CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3140|Reply: 17

Thread soalan-soalan elbecks

[Copy link]
Post time 2-8-2006 07:17 PM | Show all posts |Read mode
lama2 aku baca thread ni makin tak faham lak.err mazhab syiah ni boleh dianggap sebagai org islam atau tidak?


antiQue ~ elbeck, saya pisahkan posting-posting anda dari thread lain ke dalam thread ni untuk anda membuat pertanyaan-pertanyaan. Sila post soalan-soalan anda yg tidak berkaitan dgn thread sedia ada di dalam thread ini untuk rakan-rakan lain menjawab.

[ Last edited by  antiQue at 3-8-2006 01:04 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2006 08:52 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

wahai saudara elbecks...sebenarnya syiah adalah islam kerana syiah tetap mengucap ashaduallah ilahaillah waallah wa ashaduanna muhammadrasulallah....jadi syiah tetap mengaku behawa tiada tuhan selain allah nabi muhammad pesuruh allah...

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 08:57 PM | Show all posts

Reply #947 shaikh's post

ok.so syiah ni mazhab feqah ke mazhab akidah.sory la ye tanya , betul2 tak faham nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 09:19 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

tidak mengapa saudara elbeks bagus bertanya kata imam ali "tidak tahu itu sebahagian daripada ilmu" jadi jangalah malu bertanya saya pun seperti saudara masih banyak lagi yang tidak tahu....sebenarnya syiah ini bukanlah aliran dalam islam tetapi ia sendiri adalah islam yang sebenar...dimana telah megikut apa yang telah diajar oleh rasullah...syiah ini di dalam feqh ada berbeda dengan ASWJ dan di dalam aqidah pun ada SEDIKIT PERBEZAAN...

Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 09:33 PM | Show all posts

Reply #949 shaikh's post

t.kasih.saya akan cuba baca posting lepas2.kalau tak faham saya akan post lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2006 09:53 AM | Show all posts
terima kasih.tp mungkin thread ni patut tukar nama kepada thread utk org2 baru yg posting soalan umum
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2006 12:34 AM | Show all posts
sebenarnya syiah ini bukanlah aliran dalam islam ]tetapi ia sendiri adalah islam yang sebenar


salam...
Apakah maksud anda ASWJ adalah islam yang tidak sebenar....?? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 12:51 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Itu terserah pada pernilaian anda....

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 11:01 PM | Show all posts
Originally posted by whale at 7-8-2006 12:34 AM


salam...
Apakah maksud anda ASWJ adalah islam yang tidak sebenar....?? :hmm:


berat dakwaan ni...hrmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 7-8-2006 12:51 PM
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Itu terserah pada pernilaian anda....

Wassalam


Kalau ikut penilaian saudara bagaimana???
Adakah anda merasakan bahawa ASWJ adalah ISLAM YANG TIDAK SEBENAR.......:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 07:00 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....

Jika saya merasa ASWj adalah islam sebenar..saya akan mengikutinya...

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2006 12:46 AM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 8-8-2006 07:00 PM
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya....

Jika saya merasa ASWj adalah islam sebenar..saya akan mengikutinya...

Wassalam


kalau tak keberatan saya ingin bertanya adakah saudara sedang mengikutinya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 11:23 AM | Show all posts
EMMMM... dah lama tak antar post, cuma kali nie nampak menarik sikit,..... ramai yang mencari kebenaran..  ada yang berusaha dengan melalui guru-guru yang mendakwa telah mencapai nilai mursyid, ada yg dengan melihat kesesatan ataupun kelemahan atau kecuaian orang lain adalah bukti kebenaran dipihaknya.. ada yang menyangka dengan penamaan yang diberikan maka ia telah berada dipihak yang benar... maka muncullah berbagai-bagai golongan yang menamakan dan dinamakan dengan 'brand-brand' tertentu, samada 'brand' zaman silam seperti Khawarij, Qadariah, Jabariah, Muktazilah, Ahli-ahli Sufi, tarekat, Rafidhi dll, ada juga penamaan tersebut berkekalan hingga sekarang.. seperti golongon yang menamakan diri mereka Syiah atau ASWJ...mahupun yang terkini dengan nama Salafi ataupun golongan yang diberikan gelaran sebagai Wahabi.. masing-masing dengan karakter masing-masing....  

