CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Michi

[Merged] Produk Himalaya

[Copy link]
Post time 2-3-2007 01:41 PM | Show all posts
nie aku paste article pasa product himalaya..


MERAWAT KULIT - Berita Harian - 24 Februar 2007
Daun 'neem' yang tumbuh meliar di hutan tropika dan padang pasir ada khasiat kecantikan dan kesihatan

KECANTIKAN seseorang terpancar daripada wajahnya dan ia bermula daripada rasa gembira dalam diri sendiri, demikian kata-kata pujangga Barat, John Keats.

Tanpa disedari kegembiraan yang dinikmati seseorang dalam hidupnya membantu menyihatkan tubuh badannya. Apabila seseorang tertekan dalam hidup ia mengeluarkan bahan toksik dan kulit muka pula kelihatan kusut masai.

Bagi membantu mengatasi masalah ini bahan-bahan semula jadi terutama tumbuh-tumbuhan mempunyai keajaiban yang tidak diketahui umum, hinggalah ia diuji sebagai bahan saintifik dan diketahui khasiatnya termasuk produk kecantikan.

Contohnya daun 'neem' yang tumbuh meliar di hutan tropika dan juga di padang pasir, tanpa diketahui, mempunyai khasiat untuk tujuan kecantikan dan kesihatan.

Jenama Himalaya Herbal Healthcare dari India yang wujud sejak 1930 menggunakan pelbagai jenis herba terutama tumbuh-tumbuhan dan daun 'neem' untuk produk kecantikan terutama penjagaan kulit muka, rambut, dan vitamin tambahan.

Produk itu diusahakan oleh Encik Mohammad Manal di peringkat awal menggunakan herba bagi mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia kemudian berkembang dengan pesat apabila anak lelakinya, Encik Meraj Manal, menyertai syarikatnya pada 1964.

Daripada sebuah syarikat yang mengeluarkan ubat darah tinggi, ia kini mempunyai kira-kira 200 produk yang menggunakan kira-kira 1,000 jenis herba terutama tumbuh-tumbuhan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan.

Pokok-pokok yang dikenal pasti mempunyai khasiat ditanam di beberapa buah ladang di serata India milik syarikat tersebut, demikian menurut Encik Ravi Prasad, Pengarah Eksekutif Himalaya Global Holdings Ltd, yang berada di sini baru-baru ini.

Sebelumnya tidak banyak syarikat terutama yang mengeluarkan produk kecantikan menggunakan herba, kerana ketika itu bahan-bahan yang mengandungi kimia menjadi pilihan.

Bagaimanapun sejak lapan tahun lalu, tambahnya, kebanyakan jenama terkemuka produk kecantikan dari negara-negara Barat terutama Perancis menggunakan bahan-bahan semula jadi setelah diketahui khasiatnya.

'Sebenarnya apabila sesuatu produk menggunakan bahan semula jadi terutama herba seperti daun, pati pokok atau akarnya, ia membantu mengatasi pelbagai masalah secara bertahap,' ujarnya.

'Misalnya untuk merawat kulit yang menghadapi masalah jerawat dan bekas jerawat, kami menggunakan 19 jenis herba termasuk rosemary (tumbuhan renik yang harum bau daunnya), neem dan timun.

'Daun neem dan beberapa tumbuhan lain pula digunakan bagi membantu mengeluarkan sel-sel mati, daun itu juga sebagai bahan utama untuk produk rambut seperti syampu.'

Beliau menarik perhatian bahawa sesuatu produk yang menggunakan bahan kimia dalam jangka pendek memang membantu mengatasi masalah kulit muka, tetapi kesannya belum pasti dalam jangka panjang.

Contohnya, kulit membuat tali pinggang menggunakan bahan kimia untuk tujuan melembutkannya, tetapi dalam jangka panjang ia akan mengeras. Begitu juga dengan kulit muka.

Sebaliknya, produk herba pula, sama ada penggunaannya dalam jangka pendek atau panjang, tidak mempunyai kesan sampingan, kata Encik Ravi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 02:08 PM | Show all posts
bagus yek produk ni...

mmm kita pun nak cuba la...especially shampoo dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by ctsueraya at 2-3-2007 09:42 AM
baru try syampu anti dandruff for normal hair
suka colour die warna kunig2 hijau ckit
ader kandungan lemon extract
hopefully berkesan
ader sesaper ak kongsi pasal supplement HIMALAYA tak?
ap ...



Pinky baru mula makan neem dan amalaki...

Khabarnya, neem nie utk cuci darah dan penawar yang bagus utk kulit...Neem pun ada pembersihan toksin dari badan.  amalaki pulak ada vit c and A...juga bagus untuk skin...

