga ada rock formation yang betul2 menunjukkan seseorang dalam keadaan sujud meminta ampun......
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 9-8-2005 10:21 PM | Show all posts
aku rasa yg 'real' punya cerita tu kat sumatera tu
cuma si tanggang ni adaptation dari 'real' story kat sumatera
org disini ambik crite tu dan ceritakan pada anak cucu mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2005 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 9-8-2005 09:38:
Pak Kodok? Pak kaduk kot..... pasal cite Pak Andak, tak pernah dengar pulak.

Pasal Si Tanggang..sinopsis dia camni: Si Tanggang ialah anak Orang Asli yang tinggal di? (kalau ikut legenda kat are ...

macam cerita dlm filem klasik melayu jer.... tq anyway.... cerita lain?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2005 02:55 PM | Show all posts
angan2 mat jenin pon ade gak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-8-2005 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by thelauncher at 10-8-2005 14:55:
angan2 mat jenin pon ade gak...

cerita sikit cerita mat jenin?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2005 08:41 AM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 10-8-2005 12:42:

macam cerita dlm filem klasik melayu jer.... tq anyway.... cerita lain?


Betul...banyak cite rakyat yang difilemkan Cathay Keris dan Shaw Brothers...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2005 08:54 AM | Show all posts

Mat Jenin

Originally posted by riccckyyy at 10-8-2005 20:15:

cerita sikit cerita mat jenin?


Mat Jenin satu watak dalam cerita rakyat melayu...cite dia gini dariHikayat Mat Jenin yang diolah oleh Mohamed Yosri Mohd Yong

Riwayat Mat Jenin
Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya, kerjanya pula sehari-hari hanyalah memasang angan-angan.

Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ, kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin
berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi, apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini, maka Mat Jenin akan bercerita sehingga
sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti.

Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan, katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu.

Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hari. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.

Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa yang memerlukan kelapanya dipetik maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.

"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin

Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin "Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Bolehke cucu tolong petikkan untuk nenek?"

"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek." tanya Mat Jenin.

Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."

"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.

"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam." Jawab nenek itu lagi.

Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual. " Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek."

Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang. "Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling
gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?"

Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu."

Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.

"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayam aku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan. Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung.
Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. lagipun tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah berfikir demikian, diapun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambingkan, nenek?"

Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu."

Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi, "Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan di hormati orang." Sekali lagi dia menoleh kebawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkan kambing itu dengan lembu tentu lagi baikkan, nenek." dia menjerit kebawah.

Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia.

Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku berkerja lagi susah payah. Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik kebawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu."

Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu."

"Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi.

Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayu-sayu di bawah sana.

YYa, kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudahpun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti.

Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayu-sayu, tidak didengarinya kerana dia sudahpun tinggi di atas pokok kelapa.

"Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu.

Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu. Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan, malangnya Mat Jenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri.

Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang.

------------------------------

Moral cite ni : kalau tengah buat kerja jangan berangan ..bahaya!
Moral terselindung : Angan2 jika disetai usaha akan menjadi visi dan cita-cita

[ Last edited by  riccckyyy at 11-5-2006 03:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2005 10:54 PM | Show all posts
aku asyik tertanya jer..cerita hikayat sang kelembai yg real nyer ader tak? original...x nak ader tambah garam atau gula? hehehe..ngengader aku nih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2005 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 11/8/05 08:54 AM


Mat Jenin satu watak dalam cerita rakyat melayu...cite dia gini dariHikayat Mat Jenin yang diolah oleh Mohamed Yosri Mohd Yong

Ri ...


ooo... camtue ke citer mat jenin? baru aku tau... first time bace kesah mat jenin... best...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2005 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 9-8-2005 09:38 AM
Pak Kodok? Pak kaduk kot..... pasal cite Pak Andak, tak pernah dengar pulak.


hehehee... pak kodok pulak.... tersilap..... ingatkan katak kodok.... heheehee.. pak kadok baru tul....
pak andak pulak... macam pernah dergar... mak andak kot?...
sesiapa ada ceritanya? tlg lah cerita sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2005 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 11-8-2005 10:54 PM
aku asyik tertanya jer..cerita hikayat sang kelembai yg real nyer ader tak? original...x nak ader tambah garam atau gula? hehehe..ngengader aku nih..


