CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lina_lim79

All about Pangkor Island..

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2006 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by lina_lim79 at 21-7-2006 05:27 PM
kebayan..selamat bercuti ekk.. by the way ko cuba ko ajor sikit staff pangkor island yg suka double standard...


oh.ade jgk staff yg kerek ye ?sib baik aku x kena.mmg sib baik la sbb slalu jumpa yg friendly.tp mmg la...staff dkt kaunter receptionist dia ada 'kerek' skit.tp x panjang cite, sbb kejap je berurusan ngan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by dracorlord at 23-7-2006 12:27 PM


buai tu la yg aku sukeeeeeee!aku pun tertanya2 gak...ade lagi takbendalah tu..besar gile buai die.best.


Haiya..selupa maaa... manyak siok..

Laju..lajuuu... buaiku lajuuu...:music:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:34 PM | Show all posts
hi V,

buai bawah pokok tu ade lagi...ade 2 biji buai..and tempat nya caaantikkk...
olive pegi 5/8-7/8 yg lepas..
best lepak kat situ sbb redup..
my kids pun dok main pasir kat area tu jer...senang hati i derang tak main panas..
tapi sayang bcoz i tetinggal camera...kalau tak bole download kat sini..
makna nya kena gi lagi sekali ..ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 05:09 PM | Show all posts
live..ada promo lagi tak? bape hengget ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 06:13 PM | Show all posts
hi bottomb...
pasal promo tak sure la..
yg pegi baru ni..1 nite free..1 nite lagi kena bayar hampir rm 260++
yg free tu sbb hasben sign up membership dgn company ape ntah...tak ingat..
pasal makan lak..style buffet.. ade byk choice bg olive rege mahal ..
dinner rm 65+ pastu breakfast rm 30++....makan la sampai kenyang...sprite dlm tin rege dia rm 7...mahalll......
kalau nak jimat sket boley bawak stok makanan sendri....atau makan kat luar tp kena sewa motor..

seswaii kalu nak bottomb nak honeymoon atau relax2....pantai nya cantikkkkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2006 08:20 AM | Show all posts
masih ada offer kalau x silap sampai awal dec 2006...
rm 133 per person +15% tax.... (include bfast n dinner)
min stay 3 dys n 2 nites
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2006 11:22 AM | Show all posts
Semalam baru balik dari P.Pangkor, tapi stay kat Puteri Bayu Resort kat Pantai Bogak jer. Resort ni betul2 mengadap Pangkor Laut. Kita org naik jet ski pusing2 jugak dekat2 dengan PIBR ni. Nak stay kat situ tak mampu lah sbb mahal sgt.  

Dekat dgan town ader satu salon, i pegi cuci rambut situ ngan massage sekali baru Rm10. Hampir 1 jam dia massage kepala ngan belakang badan. Siap cuci muka sekali bayar cuma Rm10.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by olive at 11-8-2006 06:13 PM
hi bottomb...
pasal promo tak sure la..
yg pegi baru ni..1 nite free..1 nite lagi kena bayar hampir rm 260++
yg free tu sbb hasben sign up membership dgn company ape ntah...tak ingat..
pasal ma ...



:tq::tq: live..

penah pegi tapi free le hehe..ari tu opis ada buat femili day kat situ
pantai oklah..mandi pun best dapat apartment yg ujung dekat2 dgn chalet2.
makan aku dah agak mahal coz ala2 luxury gitu tapi masa gi dulu lauk cam sama jek pagi petang tengahari malam..

sib baik takde jumpe apa2 misteri nusantara coz dgr2 ada cik pon kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 05:41 PM | Show all posts

Reply #68 bottombikini's post

Ada che pon? Kalau betui ada pun J memang percaya, tengok ler kawasan PIBR tu, dah ler luas,sunyi, banyak pokok-pokok....Nasib baik ler J & family duk sana tak terserempak, kami rajin gak keluar malam-malam berjalan-jalan area PIBR tu.....

