CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: que_eight

ANEKA RESEPI BERASASKAN KENTANG

[Copy link]
Post time 4-4-2006 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by Zeeqa at 4-4-2006 09:14 AM


abang ipar sy dia dulu keje kat pasar.. ikan kod ni harga mahal...lebih kurang RM40-50 sekilo...tak tau betul ke dak...
dia dapat rasa boss dia bagi....

shida ada kat pasar besar rasanya....


mak aiii..mahalnya..nampak gaya akak kena makan puas2 ikan cod kat sini..nanti balik M'sia tak de chance dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2006 10:31 PM | Show all posts
Malam tadi aksen sikit, buat sherperd's pie tak tengok resepi. Lepas tu bila nak potong, lembik pulak. Ingat balik, tunggu sejuk baru potong. Sejuk pun masih lembik. Rupa2nya lupa taruh telur. Alahai. Sampai bila pun tak keras. Bagitau kawan, patutlah lembik. Kata dia, itu lah, aksen lagi. Lepas tu pulak baru buat sekali. Maklumlah dah tua, mudah lupa...he he he...



Yang ni dah dipotong sebahagian. Masa tu cheese kat atas tu belum hilang lagi.



Cheese kat atas dia dah hilang sebahagian sebab dilarikan jerry berkepala hitam
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2006 11:15 PM | Show all posts
hee.. zetty, sy pun sama cam awak.. tp lagi teruk la.. saya tambah susu lagi (ingat cam buat mashed potato). bila masak tu dah rasa something wrong, apsal la lembik... mcm potato soup plak.. xcair sgt cuma lembik... ape2 pun abis gak sherperd's pie hari tu... tu lah akibat x baca resepi betul2, hehe....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 08:27 AM | Show all posts
ehehe...diba pun lupa letak telo masa lenyek2 potato tu. Tak lembik sangat just nice sbb takut2 tuang susu masa tu. kalau letak telo lagi best agaknyer..Slurrrppp
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by zettyhani at 4-4-2006 10:31 PM
Malam tadi aksen sikit, buat sherperd's pie tak tengok resepi. Lepas tu bila nak potong, lembik pulak. Ingat balik, tunggu sejuk baru potong. Sejuk pun masih lembik. Rupa2nya lupa taruh telur. Alah ...


zetty...lembik2 pun sedap kan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 08:06 PM | Show all posts
Wah, dalam rumah ni semua pandai makan. Bila resepi nampak lain sikit, depa dok makan cheese tu saja.Kentangnya depa tinggal. Semua dok heran, apasai hari tu sedap dari hari ni. Mana boleh mak dia pecah rahsia. Cakap saja dah jemu lah tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2006 04:19 PM | Show all posts

Nak cari Resepi Pie

Hi, saya ni memang peminat Pie .. tak kisah le ape jenis Pie , kalau sesiapa yg terer buat Pie bleh lah tempek resepi kat sini ...kalau bleh saya nak resepi Sheperd Pie yang macam kat Secret Recipe tu ....dan nak tanya susah tak nak buat kulit Pie ni ..nampak cam rumit sikit kan ...Tks
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by lilin_lavender at 12-4-2006 04:19 PM
Hi, saya ni memang peminat Pie .. tak kisah le ape jenis Pie , kalau sesiapa yg terer buat Pie bleh lah tempek resepi kat sini ...kalau bleh saya nak resepi Sheperd Pie yang macam kat Secret Recipe ...


[quote]Malam tadi buat Shepherd's Pie utk pertama kalinya.....sedap gak rupenya Shepherd's Pie ni ekkk...lagi sedap dari baked Macaroni....






Shepherd抯 Pie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2006 05:06 PM | Show all posts
teja wat sherperds pie tak taruk telur pong..ni kes tak tgk resepi..main bantai je buat resepi sdr
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2006 06:10 PM | Show all posts
dah buat..dah buat...last weekend pagi puyoooooo sedap sangat..tq:tq::tq: speed share resepi...tp ciku buat satu loyang bulat n 3 bekas tat telur patut memang dapat dua tapi tak sabo so jadi tebal base dia..

hubby bangun tido kata lapo...pie dah siap tapi panas lagi tak sabo tgu sejuk panas2 dia bedal.tagah lembik lagi pulak tu..dia kata sedap tapi tebal sangat kentangnya...komen dia lain kali buat tipis2 tapi isi tebal takpe..hehehe.dia tanya mana kuahnya ciku bagi la sos cili...dia nak sos macam kat kfc tu..

ada sapa-sapa boleh bg resipi kuah kentang putar yg kat KFC tu tak...TQ:love:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by ciku_lat at 12-4-2006 06:10 PM
ada sapa-sapa boleh bg resipi kuah kentang putar yg kat KFC tu tak...TQ



