CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15202|Reply: 91

Album RAMA-RAMA terbaru dari ELLA.. Release on 23rd January 2007

[Copy link]
Post time 18-1-2007 06:03 AM | Show all posts |Read mode
17/1/2007 - Pelancaran Album Baru ELLA... berjudul RAMA-RAMA
                  
ALBUM TERBARU DARI ELLA berjudul "RAMA-RAMA". Memuatkan 5 lagu baru dan 5 lagu lama ( Rama-Rama, Sekilas Cinta , Percaya Diriku, Harum Ikhlas, 2 Sejoli, Dekat Padamu, Jujur, Takkan Melupakanmu, Imagine, 1 lagi x sure lagu apa ) Album Rama-Rama akan berada di pasaran bermula 23 Januari ini. Dapatkan yg ORI..


23 / 1/ 2007          - Ella muncul d Muzik @ Ria

3 / 2 /  2007          - Ella @ Konsert Gempaq Serantau, Stadium Malawati Shah Alam

11 & 25 / 2 / 2007 - Ella membuat showcase Sunday Nite Live di Planet Hollywood

[ Last edited by  juara at 22-1-2007 08:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2007 04:27 PM | Show all posts

Reply #1 juara's post

5 lagu lama tu lagu2 sapa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 04:51 PM | Show all posts

Reply #2 sayangidaku's post

macam lagu Radja jek :
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 05:10 PM | Show all posts
Ella sedia bergelar isteri
Oleh Ellyna Ali (harian metro)

KUALA LUMPUR: 揝aya sangat gembira dengan kehidupan saya sekarang. Seperti seekor rama-rama, begitulah ibaratnya keadaan diri saya ketika ini. Malah, hati saya juga sudah terisi oleh seseorang yang bergelar teman istimewa.

揇an, kalau jodoh mengatakan saya akan berkahwin dengannya pada tahun ini, biarlah ia berlangsung pada tarikh ulang tahun kelahiran saya nanti yang akan menyusul pada 31 Julai ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2007 06:56 PM | Show all posts
2 lagu Radja ( Jujur & Takkan Melupakanmu )
1 lagu Yusry KRU ( Dekat Padamu )
1 lagu John Lennon ( Imagine )
1 lagu Dewa ( 2 Sejoli )
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 07:04 PM | Show all posts
alahai.,.nape nak buat cover version lagu2 yg masih fresh?lagi prefer kalu buat cover lagu2 80 an cam lagu kumpulan Gersang ke...RAMA-RAMA=BUTTERFLY..cam album Mimi plak..eheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2007 03:27 AM | Show all posts

wah best nih...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 01:31 PM | Show all posts
WAJIB BELI NIE..
PRODUK DARI ELLA MEMANG BERKUALITI DAN AMAT TELITI HASIL KERJANYA..

CAMNER LAH AGAKNYA ELLA NYANYI LAGU JOHN LENNON -IMAGINE TU..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 10:13 PM | Show all posts
:love: aku pong xcited nak beli....lagu2 ella mmg aku ske....

bile ella nak buat full album baru....dah byk kali kompile je...

errr....album yg urban tuh bes tak...tak penah jumpe lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 11:54 PM | Show all posts
turn off sketla sbb ada 5 je lagu baru, + lagu2 lama yg tak berapa lama lak tu...(kecuali lgu imagine tu la).
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 03:11 AM | Show all posts
kenapa nak ada 5 lagu lama yea. tak best la. aku nak seme lagu baru ella..
kalo ella wat album, confirm best! .. aku minat ella punya lagu sejak dari skulah rendah lagi...gegiler punya minat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2007 04:55 AM | Show all posts
About RAMA - RAMA album..
Credits to Ella Gangs ( mulan )





WARNA-WARNA KEPOMPONG ELLA..




Bagi Ella, hidup ini suatu perjalanan. Masing-masing punya destinasi yang hendak dituju. Sepanjang tujuan menghala ke destinasi itu, lautan direnangi, bukit-bukau didaki, lembah dituruni, denai diredah, sesak diharungi dengan penuh ketabahan. Pelbagai yang dilalui di dalam ketabahan itu - kemanisan, kepahitan, kelembutan, kekasaran dan sebagainya bergaul membentuk kita hari ini.

Ella seperti yang lain juga tidak terkecuali. Cuma yang membezakannya adalah pengalaman dan tahap kecekalannya yang kita lihat masih gagah berdiri selaku Ratu Rock Malaysia biarpun sudah lebih 20 tahun bergelumang di dalam dunia hiburan terutama muzik.

