CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lilo_kill

bentukkan kening.

[Copy link]
Post time 21-6-2006 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 21-6-2006 11:20 AM


Yes.. yang liz ke indian saloon diorang guna benang..  jika ke salon cina (dulu guna cukur dan cabut)


jangan tak tau liz kat shah alam..salon melayu pun ada yg guna pisau razor
ari tu gi temankan hosmet nak sangat gi buat kening..ha amik ko

yg salon india tu..mmg diorang specialize buat kening..training pun kat india you
cina and melayu manade yg terer menggunakan benang ni..ada la kot tapi bb tak penah jumpe la pulak..mostly indian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2006 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 20-6-2006 01:49 PM
Pergi saloon.. Based on my experience, dah taknak ke saloon cina.. abis mcm opera kita dibuatnya.

Cuba ke indian saloon..

sampai skrg liz buat kat situ.. cantik puas hati. Murah RM5 jer.. huhu

mix ...
kat mana saloon tu ..leh kasi detail x..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 01:30 PM | Show all posts
hana selalu suruh org threading tu kemaskini ajer..

kalau kita nak bentuk kan kening.. kita kasi tau bentuk yg kita nak ke..atau org indian tu pandai2 sendiri?

kalau dia pandai2 sendiri tu..mmg lawa dan kena tak dgn bentuk muka korang? itu hana nak tanya..

hana takut.. muka jadi pelik ajek..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 01:31 PM | Show all posts
tak berapa berani nak cabut eyebrows sbnrnye..cos i have a brow piercing.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 08:32 PM | Show all posts
Originally posted by misy at 21-6-2006 11:15 AM
ada banyak asko,..
misy kat mesia gak..


how much ek..nak lukis kening pun tak reti neh...selalu tinggalkan bab kening ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2006 08:58 PM | Show all posts
sama la ngan saya... bab2 kening ni tak pandai. tapi tgk kening org kadang cantik je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2006 09:20 PM | Show all posts
part kening mmg aku trim.. kalau tak serabut, susah nak lukis ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2006 10:43 PM | Show all posts
share la tips kat sini miss_comel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2006 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by lilo_kill at 21-6-2006 10:43 PM
share la tips kat sini miss_comel


aku cabut sendiri..tapi sblm cabut aku mandi dgn air panas dulu, kalau tak, sapu dgn mositurizer kat kening then baru senang cabut. selalu cabutkan kening kawan2 n my sis..tapi taklah pro ..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 07:59 AM | Show all posts
Rose mula2 buat kat saloon... baru RM5.Pastu maintan cabut sendiri je!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by miss_sepet at 21-6-2006 08:32 PM


how much ek..nak lukis kening pun tak reti neh...selalu tinggalkan bab kening ni...


sori x ingat exact price dia, tapi rasa less than rm30...senang je just do not overdo it
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 07:53 PM | Show all posts
wra buat threading kat saloon indian. just rm5 jer. tp kekadang ada gak yg caj mahal skit tp paling mahal pun member buat dia caj rm8. masa nak buat tu bgtau la nak dia buang byk ker skit jer. mcm wra suka buang skit jer so kening tu still nampak natural cuma lebih kemas. pastu leh cabut sendiri la yg tumbuh skit2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by misy at 21-6-2006 09:10 AM
misy pakai revlon brow shaper (x ingat full name dia) , yg ada gel and pencil tu,  senang je mula mula u sikat kening ke bawah using that stiff eyebrow brush , then guna pencil fill in kat mana tempat yg sparse, pas tu guna gel to put it back in place, gel ni akan pastikan kening tu tersusun rapi &  nampak natural...

i never pluck my eyebrow, takut haram



mmg haram pun,kan...
pernah terdetik hati nak try revlon tu....
tu pun pikir 2,3 kali....:lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by bottombikini at 21-6-2006 12:12 PM


jangan tak tau liz kat shah alam..salon melayu pun ada yg guna pisau razor
ari tu gi temankan hosmet nak sangat gi buat kening..ha amik ko

yg salon india tu..mmg diorang specialize buat ke ...


Liz
Salon kat shah alam tu katne ye?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2006 11:57 PM | Show all posts
maaf, sy nak tanye, ape hukum cukur atau bentukkan bulu kening ni... sbb saye ade terbace stau artikel mengenainye...

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah.

Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.

Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.

Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang
dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.

Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua
hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul- Mukminin, puteri Rasulullah saw.

Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang
menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik

Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu- bulu di muka dengan alat pencabut.

Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu- bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.

Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.

Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 12:56 AM | Show all posts
eh korang , tadi pergi trim kening kat leonard drake best la.. tak sakit pun..dorang tak cabut sampai nipis..dorang just kemaskan kening dgn sikat n cabut bulu2 yg sepah terkeluar dari landasan kening tu..bagi nmpk kemas.. kendian dorang cabutkan bulu atas bibir..mmg tak sakit cos ada sapu kirm ape tah, supaya kulit jadi lembut.. try it!..marvellous!..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2006 07:46 AM | Show all posts
How much kena kat L.Drake wat semo2 tu??
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 08:30 PM | Show all posts
Kalau cukur, berapa lama bulu kening bleh tumbuh balik seperti asal?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 08:43 PM | Show all posts
kalu kat ipo..
pergi kat JJ.. ada salon nama empro kalu tak silap..
murah aje..rm10..
cantik gak..
aku dah 2 kali gi sana..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by purpler at 22/6/2006 08:12 PM



mmg haram pun,kan...
pernah terdetik hati nak try revlon tu....
tu pun pikir 2,3 kali....:lol



yang haram..kalu kita cabut kan..
tapi kalu kita guna berus sikat2 bagi kemas aje bule tak?
n kemas2 yang berserabai tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.064216 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list