CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9946|Reply: 19

Mauritius

[Copy link]
Post time 25-9-2006 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Lambaian Mauritius
Oleh Rasid Rahaman


Destinasi menarik untuk berbulan madu, melancong, beriadah


  
KEBOSANAN menaiki pesawat Air Mauritius dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa St Seewoosagur Ramgoolam, Mauritius selama enam jam 55 minit terubat sebaik tiba di Belle Mare Plage Resort.

Hotel empat bintang menghadap pantai yang menghidangkan pasir memutih dengan kejernihan air Lautan Hindi terus melenyapkan keletihan anggota rombongan. Jelas terpancar kesegaran pada wajah mereka sama ada pegawai, media dan 48 pemain yang menyertai pertandingan peringkat akhir Jelajah Golf Berpasukan Maxis 2006 di kepulauan yang pernah dijajah Portugis, Belanda, Perancis dan Britian itu.

Pulau yang mempunyai penduduk kira-kira 1.2 juta itu memang banyak keistimewaannya. Bagi mereka yang gemar memancing, aktiviti dalam laut dan skuba, di pulau inilah tempat paling sesuai.

Peminat memancing, biasanya keha-diran mereka dialu-alukan daripada November hingga April kerana pada masa ini marlin hitam atau biru, jerung, tuna dan pelbagai lagi spesies ikan banyak di perairan pulau berkenaan. Kaki pancing yang sukakan cabaran pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk berseronok ketika menewaskan ikan yang menyentap kail mereka.

Begitu juga pasangan yang ingin berbulan madu, banyak pilihan disediakan untuk mereka di pulau ini. Bayangkan sebaik anda buka saja pintu bilik hotel atau resort, anda terus disajikan pemandangan pantai cantik . Pasirnya bukan saja memutih malah airnya terlalu jernih sehinggakan walaupun anda menyelam sedalam 10 meter di dasarnya, perge-rakan anda masih boleh dilihat dari atas bot.

Sambil dibelai udara dingin iaitu 23 darjah Celsius, anda juga boleh menikmati kejernihan air laut di sekitar pulau itu dengan menaiki perahu layar yang disediakan beberapa hotel.

Port Louis, ibu kota bagi republik Mauritius ini juga tempat sesuai untuk anda bersiar-siar dan membeli-belah.


Air terjun Chamarel dan keindahan
di Waterfront, Port Louis.

Bagi peminat golf, mereka tidak perlu bimbang kerana kebanyakan hotel mempunyai padang golf sendiri. Contoh Belle Mare Plage Resort yang menyediakan dua padang golf iaitu The Links dan The Legands Golf Club. Kedua-dua padang golf 18 lubang itu menyediakan cabaran tersendiri kerana walau sehebat mana, anda pasti menghadapi kesukaran untuk melepasi halangan kerana berhadapan dengan angin.

Ucapan terima kasih seharusnya diberi kepada Maxis apabila membawa anggota rombongan termasuk penulis bermain golf di satu-satunya padang golf paling cantik dan menarik di kepulauan berkenaan ialah One & Only Le Tauessrok Golf Course. Ia diiktiraf sebagai antara 10 padang golf terbaik di dunia oleh Golf World Magazine United Kingdom, pada November 2005.

Padang golf 18 lubang, 72 par lapa-ngan itu dibina di Pulau Ile Aux Cerfe, yang mengambil masa kira-kira 35 minit perjalanan dari Belle Mare Plage Resort termasuk 10 minit menaiki bot dari jeti Beau Champ.

Padang golf direka Bernard Langer adalah lapangan kejuaraan yang berkonsepkan luar biasa dan dilaksanakan de-ngan begitu rapi sekali.

Apa yang menarik, pengalaman bermain golf di One & Only Le Tauessrok Golf Course pasti tidak dapat dilupakan kerana lapangannya menyediakan persekitaran yang menakjubkan, selain cabaran yang dihadapi pemain, iaitu angin kuat, hutan, batu dan sembilan tasik.

Pemain juga terpaksa berhadapan dengan beberapa lubang memerlukan pukulan tee merentasi jaluran lautan ke lapangan.


LE Tauessrok Golf Course menjanjikan
cabaran buat peminat golf.