Ada lagi satu, dorang kata purim bagus...tak tau la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 05:24 PM | Show all posts
baru try purifying neem face cleanser..besh jugak...xkeringkan kulit coz it soap free...n xdek jrawat naik lagik buat maser nih...skin feel fresh n xdry..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 10:56 PM | Show all posts
saya haritu ada la try pakai produk ni... tapi period tetiba tak datang.... gelabah lah gak.... stop terus lepas seminggu baru period....

sekarang ni dah tak guna dah.... mungkin ubat dia panas.... make sure minum air banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by nescafekopi at 4-3-2007 10:56 PM
saya haritu ada la try pakai produk ni... tapi period tetiba tak datang.... gelabah lah gak.... stop terus lepas seminggu baru period....

sekarang ni dah tak guna dah.... mungkin ubat dia pana ...



nes, guna ya mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2007 11:11 PM | Show all posts
Originally posted by dreadlock at 4-3-2007 05:24 PM
baru try purifying neem face cleanser..besh jugak...xkeringkan kulit coz it soap free...n xdek jrawat naik lagik buat maser nih...skin feel fresh n xdry..


ya la alhamdullillah so far so gd sejauh yg dah beberapa bln guna purifying cleanser + clay mask himalaya dan adalah combine dgn serum... tgk muka baru bangun tdor kat cermin mantain lagi and tak berminyak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2007 10:50 AM | Show all posts
kalau pakai clay mask tu boleh pudarkan parut jerawat yg hitam2 tak? sesape ada pengalaman ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 05:11 PM | Show all posts
produk himalay ni kat mana senang nak dapat ek.. cari kat watson takde pun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 05:35 PM | Show all posts

Reply #169 honeynuyun's post

kat mydin kotaraya ader. pergilahh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by honeynuyun at 6-3-2007 05:11 PM
produk himalay ni kat mana senang nak dapat ek.. cari kat watson takde pun...



kat guardian mesti ada....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 06:15 PM | Show all posts
dah olmos a year pakai himalaya apricot gentle scrub dengan mask dia...mak skee...scrub die bagoss tak keringkan muka..kadang tu aku balon jek seminggu mengscrub muke tetap okay jerawat tak keluar..muka tak merah..the best part everytime lepas scrub mesti muke rase lembab sbb scrub die ade campor apple...apapon aku ni pakai campo2 ..memule pakai tu risau gak takot muke naik minatang jururawat..tapi so far alhamdulillahh ...ape yang aku tak balon...neo pon aku pakai ahh pendek kate campoo campooo..cume scrub ngan mask aku stik himalaya...heh
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by hatemetoday at 6-3-2007 06:15 PM
dah olmos a year pakai himalaya apricot gentle scrub dengan mask dia...mak skee...scrub die bagoss tak keringkan muka..kadang tu aku balon jek seminggu mengscrub muke tetap okay jerawat tak kelua ...



a'ah scrub apricot dia best....
rasa macam kulit ni bersih dan tak kasar lagi selepas pakai scrub tu....
purpler pun sukerrr...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 06:40 PM | Show all posts
Belle guna syampoo anti dandruff, protein conditioner, anti-dandruff oil & revitalising hair oil.

So far, i love this product, esp the anti-dandruff oil. Sekarang dah kurang dandruff belle and the shampoo is very mild, tapi bau tak kuat, so belle pakai selang sehari or 2 hari gitu.

Sebelum ni belle try head n shoulders, rejoice & clear, tapi none worked. So happy with this himalaya product! Highly reccommended!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:38 PM | Show all posts
pueh hati dgn himalaya setakat nie....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 10:24 PM | Show all posts

Reply #166 azsagi's post

nanti i update guna yang mana.... tak ingat la.... rasanya yang untuk detoxify tu.... tapi ada namanya.... nanti ekkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 11:53 PM | Show all posts
hampir semua yg gunakan skin care himalaya bagi +ve feedback..
bagus laa erk produk ni.. i teringin nak cuba..
boleh la kite rekomen kat kwn2 yg ada problem jerawat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 12:51 AM | Show all posts
scrub n mask dier ok ker???nih yg teruja nih...tpkan naper biler pki cleanser dier dah 3 hari dah...dah start naik jerawat nih...tp jenis halus2 ler... ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 06:04 AM | Show all posts

Reply #178 dreadlock's post

kadang-kadang kalau produk tu terlalu banyak vitamin content pun boleh buat muka naik jerawat balik....

macam haritu saya try produk lain, naik jerawat.... itu la kata the sales person, saya pun tak tau.... apa kata tanya balik kat yang jual tu, mungkin dia boleh nasihat kat awak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2007 08:10 AM | Show all posts
Originally posted by dreadlock at 7-3-2007 12:51 AM
scrub n mask dier ok ker???nih yg teruja nih...tpkan naper biler pki cleanser dier dah 3 hari dah...dah start naik jerawat nih...tp jenis halus2 ler... ...



pakai cleanser yg mana????
kalau pakai yg selain dpd neem....
purpler pakai pun naik jerawat kicik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065597 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list