CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jeangrey

Pernah Travel ke Destinasi/Negara Mana?

[Copy link]
Post time 23-1-2007 03:31 AM | Show all posts
Sapa pernah pergi Timor Laste, best ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 11:35 AM | Show all posts

Reply #101 pondokgirl's post

destinasi yang agak unik tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 02:28 PM | Show all posts

Reply #99 Anego's post

u ni belajar sure dah sampai thp PhD kan, satu dunia u dah pegi belaja, bagusla anak bangsa kt berjaya, syabas, I like the spirit
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 03:25 PM | Show all posts
Ciklijah teringin nak pi Nepal or Africa (safari).

Dah pernah pegi:
1. Thailand (Bangkok, Phuket, Koa Samui)
2. Singapore
3. Indonesia (Medan, Jakarta, Bandung)
4. Manila
5. Colombo, Sri Lanka
6. Hong Kong
7. Australia (Brisbane, Sydney, Melbourne) - :love:
8. UK & Scotland
9. France (Paris, & French Riveira) :love:
10. Italy (Rome, Florence, Pisa)
11. Switzerland :love:
12. Germany (Berlin, Dresden, Hamburg, Frankfurt, Hannover)
13. Holland :love:
14. Belgium
15. USA (Florida, NYork)
16. Canada (Montreal)
17. Monaco :love:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 07:19 PM | Show all posts

Reply #103 jijan's post

thank you. tuntutlah ilmu sampai ke negara china selagi terdaya. sambil tu menyelam sekali :love:
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 09:34 PM | Show all posts
pernah ke gi London, Scotland, Singapore, Malaysia- KL, Melaka & Pulau Pinang, Indonesia- Jakarta & Bali, Thailand, Study kat Australia (NSW) and pegi holiday kat Goldcoast, Brisbane.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2007 04:13 PM | Show all posts
tempat yg aku dah pi

1.  US - Oklahoma blaja, TExas,New Orleans,Florida,Washington DC,NY

then sambung lg ke Ontario Canada tgk Niagara Falls.  Masa ni tgh blaja fulus pun xbyk, digital camera pon lum ada so gambo xla byk.  Semua memory dlm kepala jer.

2.  1 Mesia dah except Kelantan

3.  Mesir and Iran - ni dah ada duit, aku pon soping sakan sampai xcess baggage.  


tapi yg ralat xdpt pi lg ialah ke Mekah.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by <i>jijan</i> at 25-1-2007 04:13 PM<br />
tempat yg aku dah pi<br />
<br />
1.牋US - Oklahoma blaja, TExas,New Orleans,Florida,Washington DC,NY<br />
<br />
then sambung lg ke Ontario Canada tgk Niagara Falls.牋Masa ni tgh blaja fulus pun xbyk, digital came ...
<br />


Jijan lepas nih nak pegi mane??

Heh!!heh!!heh!!!

Gaji dah naik 50% nih!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2007 08:59 AM | Show all posts
pernah melawat

1. Malaysia kecuali Sabah & Sarawak
2. Brisbane
3. Phuket
4. London and Brighton - the best fish and chips
5. France - almost all except on west coast
6. Swiss - Geneva
7. Belgium - Brugges & Brussel - chocolates tak sedap tapi patisserie the best
8. Turki - Istanbul - makan paling best

[ Last edited by  Calim閞o at 26-1-2007 09:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:23 PM | Show all posts