SOS KENTANG PUTAR
sumber: NORZAILINA NORDIN -website alaf21

600ml air rebusan ayam/daging
1 batang salderi, dicincang halus
1 labu bawang besar Spanish (putih), dicincang halus
40 g mentega
40 g tepung gandum
1 camb tomato sos
1 camb sos tiram
beberapa titik kicap hitam (untuk 'mewarna' sos)
garam & serbuk lada hitam secukupnya

Jerang air rebusan dengan salderi, bawang hingga mendidih. Perlahankan api
dan renihkan 15 minit. Tapis ke dalam mangkuk. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau di atas api perlahan hingga tidak melekat pada tepi periuk. Masukkan air rebusan tadi dan kacau hingga tidak bergentel. Masukkan tomato sos dan sos tiram. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga pekat. Tambah kicap pekat agar sos kecoklatan. Bubuh garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

Nota: Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air mendidih dan kacau

KENTANG PUTAR
300 g kentang (Russet/berkulit merah)
1 camb mentega
garam & serbuk lada sulah atau hitam (ikut suka)
2-3 camb susu segar

Rebus kentang di dalam air (tambah sedikit garam). Bila menggelegak, tutup periuk dan perlahankan api. Biar merenih selama 20-25 minit hingga empuk. Angkat, kupas kulit dan lecek hingga halus. Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. Tambah garam dan serbuk lada sulah.

KUAH KENTANG LECEK
2 camb mentega
1 ½ camb tepung gandum
50 g batang salderi (celery), dicincang
50 g bawang besar (jenis putih), dicincang
1 helai daun bay (dijual kering atau segar di Cold Storage), jika suka
1 camt campuran herba thyme dan basil atau mixed herbs (kering)
sedikit serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
beberapa titik kicap pekat (utk warna lebih gelap)
1 ½ cawan air
½ cawan susu segar/UHT
1-2 camb stok pekat ayam/kiub stok, jika suka

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, goreng salderi dan bawang atas api perlahan hingga layu dan wangi. Angkat dan biar suam sebelum dikisar dengan air yg mencukupi (dari sukatan air di atas). Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau rata. Tuangkan baki air dan susu perlahan-lahan dan kacau hingga campuran sebati. Campurkan semua bahan lain termasuk salderi-bawang kisar. Masak hingga mendidih kemudian angkat dan sajikan. Untuk warna lebih gelap, tambah kicap pekat/hitam


p/s: Maisya tak pernah try lagik resepi ni....tak tau hasilnya macamana

[ Last edited by  maisya at 13-4-2006 12:44 PM ]

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 04:53 PM | Show all posts
Originally posted by ciku_lat at 12-4-2006 06:10 PM
dah buat..dah buat...last weekend pagi puyoooooo sedap sangat..tq:tq::tq: speed share resepi...tp ciku buat satu loyang bulat n 3 bekas tat telur patut memang dapat dua tapi tak sabo so jadi tebal  ...



ciku.. sama la dgn saya, base kentang tebal dr inti sbb saya takde loyang extra..my hubby pun cakap sama la cam hubby awak..inti tebal takpe..balance inti yg ada saya buat toast sandwich..best jugak:love:

Honestly memang sedap, sesuai untuk breakfast, kenyang sampai tengahari..thanks speed.Inti daging saya masukkan sikit serbuk kari..kerutuk daging pun masuk gak dlm 2 sudu sbb terlanjur ada. Wanginya bau..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 08:55 AM | Show all posts
malam td buat pai ni, ikut resepi cod & prawn pie cik noor tp kena tukar nama ke prawn pie..ikan tarak



sebelum dibakar

[ Last edited by  shidaaziz at 14-4-2006 08:57 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 09:00 AM | Show all posts


sesudah dibakar



sedia utk dimakan

:love:tima kasih cik noor..sedapp sgt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 09:55 AM | Show all posts
ishhh...sedapnya..meleleh2 inti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 14-4-2006 09:55 AM
ishhh...sedapnya..meleleh2 inti...



mmg sedap maklang bila dimakan panas-panas..tp takleh makan banyak,cepat muak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2006 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by zaiima at 14-4-2006 09:00 AM


sesudah dibakar




sedia utk dimakan

:love:tima kasih cik noor..sedapp ...

pagi2 dah :geram: :mll: :mll: sedap nyer
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:20 AM | Show all posts
zaiima, beshnye.. mmg mgoda la pai tu...

nak buat gak la, kat rumah ada stok udang.. mintak2 angin rajin dtg.. hee..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:22 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 14-4-2006 09:55 AM
ishhh...sedapnya..meleleh2 inti...

maklang, inti jer ke yg meleleh.. ;) nie -> :mll: :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by zaizaa at 14-4-2006 10:20 AM
zaiima, beshnye.. mmg mgoda la pai tu...

nak buat gak la, kat rumah ada stok udang.. mintak2 angin rajin dtg.. hee..


:pompom: go go chaiyuk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.091533 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list