Dengan pemandangan yang indah seperti pasir memutih, garisan pantai daripada teluk dan tanjung, tasik serta burung laut, pokok dan tumbuhan tropika yang sangat banyak, pastinya menyeronokkan pemain golf.

Yang pasti, lapangan yang memenangi anugerah ini memang dikurniakan dengan keajaiban dalam permainan golf. Bermain sepanjang 6,452 meter, ia adalah satu lapangan yang terpanjang di Mauritius.

Padang ini memang direka untuk memberi cabaran kepada pemain dan pada masa sama mengekalkan keseronokan.




Bagaimana ke sana?

Penerbangan terus pesawat Air Mauritius dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa St Seewoosagur Ramgoolam, Mauritius.


Info: Mauritius

Negara kepulauan ini terletak di barat daya Lautan Hindi, iaitu kira-kira 900 kilometer di timur Madagaskar.

Republik Mauritius turut membabitkan pulau St Brandon, Rodrigues dan Agalega.

Orang Melayu yang bekerja sebagai kelasi kapal dikatakan datang ke pulau ini pada awal abad ke 10.

Portugis menjajah Mauritius pada 1505.

Disusuli Belanda sehingga 1638 dan menamakannya Maurice of Nassau.

Perancis mula menguasai pulau ini pada abad 18 dengan menamakannya Ilede France.

Pendapatan utama Mauritius ialah pelancongan, gula dan kain.

Penduduk Mauritius membabitkan Eropah, Afrika, China dan India.

Iklim dua musim - Oktober hingga April musim panas dan May hingga September musim sejuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2006 02:21 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Wah beshnya Mauritius ni ek...serupa cam Maldives gitu...:love:
Reply

Use magic Report

raudhah1110 This user has been deleted
Post time 28-9-2006 12:51 PM | Show all posts
aku penah pegi mauritius .. memang canteeekk laaa...
Reply

Use magic Report

nightghost0126 This user has been deleted
Post time 13-11-2006 09:36 PM | Show all posts
mmg hasrat saya ingin ke situ. yg paling saya suka yalah L.terbangnya juga didirikan kat satu pulau. cukup mengakumkan:tq:
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 12:37 AM | Show all posts
tak rugi kalau pergi.. but avoid winter coz air laut sejuk giller... n kena spend extra sikit for tours..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2006 08:33 PM | Show all posts
bestnya kalau dapat honeymoon kat mauritius ni :love:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2006 03:24 PM | Show all posts
Mauritius hanya indah khabar

Oleh JOHARI MOHD

Pantainya biasa saja seperti kebanyakan pantai kita. Malah, pantai Langkawi, Redang, Perhentian dan Tioman jauh lebih cantik

INDAH khabar dari rupa. Itulah yang boleh penulis gambarkan mengenai Mauritius yang selama ini dikatakan sebagai sebuah tempat percutian menakjubkan oleh ramai pelancong terutama dari Eropah.

Bagi penulis tidak ada apa yang menarik mengenai produk pelancongan di pulau berkenaan. Pantainya biasa saja seperti kebanyakan pantai kita. Malah, pantai seperti Langkawi, Redang, Perhentian dan Tioman jauh lebih cantik.

Entah dari sudut apa pelancong Eropah mengatakan pulau itu cantik, penulis sendiri mencari-cari jawapannya. Itulah yang penulis rasakan sepanjang percutian tajaan Hotlink bersama penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi di Mauritius selama enam hari, baru-baru ini.

Malah, ada di kalangan mereka yang mengikuti percutian itu mempunyai pendapat sama dengan penulis. Bagi mereka pantai di negara ini, terutama Sabah lebih cantik dan mempesonakan.

Seorang rakan yang menyertai selam skuba juga mengatakan tidak ada yang menarik kerana kebanyakan batu karang yang ada di perairan Mauritius sudah mati.

揟idak ada apa-apa di sini! Pulau di Sabah mempunyai batu karang lebih cantik,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 04:51 PM | Show all posts

pandangan wartawan lain plak;

Pulau Mauritius masih suci

Oleh Efindi Badarudin
efindi@hmetro.com.my

PERTAMA kali menjejak kaki ke Mauritius anda pasti tertanya-tanya atau mungkin dalam fikiran terbayang keindahan semula jadinya yang tidak terusik.