UMRAH 2007

UMRAH BERSAMA SAYA PADA APRIL DAN MEI INSHA` ALLAH


Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,

Terlebih dahulu saya minta maaf  kepada semua sekiranya message ini mengganggu  anda. Tujuan saya menghantar message ini ialah untuk memberitahu tentang ibadah  `umrah. Dalam group ini ada tak sesiapa nak kerjakan umrah ?  Jom lah kita mengerjakan `umrah , beribadah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH :
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:26 PM | Show all posts
Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya ( sila lihat jumlah jemaah yang saya catitkan diatas ). Walau pun jemaah yang ikut sedikit tetapi sekiranya saya nak pergi saya tak kisah samada jemaah ramai atau sedikit kerana saya tak fikirkan sangat soal keuntungan. Selalunya saya tak dapat percuma  ( saya pun kena keluar duit juga ) kerana jemaah tak ramai. Dalam bulan puasa tahun 2004, saya kena bayar penuh , sama dengan jemaah bayar pada saya . Saya ambil dengan jemaah 4000RM sedangkan jemaah hanya seramai 7 orang sahaja. Oleh itu saya tak dapat nak cover, lebeh-lebeh lagi harga hotel melambung tinggi dalam bulan puasa. Jemaah tahu yang saya pun kena bayar macam mereka kerana mereka tanya harga pakej jemaah dari travel agensi lain yang tinggal satu hotel dan naik pesawat yang sama. Mereka terkejut kerana harga pakej travel agensi jauh lebeh mahal dari saya sedangkan jumlah mereka lebeh 40 orang. Oleh itu mereka nak beri wang lagi kepada saya kerana kasihan melihat saya letih sedangkan saya tak ada untung langsung, tetapi saya tak mahu terima kerana saya bersyukur kepada ALLAH dapat mengerjakan `umrah dalam bulan puasa.  

Namun begitu travel agent tempat saya beli tiket selalu kirim jemaah melalui saya .Ini bermakna mereka ini dah jadi jemaah saya tanpa saya menerima bayaran yang setimpal sebab ada travel agen yang beri saya 100 RM untuk setiap seorang jemaah mereka,  dan ada yang hanya beri 50 RM untuk seorang. Hanya sekali sahaja yang beri 200 RM untuk setiap jemaah. Bayangkan saya nak jaga manusia yang bukan semua nya satu kepala. Travel agen ni dapat untung banyak kerana mereka tak perlu hantar jemaah yang melibatkan kos yang tinggi . Olih itu kirim sahaja kepada saya ,ejen ni dapatlah untung banyak .dan saya pun sanggup bawa , saya tak kisah kerana tujuan saya untuk berdakwah dan berkhidmat kerana ALLAH.Satu perkara lagi nak diterangkan ialah kalau kita pergi ramai kosnya lebeh murah lagi.

Sebagaimana yang saya telah jelaskan bahawa pada tahun 2004 ,dalam bulan puasa hanya 7 orang yang mengikut saya mengerjakan umrah . Di Makkah,  kami yang seramai 8 orang ( termasuk saya ) menaiki bas yang sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk melawat persekitaran Makkah. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana konsortium ( muassasah ) disana nak untung maka dicampurkanlah kami dengan rombongan lain. Saya boleh berkeras dan melaporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi tetapi saya tak mahu melakukan demikian kerana memandangkan bulan puasa yang mulia. Tahun 2003 dulu saya pernah ugut nak laporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi , apa lagi wakil konsortium merayu-rayu saya dan diberinya bas yang besar kepada rombongan saya yang hanya berjumlah 11 orang sahaja.

Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam diri tak mahu tampil ke depan kerana maklumlah saya sedar rombongan saya hanya 8 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu mereka ada tour guide sendiri , tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang maju kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan tanya siapakah ketua rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil seorang haji ( rombongannya panggil dia ustaz dan memang orang panggil ketua rombongan `umrah sebagai ustaz walau pun dia bukan ustaz - senang dapat title ustaz ya, bawa rombongan `umrah, orang akan panggil ustaz atau ustazah ???? ).Saya hulurkan microphone kepadanya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab tak tahu nak cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang tinggal di Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan kepada jemaah itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. Kawan-kawan saya seramai 7 orang itu semuanya ustaz-ustaz lecturer dari UM dan UIA. Kalau saya nak terangkan kepada mereka pun cukuplah secara ringkas sahaja tetapi kerana kasihankan jemaah yang ramai itu saya terpaksa berikan penerangan dengan panjang lebar. Rakan-rakan saya suruh saya minta tips dari ketua jemaah kerana memang ketua jemaah mesti bayar kpd tour guide sebanyak 150RM tetapi saya tak melakukan demikian kerana saya inginkan pahala , lebeh-lebeh lagi bulan puasa. Walau bagimana pun ketua rombongan itu masukkan dalam kocek saya 50 Rial.

