CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109332|Reply: 455

Genting Highlands, Pahang

[Copy link]
Post time 27-7-2006 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bdk2 at 10-1-2012 22:16

Genting Highlands.... percutian untuk sekeluarga


INGINKAN kelainan setelah bersiar-siar di darat, bolehlah mencuba `Flume Ride Sungai Rejang' yang begitu menjanjikan keseronokan yang tiada penghujungnya.
--------------------------------------------------------------------------------

Oleh: HAFIDAH IBRAHIM
SEOLAH-OLAH mimpi menjadi nyata dan berada di dunia lain yang penuh dengan kegembiraan dengan pelbagai hiburan yang memukau hati pengunjung.

Masakan tidak, perasaan riang bercampur suspen tatkala menyusuri sungai menerokai penempatan Dinosaur salah satu haiwan prasejarah yang pernah wujud berjuta tahun lamanya.

Hati bagai berkata, inikah yang dimaksudkan `Kota Keriangan', Genting Highlands Resort, destinasi percutian unggul yang menjanjikan seribu keindahan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Dengan gabungan hiburan, penginapan dan hidangan makanan yang terbaik di rantau Asia, ia pasti akan memberi memori indah kepada pengunjung.

Percayalah segala bebanan dan tekanan kerja akan hilang sebaik sahaja anda berada di puncak bukit setinggi 6,000 kaki dari aras laut.

Malah perjalanan selama sejam setengah dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands tidak terasa penatnya apatah lagi menatap panorama yang indah saujana mata memandang dengan hembusan bayu yang sejuk dan segar.

Bagi kanak-kanak pula, ia diibaratkan syurga dunia kerana di Taman Tema Genting, mereka bebas menikmati lebih daripada 30 permainan yang tidak pernah diimpikan selama ini.

Dari permainan yang kurang mencabar seperti cawan putar, kuda elektronik dan buaian pusing hinggalah kepada yang lebih mencabar seperti roller coaster yang terlaju di Asia.

Pekikan dan hilai ketawa terutamanya ketika menaiki roller coaster bergema di setiap pelusuk menggambarkan betapa gembiranya suasana di Taman Tema Genting.

Misalnya, lima jenis roller coaster iaitu Corkscrew, Space Odyssey, Roller Thundermine Train, Cyclone dan Flying Dragon, permainan paling popular bagi mereka yang sukakan cabaran.

Sekiranya gayat atau gentar, tidak mengapa, banyak aktiviti lain sedia menanti, antaranya menempuhi pengalaman sebagai angkasawan dan bermain `go kart'.

Bagi ibu bapa pula yang ingin mencuba hiburan tambahan dan melupakan hiruk pikuk bandar yang sesak, bolehlah mela-kukan aktiviti berenang, menaiki kuda, bermain tenis atau golf di Awana Golf and Country Resort.

Lebih meriangkan andai anda mengambil kesempatan menonton gambar 3D seperti `Motion Master' yang begitu realistik.

Memahami bahawa faktor keselesaan penginapan dan perkhidmatan pengangkutan adalah penting untuk menarik pelancong, pihak pengurusan Genting telah menawarkan lebih daripada 4,500 bilik penginapan.

Sekiranya pengunjung ingin menikmati percutian mewah, bolehlah menginap di hotel lima bintang seperti Genting Hotel dan Highlands Hotel.

Kedudukannya yang strategik memudahkan pengunjung berulang alik ke Taman Tema Luar dan Taman Tema Dalam.

Bagi yang merancang perbelanjaan sederhana, Awana Hotels & Resort atau Resort Hotel adalah pilihan tepat.

Malah mereka yang menginap di Awana Genting berpeluang menaiki sistem kereta kabel Genting Skyway yang terpanjang di Asia Tenggara dan terpantas di dunia.

Nikmati pengalaman baru ketika Genting Skyway bergerak lancar di ruang angkasa pada kelajuan maksimum enam meter sesaat dan menyaksikan pemandangan animatronik (animasi arca binatang) dan Orang Asli yang mengkagumkan.

Penat menerokai cabaran baru jangan lupa menjamah pelbagai hidangan yang lazat dan menyelerakan kerana Genting Highlands menyediakan lebih kurang 35 restoran pelbagai juadah.

Justeru, marilah berkunjung dan menerokai pelbagai pengalaman indah Genting Highlands Resort kerana pelbagai pengalaman indah menunggu anda sekeluarga di sana.

[ Last edited by  chumpon at 26-12-2006 10:57 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 04:54 PM | Show all posts
ari tu jenjalan kat depan low yat ada booth genting, they are selling tickets for the Mysteria quite cheap - normal price rm100, they are selling at rm39.90 kalau tak salah ... valid till dec 2006.  pas tu leh join genting world club membership for free ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 12:30 PM | Show all posts




http://www.genting.com.my

[ Last edited by  rapid at 3-8-2006 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 12:31 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2006 09:12 PM | Show all posts
genting best..city of entertainment...tapi sejak dok kat gombak ni rasanya dah lebih dr 10 kali i gi genting...hehe...sbb dekat..kalau nak bercuti..paling dekat dgn i genting la...
so far i lbh prefer cameeron highlands..sbb i jenis yg tak suka tpt crowded macam genting ni...tapi nak g cameron highlands jauh plak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 02:14 AM | Show all posts

