CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: WinXP

Merged: Bangkok & Central Thailand (by WinXP, mamak & munshiabdullah)

 Close [Copy link]
hazel This user has been deleted
Post time 7-1-2005 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by arjeee at 7-1-2005 07:55 AM:
chatuchak market,bangkok is the place...p hari jumaat,ari jumaat utk wholesale...tapi barang ada yg sama ngan vietnam...dulu2 penah gak ambik embroidery handbags bawak sini..tapi dia slow moving it ...



tq arjee..

dari segi price n quality mana better?? vietnam ke.. thailand..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


morningdew This user has been deleted
Post time 7-1-2005 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by arjeee at 7-1-2005 07:55:
chatuchak market,bangkok is the place...p hari jumaat,ari jumaat utk wholesale...tapi barang ada yg sama ngan vietnam...dulu2 penah gak ambik embroidery handbags bawak sini..tapi dia slow moving it ...


Cuba tenguk juga dekat Chinatown, area ini dekat dengan Hualompong train station, dari main door, ke kanan dan belok ke kiri, meaning, chinatown ini area di belakang station. Dekat Chinatown pun pasar dia really big and crowded with stall and shop.. because pernah sesat, so u can imagine how big it is.

Best idea is.. pergi semua pasar yang ada di Bangkok
Reply

Use magic Report

hazel This user has been deleted
Post time 7-1-2005 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by morningdew at 7-1-2005 09:20 AM:


Cuba tenguk juga dekat Chinatown, area ini dekat dengan Hualompong train station, dari main door, ke kanan dan belok ke kiri, meaning, chinatown ini area di belakang station. Dekat Chinatown pu ...


tak pernah sampai bangkok.. so memang blur..:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2005 06:55 PM | Show all posts
My mum kalau pergi Bangkok, dia mesti beli Thai Silk. Nak beli Thai silk ni kata my mum, kena tengok juga kedai yang jual sebab ada kedai yang jual silk tak original, silk yang banyak campuran. That's why you kena tengok if kedai tu berdaftar dengan Persatuan Thai Silk, selalunya dia ada tulis dekat kedai tu. My mum's favourite kedai Thai silk ni is always Jim Thompson, good deal and memang of good quality.  Satu lagi dia ni suka buat collection Pearl. Dia suka collect sea water pearl. Dekat Bangkok ok lagi, tapi kalau di Phuket & Pataya, harga pearl dia jauh lebih mahal, banyak betul beza tapi of the same quality & design ! and of coz, she will buy perencah tom yam yang dalam peket dengan serai kering, banyak betul dia bawa balik, kata dia buahtangan untuk good friends dia !
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2005 01:59 AM | Show all posts
Hello semua ..

Kak & Abang saya baru balik dari Thailand. Dia orang ada bagi saya gambar semasa di sana. Yang paling saya suka + geram ialah gambar ini. Boleh tak you all bagi info mengenai tempat ini. Adakah ikan ikan ni boleh dimakan dan apa kah jenis ikan ini.




Thanks
Dar
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 12:19 PM | Show all posts
1 of the best train ride for me.
Best kalau travel with group, sebab u spent sampai petang besoknya dalam train,
kalau beli ticket, minta kerusi atas dan bawah, so u boleh terus buat meja atau buka seat tu jadi katil terus, bawalah makanan cam maggie ke or nescafe 3 in 1, mereka sediakan air panas free of charge, so boleh buat pesta makan makan.
Mereka ada sediakan makanan juga bit of expensive dan halal for muslim.

Keselamatan ok, sebab ada polis ke guard dalam tu siap bawa pistol lagi...

kalau travel alone, kena ramahlah dgn org depan u atau kiri kanan. kalau tidak, boring ya amatlah..

seat yang dia org tranform buat katil tu, seat bawa lagi best sebab katil atas kecik aje.

dan kerana ada kes yang org letak barang dalam beg dan ini menakutkan, so better pastikan beg
dikunci mangga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2005 07:22 PM | Show all posts
selamat ke skrg?.. maksud aku kat southern thailand aman ke skrg ni?

brapa tambang ke sana ek?.. compare dgn naik flight (airasia)?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 08:40 PM | Show all posts
elok naik train sbb nanti turun kat Bangkok ..kat town.. senang lagi ..

train dlm RM88.00 katil atas.. RM100.00 katail bawah .. tu pun kalau tak silap ler.. sbb dah lama kita pegi Bangkok ni..

