CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: digweed

Backpackers... Register here!!!!

  [Copy link]
Post time 12-12-2006 10:26 AM | Show all posts
username: eiyoei
Plan for next trip: malaysia - thailand - burma - china (by 135cc motorcycle)
When: jan 07 (2 minggu je)
budget: 10k (separuh opis sponser)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 01:19 AM | Show all posts
Plan for next trip: iran-turkey-scandinavia-estonia-latvia-lithuania-bosnia,adriatic/batic
When: 2007 & 2008
budget: RM4000 each trip
past backpack trip (2006)  : zurich-interlaken-grindelwald-geneva (april 06)
                                             malaga-granada-cordoba-madrid-bilbao-zaragoza-barcelona (disember 06)
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 10:12 AM | Show all posts
wa letakje namalah..
tapi tak pernah backpacker...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:45 AM | Show all posts
my plan..

jan 07 backpack ke chiengmai/chiangrai...

if ada tips to share, please buzz me!!  tq!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 11:56 PM | Show all posts
masa belum kawin dulu memang yaneng rajin berbackpacking...

pegi ostolia pun duduk kat caravan park......


i envy you guys.....arrghhhh....bilalah berkesempatan nak melepak cam tue ek.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 08:45 AM | Show all posts
user name: Sciencefiction
destinasi: Paris-Brussels-Amsterdam/Moscow
waaaaa..... kena rajin motong haku tahun ni sbb kuat merayap....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2007 09:24 PM | Show all posts

UMRAH DAN ZIARAH 2007

UMRAH BERSAMA SAYA PADA APRIL DAN MEI INSHA` ALLAH

Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengerjakan haji sebanyak 6 kali dan `umrah entah, tak tahu berapa banyak. Ini berlaku sewaktu saya dihantar ALLAH melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah. Pada akhir tahun 1979, sebelum saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah, ramai orang termasuk rakan-rakan yang meminta saya berfikir banyak kali untuk melanjutkan pelajaran ke sana , kerana pada ketika itu kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf  sijil dari Universiti Islam Madinah dan universiti-universiti di Arab Saudi. Kata mereka :
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:27 PM | Show all posts
Satu kes lagi yang berlaku dihadapan mata saya sendiri, iaitu berkaitan dengan seorang ustaz yang terkenal juga , dia membawa jemaah yang ramai setiap kali mengerjakan umrah dan dalam setahun dia pergi beberapa kali dengan jemaah yang ramai pula. Dia dan jemaahnya naik satu kapalterbang dengan saya . Jemaahnya 100 orang lebeh, hampir separuh kapalterbang. Di Makkah mereka tinggal berhampiran dengan saya. Sewaktu mengerjakan `umrah saya terkejut bila melihat cara ustaz ini mengerjakan umrah kerana beliau telah melakukan kesalahan dan diikuti oleh jemaahnya pula. Sepatutnya ustaz ini tak bolehlah sama seperti orang lain yang jadi pak turut orang-orang yang jahil. Kenapakah sebelum mengerjakan umrah dia tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar. Seseorang yang menjadi ikutan orang ramai wajib membaca kitab-kitab yang muktabar yang dikarang oleh ulama besar zaman silam dan tidaklah memadai dengan hanya  membaca buku-buku berkaitan haji dan `umrah yang banyak dijual dikedai-kedai buku yang melambak dipasaran, kerana seseorang ustaz mestilah boleh mengemukakan dalil-dalil yang meyakinkan. Ada pun buku-buku yang banyak dijual dikedai berkaitan haji dan umrah tidak banyak mengemukakan dalil-dalil sehingga kadang-kadang kita tak tahu dari mana dia mengambil rujukan. Pada pandangan saya sekiranya ustaz ini membaca kitab-kitab yang muktabar sudah tentu dia tidak melakukan kesalahan sewaktu mengerjakan umrah .

Ini hanyalah dua contoh sahaja yang saya sebutkan. Banyak lagi yang berlaku , yang mana kalau saya tuliskan semuanya disini jadi letih pula anda membacanya.  