Sebenarnya dah 3 kali saya alami peristiwa yang sama sebelum ini. Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi `umrah seboleh-bolehnya pergilah dengan orang yang pernah belajar disana kerana dia tahu selok belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( termasuk ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah `umrah melakukan perkara yang salah semasa mengerjakan `umrah. Kita dah habiskan wang yang banyak untuk `umrah , maka sudah tentu kita inginkan ibadah yang sempurna.

Untuk maklumat anda kenapa saya beria-ria sangat mengajak orang pergi `umrah dengan saya . Selain dari tujuan untuk berdakwah dan membimbing jemaah supaya melakukan umrah dengan cara yang betul mengikut cara yang dilakukan Nabi sallallahu `alaihi wasallam ada satu lagi sebab, iaitu berkaitan dengan travel agensi.

Sejak saya mula membawa jemaah ber`umrah, dah 10 kali saya bertukar egensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai egensi yang di black list oleh caterer di Makkah  dan Madinah . Kebanyakan caterer di Makkah dan Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa egensi2 ini di black list ? Sebab tak bayar wang makan. Ada egensi yang tak  bayar 100000 Saudi Rial . Tahun lepas, salah seorang kawan saya ( caterer ) pulang ke Malaysia dari Makkah menjejaki travel agensi yang berhutang dengannya sebanyak 30000 rial.

Dalam hal ini jemaah tidak salah kerana diMalaysia lagi mereka telah membayar harga penuh kepada travel agensi dan ini termasuk wang makan serta hotel tetapi banyak egensi tak membayar wang makan kepada caterer diMakkah dan Madinah. Dalam erti kata lain anda bayar harga pakej penuh kepada egensi untuk ber`umrah tetapi egensi inilah yang tak bayar kpd Caterer di Makkah dan Madinah. Mungkin pada mulanya egensi ini berhutang kerana nak pusing duit atau modal tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak menjadi banyak dan agak berat nak membayarnya. Caterer2 ini pula tak sampai hati tak beri makan kepada jemaah  `umrah kerana mereka tahu jemaah dah bayar kepada egensi. Inilah yang selalu berlaku.tetapi jemaah tidak tahu hal ini.

Sekiranya anda tidak berhajat nak pergi bolehlah tanya teman-teman atau saudara mara yang nak pergi. Kemudian contact saya melalui e mail . Setelah itu saya akan berikan nombor talipon.
Berkaitan dengan harga pakej pula , rasanya lebeh kurang 1 minggu lagi airlines akan keluarkan harga dan ketika itu barulah saya boleh tetapkan harga dan insha` ALLAH lebeh murah dari agensi.

Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahaja sedangkan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan  ini, Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan `umrah.Buku ini belum diterbitkan lagi kerana saya tiada modal. Saya hanya berikan buku ini kepada jemaah yang ikut saya mengerjakan `umrah. Kalau anda mahukan buku ini saya boleh lampirkan dalam e mail.

Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN.  Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.


Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).

Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam  bersabda : "  Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga  ( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.

Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu`anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke  rumah ini dia di jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya dengan memberinya oleh-oleh dan pahala " .

Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita.
Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi melancung ke tempat lain , adalah lebeh baik kita mengerjakan haji dan `umrah. WALLAAHU `AA`LAM.

