CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawang-putih

Petua/Doa yg berguna utk kecantikan diri

[Copy link]
Post time 11-8-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by lolen at 11-8-2006 11:14 AM
fabiana...

awk amalkan minum air ni masa mula2 dulu menggangu aturan period awk x?
sbb sy dah terlewat ni..risau gakk...patutnya period awal 3,4 ari pd tarikh last kena tu tp ni dah sama ngan t ...


masa fabiana amalkan dulu x pulak kacau period...lolen, cuba u stop dulu minum air asam keping tu....lepas period
baru minum balik...lain badan lain2 kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2006 05:46 PM | Show all posts
i minum air asam ini x pulak ganggu period. dtg on the dot juga.
mintak2 dpt turun berat sampai 52 juga, baru cun kot!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 5-7-2006 11:34 AM


ehhmmm...i dah penah try cara mandi dari kaki ke atas..memang mujarab...coz i selalu je dapat sakit kepala yg berdenyut sampai nak buat keje pun susah...so biler i dah amalkan alhamdulillah ber ...


betoi ke petua ni efektif? kim selalu dpt skt kepala...bila mandi selalu amalkan dr kaki ke atas...tp skt kepala kdg2 dtg gak..cuma x selawat jer...lps ni insyallah amalkan smbl selawat le pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by kimito at 12-8-2006 05:55 PM


betoi ke petua ni efektif? kim selalu dpt skt kepala...bila mandi selalu amalkan dr kaki ke atas...tp skt kepala kdg2 dtg gak..cuma x selawat jer...lps ni insyallah amalkan smbl selawat le pula ...


nope! bukan masa u mula  mandi dari atas ke bawah. tapi lepas habis mandi, sebelum lap dgn towel. air masih kat badan tu. then u usap air dibadan  mula  dari tumit kaki bawa ke atas hingga ke dahi. all the way u tolak every part of yr body ke atas sambil selawat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 09:47 PM | Show all posts
smua petua nak turunkan berat badan je ke..
nak naikkan ader x..??
slim sgt blue nih..ish2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by pae81 at 5-7-2006 01:48 PM
kalau nak kilat kan kuku, adik saye selalu buat dan kesannya memang hebat...
sapukan ubat gigi kat kuku then gosok ngan kain dalam 10 minit...buat hari2...insyaallah..

lagi satu nak merahkan mu ...


petrolium jelly tu campur dgn margerin skali ker????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by blue_april at 12-8-2006 09:47 PM
smua petua nak turunkan berat badan je ke..
nak naikkan ader x..??
slim sgt blue nih..ish2..


Cuba u makan EPO....Ramai org kata makan EPO berat badan akan naik...kalau petua tradisional tu...dulu masa I kecik2, sebab kurus melidi je...atok I suruh makan lempoyang...benda ni geng2 lengkuas jugak....lempoyang ni tambahkan
selera makan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by fabiana at 15-8-2006 02:49 PM


Cuba u makan EPO....Ramai org kata makan EPO berat badan akan naik...kalau petua tradisional tu...dulu masa I kecik2, sebab kurus melidi je...atok I suruh makan lempoyang...benda ni geng2 lengk ...



EPO tuh hape..??
tablet ke..appetton weight gain ke..ermm..yg mn 1..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 11:01 AM | Show all posts

Reply #168 blue_april's post

blue, kalo mkn nasi tuh..niat dlm ati nak gemuk..selawat ler..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 11:02 AM | Show all posts
nk tanya ape progress korang yg minum air asam keping tuh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by dak_ker at 17-8-2006 11:02 AM
nk tanya ape progress korang yg minum air asam keping tuh?


amboi tembamnyer pipi gambar budak tue...eeee..geramnyer..rase nak gigit jer pipi dier...i belum ader perubahan lagilah coz 3 minggu i kene chicken pox..so i berenti jap...kawan2 yg lain ader perubahan tak?????..share lah kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2006 09:37 AM | Show all posts
Tepung mudah hapak.
Untuk mengelakkannya...Bungkus seketul arang dengan kain bersih dan letakkannya di dalam tepung. Insyaalah selama mana anda simpan tepung itu tidak akan rosak.


Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengahgelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dandicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

Atau

Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda hanya perlu merebus beberapa banyak yangboleh biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.


Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkansedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangipetua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.


Cirit Birit
Buat bubur nasi dan campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit birit awda hilang.


Di Gigit Kala Jengking
Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.


Hidung Bayi Tersumbat
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garamitu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akantidur nyenyak dan tidak meragam.


Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk
Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.


Kembung Perut atau Senudung
Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak awda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu masih kecil lagi.


Melebatkan Rambut
Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.


Melebatkan Rambut Anak
Ambil air kelapa yang sedang (kelapa itu tidak muda dan tidak pula tua). Sapukan ke kepala anak itu setiap hari. Insya Allah, jika diamalkan setiap hari, rambut di kepala anak itu akan tumbuh dengan lebatnya.