apa yang pasti kebenaran itu bukanlah atas dasar penamaan, kebenaran itu adalah berpegang teguh pada apa yang di wahyu kan Allah melalui al-Quran yang terpelihara, dan memahami dan mengamalkan islam seperti mana yang ditunjuk dan diterangkan oleh Nabi Allah (Sunnah) dan sesungguhnya perlulah difahami bahawa Sunnah itu dipelajari melalui jalan sanad yang terpelihara (ilmu Hadis) hingga kita kenal dan tahu hadis dan sunnah yang manakah lebih utama untuk dirujuk dalam amalan... bagi yang mencari kebenaran, hendaklah kita sanggup MENINGGALKAN PENDAPAT KITA SENDIRI & AMALAN MASYARAKAT SETEMPAT apabila telah sampai dalil dan hujah yang sahih dari al-Quran dan As-Sunnah, sbg contoh pasti ramai antara kita yang pernah mendengar atau membaca tentang hadis yang mana Nabi s.a.w. melarang seorang sahabat dari membaca al-Quran dengan suara kuat sedangkan ada sahabat yang lain sedang bersolat, malangnya apa yang berlaku didalam masyarakat kita ialah apabila selepas solat berjemaah, ahli jemaah akan berzikir beramai-ramai dengan kuat sedangkan masih terdapat individu lain yang solat... bukankah ini bertentangan dengan Sunnah dan sekaligus menunjukkan kita bukan lagi menjadi Sunnah Nabi s.a.w. sebagai rujukan tetapi kita beramal dengan islam mengikut keinginan hati dan akal kita, dan atas dua perkara inilah (ikut hati dan akal sendiri) menyebabkan munculnya golongan-golongan Qadariah, Jabariah dan Muktazilah...iaitu apabila hati dan akal dijadikan hujah untuk membatalkan nas-nas yang telah diwahyukan oleh Allah tentang iman & islam...Perlulah kita sedar bahawa apabila kita telah meninggalkan wahyu Allah dan penerangan dari Nabi Allah tentang iman dan islam dan kaedah serta jalan untuk mendekatkan diri pada Allah, maka kita bukannya menghampiri kebenaran tetapi menjauhinya samada secara sedar atau tidak walaupun kita tidak 'register' pada mana-mana golongan tersebut..

Mari, saya khususkan pada permasalahan Syiah, perlulah saya nyatakan bahawa saya tidak menerima Syiah bukanlah kerana 'nama' Syiah, perlulah saya ingatkan dan sedarkan saudara-saudara sekalian bahawa ketika terjadi perang saudara antara Ali dan Muawiyah, bersama mereka ialah golongan-golongan Muhajirin dan Ansar, penyokongn-penyokong Ali r.a. dinamakan Syiah Ali dan mereka itulah juga merupakan ASWJ...sesungguhnya Ali dipihak yang benar manakala Muawiyah dipihak yang keliru, bukanlah nama Syiah itu yang saya tolak dan bukanlah juga kerana masalah fiqh seperti nikah mutaah, tetapi penolakan saya pada golongan yang dinamakan Syiah Imamiah adalah atas 2 urusan berikut ;

1) Dakwaan bahawa sebahagian Sahabat-sahabat & Isteri-isteri Nabi s.a.w. telah menyeleweng dan terkeluar dari Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w. ini adalah bertentang dengan nas-nas yang telah pernah saya sampaikan sebelum ini, golongan Syiah imamiah TERLALU BERGTG PD CERITA-CERITA YANG DISEBARKAN TENTANG KEBURUKAN SAHABAT-SAHABAT NABI sedangkan terdpt nas dari al-Quran yang menerangkan keredhaan Allah pada golongan-golongan sahabat dan menyuruh umat islam berhati-hati dengan cerita-cerita yg tersebar.

2) Dakwaan bahawa kekhalifahan dan masalah imamiah adalah urusan yang telah diwahyukan oleh Allah dan diwarisi secara keturunan melalui susur galur Ali r.a. dan berjumlah dengan 12 imam yang maksum, nas-nas dan dalil yang diberikan oleh Syiah imamiah boleh dibatalkan dan ditolak bahkan difahami dengan secara yang lain dan bukan membawa maksud seperti dinyatakan oleh Syiah imamiah. Tiadalah juga keterangan yang saya jumpai tentang urusan yang dianggap sebagai rukun iman tersebut didalam al-quran dan as-Sunnah.

