|
Reply #81 kimyee73's post
RM6k tu alarm aje.Rumah pakcik bina atas tanah, taknak lah sebut
banglo nanti orang ingat pakcik orang kaya. Harganya semurah rumah teres, nak beli semi D yang siap pun pakcik tak mampu. Dalam
rancangan BERSAMAMU semua rumah atas tanah,tak kaya pun. Bila
atas tanah, banyaklah pintu dan tingkap. Tu yang jadi RM6k.
Lagi tambahan yang buat mahal;
1.Enam bijik 6 outdoor motion sensor.
2.Panic button merata-rata kat dinding sana-sini. Tujuannya kalau tiba-tiba muncul penjahat berparang, panic button dekat. Kalau standard
ADT kasi 2 je, tu pun kena tekan serentak dengan 2 jari. Yang pakcik punya ni, mudah je tekan satu jari.
3.Semua wayar tanam dalam dinding guna PVC paip.
4. Amnya segala alatan tambahan ADT mahal, tapi apa boleh buat,
sebab nak sambung dengan system mereka, tak boleh beli brand lain.Tapi mahal pun berkualiti. Ada kat pasaran Outdoor Motion Sensor
murah RM50 je, tapi akan sentiasa berbunyi false alarm.
Pasal CCTV; company lain,tak sambung alarm sebab sentiasa ada
signal dan record. Kalau sambung asyik bunyi je siren. Yelah,kereta
lalu,orang, kucing, burung etc. Bagus CCTV ni kita boleh tahu siapa
survey rumah kita, tersimpan dalam hardisk hingga 30 hari .Orang
jahat biasanya survey dulu rumah. Pakcik ada tolong jiran, beritahu
kat dia selalu jam 2am ada laki berdiri luar tingkap dirakam CCTV
pakcik. Rupa-rupanya secret admirer anak dara dia. Ramai jiran akan
park kereta mereka dekat rumah pakcik, sebab kalau orang curi ke,
calar ke, ada rakaman. Mereka rasa selamat sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pakcik at 22-8-2008 11:32 PM
RM6k tu alarm aje.Rumah pakcik bina atas tanah, taknak lah sebut
banglo nanti orang ingat pakcik orang kaya. Harganya semurah rumah teres, nak beli semi D yang siap pun pakcik tak mampu. Dalam ...
baguslah pakcik ni, berbakti pd jiran. Saya pun hrp dpt jiran mcm pakcik ni, tp org msia skrg tak hidup brjiran sgt tmbh2 kat kwsn perumahn, trmasuklah saya. Tp keadaan semasa mmerlukankn kita amalkn hidup brjiran kembali, bukannya utk busy body hal2 tak sepatutnya, tp demi keselamatn brsama. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Orange1 at 26-8-2008 02:33 PM
baguslah pakcik ni, berbakti pd jiran. Saya pun hrp dpt jiran mcm pakcik ni, tp org msia skrg tak hidup brjiran sgt tmbh2 kat kwsn perumahn, trmasuklah saya. Tp keadaan semasa mmerlukankn kit ...
Yep..SAN setuju bebenor...jiran2 ari ni balik kg ke..ke bercuti seminggu penuh ke..tak pernah nak inform kita sebelah rumah..kita ni risau le tengok tak de nampak2 org sebelah..manalah tau..rupa2nya jiran gi holiday...sabar jelah... |
|
|
|
|
|
|
|
Wiken lepas rumah saya dimasuki pencuri..alhamdulillah kami takde dirumah masa tuh..cuma phobia sbb tgk kesungguhan pencuri tuh nak pecah masuk..so saya bercadang nak pasang alarm tp ada ke service ADT tu sampai kat kawasan kampung? |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya diaorang ikat kita dengan apa masa rompak tu..ye la nak tau jugak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|