K/terbang dlm RM450 ke atas kot.; dah tak ingat la.. sbb kita pegi naik train.. balik naik kapal terbang..

train dlm 23 jam kalau tak salah.. B'worth - Bangkok
flight dlm 2 jam.. Bangkok - Penang.. MAS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2005 07:16 AM | Show all posts
mesti best nih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 05:52 PM | Show all posts
tren IE36 ni mahal sebenarnya !!
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 05:52 PM | Show all posts
Selamat Sejahtera. Saya baru ambil keretapi ke Bangkok .(sama hari dengan reply Chumpon kat atas)
Ada kekeliruan sikit atas info yg. Faraway kasi tuh maka saya nak perjelaskan.
       TEMPAT DUDUK-- tak perlu ambil kerusi atas dan bawah.Terutama kalau pergi sorang tak perlu beli 2 kerusi. Kalau berteman pun boleh ambil keduanya kerusi bawah kalau mau. Itulah yg. kami buat.
Untuk perjelaskan lagi, dalam ketapi tu tempat duduknya kerusi bertentangan(muat 2 orang duduk tapi hanya untuk sorang).Tiket-tiket  untuk kedua kerusi bertentangan itu adalah untuk katil atas dan bawah. Kalau kita berdua dan ambil kerusi atas bawah, tempat duduk kita berhadap-hadapanlah. Kalau tiket katil bawah keduanya (macam saya itu hari) maka satu tempat duduk, di tingkap kiri dan satu lagi di tingkap kanan,tidak berhadapan. Tetapi ini kalau kita nak duduk dengan kawan boleh minta orang depan  switch macam ada sorang tu buat. Kami itu hari tak de  orang kat tempat duduk katil atas,maka tak perlu switch.

        Bila jam lebih kurang 9 malam barulah tempat duduk itu ditukarkan kepada katil (bunk bed), bukan kita  boleh  terus pasang katil seperti yg. Faraway cakap tu. tunggu malam ada attendent yg. datang bukakan, taruh  cadar ,sarung bantal dan selimut bersih serta pasangkan tirai.Meja boleh kita pasang sesuka hati. Ada train mejanya di bawah kaki kita dalam kotak. Ada train kita kena panggil attendent bawakan. Sampai Bangkok jam 12 tengahari bukan petang.

       Berkenaan guard pakai pistol tu saya tak nampak maka tak boleh bercerita hal tu. Yg. saya tengok cuma ada polis sempadan naik meronda ketapi bila kita berhenti di check point sempadan.Lepas tu dia turunlah, tak de duk sampai ke Bangkok. Kat sempadan kita turun chop passport. Bawa barang berharga ,jangan tinggal.

      Bila katil sudah dipasang, kita boleh buka tempat (seperti para--asalnya tempat sandar kepala di kerusi) untuk letak barang sekali ngan kita dalam tirai tu.. Suami saya letak beg yg. ada tablet pc,video,camera dan chargers ect. kat atas ni. Kalau takut  hilang gak, boleh dakap sume barang ni. Katil agak luas. Saya tidur ngan anak, selesa. Tapi wang ringgit dan passport biar di badan kita.

      Makanan ada dijual, halal ke tidak saya tak tahu. Saya bawa bekal sendiri, nasi bungkus untuk dinner dan karipap saya bawa tahan sampai pagi untuk breakfast ,mungkin sebab aircond tak basi pun. Kitorang tak de la boring kalau tak sembang pun sebab kami bawa buku dan budak-budakpun bawa buku,colours dan mainan sendiri. Sambil tu tengok pemandangan pun shok.

      Kalau u nak charge batteri apa-apa ke ada pointnya, tanya attendent. Kalau beli tiket baik beli di stesen ketapi terutama kalau di Bangkok,Jangan beli kat ejen,kekadang tipu. Ada pelancong tu, dia kena tipu bayar rega 3 kali ganda dari rega biasa aircond dan bila naik tak de aircond.

      Kalau bawa bebudak,bersedia untuk bayar rega asing bila kita lintas sempadan. Kitorang itu hari ada tukang check tiket Siam kat sempadan minta tambah untuk anak 2 orang tapi tak banyak ler,300bht,lebihkurang 30 rm. Masa beli tiket di M'sia tukang tiket kata tak yah bayar sebab syer ngan ibubapa.Tapi Siam dia kira lain pula.

      Hope this helps.

[ Last edited by belanga at 29-8-2005 06:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by archilless at 9-8-2005 07:22 PM
selamat ke skrg?.. maksud aku kat southern thailand aman ke skrg ni?

brapa tambang ke sana ek?.. compare dgn naik flight (airasia)?