Pengalaman hidupnya seiring dengan perjalanan seni muziknya. Ada kesamaan di antara dua destinasi Ella itu biarpun nampak berbeza, utuh dan kukuh di dalam kelembutan dan memberi pengertian tersendiri biarpun penuh dramatik. Kita boleh melihat sendiri perkembangan karier seni dan muzik pemilih nama asal Nor Zila Aminuddin ini. Bermula dengan pengalaman di kelab, lounge dan pub di Lembah Kelang di awal usia belasan tahun, tapaknya semakin berjejak apabilaa rnenyertai Ella & The Boys.

1986 album pertama Ella & The Boys dilahirkan. Terus melonjakkan nama gadis ini sebagai salah seorang perintis perkembangan muzik rock tempatan. Pun begitu, setahun sebelum itu (1985), industri muzik rock tanah air semakin membesar dengan lahirnya. album Battle Of The Bands 1 dan 2 yang turut disertai Lefthanded, Bloodshed, SYJ dan Rahim Maarof & Whitesteel. Ella & The Boys antaranya yang mula memasuki muzik arus perdana.

Ella semakin membesar. Bersama Ella & The Boys, band ini sebaris dengan nama-nama gah lain termasuk Search, Lefthanded, Bloodshed dan Sofea. 1988 Ella mengambil langkah berani untuk bergerak secara solo. Keyakinan pada bakat dan dirinya, menambahkan lagi warna-warni perjalanan hidup dan kariernya.

Bermula dengan album solo Pengemis Cinta (1988), Puteri Kota (1989), Identiti (1990) sehinggalah kejayaan album 30110 (1992) yang merakam sejarah buat penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini kerana mencatat jualan lebih 300,000 unit. Catatan amat memberangsangkan turut melihat pembesaran kalangan peminat Ella kepada bukan Melayu dan bukan peminat genre rock.

Sejarah seninya semakin indah dengan kelahiran Ella USA (1994) yang dirakam di Los Angeles, Amerika Syarikat yang mendapat sentuhan pemuzik jepun, Kyoji Yamamoto sebagai penerbitnya. Sentuhan Ella dan Kyoji untuk Ella USA sekali lagi mencipta sejarah bukan untuk Ella semata-mata malah industri seni negara apabila album itu dijual melebihi 350,000 unit. Ella menjadi artis wanita pertama yang mencatat jumlah jualan itu dan sehingga saat ini, Ella masih memegang rekod penyanyi wanita paling banyak album dijual.

Selepas Ella USA, agak lama Ella menyepi. Namun biarpun tidak mempunyai album baru, nama Ella sedikitpun tidak terjejas malah terus memberi saingan dan kemeriahan kepada industri muzik tempatan. Tiada album baru tidak bermakna tiada album khas kompilasi. Empat album kompilasi dihasilkan - 8494, Demi, lagu Jalan Ike Sisimu untuk album Gempaq dan lagu Standing In -the Eyes (album Sukan Komanwel 1998) mengisi ruang seni Ella.

1999 Ella muncul dengan El, diikuti Ilham Bicara (2001) dan Simbiosis (2003). 2005 pula muncul album Ella - A Journey Beyond yang merakam terbaik daripada Ella.



RAMA-RAMA ELLA

Bancuhan keindahan pengalaman hidup sebagai anak seni selama lebih 20 tahun ini dikumpul pula di dalam RAMA-RAMA yang membawa pengertian tersendiri buat Ella. Ella mempunyai tafsiran sendiri terhadap RAMA-RAMA, cukup simbolik kepada kehidupannya selama ini.

RAMA-RAMA serangga yang cantik, warna-warnanya menyenangkan mata memandang, kepaknya kecil tetapi mampu terbang tinggi dan jauh. Kata Ella, sepanjang RAMA-RAMA terbang, ia singgah di pelbagai tempat, berpaut di bermacam-macam ranting dan menumpang kehijauan dedaunan dan bunga璪ungaan.

"RAMA -RAMA memberi keceriaan di setiap yang disinggahi dan ditumpanginya. RAMA-RAMA cantik dan lembut, kecantikan dan kelembutan itu menyenangkan sesiapa saja.

Sesuainya dengan kelahiran RAMA-RAMA Ella kali ini. lni gambaran simbolik peralai7an dan pengalaman kerja seni Ella yang pelbagai. Kepelbagaian itu Ella terjemahkan di dalam RAMA--RAMA, "kata Ella.

RAMA-RAMA menerbangkan 10 buah karya yang menjadi pilihan Ella. 5 lagu baru dan 4 lagu `cover version' (serta 1 lagu remix radio edit) yang mempunyai pertalian dengan kehidupan dan pengalaman Ella. Tidak sekadar tangkap muat, pemilihan 4 lagu yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi lelaki ini memberi tarikan dan tafsiran tersendiri.