Membentuk Bulu Kening Anak
Tangkai sirih dipotong dari daunnya. Putuskan yang bawah iaitu yang menemukannya pada daun itu, kemudian tangkai tadi dilukis pada bulu kening anak damit. Amalkan kepada anak damit kita yang masih berumur sebulan hingga ia menjangkau usia ke setahun. Selain membentuk bulu kening ia juga akan melebatkan bulu kening anak itu nanti.


Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar
Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan.


Memilih Ikan Yang Baik
[a] Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak bercampur warna lendir.
Sisik ikan tidak banyak yang gugur.
[c] Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali seperti kedudukan semula/asal.
[d] Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.
[e] Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.
[f] Badannya tidak berbau.


Memudahkan Tidur
Ambil akar kelapa hijau sebanyak lima potong dan direbus dengan air sebanyak satu gelas. Akar tadi mestilah dipotong sepanjang lima sm (cm). Kemudian tapis dan ambil airnya. Cubalah minum air rebusan tersebut lebih kurang suku cawan sebelum tidur. Insya-Allah masaalah biskita susah hendak tidur dapat diatasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2006 05:46 PM | Show all posts
Mengatasi Rasa Sakit Semasa Haid/Keputihan
Ambillah beberapa potong kunyit tua. Kemudian parutlah dan dicampur dengan asam jawa. Tuangkan pula air kira-kira satu gelas dan disaring dengan air asam jawa. Tambahkan gula merah secukupnya lalu diminum di waktu pagi dan petang. Di samping untuk melancarkan haid, dapat juga membersihkan dan menghindari penyakit keputihan.


Mengelakkan Beras Berkutu
Ada tiga cara, iaitu dengan menyimpan beberapa pelepah daun limau purut; dengan menyimpan beberapa pelepah daun buah belimbing yang dibersihkan dahulu dan dikeringkan; atau dengan menyimpan tiga atau enam biji lada kering.


Menghalau Nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.


Menghalau Pijat
Jika anda makan durian, kulitnya jangan dibuang. Letakkan di bahagian bawah katil atau tempat yang dijangka adapijat. Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan bau durian bolehlah digantikan dengan kulit limau manis. Insya-Allahsetelah 4-5 hari, anda akan dapat melihat banyaknya pijat yang mati. Sebahagian lagi tentu lari dari sarangnya keranatidak tahan dengan bau durian dan kulit limau.


Menghaluskan Kulit
Untuk mendapatkan kulit yang halus, ambil 5-6 daun petai cina. Kemudian ramas hingga keluar airnya. Setelah itu digosokkan pada seluruh badan ketika mandi. Biarkan selama seminit dan bersihkan badan dengan air. Lakukan 2hingga 3 kali dalam seminggu. Jika badan anda terasa gatal, jangan teruskan kerana ia tidak sesuai dengan jenis kulitanda.


Menghilangkan Bau Durian
Selesai makan durian, kulitnya jangan dibuang. Taruhkan air pada kulit sebelah dalam. Kemudian air itu digunakanuntuk membasuh tangan atau minum sahaja air tersebut.


Menghilangkan Bau Petai
Sesudah makan petai, segera cari beras kunyah hingga lumat, tidak perlu ditelan. Bau petai yang semerbak itu akanlenyap dari mulut.


Menghilangkan Bintik Merah Di badan Akibat Cacar Air
Parutlah jagung muda dan digosok pada muka atau bahagian badan yang berbintik merah. Lakukan secara rutin danteratur.


Menghilangkan Kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu
usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.

Atau

Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasanya. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masaalah kelemumur awda dapat diatasi.


Menghitamkan rambut/Lambat Beruban
Ambil hampas (sisa-sisa) teh yang tidak digunakan. Caranya setiap pagi rambut dibasahi dengan air teh dan dilakukansecara teratur. Selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut kita lambat beruban.


Menguatkan Gigi
Mungkin kita mengalami gigi yang mudah goyah dan gigi tersebut tidak akan tumbuh lagi. Jika anda ingin mempertahankan gigi tersebut agar tetap kuat, ambillah sedikit kapur sirih dimasukkan ke dalam segelas air panas.Selepas disaring beberapa kali hingga airnya bersih, gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan menjelang hendak tidur. Ulangi terus hingga gigi tidak goyah lagi.


Mengupas Ubi Kentang
Rendam kentang dalam air garam pada sebelah malam, kemudian pada pagi esoknya kupaslah kentang itu dengantangan. Kulit kentang dengan mudah terpisah dari isinya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 09:42 AM | Show all posts
Siapa yg amalkan minum air asam keping ni lg? sy dah tinggal lama gak lps perasan berat makin naik jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 10:08 AM | Show all posts

Reply #174 lolen's post

fabiana dah stp sebab byk org tegur apasal muka makin kecut...dah kurus lah tu...he..he...fabiana ni
takleh kurus2 sgt...nampak macam sakit je....kena berisi sikit baru ok....so dah stop balik,,,,oleh kerana
petua asam keping sgt berkesan for me, kenalah amalkan short period je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2006 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by fabiana at 1-9-2006 10:08 AM
fabiana dah stp sebab byk org tegur apasal muka makin kecut...dah kurus lah tu...he..he...fabiana ni
takleh kurus2 sgt...nampak macam sakit je....kena berisi sikit baru ok....so dah stop balik,,, ...