Off topic sat....
Dulu-dulu dekat ada jugak dengo cerita Che Pon dok melayang malam-malam dekat pantai Batu Feringghi tu around hotel Lone Pine (lupa aaa nama dia)
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:26 AM | Show all posts

Pulau Pangkor janji kedamaian

Oleh Mohd Idris Sulaiman


Puteri Bayu Resort yang tawarkan penginapan berkonsep perkampungan tradisional Melayu


PANTAI yang putih bersih dan pemandangan
indah amat sesuai untuk mandi manda
serta menenangkan jiwa.


PULAU Pangkor yang pernah menjadi tempat istirahat pegawai Inggeris pada zaman kolonial sememangnya mempunyai keindahan alam semula jadi yang begitu mengasyikkan.

Deretan pokok kelapa dan pohon ru serta di kelilingi bukit bukau yang menghijau menjadikan pusat peranginan Pulau Pangkor destinasi pilihan bagi pelancong tempatan dan luar negara.

Malah, pantainya yang memutih serta airnya yang jernih memukau setiap pelancong yang ingin mengembara di dasarnya sekali gus menempatkan pulau peranginan itu antara 10 pusat percutian tercantik di dunia.

Pulau itu turut menyimpan pelbagai khazanah negara antaranya peninggalan Kota Belanda yang kini masih gagah berdiri menghadap Selat Melaka sekali gus menimbulkan kembali ingatan silam pulau terbabit pernah diduduki Belanda satu ketika dulu.

Terletak di Teluk Gadong, tersergam sebuah binaan batu-batan yang berusia lebih 300 tahun yang dibina sekitar 1670 bertujuan mempertahankan serangan penduduk Melayu tempatan dan lanun ke atas penjajah Belanda.

Kota itu, kemudian ditinggalkan oleh pihak Belanda selepas menerima serangan hebat yang diketuai oleh Panglima Kulup dan pengikutnya sekali gus berjaya mengusir penjajah berkenaan dari Pulau Pangkor.

Pembinaan semula kota itu yang terus terhakis dan dimamah usia dibaik pulih oleh Muzium Negara pada 1973.

Selain itu, terdapat juga Batu Bersurat yang menjadi khazanah negara tidak ternilai di Pulau Pangkor. Batu Bersurat adalah seketul batu yang ditemui di tepi pantai tidak jauh daripada Kota Belanda.

Di permukaannya terukir gambar seekor harimau yang dilukis dalam keadaan sedang menyerang serta tulisan dua bekas bulatan dan perkataan `If Carlo 1743'.


SENJA di Pulau Pangkor yang memukau pencinta seni.

Mengikut lagenda, seorang budak lelaki dipercayai anak kepada seorang pembesar Belanda di Pulau Pangkor ketika zaman itu hilang dan dipercayai mati dibaham seekor harimau. Ukiran pada batu itu menggambarkan kisah menyayat hati itu.

Pulau itu juga pernah menyaksikan bagaimana bermulanya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu khususnya di Perak melalui Perjanjian Inggeris-Perak di Pulau Pangkor pada 1887.

Selain itu, Teluk Nipah boleh dikunjungi sama ada menunggang basikal atau motosikal melalui Pasir Bogak dan sering menjadi tumpuan kerana ia mempunyai kumpulan batu karang dan timun laut yang banyak.

Bagi peminat burung pula, mereka boleh menemui pelbagai spesies burung di Teluk Nipah termasuk burung Enggang yang hidup dalam habitat semula jadinya di sekitar pantai itu.

Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri penghasilan dan pemprosesan ikan bilis serta sate ikan yang diusahakan oleh penduduk.

Malah bagi merasai kenikmatan tinggal dalam suasana perkampungan pastinya Puteri Bayu Resort menawarkan tempat tinggal yang selesa kepada setiap pengunjung dengan panorama perkampungan tradisional Melayu.