5 lagu baru - "Rama-Rama" ciptaan S Fauzan dan lirik Azam Dungun, "Harum lkhlas" (S Fauzan/ Loloq), "(Won't) Let U Down" (Melissa Endot), "Sekilas Cinta" (toque & Hiiman/ Loloq) dan "Percaya Diriku" (A Lutchounig/ Ida Lisa/ Zuraini). "Rama-Rama" juga dibuat di dalam versi radio edit.

Lagu RAMA-RAMA yang dijadikan single pertama album ini menyaksikan pengekalan Ella di dalam genre rock. Statusnya sebagai Ratu Rock nampaknya belum tergugat dengan penyampaian Ella yang begitu hidup dengan RAMA璕AMA.

Bukan sekadar simbolik untuk dijadikan judul album semata-mata tetapi RAMA-RAMA bakal menjadi lagu popular di dalam waktu terdekat ini.

"Bagi Ella, album kali ini sungguh bermakna kerana ia album peminat Ella. Ella diberi kebebasan oleh EMl untuk mencari yang terbaik untuk RAMA-RAMA. Pada Ella, sepanjang pembikinannya penuh dengan keseronokan terutama apabila memikirkan penghasilannya untuk peminat.

"Semua cerita Ella sepanjang pembabitan di dalam seni ini dirangkum di dalam album ini. Apa yang peminat terutama yang sedia ada dan peminat baru, mereka ingin tahu apa yang ada pada Ella selama ini.

"Melalui album RAMA-RAMA, Ella memberi segala jawapannya menerusi muzik dan lirik. RAMA-RAMA menyimpulkan kecintaan, hakikat berpijak di bumi nyata, kehidupan manusia, ketuhanan, keamanan dan persahabatan " katanya.

4 cover version - "Dua Sejoli" yang pernah dirakam oleh Dewa 19, "Dekat Padamu" (Yusry KRU), "JTM" (Radja) dan "Imagine" john Lennon).

"Ella mempunyai sebab-musabab mengapa laqu-lagu ini dipilih dan mereka di luar sana boleh membuat penilaian sendiri dan Ella tidak mampu menyekat hak untuk mereka berkata-kata. Ella terbuka untuk itu.

"Namun 4 lagu ini antara yang Ella suka kerana melodi dan pemilihan perkataan di dalam baris liriknya. Ella pilih dan cari sendiri lagu dan liriknya. lnilah yang Ella maksudkan dengan pengalaman seni Ella yang penuh dengan warna-warna tersendiri.

"Bagaimanapun ia bukan tugas mudah walaupun pernah dinyanyikan penyanyi lain sebelum ini. Empat lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi lelaki dan menjadi cabaran untuk Ella merealisasikan dengan cara Ella cara seorang wanita, " katanya.

Dua Sejoli - Ella tidak pernah mendengar lagu Dewa19 ini. Namun melalui pengkajian dan pencarian, Ella tertarik dengan melodi dan kata-katanya. Ella tidak terikut dengan nyanyian Dewa 19 kerana Ella ada cara Ella. Lagu ini tampak berbeza dengan susunan muzik oleh,Jenny Chin.

Dekat Padamu - Ella bawakan dengan simple dan jovial, maksud Ella kalau sesiapa yang mendengarnya terasa untuk menari. Mac Chew yang membuat susunan muzik lagu ini dan Ella cuba menyampaikannya dengan berbeza. Lagu ini agak mencabar kerana orang sudah kenal cara Yusry.

JTM - adalah gabungan 2 lagu iaitu Jujur dan Takkan Melupakanmu tetapi Ella pendekkan menjadi satu lagu. Sengaja Ella mahu tampilkan kelainan persembahannya dan Mac Chew berjaya membuatkan lagu ini makin menarik sesuai dengan cara Ella. Liriknya cukup berkesan mengenai kejujuran dan kesetiaan, sesuai dengan apa yang Ella cuba rangkumkan melalui RAMA-RAMA. Ella berpuas hati dengan kerja Mac Chew yang menghasilkan bunyi yang simpe but nice, sekali gus mencipta mood yang baik. Lagu ini boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira di mana kedudukan mereka baik bandar atau luar bandar.

Imagine - keseluruhan album ini berkisarkan kepada citarasa dan keindahan warna kehidupan. Seperti juga RAMA-RAMA yang merupakan serangga cantik. Ketika ini Ella begitu tersentuh dengan perkembangan dunia yang semakin menyakitkan. Perang sana-sini tidak berpenghujung, bagaikan tiada ruang untuk membentuk keamanan. Bersyukur dengan keharmonian negara kita walaupun sekarang dilanda banjir tetapi sekurang-kurangnya nasib kita lebih terbela. Mengapa Ella kaitkan keadaan keamanan dengan lagu Imagine? Anda dengar sendiri liriknya. Lagipun Ella antara peminat The Beatles terutama John Lennon dan isterinya, Yoko Ono.