Memang betul sangkaan penulis, Mauritius daripada bentuk muka buminya memang banyak kawasan yang belum dibangunkan ibarat ketika Malaysia pada era 70-an.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Mauritius mengambil masa kira-kira lapan jam. Sebaik mendarat di Lapangan Terbang Seewoosagur Ramgoolan Mauritius, keadaan masih cerah kerana Mauritius lewat empat jam daripada waktu Malaysia.

Perjalanan ke hotel penginapan pula memakan masa kira-kira sejam setengah sambil disajikan panorama indah pantai negara berkenaan.

Jalan rayanya pula terlalu sempit dan ada ketikanya kenderaan yang berselisih perlu memberi laluan kepada kenderaan lain bagi mengelak bertembung. Jika di Malaysia, jalan berkenaan boleh dikatakan setaraf dengan jalan kampung kerana kenderaan yang berselisih perlu turun ke bahu jalan atau memberi laluan kepada kenderaan lain.

Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah bekas kawah gunung berapi di Grand Bassin. Kawasannya yang terletak di atas bukit itu amat menarik untuk dikunjungi kerana walaupun di tengah panas terik, tiupan angin di atas bukit itu membuatkan badan anda terasa sejuk.

Anda juga boleh melihat air terjun Chammarel tetapi sukar untuk ke situ kerana tiada laluan masuk selain berbahaya. Apa yang boleh dilakukan hanya melihat air terjun berkenaan dari bukit bersebelahan.

Ibu negara Mauritius, Port Louis dilihat lebih maju berbanding beberapa tempat lain di negara itu. Ini mungkin tumpuan pelancong Eropah ke negara itu untuk bersantai di pantainya yang indah.

Bagi mereka yang minat menyelam untuk melihat keindahan hidupan laut pasti tidak mahu melepaskan peluang kerana air lautnya yang jernih membantu kita melihat hidupan laut walaupun berada dalam bot.

Port Louis juga menawarkan beberapa kedai menjual pakaian mewah termasuk jam tangan berjenama di Cauden Waterfront. Di sini juga banyak kapal layar berlabuh dan pemandangannya cukup indah selain puas menjamu mata melihat barangan berjenama.

Bagaimanapun, kebanyakan harganya jauh lebih tinggi daripada barangan sama jika dibandingkan dengan Malaysia. Ini kerana kebanyakan peniaga di situ lebih gemar menggunakan mata wang Euro berbanding Rupee Mauritius (RS).

Penduduknya juga lebih gemar bertutur bahasa Perancis dan Inggeris berbanding bahasa ibunda mereka Creole.

Penulis juga sempat mengunjungi Masjid Jumaah yang terletak di tengah-tengah Port Louis. Masjid berusia lebih 200 tahun itu dipenuhi kira-kira 500 umat Islam yang mengerjakan sembahyang Jumaat. Selain itu jawatankuasa masjid menyediakan kain seperti sapu tangan dalam kotak khas bagi kemudahan jemaahnya yang mahu menutup kepala ketika berada dalam masjid.

Papan tanda yang meminta semua jemaah masjid menutup kepala diletakkan dalam masjid berkenaan. Dalam masjid itu juga ada sebatang Pokok Creole setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 200 tahun.

Pokok itu tidak ditebang sebaliknya dahannya akan dicantas bagi menghalang ia melepasi bumbung bangunan berkenaan.

Pengalaman di Mauritius membuatkan penulis ingin memberi nasihat kepada anda yang berhasrat berkunjung ke sana. Seelok-eloknya cubalah bawa bekalan air mineral kerana air mineral yang dijual di hotel harganya mencecah RM13 bagi 500 mililiter sedangkan di negara kita minuman itu boleh didapati dengan harga RM1.

Bilik hotelnya juga tidak menyediakan cerek untuk memasak air manakala pihak hotel akan mengenakan bayaran untuk minuman air masak walaupun anda memilih bufet untuk makan malam atau tengah hari.

Penulis pada mulanya menganggap mungkin pihak hotel mengenakan peraturan sedemikian tetapi apabila makan di restoran luar daripada hotel, perkara sama juga berlaku apabila anda perlu membeli air mineral pada harga RM3 hingga RM6 sebotol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2006 02:39 AM | Show all posts
Originally posted by lost_angel at 16-11-2006 05:33 AM
bestnya kalau dapat honeymoon kat mauritius ni :love:


if amik package honeymoon with mauritius air..on board.. dia bagi cake sibijik..tulih happy honeymoon.. 3 yrs back..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 04:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2008 06:02 AM | Show all posts
Inspirasi Pulau Mauritius

Oleh RIZAM ZAKARIYA


Villa Danialla Beach Resort merupakan sebuah resort percutiankeluarga, korporat untuk mereka yang ingin menikmati keindahan pantaidan alam tropika.