Hehe yang ni aku tak tau...yang aku tau Sang Kelembai ni kalau dia tegur sesuatu benda tu jadi batu!
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 15-8-2005 10:35 PM | Show all posts
mmg brutal sang kelembai tu
sape berani nak lepak ngan die camtu
asyik kene sumpah je
:lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 02:36 PM | Show all posts
Banyak lagi cerita rakyat rasanya. Tapi tak ingat ler.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 03:12 PM | Show all posts
citer pak pandir pon best gak..lebai malang ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2005 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 14-8-2005 08:52 AM
Hehe yang ni aku tak tau...yang aku tau Sang Kelembai ni kalau dia tegur sesuatu benda tu jadi batu!

citer skit sang kelembai ni, tlg.

Originally posted by millennium girl at 16-8-2005 03:12 PM
citer pak pandir pon best gak..lebai malang ke..

citer skit pak pandir, lebai malang, pak kadok..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2005 12:22 PM | Show all posts
Cite Pak pandir ada bebrapa episod...yang ni aku ingat...

Satu hari, Mak Andih nak buat kenduri. Jadi dia suruh Pak Pandir pi jemput Pak Lebai Pak Imam. Pak Pandir sebab pandir dia tanya camne rupa dua orang tu? Mak Andih yang lupa laki dia ni pandir cakap le 'Pak Lebai tu ada janggut, yang Pak Imam pakai ketayap putih'. Jadi pergi le Pak Pandir ke kampung. Dalam perjalanan, dia nampak seekor kambing kena tambat tepi jalan. 'Ha, ni ada janggut ni, mesti Pak Lebai'. Jadi dia pun cakap le dengan kambing tu : 'Pak Lebai, kami nak buat kenduri ni, jemput le'. Kambing tu pun jawab le 'embekkkk'. Pak Pandir kata : 'Tak la...isteri saya masak nasi tak lembik!'. Maka Pak Pandir pun nak tarik le 'Pak Lebai' tu tapi masakan kambing tu nak ikut. Jadi Pak Pndir pun dokong le kambing tu.
Lepas tu sambung perjalanan dia. Kat satu pokok nampak seekor burung plak. *tak ingat burung apa tapi kepala dia putih* Pak PAndir pun ulang le soalan macam tadi....lepas tu dibawa le kambing dengan burung ke rumah. 'Andih, ni Imam dengan Lebai dah sampai! Bila Mak Andih nampak: 'Astaga...tu bukan Lebai bang, tu kambing! Yang tu pulak burung, bukan Imam!'

Ni aku main belasah aje detail dia sebab last aku dengar cite ni masa aku bebudak lagi!'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2005 09:03 PM | Show all posts

Sang Kelembai / Gedembai (Version Langkawi)

A long time ago there lived a strange creature on Langkawi, called Gedembai, who could turn any human or animal into anything she wished just by saying the words. If she said to someone, "You look like an ox!" that person would instantly be transformed into an ox. She could also turn people into inanimate objects such as rocks, and this meant certain death. Gedembai was feared and hated by everyone and her unusual power virtually made her the queen of the island. Her wishes were fulfilled unquestioningly and no one dared to disobey her.

She was described to appear in various forms. The Malay dictionary Kamus Dewan describes her as a ghost and the Encyclopedia Malaysiana describes her as a creature like a human being but of giant size. Both however mention her ability to turn people into stone. Contrary to what may be expected, the Langkawi Gedembai was a beautiful, luscious woman in her early thirties. Her character was devoid of love or compassion and her deadly ability taught people to stay away from her. Many people left the island and those who could not afford to leave lived in great fear. They learned that appearing docile and weak kept them safe from Gedembai, as long as they did what she wanted.