email: naasiha&yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengerjakan haji sebanyak 6 kali dan `umrah entah, tak tahu berapa banyak. Ini berlaku sewaktu saya dihantar ALLAH melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah. Pada akhir tahun 1979, sebelum saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah, ramai orang termasuk rakan-rakan yang meminta saya berfikir banyak kali untuk melanjutkan pelajaran ke sana , kerana pada ketika itu kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf  sijil dari Universiti Islam Madinah dan universiti-universiti di Arab Saudi. Kata mereka :
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:31 PM | Show all posts
Satu kes lagi yang berlaku dihadapan mata saya sendiri, iaitu berkaitan dengan seorang ustaz hafiz al Quran. Ustaz ini dahulunya selalu berceramah di TV , sekarang saya tak tahu sebab jarang menonton TV. Ustaz yang hafiz ini membawa jemaah yang ramai setiap kali mengerjakan umrah dan dalam setahun dia pergi beberapa kali dengan jemaah yang ramai pula. Maklumlah seorang yang terkanal . Dia dan jemaahnya naik satu kapalterbang dengan saya . Jemaahnya 100 orang lebeh, hamper separuh kapalterbang. Di Makkah mereka tinggal berhampiran dengan saya. Sewaktu mengerjakan `umrah saya terkejut bila melihat cara ustaz ini mengerjakan umrah kerana beliau telah melakukan kesalahan dan diikuti oleh jemaahnya pula. Sepatutnya ustaz ini tak bolehlah sama seperti orang lain yang jadi pak turut orang-orang yang jahil. Kenapakah sebelum mengerjakan umrah dia tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar. Seseorang yang menjadi ikutan orang ramai wajib membaca kitab-kitab yang muktabar yang dikarang oleh ulama besar zaman silam dan tidaklah memadai dengan hanya  membaca buku-buku berkaitan haji dan `umrah yang banyak dijual dikedai-kedai buku yang melambak dipasaran, kerana seseorang ustaz mestilah boleh mengemukakan dalil-dalil yang meyakinkan. Ada pun buku-buku yang banyak dijual dikedai berkaitan haji dan umrah tidak banyak mengemukakan dalil-dalil sehingga kadang-kadang kita tak tahu dari mana dia mengambil rujukan. Pada pandangan saya sekiranya ustaz yang hafiz tadi membaca kitab-kitab yang muktabar sudah tentu dia tidak melakukan kesalahan sewaktu mengerjakan umrah tetapi mungkin dia tak ada masa kerana sibuk dengan program ceramah .

Ini hanyalah dua contoh sahaja yang saya sebutkan. Banyak lagi yang berlaku , yang mana kalau saya tuliskan semuanya disini jadi letih pula anda membacanya.  

Oleh itu, berdasarkan kepada apa yang saya kemukakan tadi , wajiblah penganjur-penganjur dan syarikat-syarikat travel agensi yang menguruskan jema`ah haji dan `umrah supaya benar-benar mempelajari hal-hal yang berkaitan dengannya secara mendalam dan janganlah hanya mementingkan komersial sahaja. Pembimbing dan penganjur akan disoal ALLAH di hari Akhirat nanti.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , sepanjang mengerjakan  `umrah , saya dapati  penganjur  `umrah lebih suka menyerahkan urusan  `umrah kepada wakil-wakil mereka di Makkah dan Madinah. Mungkin mereka sangka wakil-wakil ini mahir dalam urusan haji dan `umrah kerana sudah lama bermastautin di Makkah. Ini adalah kesilapan yang besar kerana bukan semua yang bermastautin di  Makkah memahami betul-betul masalah ini. Ada diantara mereka yang hanya menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:31 PM | Show all posts
aku melawat dalam negeri jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:33 PM | Show all posts
NASIHAT KEPADA JEMAAH YANG INGIN MENGERJAKAN HAJI DAN `UMRAH


Mengerjakan `ibadah dengan ikhlas adalah sangat sulit seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; : " Mahukah kamu aku beritahu sesuatu yang menurut aku lebih merbahaya keatasmu daripada Dajjal Al-Masih ? Para sahabat &#1585;&#1590;&#1610; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1606;&#1607;&#1605; menjawab : " Ya ." Rasulullah &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; bersabda : " Syirik yang tersembunyi."  Seorang lelaki bersolat, lalu dielokkan solatnya kerana dia melihat orang memandangnya .
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:34 PM | Show all posts
Nasihat untuk sesiapa yang ingin mengerjakan umrah bulan march 2007