Oleh itu, berdasarkan kepada apa yang saya kemukakan tadi , wajiblah penganjur-penganjur yang menguruskan jema`ah haji dan `umrah supaya benar-benar mempelajari hal-hal yang berkaitan dengannya secara mendalam dan janganlah hanya mementingkan komersial sahaja. Pembimbing dan penganjur akan disoal ALLAH di hari Akhirat nanti.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , sepanjang mengerjakan  `umrah , saya dapati  penganjur  `umrah lebih suka menyerahkan urusan  `umrah kepada wakil-wakil mereka di Makkah dan Madinah. Mungkin mereka sangka wakil-wakil ini mahir dalam urusan haji dan `umrah kerana sudah lama bermastautin di Makkah. Ini adalah kesilapan yang besar kerana bukan semua yang bermastautin di  Makkah memahami betul-betul masalah ini. Ada diantara mereka yang hanya menjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 09:29 PM | Show all posts
LAKSANAKAN LAH UMRAH MENGIKUT SUNNAH

ssalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,

Sekiranya andaberminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semuamengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yangtelah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidakmengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telahtimpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayatALLAH"

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah.Namunbegitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yangmerekakerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh NabiSallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah punmembacaatau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitabhaji danumrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah iniyangdituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangankecilsahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu`alaihiwasallam,apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkansuarasewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah ataupara Mutawwif  ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yangsedangkhusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebabmengapasaya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.

Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan  `umrah sambil mengembara ketempat lain.
- Tahun 1994 `Umrah /Jordan.( Cuti sekolah 14 hari
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:29 PM | Show all posts
Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya hanya dapat megerjakan umrah pada tahun 1989 , iaitu dalam perjalanan untuk menyambungkan pelajaran ke Sudan. kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa jemaah . Ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak mengerjakan `umrah. Apabila mereka beritahu saya, terlintas untuk menolong mereka kerana dari pengalaman saya, ramai jemaah haji dan `umrah melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji dan `umrah. Saya terfikir kenapa nak biarkan mereka pergi dengan orang lain ,yang mana setahu saya semenjak saya masih belajar disana,  ramai penganjur umrah menyerahkan kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa belajar disana dahulu. Yang jadi masalahnya, selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Olih itu mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai pengetahuan tentang amalan haji atau `umrah. Ada yang tinggal disana kerana bekerja sendiri tetapi mengaku belajar. WALLAHU `AA`LAM.

Selama hampir 6 tahun belajar di Universiti Madinah, saya terlibat secara langung dengan urusan haji dan `umrah . Saya pernah diambil oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab ( pejabat ) , saya juga pernah berkhidmat dibahagian hospital .Setiap hari saya akan berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital diMadinah meninjau jemaah haji Malaysia di hospital-hospital di sana. Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat di Malaysia termasuk syarikat MAS sewaktu musim `umrah.

Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun 2004 saya dapat pergi 2 kali iaitu bulan Jun dan bulan puasa. Sebelum bulan puasa saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas saya pulang `umrah barulah taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun tersebut cuti. Jadi. saya pun pergi sekali lagi kerana nak rebut pahala besar dalam bulan puasa. Apabila saya nak mengerjakan `umrah, kawan-kawan dan, jiran dan orang kampung akan tanya kerana nak tumpang sama.

Pada tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat mengerjakan  `umrah 2 kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat, maka saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya siap buat urusan, Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari  13.6.2006 hingga 27.6.2006 (  Cuti sekolah 14 Hari
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:33 PM | Show all posts
Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahaja sedangkan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan  ini, Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan `umrah.Buku ini belum diterbitkan lagi kerana saya tiada modal. Saya hanya berikan buku ini kepada jemaah yang ikut saya mengerjakan `umrah. Kalau anda mahukan buku ini saya boleh lampirkan dalam e mail.

Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN.  Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.


Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).

Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam  bersabda : "  Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga  ( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.

Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu`anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke  rumah ini dia di jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya dengan memberinya oleh-oleh dan pahala " .

Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita.


Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi melancung ke tempat lain , adalah lebeh baik kita mengerjakan haji dan `umrah. WALLAAHU `AA`LAM.


Sesiapa yang berminat nak pergi bersama saya hantarlah e mail seperti adress di bawah.

Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Dari Saudaramu sesama Islam
e mail : naasiha@yahoo.com


[ Last edited by  naasiha at 6-4-2007 11:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:36 PM | Show all posts
Nasihat Untuk Yang Nak Kerjakan `Umrah

Mengerjakan`ibadah dengan ikhlas adalah sangat sulit seperti yang diisyaratkanoleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم : " Mahukah kamu aku beritahusesuatu yang menurut aku lebih merbahaya keatasmu daripada DajjalAl-Masih ? Parasahabat رضي الله عنهم menjawab : " Ya ." Rasulullah صلى الله عليه وسلمbersabda : " Syirik yang tersembunyi."  Seorang lelaki bersolat, laludielokkan solatnya kerana dia melihat orang memandangnya .
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:37 PM | Show all posts
Untuk pengetahuansemua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah sekali. Kita hanyaperlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaanyang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Adapun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yangmemuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahajasedangkan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sendiri tidak mengkhususkanbacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapatak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan (doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untukmelaksanakannya. Menyedari kesilapan  ini, Alhamdulillah saya telah punmengarang sebuah buku tentang haji dan `umrah.Buku ini belumditerbitkan lagi kerana saya tiada modal. Saya hanya berikan buku inikepada jemaah yang ikut saya mengerjakan `umrah. Kalau anda mahukanbuku ini saya boleh lampirkan dalam e mail.

Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN.  Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.


Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).

Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam  bersabda : "  Iringilah ( susulilah) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinandan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, danemas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecualisyurga  ( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan Ibnu KhuzaimahRahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.

Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu JuraijRahimahullah dari Jabir Radhiallaahu`anhu bahawa RasulullahSallallaahu`alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalahtiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke  rumah ini dia dijamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalamsyurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinyadengan memberinya oleh-oleh dan pahala " .

Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa yangmengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan kemiskinanmereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka wang merekaakan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH keranabermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita.


Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada kaliyang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kitamemerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itukeperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergimelancung ke tempat lain , adalah lebeh baik kita mengerjakan haji dan`umrah. WALLAAHU `AA`LAM.


Sesiapa yang berminat nak pergi bersama saya hantarlah e mail seperti adress di bawah.

Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Dari Saudaramu sesama Islam
e mail : naasiha@yahoo.com


Nasihat untuk sesiapa yang ingin mengerjakan umrah bulan march 2007

saya nasihatkan kepada sesiapa yang nak pergi bulan March biarlah akhir March kerana kita bimbang visa umrah tak dikeluarkan lagi , sepertimana berlaku di tahun-tahun yang lepas mengakibatkan ramai jemaah terkandas dan tarikh keberangkatan ditunda.
Saya selalu menasihati orang yang nak pergi dengan saya tahun-tahun lepas agar kita tidak pergi awal bulan Rabi `ul Awwal kerana belum tentu permohonan visa umrah dibuka. Kita tak boleh lihat senario tahun lepas kerana undang-undang arab ini tak selalu sama, tahun ini lain, tahun depan pula lain. Undang-undang yang mereka buat boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Sepertimana tahun-tahun lepas nampaknya tahun ini kecoh lagi. Apabila kita tanya syarikat-syarikat travel agensi mereka begitu ghairah sekali tawarkan kepada pelanggan pakej umrah bulan March atau Umrah cuti sekolah bulan March. Masing-masing travel agensi berebut-rebut block seat dengan airlines, siapa cepat dia dapat. Ada yang dah tempah seat pesawat Saudi Arabia kerana mengikut perkiraan mereka di tahun-tahun lepas walau pun mereka tak dapat visa umrah tetapi kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visit visa untuk mereka yang menaiki pesawat Saudi Arabia sahaja. Manakala mereka yang nak menaiki pesawat yang lain terkandas.

