CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6173|Reply: 11

menziharkan isteri ...

[Copy link]
Post time 9-10-2006 12:37 PM | Show all posts |Read mode
assalammualaikum...
saya nak bertanye pada forumer sekalian pasal "zihar"...apa yg dimaksudkan dengan zihar... secara umumnya yang saya tahu...zihar ini menyamakan anggota tubuh isteri dengan mahramnya..
adakah..menyamakan..anggota tubuh isteri dengan anak kandung sendiri juga dikira zihar..contoh ayat.."hidung ayang ni..sama lah dengan hidung anak kita tu"
saya buntu dengan masalah ini... dan jika berlaku nya zihar[secara tidak sengaja,kerana tidak tahu]..apa yang patut dilakukan...?

~buntu~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2006 12:43 PM | Show all posts
sekiranya jatuh hukum zihar apakah yang perlu seorang suami lakukan?
kalau berpandukan kepada Firman Allah yang mafhumnya ;"Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka dan kemudian mereka hendak kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapat hamba untuk dimerdekakan, maka wajiblah atasnya (suami) berpuasa 2 bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak berkuasa, wajiblah atasnya memberi makan 60 orang miskin.

Demikiannlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya. dan itulah hukum-hukum Allah dan orang-orang kafir ada baginya siksaaan-siksaan yang amat pedih."
  
Wassalam

JAWAPAN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

RUKUN ZIHAR
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yang diserupakan
4. Lafaz zihar

PERINCIAN
Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)

Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:
Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 02:03 PM | Show all posts
maksudnyer tak jatuh ler zihar tu kan   sbb dia menyamakan ngan hidung...

tp kalau zihar ngan anak sendiri pun tak buleh yeh???
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 10:51 PM | Show all posts
tak apa tu lyly.  yang zihar tu isteri dengan ibu.  tu pun kena tengok keadaan, niat, suasana sebelum boleh jatuh zihar.

lagipun mak dengan anak dah memang gerenti sama punya.  so, nak kata macamana lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 01:18 AM | Show all posts
Originally posted by meme at 9-10-2006 12:37 PM
assalammualaikum...
saya nak bertanye pada forumer sekalian pasal "zihar"...apa yg dimaksudkan dengan zihar... secara umumnya yang saya tahu...zihar ini menyamakan anggota tubuh isteri ...


statement tu tak ada apa-apa effect pun... tak termasuk dalam kategori zihar pun....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:40 PM | Show all posts
First time dgr psl Zihar ni masa gi kursus kahwin baru2 ni...

Mcm pelik jugak.. Rasa mcm ramai je org cakap mata anak dia sama dgn mata ibu..

Mcmtu pun kira Zihar ke?

Dahlah hukumannya kena puasa 2 bulan plak tu..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2010 09:47 PM | Show all posts
First time dgr psl Zihar ni masa gi kursus kahwin baru2 ni...

Mcm pelik jugak.. Rasa mcm ramai je ...
freekey Post at 9-11-2010 12:40


Ni sah tak baca habis thread.
nanti bila masuk kelas dalam kursus tu, cuba tanya ustaz.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 01:01 AM | Show all posts
kalau kamu terlanjur melakukan sesuatu atas sebab kamu jahil (tidak tahu) waktu itu pn kamu dah terlepas dr hukuman(perkara)  tersebut. jgn buat2 xtahu sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2010 05:44 PM | Show all posts
aku rse zihar hanya jd bile kte menyamakan benda yg haram kte tgk antara mahram je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2010 05:45 PM | Show all posts
tp mcmane plak klu bini kte yg ckp sebaliknye...

cth perut u ni mcm perut ayah u la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 01:22 AM | Show all posts
mintak izin almas summary kan bleh?sbb dorg xbce smpi habis...

Jatuh hukum zihar jika:
1) Kalau menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal

2)Kalau suami menyamakan isteri dengan seluruh atau juzuk dari anggota badan wanita yang haram dilihat suami semasa mahram.

Tak jatuh hukum zihar:
1) kalau suami menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki

okeh skrg perhatikan keyword yang penting :
1) Suami menyamakan isteri
kalau isteri yang menyamakan suami bukan zihar..zihar ni isu talak mmg hanya sah jika suami yg buat..isteri nak buat seribu kali talak pun xsah..

2)Isteri
yang dizihar tu isteri die bukan isteri org lain

3)yang disamakan
dengan anggota badan wanita yang haram dikhawini suami scr kekal yang haram dilihat.

4)Melafazkan persamaan tersebut

jatuh hukum zihar:
1)kalau berniat dgn lafaz terang2an
2)kalau berniat dgn lafaz berkias2
3)kalau tak berniat dgn lafaz terang2an

tak jatuh hukum zihar:
1)kalau niat dalam hati tak lafaz

special case:
1)kalau suami tak berniat dan lafaz scr berkias2 atau bersyarat atau ade tempoh masa..kne rujuk ustaz lafaznya bagaimana niatnye tu mcmne..hukum bergantung kpd niat

Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:27 AM | Show all posts
mintak izin almas summary kan bleh?sbb dorg xbce smpi habis...

Jatuh hukum zihar jika:
1) Kalau  ...
almas Post at 22-12-2010 01:22




Tq cik almas.
Rumusan yg ringkas dan mudah difahami.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.553681 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list