          Beberapa minggu sebelum kami  naik ketapi ke Bangkok tu, kami anak-beranak bawa kereta ke Selatan Siam. Masuk Siam ikut Wang Klian, terus ke Satun, Trang, Krabi, cross Banjaran Gunung Nakhon Sithammarat ke Ta Sala, Nakhon Sithammarat ,Pathalung ,Songkhla dan masuk M'sia ikut Bukit Kayu Hitam.
        Keselamatan di kawasan ni terjamin. Yg. masalah ialah di sebelah pantai timur di province Pattani, Yala dan Narathiwat. Songkhla mungkin quite risky,sebab dekat ngan pattani. Melayu Islam  kat pantai barat nampak cam tak kisah duk bawah Siam,macam dapat terima ...maka tak nampak lah derang nak buat kecoh.(Hanya pandangan saya) Derangpun tak reti cakap Melayu, cakap Siam aje tak macam Melayu sebelah Timur. I had a hard time, luckily my husband speaks Thai. Bagus juga kalau bawa dictionary atau belajar beberapa ayat Siam kalau nak ronda area ni.Karang nak makan tu yg. kita perlu juga nak cakap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2005 01:00 AM | Show all posts
pelik jugak keretapi diorg ni.. sbb keretapi ktm katil dia tak boleh pasang/bukak.. sbb kalau ambik coach yg ada katil tu mmg dah ada katil..
tapi travel naik keretapi mmg best.. boleh tgk view yg lain dari yg kita biasa tgk kalo ikut jalanraya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2005 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by archilless at 30-8-2005 01:00 AM
pelik jugak keretapi diorg ni.. sbb keretapi ktm katil dia tak boleh pasang/bukak.. sbb kalau ambik coach yg ada katil tu mmg dah ada katil..
tapi travel naik keretapi mmg best.. boleh tgk view y ...


Mungkin sebab dalam M'sia jadual nya lain. Tak de la journey yg. panjang sampai berpuluh jam. Jadi bila naik keretapi katalah jam 7 atau 8 malam dah memang malam pun. Sampai esok pun pagi kan.Tak tau la... Kalau kita gi bangkok cam saya itu hari naik jam 3:15 petang. Ish, tak kan nak duk bersila atas katil dah, siang buta nih! Cemana pulak, kawan yg. sewa katil atas, jenuh dok bersila atas kayangan sampai pukul 12 tgh. esok pulak la..lol Bayangkan!

      Seronok naik ketapi. Kitorang pun nak bagi pengalaman anak-anak naik keretapi jauh sikit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2005 09:25 AM | Show all posts
Bila jam lebih kurang 9 malam barulah tempat duduk itu ditukarkan kepada katil (bunk bed), bukan kita  boleh  terus pasang katil seperti yg. Faraway cakap tu. tunggu malam ada attendent yg. datang bukakan, taruh  cadar ,sarung bantal dan selimut bersih serta pasangkan tirai.Meja boleh kita pasang sesuka hati. Ada train mejanya di bawah kaki kita dalam kotak. Ada train kita kena panggil attendent bawakan. Sampai Bangkok jam 12 tengahari bukan petang.


well, saya becakap berdasarkan pengalaman, yang atas tu memang kita tak boleh buka, tapi kalau org yang kerap naik, tahu camana kerusi bawah di buka dan kalau dah di buka attendent tu pun tak kata apa.

tapi saya pun dah setahun lebih tak naik train, akak kan baru naik, mungkin dah tular attendent dan policy kot.

[ Last edited by faraway at 30-8-2005 12:36 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2005 01:20 PM | Show all posts
Masa saya pergi dulu saya naik train Sprinter dari Yala ke Bangkok .. Tiada katil cuma reclining seat aja .. Tambang dari Yala cuma 572 Baht sahaja .. Bertolak pukul 3 petang sampai Bangkok keesokan hari pada jam 6 pagi..

Ada catering service lagikkkk.. Dpt la nasik bungkus dan pada waktu mlm stewardess dia bagi kek dan air teh .. Best tul tp cuma letih sbb duduk lama sangat dekat 15 jam gitu ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2005 01:23 PM | Show all posts
Korang cuba pulak nanti naik train dari Cochin ke New Delhi
3 hari non stop... then comparekan dgn Butterworth - Bangkok
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2005 11:19 AM | Show all posts
ceritalah lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 10:04 AM | Show all posts
Malaysia ke Bangkok katil dua tingkat ajekan.
Kalau kat India, katil bertingkat 3 (Hyderabad ke Chennai), tak ada kain penghadang pun dan kecik aje.

my best moment masa Allapuzha to Cochin, duduk kat pintu sebab ambil seat kelas 3.
kaki berbuai-buai di pukul angin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2005 10:10 PM | Show all posts
jelesnye aku dengor cerita korang...
korang tak keje ke?.. aku nak dapat cuti seminggu pun payah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.173751 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list