saya nasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi bulan March biarlah akhir March kerana kita bimbang visa umrah tak dikeluarkan lagi , sepertimana berlaku di tahun-tahun yang lepas mengakibatkan ramai jemaah terkandas dan tarikh keberangkatan ditunda.
Saya selalu menasihati orang yang nak pergi dengan saya tahun-tahun lepas agar kita tidak pergi awal bulan Rabi `ul Awwal kerana belum tentu permohonan
visa umrah dibuka. Kita tak boleh lihat senario tahun lepas kerana undang-undang arab ini tak selalu sama, tahun ini lain, tahun depan pula lain. Undang-undang yang
mereka buat boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Sepertimana tahun-tahun lepas nampaknya tahun ini kecoh lagi. Apabila kita tanya syarikat-syarikat travel agensi mereka begitu ghairah sekali tawarkan kepada pelanggan pakej umrah bulan March atau Umrah cuti sekolah bulan March. Masing-masing travel agensi berebut-rebut block seat dengan airlines, siapa cepat dia dapat. Ada yang dah tempah seat pesawat Saudi Arabia kerana mengikut perkiraan mereka di tahun-tahun lepas walau pun mereka tak dapat visa umrah tetapi kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visit visa untuk mereka yang menaiki pesawat Saudi Arabia sahaja. Manakala mereka yang nak menaiki pesawat yang lain terkandas.

Sebenarnya pemberian visit visa ini hanya diberikan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.  Sebagaimana yang saya jelaskan bahawa undang-undang
Arab berubah. Ada diantara rakan saya tak mahu pergi dengan saya kerana saya tak mahu pergi bulan March sedangkan dia free dalam bulan March. Saya sudah
katakan bahawa dia mungkin besar menghadapi risiko. Sekarang apa dah jadi ?? Akibat keghairahan syarikat travel agensi pelanggan juga yang menjadi mangsa .

Kawan saya yang mempunyai syarikat untuk membuat permohonan visa umrah boleh dikatakan setiap hari berhubung dengan kedutaan Arab saudi dan Muassasah di
Makkah , bertanyakan tarikh visa mula dibuka )tetapi sehingga hari ini tak tahu lagi bila ianya mula dibuka kerana ini bergantung kepada Kerajaan Arab saudi.Visit
visa juga menurut katanya kemungkinan tidak dikeluarkan lagi. WALLAAHU `AA`LAM

Kebanyakan travel agensi salah perhitungan, tiga tahun lepas, kalau tak silap saya , visa mula dibuka untuk permohonan pada 15 Safar. Kemudian selepas itu pada tahun berikutnya travel agensi fikir visa dibuka seperti tahun sebelumnya, oleh itu mereka berlumba-lumba booking tiket awal ( siapa cepat dia dapat ) tetapi malangnya sangkaan mereka tak betul akibatnya ramai jemaah terkandas dan penerbangan mereka ditunda. Begitulah setiap tahun ada yang terkandas kerana nak pergi awal sedangkan belum tentu visa di buka awal.

Untuk pengetahuan anda  semua, sekarang ini banyak syarikat yang teragak-agak
nak pergi bulan March. Tiket ( seat ) banyak kosong. Mana-mana travel yang sudah pun bayar deposit dengan airlines tidak lagi berani nak bayar harga tiket penuh. Masing-masing menunggu perkembangan dan mengharapkan visa umrah dibuka awal.

Untuk pengetahuan encik ,berdasarkan pengalaman saya yang pernah tinggal lebih kurang 6 tahun di Madinah , bahawa setiap tahun tarikh visa mula dibuka
berubah-ubah. Ini bergantung kepada kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Apabila menterinya berpuas hati dengan gerakan pembersihan pendatang asing , barulah
visa umrah dibuka.

Walau bagaimana pun marilah kita sama-sama berdoa supaya semua jemaah yang nak pergi  bulan March ini dihantar ALLAH ke tanah suci . Hanya kepada ALLAH tempat kita bermohon. ALLAH berkuasa diatas segala-galanya.

Sekian semoga bermanfaat
Wassalaamu` alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 11:41 AM | Show all posts
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 11:27 AM | Show all posts
Setakat ni negara yang dah diterokai baru jer :

1) Malaysia...including Sabah & Sarawak
2) Tokyo, Japan....memang best sangat negara ni...rasa safe..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 01:51 PM | Show all posts
pernah sampai UK - London & Reading
malaysia kecuali Sarawak, Perlis & Langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 06:51 PM | Show all posts
yg molly dah gi:

1.london
2.france (paris & lyon)
3.Italy (rome,milan,venice)
4.holland (amsterdam)
5.swizerland (zurich)
6.China (Beijing)
7.India (New delhi, Mumbai)
8.Indonesia (jkarta, bali, medan)
9.singapore
10.Australia (adelaide,Perth)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.481624 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list