MENCARI dan memilih lokasi percutian yang sesuai untuk seisikeluarga terutama di kawasan yang jauh dari hiruk-pikuk dan kesibukankota sesuatu yang agak memeningkan kepala.

Bagi mereka yang berpoket tebal dan gemar melancong ke luar negara,ia bukan satu masalah yang besar kerana pilihan yang ada terlalubanyak, sesuai dengan cita rasa mereka.

Namun bagi golongan yang lebih suka menjelajah dan menikmatikeindahan alam di tanah air, mungkin pilihan yang ada tidak banyakbezanya, terutama apabila lokasi yang disarankan oleh rakan-rakan atauahli keluarga merupakan tempat percutian yang pernah dikunjungi sebelumini.

Satu lagi perkara yang mungkin tidak terlepas daripada pertimbanganadalah penginapan yang bakal dihuni sepanjang percutian, sama ada iamenepati bajet atau sebaliknya.

Sama ada kita sedar atau tidak, beberapa lokasi percutian di negarakita yang mungkin tidak pernah diuar-uarkan secara meluas sebelum inisebenarnya mempunyai banyak keistimewaan. Ini termasuklah dari segikeindahan persekitaran dan harganya.

Villa Danialla Beach Resort yang terletak di persisiran pantai TokBali, dalam jajahan Bachok, Kelantan mungkin menepati cita rasakebanyakan kita, sama ada yang mementingkan keselesaan dan keseronokan,mahupun bagi mereka yang lebih memikirkan tentang perbelanjaan.

Resort yang mempunyai keluasan kira-kira 3.2 hektar (lapan ekar) inidibina atas usaha gigih seorang usahawan wanita, Siti Hamidah Hamat.Beliau merupakan anak jati kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang.

Menurut Siti Hamidah, tanah tersebut dibelinya 15 tahun lalu dengantujuan untuk dijadikan lokasi percutian eksklusif untuk keluarganya.

SALAH satu sudut hiasan dalaman di Villa Hamat.

"Suatu ketika, saya rasakan tempat ini yang begitu cantik denganpanorama pantai yang mendatar dan menghadap Pulau Perhentian yangterletak di Laut China Selatan ini harus dikongsi bersama orang lain,tidak hanya kepada keluarga sahaja.

"Tambahan pula, dengan pengalaman merantau ke luar negaraterutamanya di Kepulauan Mauritius suatu ketika dahulu, ia telahmemberi idea kepada saya bahawa kenapa saya tidak bina sesuatu yanglebih baik daripada itu di tempat saya sendiri, di Tok Bali," katanyayang juga merupakan pengarah urusan resort berkenaan.



Bermula dengan pembukaan sebuah resort yang menyediakan pelbagaikemudahan untuk dikunjungi dan dikongsi bersama rakan-rakan dan'orang-orang istimewa' sedekad lalu, kini Villa Danialla mula menciptanama dan jenamanya tersendiri sebagai sebuah resort yang memenuhikeinginan sebuah percutian keluarga, juga sebagai sebuah pusatpercutian badan korporat.

Walaupun resort ini hanya dibuka secara rasmi untuk kunjungan umumpada bulan Mei tahun lalu, namun dengan usia tidak sampai setahunsetelah pembukaannya, ia telah mempunyai empat jenis villa sebagaipilihan pengunjung yang merangkumi 38 bilik. Ini termasuklah VillaHamat; sepuluh bilik, Villa Sarah; dua buah bilik, Villa Haflin; enambilik dan Villa Matahari; 20 buah bilik.

Villa-villa ini dijual pada harga antara RM200 hingga RM600 untukvilla eksklusif semalam. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Pada harga serendah itu, ia sememangnya sudah cukup selesa bagi duaorang penghuninya terutama bagi mereka yang mementingkan keluasan dankeselesaan ruang bilik air.