Reply #5 Lady_On_Earth's post

me pun dok kat gombak gak.. tapi dah lame gile tak gi sane.. last pegi time darjah 5.. thn lepas dah plan nak gi, tapi jerebu teruk..  tak de ride baru ke kat theme park tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2006 01:25 PM | Show all posts
dania nak pi genting bulan 9 nie..

ade saper2 yg leh kasi tahu tak hotel maner yg best dok.
tp harga tu tak mo le mahal sgt..

dania tak penah pi genting lg..tp kalu cameron tu selalu le pegi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 03:48 PM | Show all posts
Dah lama tak pg genting...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2006 06:27 PM | Show all posts
guys..
baru jer balik dar genting petang tadi..gi pagi balik lepas zohor..
sajer bawak anak2 main2...
cuaca elok..seronok gi jrenjalan kat sana..

hotel mrah??
first world laa..gi website genting.com.my ada promo sokmo..
murah tapi kena early book...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 06:39 PM | Show all posts
ride baru??
tak tahu ler baru ker lama..tapi tadi i nampak ada satu roller-coster yg menarik..
whole ride posisi kita ala2 terbang superman..terbaring ngadap bawah!
dalam pada kita terbang sambil meluncur tu sempat gak ler dia gulung kita 360degree 3-4 kali...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 06:47 PM | Show all posts
aa..
lagi satu yg i perasan tadi motion master dah upgrade ke 4D..
yg i nampak beza is last time takder additional side effect..
kali nih siap ada angin/percikan air keluar kat kaki/tepi kerusi kanan kiri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2006 06:57 PM | Show all posts
lady_on_earth..
i pun macam you, prefer gi tempat2 yg tenang..

but somehow bila nak hiburkan anak2 or family yg muda2 belia nih..
i prefer gi genting..
if tak mampu nak gi main full package.. leh main kat first world jer..
masuk free and boleh bayar per ride..starting fr RM4..
cuma makan n minum mahal ler pulak kat atas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2006 10:30 AM | Show all posts
kalo bercuti dgn anak2 mmg norsha prefer bawak pegi genting..

tapi kalo berdua dgn hubby...prefer cameron highand..rasa segar jerr..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 6-8-2006 10:30 AM
kalo bercuti dgn anak2 mmg norsha prefer bawak pegi genting..

tapi kalo berdua dgn hubby...prefer cameron highand..rasa segar jerr..

knor, fraser hill pun mengasyikkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by chuckiey at 5-8-2006 02:14 AM
me pun dok kat gombak gak.. tapi dah lame gile tak gi sane.. last pegi time darjah 5.. thn lepas dah plan nak gi, tapi jerebu teruk..  tak de ride baru ke kat theme park tu?

isk tak sure la...i g themepark tu skali jer..selebihnya dok buang masa buang karan jer kat genting tu...
yg masa i g theme park tu i tak naik roller coaster..dgn space shot/solero..hehe sbb takut...
but kalau dah bertahun u tak pg may be i rasa flying coaster tu antara yg baru la....
tapi kalau nak naik tu kene tambah rm10 la....tak termasuk harga yg kat kaunter luar tu....
tapi flying coaster tu scary la....
kat sity i just minat go kart jer la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 04:35 PM | Show all posts
bukan genting tengah buat promo ker untok member??
ader saper2 tau pasal nih??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by mamakim at 5-8-2006 06:39 PM
ride baru??
tak tahu ler baru ker lama..tapi tadi i nampak ada satu roller-coster yg menarik..
whole ride posisi kita ala2 terbang superman..terbaring ngadap bawah!
dalam pada kita terbang sambi ...



Quite baru gak, ride ni, last time i gi ingat nak try, tapi kena bayar extra RM11 kalau tak salah, pastu ramai sgt beratur, malas nak tunggu...lain kali ler try, sesapa teringin nak terbang cam superman, try ler naik...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by melati2862 at 11-8-2006 12:09 PM



Quite baru gak, ride ni, last time i gi ingat nak try, tapi kena bayar extra RM11 kalau tak salah, pastu ramai sgt beratur, malas nak tunggu...lain kali ler try, sesapa teringin nak terbang c ...


tu la kena bayar asing..

patutnya ride tu dah include dalam 1-day pass..  kaya raya genting.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 12:04 AM | Show all posts
semalam baru je g memain kt genting..org pun tak ramai sgt semalam..dulu klu g hari ahad leh tahan gak beratur kt roller coaster tu..semalam yg paling lambat kena beratur masa nak main go kart..yg jd lambat sebab kena key in nama n ic no kt komputer..ramai plak yg tak reti nk key in nama n no ic/passpot dlm komp..diorang tekan sebutir2 huruf n no...semalam pegi naik bas genting dari terminal putra gombak...bas terus naik puncak stop kt first world..dah tak stop kt skyway lagi...balik pun sama..sume bas direct naik kt first world...bila dah spai KL semalam...member ada bgtau...3 minggu lepas ade technician skyway jatuh masa tgh wat maintenance..maybe sbb tu diorang tutup skyway..sbb semalam masa naik cuaca OK rasanya...betul ke kes technician jatuh ni..?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 01:56 PM | Show all posts
ingat nk gi genting time merdeka ni... tp time ni sure crowded giler.... hotel pun melambung naik.. bukan peak season dah... dier lg mahal..shoulde season!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.071472 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list