Sebenarnya pemberian visit visa ini hanya diberikan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.  Sebagaimana yang saya jelaskan bahawa undang-undang Arab berubah. Ada diantara rakan saya tak mahu pergi dengan saya kerana saya tak mahu pergi bulan March sedangkan dia free dalam bulan March. Saya sudah katakan bahawa dia mungkin besar menghadapi risiko. Sekarang apa dah jadi ?? Akibat keghairahan syarikat travel agensi pelanggan juga yang menjadi mangsa .
Kawan saya yang mempunyai syarikat untuk membuat permohonan visa umrah boleh dikatakan setiap hari berhubung dengan kedutaan Arab saudi dan Muassasah di Makkah , bertanyakan tarikh visa mula dibuka )tetapi sehingga hari ini tak tahu lagi bila ianya mula dibuka kerana ini bergantung kepada Kerajaan Arab saudi.Visit visa juga menurut katanya kemungkinan tidak dikeluarkan lagi. WALLAAHU `AA`LAM

Kebanyakan travel agensi salah perhitungan, tiga tahun lepas, kalau tak silap saya , visa mula dibuka untuk permohonan pada 15 Safar. Kemudian selepas itu pada tahun berikutnya travel agensi fikir visa dibuka seperti tahun sebelumnya, oleh itu mereka berlumba-lumba booking tiket awal ( siapa cepat dia dapat ) tetapi malangnya sangkaan mereka tak betul akibatnya ramai jemaah terkandas dan penerbangan mereka ditunda. Begitulah setiap tahun ada yang terkandas kerana nak pergi awal sedangkan belum tentu visa di buka awal.

Untuk pengetahuan semua,berdasarkan pengalaman saya yang pernah tinggal lebih kurang 6 tahun di Madinah , bahawa setiap tahun tarikh visa mula dibuka berubah-ubah. Ini bergantung kepada kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Apabila menterinya berpuas hati dengan gerakan pembersihan pendatang asing , barulah visa umrah dibuka.

Walau bagaimana pun marilah kita sama-sama berdoa supaya semua jemaah yang nak pergi  bulan March ini dihantar ALLAH ke tanah suci . Hanya kepada ALLAH tempat kita bermohon. ALLAH berkuasa diatas segala-galanya.

Sekian semoga bermanfaat
Wassalaamu` alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[ Last edited by  naasiha at 31-3-2007 01:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 12:46 AM | Show all posts
naasiha,

aiyakkk....u post cerita di tempat yg salah lah....ini tempat backpackers...topik umrah/haji kan ada...cuba search.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 06:31 PM | Show all posts

Reply #34 sherrina's post

Saya pergi haji dan umrah cara backpack sebab itulah murah. Dalam erti kata yang lain umrah keluarga. Bukan ramai yang ikut , jadi kami sendiri yang uruskan semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 03:27 PM | Show all posts

Reply #22 budakjawa's post

Boss... ada blogsite tak? fotopages ker? nak mintak guide bleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 05:24 PM | Show all posts
username: chillycomel
Plan for next trip: Europe ~ Korea ~ Australia ~ NZ
When: 2007 & future
budget: RM4000-6000 per trip
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 02:36 PM | Show all posts
jom gi backpack capetown nak tak? october 2007? amacam?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 05:35 AM | Show all posts
Originally posted by Ser3ndIpIty at 2-3-2007 07:27
Boss... ada blogsite tak? fotopages ker? nak mintak guide bleh?



kita borak sini jelah beb !
ramai boleh kongsi pengalaman.
bulan 12 - 2006 baru ke malaga, granada , cordoba , madrid, bilbao , barcelona

yang paling menarik backpack di granada 2 malam euro 75 utk double bed, yg single bed asmara lagi murah 50% je.
masuk web oasis backpackers granada
ramai pelancong dari luar datang melihat kesan kegemilangan tamadun Islam di sepanyol.
kota / istana Al-Hambra
kat hostel backpackers jumpa budak jepun .. dia backpack 2 org dah masuk sebulan setengah
dia berhenti kerja setelah bekerja 6 tahun
ambil 3 bulan utk backpack ke eropah .

beborak kejap dgn brader nih .
kpd yg berminat back pack ni .. simpan RM lebih awal .. sikit sikit la
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 05:36 AM | Show all posts
Originally posted by Ser3ndIpIty at 6-3-2007 06:36
jom gi backpack capetown nak tak? october 2007? amacam?



menarik gak tu beb.
kat office bj ni ramai gak budak dari afrika selatan
boleh ushar info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066776 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list