Ini menunjukkan pada harga serendah itu, pengunjung Villa Daniallasememangnya mendapat pakej yang sempurna untuk semua kemudahan yangdisediakan, dan ia sememangnya berbaloi.

VILLA HAMAT yang mengekalkan ciri-ciri tradisi rumah Melayu.

Selain itu juga, resort ini turut menyediakan pelbagai kemudahanlain termasuklah Dewan Fatimah yang boleh memuatkan 300 orang padasatu-satu masa untuk pelbagai jenis majlis. Antara kemudahan lain yangditawarkan termasuklah set barbeku, sebuah gelanggang bola tampar danruang karaoke terbuka untuk aktiviti riadah bagi kumpulan daribadan-badan korporat dan institusi.

Satu perkara yang menarik perhatian pengunjung resort ini ialahkafenya yang dibina secara terbuka, betul-betul di gigi pantai yangdikenali sebagai Beach Cafe.

Di kafe ini, pengunjung boleh menikmati keenakan masakan Melayu yangsiap terhidang bersama keluarga sambil menghirup hembusan bayu laut.Bahkan, anda juga menjamu mata dengan pemandangan pantai dan laut yangterbentang luas.

Menurut Siti Hamidah, resort berkenaan dibina berlandaskan konsep persahabatan dan perhubungan antara manusia dan alam sekitar.

Kini, pihaknya sedang membina sebuah kolam renang bertingkat di pesisir pantai yang memperlihatkan keunikannya.
Kolam itu dijangka siap dibina sepenuhnya pada pertengahan tahunini, sekali gus membolehkan para pengunjung membuat pilihan sama adauntuk berenang di laut masin atau terus terjun ke dalam kolam renangyang terletak hanya beberapa langkah dari persisiran pantai.

Menurut beliau, kedudukan kolam renang yang seolah-olah bercantumdengan laut itu akan membolehkan setiap ibu bapa berehat di tepiankolam sambil mengawasi keselamatan anak-anak mereka yang sedang bermaindi tepian pantai.


GAZEBO di taman tropika yang menghadap Villa Matahari
cukup selesa untuk beristirehat bersama keluarga.


Selain kemudahan itu, resort ini turut mempunyai sebuah tamantropika yang dipenuhi dengan pepohon menghijau dengan di tengahnyadidirikan sebuah gazebo untuk ruang istirehat.

Dalam erti kata lain, Villa Danialla dibina khusus untuk menerimakunjungan mereka yang benar-benar ingin menikmati keindahan pantai danalam tropika. Pada masa yang sama menggunakannya secara optimum untukmewujudkan kenangan yang menyeronokkan bagi sebuah percutian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 01:41 PM | Show all posts
Hai forumers sumer....

Takde sesapa yang pegi mauritius lagi ker bebaru ni...? mintak tolong kasin updated info skitt... please...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 09:04 AM | Show all posts
sapa penah gie mauritius & maldives... mana lagi best?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 11:39 AM | Show all posts
yup, maritius pantai nyer x cantik sgt.... setaraf langkawi jer.... tapi kalu maldives memang superb... tapi maldives punya accomodation huhuuhuhu mahai2 belaka memang tak mampu den nak pegi......
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 03:31 PM | Show all posts
mcm mana nak dapatkan full pakej ke mauritius ni eh??
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 05:32 PM | Show all posts
RamleeMall Post at 6-1-2008 16:36



    Apa hal lak ni?? nak iklan tak kn tempat, potong stim betoi:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2010 05:34 PM | Show all posts
sapa penah gie mauritius & maldives... mana lagi best?
adnil Post at 10-9-2009 09:04



    Bezanya mcm ni, kalau 7 hari 6 malam, mauritius dalam RM4000.00 seorg, Maldives dalam RM10,000.00 seorg...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 10:37 PM | Show all posts
fuhh.. baik aku gie umrah atau simpan sket lagi gi haji terus....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 02:46 PM | Show all posts
nak bagi up thread nih, ada member tanya...di mana nak dapatkan full packages ke Mauritius nih ??? sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 10:55 AM | Show all posts
Bezanya mcm ni, kalau 7 hari 6 malam, mauritius dalam RM4000.00 seorg, Maldives dalam RM10 ...
cmf_blingblings Post at 31-10-2010 17:34



    Maldives lebih dekat namun kos nya tidak mampu milik karena resort rssort mahal sahaja di sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.088965 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list