Untuk memahami kekeliruan yang berlaku pada golongan Syiah Imamiah, mari kiat sorot zaman penulisan sejarah tersebut, perlulah kita sedar bahawa sejarah-sejarah yang kita miliki hari ini kebanyakannya ditulis pada zaman kejatuhan Bani Umaiyah dan bermulanya kerajaan Bani Abbassiyah, disaat ini telah timbul seribu satu mcm cerita oleh penyebar-penyebar cerita untuk memenangkan perjuangan mendirikan kerajaan Bani Abbas dalam menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah. Sesungguhnya sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang, dan perjuangan telah dimenangi oleh Bani Abbas, maka modal utama perjuangan iaitu mewar-warkan bahawa wujud penyelewangan pada Kerajaan Bani Umaiyah dan keutamaan kekhalifahan pada keturunan-keturunan Nabi s.a.w. telah terakam dan tersimpan didalam kitab-kitab sejarah, maka sebahagian cerita tersebut menyatakan bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sebahagian Khalifah Bani Umaiyah telah menganiaya keturunan-keturunan Nabi s.a.w.

Sesungguhnya disaat begini, datanglah bantuan Allah dengan zahirnya ulamak-ulamak hadis yang menunjukkan jalan-jalan dan tapisan untuk mengenal riwayat-riwayat yang palsu dan sahih, diwujudkan kriteria-kriteria dan status setiap riwayat yang sampai sehingga mudahlah untuk orang awam mengenal riwayat-riwayat yang sahih atau palsu. kaedah sistematik dan tersusun ini dinamakan ilmu 'mustalah hadis', maka masyhur dan terakamlah himpunan hadis-hadis yang telah di'sahih'kan didalam kitab-kitab hadis seperti Bukhari dan Muslim.

Berbalik pada persoalan Syiah,sesungguhnya, sekiranya kita menerima dakwaan syiah atas 2 perkara diatas, maka secara automatik runtuhlah sunnah Nabi s.a.w. yang sepatutnya menjadi rujukan didalam memahami iman dan islam kerana hadis-hadis tersebut disampaikan kepada kita yang melalui jalan sanad sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan dimasa yang sama terpaksalah kita membatalkan ataupun paling minimum men'qias' atau mentakwil dengan maksud yang lain sebahagian dari wahyu Allah yang diturunkan berkaitan keredhaan Allah pada generasi awal islam iaitu Sahabat-sahabat r.a. Sekiranya kita bertanya atas dasar apakah kita meruntuhkan sanad-sanad tersebut, maka kita akan temui bahawa sebab utamanya ialah PENERIMAAN ATAS APA YANG DIRAKAMKAN PADA KITAB-KITAB SEJARAH YANG DITULIS PADA ZAMAN KEJATUHAN BANI UMAIYAH DAN KEBANGKITAN KERAJAAN BANI ABBAS. Disaat itu mampukah kita menyatakan kita telah berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah?

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 9-8-2006 11:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:27 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudara ahmad saya amat setuju dengan kenyataan saudra...dan tentang pandangan anda terhadap syiah itu sangat berakhlak walaupun menentang....baiklah saudra saya amat berminat UNTUK BERBINCANG BUKAN BERDIALOG......dengan saudara mengenai fahaman antara ASWJ dan syiah tapi bukan disini....saya menjemput saudara untuk ke forum www.huseniahzahrah.tkkerana disana kurang orang dan boleh kita berbincang bersama....BUKAN BERDIALOG...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:10 PM | Show all posts
saudara shaikh,

Jadi anda merasakan ASWJ adalah tidak betullah...??
So, apakah hukum orang yang mengikut ASWJ mengikut pandangan anda..??:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 06:26 PM | Show all posts
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudara...pertanyaan saudara seakan-akan ingin memaksa saya mengatakan bahawa ASWJ itu sesat...dan akhirnya akan timbul prgaduhan....saya ini manusia hina dan jahil tidak mampu menghukum sesuatu mazhab dan tidak berani menyatakan pendapat tentang sesuatu mazhab...cuma ana diberi allah akal yang sihat untuk berfikir antara mazhab-mazhab ini dan engkaji seterusnya mencari kebenaran....begitu juga ana pasti dengan saudara juga jadi jika saudara tidak menggunakan akal bagi mengakaji dan menutup akal saudara untuk menerima hujjah dari mazhab lain maka apa gunanya akal yang sihat kurniaan sang maha agung...pada pendapat saya mazhab ASWj adalah masih islam dan masih mengucap dua kalimah syahadah....

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 08:12 PM | Show all posts
"Berkata benarlah walaupun ianya pahit"....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 08:44 PM | Show all posts
Originally posted by shaikh at 11-8-2006 06:26 PM
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wahai saudara...pertanyaan saudara seakan-akan ingin memaksa saya mengatakan bahawa ASWJ itu sesat...dan akhirnya akan timbul prgaduhan.... ...

betul tu, kita tak boleh melabel mereka yg tidak sefaham dgn kita sbg 'tak betul' selagi mereka masih islam ie masih mempunyai akidah yg sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.068153 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list