Gedembai lived in a beautiful timber house that was build for her by villagers. One day as she was walking along the beach of Tanjung Rhu, she noticed a cave and took a liking to it. This cave, called Gua Cerita, was already inhabited by a family but Gedembai turned them all to stone. For some time, stones could be found in the cave in the shape of beds, tables, pots and pans, and other household items, and of a man, woman, and three children, but they have been removed over time.

There are many stories connected to her and to people and animals who have been turned into stone, and stones shaped as animals or humans can be found all over the island. One of these stories tells of how Gedembai came across a woman giving birth. Gedembai asked what they were doing but the pregnant woman and the village midwife were so engrossed in the work of delivering the baby that they ignored her. This enraged her and she turned them all into stone: the midwife became Pulau Bidan (Midwife Island), the mother became Pulau Bunting (Pregnant Island), and the baby became Pulau Telur (Egg Island).

The story of Gedembai ends when King Solomon came to rule the earth and she lost all her powers. She tried to turn Solomon into stone but was unsuccessful and fearing his punishment, she fled to an unknown destination.


by Micha F. Lindemans  
Link : http://www.pantheon.org/articles/g/gedembai.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2005 10:21 PM | Show all posts

Sang Kelembai / Gedembai (Version Pahang 1)

A variant of the Gedembai legend is told on Pahang, where she was called Sang Kelembai. Here she is described as an ugly woman with thick eyebrows, a flat nose, big elephant ears, fanged teeth, and about three times the size of a normal person. She lived along the Pahang river where she fed on the soft top leaves of bamboo plants and occasionally fruit and meat.

Similar to the Gedembai of Langkawi she had the power of transforming any human or animal into stone, but not to any other form, something Gedembai could. Another variation is that Gedembai had to wish for someone to turn into another form while Kelembai merely had to start talking to a person, which made her even more deadly. At first Kelembai did not realize she had this ability until she met a mother elephant with her young. She asked where they were going and both animals turned into stone. The story continues that after some she wandered into a village asked a man who was cooking what he was doing. The unfortunate man was turned instantly into stone. She apologized profusely to those who were present, and they all suffered the same fate.

One day, she passed by an old man cooking a big pot of broth for a wedding feast. The old man was near-sighted and did not recognize her, and so invited her to join the feast. Refusing to speak to him for fear of turning him into stone too she hurried away but in her haste she tripped and fell on her face. She was startled and muttered some words and upon saying these words the old man turned into stone. In her anger, she picked up the big cooking pot with the boiling broth and threw in into the Pahang river. The pot became an island in the big Pahang river, now called Batu Kari. The broth fell on the bank where there was a village, which subsequently came to be known as Kampung Bur, short for Kampung Bubur (bubur in Malay means "broth").

After this incident she wandered around aimlessly for a long time, moaning and cursing her fate. She came upon a village adjoining a jungle, but avoiding all human contact, she did not enter. Instead she went into the orchards to get some fruit. The villages had learned of the consequences of her curse and were rightfully scared. The elders of the village held a meeting a came up with a plan to drive Kelembai away. They took a big toothless old woman and put her in a cradle along the path of Kelembai. Then they took some tortoises and placed them around the cradle.

When Kelembai saw the cradle and the woman inside, she was astounded. She thought the old lady was a human baby for only babies were placed in cradles. Then she saw the tortoises and thought that even the fleas in this place were enormous. She came to the conclusion that everything in this village had to be very big and strong and that the humans must be veritable giants. She became afraid and thought of what would happen to her if she accidentally turned one of them into stone. They would surely punish her and tear her to pieces. So she withdrew from the village and fled into the jungle, and was never heard of or seen again.

by Micha F. Lindemans  
Link : http://www.pantheon.org/articles/k/kelembai.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.404756 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list