BEST NYER U...DAH NYER BERAT BADAN DAH NAIK BALIK COZ MAKAN JER KEJE NYER LEPAS I KENE CHICKEN POX NIE...COZ MASER DEMAM CHICKEN POX ARI TUE BYK BENDE YG I TAK MAKAN...SO LEPAS JER ABIS..I BANTAI LA MAKAN APER2 YANG PATUT.....HEWHEHHEHEHEHEHE....BELUM START LAGI MUNIM AIR ASAM KEPING NIE COZ SELALU SAKIT PERUT LA...N ONE MORE THING ..KEKADANG TUE LUPER LA...HEHEHHEHEHEHEHEH:pmuka:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2006 12:48 PM | Show all posts
Agar wajah selalu segar, berseri-seri, dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari yaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh handuk, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdikir, berdoa.



Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah 'olah raga'. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dll, cukup dengan memperbanyak sholat. Dengan sholat berarti kita menggerakan seluruh tubuh. Konsultasikan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan dzikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam operasi plastik. Tidak lupa membisikan 'kata kunci'

"Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii"

"Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku" (HR Ahmad).

Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, singset dan mulus, lakukan diet yang teratur yaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Senin dan Kamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian Kita akan banyak dikenal dan disayangi. Insya Allah.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2006 01:02 PM | Show all posts

utk tatapan muslimin.....

Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis

Allahuakbar.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya".

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."


* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi ju! ga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :
"Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala Nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan pengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud :"Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya."

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda : "SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2006 01:22 PM | Show all posts

utk renungan

Assalamualaikumwarahmatullah?
Tengahari tadi kawan saya telah ke surau tkt 6 sebab menghadiri ceramah Ustaz Abdullah Mahmood. Ustaz ni memang tak kedekut ilmu. Ada aja tips2 yg berguna yg akan diberi kepada sesiapa yg hadir ceramahnya. Tak rugi kita mendengar ceramah kawan2!......Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua? Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti.


Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz
Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH
TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. # TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. #
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2
cubalah......................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Wassalam.
p/s : Sampaikan walau sepatah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 05:58 PM | Show all posts
Menjauhkan Tikus
Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau daun pandan.


Menjimatkan Lilin
Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur dengan garam sekurang-kurangnya selamadua malam, kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering bolehlah digunakan.


Menyembuhkan Demam
Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan sehelai kain (diperah dan ambilpatinya). Kemudian air pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan merasa perubahannya.


Menyimpan Perkakas Dapur Supaya Tidak Berkarat
Perkakas-perkakas dapur seperti sudu, garpu dan sebagainya boleh berkarat kalau disimpan lama. Supaya ia tidakberkarat, sebelum menyimpan hendaklah dicuci dahulu dan dikeringkan sehingga ianya betul-betul kering. Kemudiansapukan sedikit minyak kelapa hingga rata dan bungkuslah dengan menggunakan kain atau kertas yang bersih.


Penyembuh Luka
Tumbuk bawang merah dan gula pasir hingga menjadi satu. Tampalkan ramuan tersebut pada bahagian yang luka.


Perut Mual
Ketika badan kita tidak sihat kerana masuk angin misalnya, perut terasa mual dan loya hendak muntah. Untuk mengatasi masalah tersebut cuba ambil beberapa ulas bawang putih dan dihiris-hiris nipis. Kemudian dicampur dengan gula melaka atau gula kabung yang telah dihiris-hiris. Adunkan sama rata dan campurkan pula dengan air limau nipis sama rata. Minumlah (makan) adunan tadi dan rasa mual anda akan hilang.


Rambut Gugur
Ambil daun bunga raya yang hijau, bersihkan dulu dan ramaskanlah daun itu di dalam segayung air, setelah itu basuhlah rambut awda dengan air tadi dan biarkan selama lima minit dan barulah dibilas. Amalkanlah selalu sehinggamendapat hasil yang baik.


Sakit Gigi
Daun sirih yang sudah ditaruh minyak kelapa, dilayarkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipiyang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut. Bagi yang mengalami sakit gigi yang berlubang, ambillah bunga cengkeh lalu masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit.


Sakit Perut
Campurkan air setengah gelas dengan satu sudu teh garam, lalu dikacau hingga sebati, kemudian diminum. Insya Allah rasa sakit perut itu akan hilang.


Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.


Selusuh Beranak
Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru saja mengandung anak pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu mengamalkan meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh penghamilan. Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air yang terakhir kita siramkan itu disambut sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang kita lakukan cara seperti tadi.


Supaya Rambut Tidak Beruban
Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu.


Telapak Kaki Pecah-Pecah
Petiklah buah betik yang masih muda dan dipotong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu sebelum digosok dengan getah betik. Kemudian barulah digosok sama rata. Biarlah getah betikitu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akanhilang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.156452 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list