Pengurus Besar Puteri Bayu Resort Pulau Pangkor, Kamarull Zaman Abd Rahim, berkata resort itu menampilkan konsep tradisional Melayu dengan gabungan alam semula jadi.

Katanya, setiap pengunjung akan disajikan dengan pelbagai budaya dan tradisi Melayu kepada pelancong seperti sambutan bunga manggar, dan persembahan kesenian Melayu.

Beliau berkata, sebagai contoh, setiap resort disediakan tikar jerami, air dari pasu besar untuk membasuh kaki yang menjadi budaya tradisi masyarakat Melayu.

Pada sebelah malamnya, katanya, pengunjung berpeluang untuk menikmati lagu dan tarian Melayu yang disediakan pihak resort.

Bagi mereka yang inginkan aktiviti lasak selain bersantai di tepi kolam dan mandi manda di pantai, mereka boleh menaiki `Banana Boat' dan jet ski.

Katanya, promosi budaya tradisional Melayu serta keindahan alam itu ternyata mendapat sambutan yang mengalakkan terutamanya daripada pelancong luar seperti Taiwan, Jepun, Singapura dan Eropah.

"Konsep ini adalah sebagai produk baru kepada pelancong supaya mereka bersama menikmati keindahan budaya Melayu seperti yang diamalkan di Thailand dan Hawaii yang menonjolkan budaya tempatan mereka sebagai tarikan utama.

"Kita yakin produk baru ini akan memberikan kepuasan kepada pengunjung dan mempromosikan budaya Melayu ke mata dunia,' katanya.

Cara hendak ke Pulau Pangkor


Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan Feri yang menyediakan perkhidmatan dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Perjalanan mengambil masa antara 25 minit hingga 35 minit. Pengunjung juga boleh menikmati perjalanan sekitar Pulau pangkor atau mengelilingi pulau itu yang mengambil masa kira-kira dua jam menggunakan perkhidmatan teksi atau van dengan kadar sewa yang berpatutan.



PELANCONG beriadah dengan menaiki
'banana boat' di Pasir Bogak.


Fakta Pulau Pangkor

Pulau Pangkor mempunyai keluasan 2,200 hektar dengan jarak 3.8 batu nautika dari Lumut.

Perjanjian Pangkor antara Raja Melayu dengan Residen British pada 1874 berlangsung di pulau ini.

Kota Belanda yang dibina oleh pemerintah Belanda pada 1670 di Kampung Teluk Gedung bertujuan untuk menyembunyi dan mengawal simpanan timah di Perak.

Batu Bersurat di Kota Belanda berukuran 10.5 meter panjang dan 4.5 meter lebar.

Pulau Pangkor adalah beberapa pulau kecil iaitu Pulau Pangkor Laut, Mentagor dan Giam

Enam gugusan pulau kecil di sekitar Pulau Pangkor ialah Pulau Dua, Jarak, Simpan, Tukun Terinduk, Tukun Pekan dan Batu Mandi.

Lapangan terbang kecil Pulau Pangkor mempunyai landasan sepanjang 1,500 meter.

Replika Tembok Besar China yang terletak di Tokong Fu Ling Kong hanya mempunyai ketinggian paras lutut dan sepanjang 1,500 meter.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 11:02 AM | Show all posts
Masa stay kat Puteri Bayu Resort hujung minggu lepas sempat minum kopi ngan En kamarul, bos resort ni. Org nya cool and smart walau pun dah berumur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 01:24 PM | Show all posts
nak tanye sket...
sy ngan kengkwn nak g pangkor..better dok chalet kat pangkor atau kat teluk batik...?
kami ni student lagik..so mmg budget sket la..
ada sesape yg leh membantu?time ble yg murah ek
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 19-9-2006 07:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by lina_lim79 at 14-8-2006 08:20 AM
masih ada offer kalau x silap sampai awal dec 2006...
rm 133 per person +15% tax.... (include bfast n dinner)
min stay 3 dys n 2 nites


murah ni...best gaks...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by Jonesy at 14-8-2006 05:41 PM
Ada che pon? Kalau betui ada pun J memang percaya, tengok ler kawasan PIBR tu, dah ler luas,sunyi, banyak pokok-pokok....Nasib baik ler J & family duk sana tak terserempak, kami rajin gak kelua ...



ari tu kompeni buat famili day kat situ..ada la dinner sekali
tapi sebelum pi tu macam2 la kata2 penaja oleh orang pibr..
esp dinner dinasihatkan sampai pkl 12 mlm je..
takut la kot2 tetiba cam ramai je makhluk2 yg join sekaki
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:16 AM | Show all posts
puteri bayu resort nih bukan ex-bayu beach resort ke?  dulu adnil pernah stay kat bayu beach - rasa cam serik gak ... masa check in rasa bestlah sebab diaorang sambut dengan gendang segala (cam kat saloma restaurant), check in was a breeze, staff friendly enough, nice enough pool with slide, tapi once masuk bilik, dia punya bilik not well maintained, coating untuk sink and longbath dah terkopak kapik, dia punya furnishings pun dah lusuh - but ok lagi, sekali aircond tak jalan, so mintak tukar bilik, dapatla sebab not peak season, so berangkutlah anak beranak tukar bilik, masuk bilik ni, ok everything looked fine, but bila landing kat katil, bau semacam - hancing. minta tukar lagi, finally dapat bilik yg selesa ..
but if the new management has done a good refurbishment to the place, i would love to go there again - pangkor will always have a special place in my heart.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 08:02 PM | Show all posts
Originally posted by pakupayung21 at 15-8-2006 01:24 PM
nak tanye sket...
sy ngan kengkwn nak g pangkor..better dok chalet kat pangkor atau kat teluk batik...?
kami ni student lagik..so mmg budget sket la..
ada sesape yg leh membantu?time ble yg mura ...


hye, baru terbaca post awak.. anyway, kalaula belum gi pangkor lagi..
untuk pergi pangkor 2 hari 1 malam :

Tikes Bas KL - Lumut = rm20
Feri Lumut - Pangkor = rm5
Sewa Kereta (rm70 / 4 orang) = rm17.50
Sewa Chalet Beraircond (rm80 / 4 orang) = rm20
Island Hoping = rm20
Feri Pangkor - Lumut = rm5
Tiket Bas Lumut - KL = rm20

TOTAL : RM 107.50

kira dalam budget dalam rm150 boleh masuk makan dan cenderemata la.. sotong kering ke, ikan bilis ke..

kalau nak tambah jadik 3 hari 2 malam, tambah la dalam rm40 jer lagi? kalau duduk chalet yang takde aircond, lagi la murah.. ataupon duduk dalam ?an? yang cam segitiga tue, baru dalam rm10-20 satu malam untuk sebijik umah kecik tue..

ok tak ok?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

AFE74XX This user has been deleted
Post time 8-10-2006 11:41 AM | Show all posts
Pangkor tu kampung halaman aku.Kalau ada sape nak tahu tempat disana ataupun nak tanye ape boleh la   pm aku...Insyaallah aku akan bantu sedaya mungkin.:ah:
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 23-10-2006 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Lotus_500 This user has been deleted
Post time 1-12-2006 11:29 AM | Show all posts

PULAU PANGKOR

Hello kengkawan....january 07 saya akan organize trip ke pangkor tapi memandangkan saya sendiri belum penah bekunjung ke sana, jadi boleh x kengkawan yg budiman tolong saya mengenai pangkor...

i)  chalet yg mane murah & selesa (teluk nipah / pasri bogak)
ii) jarak sesuatu tempat jauh / dekat
iii) seafood restoran yg best

terima kasih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.089733 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list