Proses membentuk RAMA-RAMA mengambil masa 3 bulan. Agak lama untuk sebuah album Melayu tetapi demi mengekalkan kualitinya dan mencari yang terbaik, RAMA-RAMA sanggup menunggu.

Dipasarkan bermula 23 Januari 2007, RAMA-RAMA amat berbaloi dengan kreativiti lagu dan sound yang berkualiti yang dijual pada harga RM24.90 untuk CD dan RM16.90 bagi kaset.

"Perbezaan kali ini bukan dari segi muzik tetapi kelainan dari aspek pembikinan dan pemasarannya. Dengan kata lain, ia lebih dekat dengan peminat apabila mengambil kira kehendak dan selera mereka," kata Mohd Arzmy - Ketua Bahagian Domestik, A&R EMI Music Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2007 04:57 AM | Show all posts
TRACK LISTING RAMA-RAMA


RAMA-RAMA
S Fauzan/ Azam DungunEMI Music
Publishing Malaysia Sdn Bhd/ Luncai Emas Sdn Bhd

DUA SEJOLI
Ahmad Dhani
PT Satu Mitra Saja Publishing

HARUM IKHLAS
S Fauzan/ Azam DungunEMI Music
Publishing Malaysia Sdn Bhd/ Luncai Emas Sdn Bhd

DEKAT PADAMU
Edry Abdul Halim
KRU Publishing

(WON'T) LET DOWN
Melissa Endot
Universal Music Publishing

Jujur .Takkan Melupakanmu
Moldy & Jipeng/ Ian Kasefa PT
EMI Indonesia

SEKILAS CINTA
Loque & Hilman/ Loloq
O.P: Butter Trade Music; S.P EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd/ Luncai Emas Sdn Bhd

IMAGINE
John Lennon
EMI Blackwood Music Inc

PERCAYA DIRIKU
A Lutchounig/ Ida Lisa/ Zuraini
Biglife Music Ltd

RAMA-RAMA (radio edit)
S Fauzan/ Azam Dungun
EM! Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by juara at 20-1-2007 04:55 AM
Dipasarkan bermula 23 Januari 2007, RAMA-RAMA amat berbaloi dengankreativiti lagu dan sound yang berkualiti yang dijual pada hargaRM24.90 untuk CD dan RM16.90 bagi kaset.


mujur le tak mahal sangat...buleh borong la 23 Jan ni.. Yess!!!!!
Reply

Use magic Report

Neo-Artz This user has been deleted
Post time 20-1-2007 07:01 PM | Show all posts
kenalaha paham kenapa si Ella buat macam tue..kan pasal keadaan industri muzik kita yg tenat skrang...kalo dia buat semua lagu baru, takut takde orang suka plak....lagisatu mungkin nanti harga album mahal plak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2007 12:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2007 11:14 PM | Show all posts

Reply #15 Neo-Artz's post

sebab tu ke? aku tengok artis lain selamba je  kuar full album seme lagu baru... Ella ni dah ada fans dia sendiri... kuar je album...buleh laku punya....dia Otai..so ada pengikut dia sendiri.. aku percaya kalo dia kuar album full seme lagu baru...laku punyalahh...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 12:39 AM | Show all posts
Rasanya Ella saje je nk buat kelainan.. bukan sbb takut album x laku..

Setakat ni..
Ella buat album penuh lagu baru.. laku
Ella buat mini album ..laku
Ella buat kompilasi pelbagai kompilasi pun laku..
Ella buat album single jugak laku..
Sayrikat rakaman lama dia buat kompilasi lagu2 dia pun masih laku

Sbb pengikut setia lagu2 dan muzik Ella yakin kualiti album yg Ella hasilkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 12:53 AM | Show all posts

Reply #18 juara's post

Yup! Ella kalo kuarkan album mesti kualiti.
Macam aku cakap gak la atas tu, Ella ni dah ada pengikut dia sendiri.
Mesti panasnya album dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2007 10:09 AM | Show all posts
RAMA-RAMA release ari ni.. jom tangkap ramai2..

23/1/2007 - Ella ada interview kat HOT FM, 4 ptg
24/1/2007 - ELla ada interview kat ERA FM, 3 ptg

Sure diorang putar lagu baru Ella..
Lepas dgr nanti kalau suka.. gi la tangkap RAMA-RAMA kat kedai cd yg berhampiran..

Beli yg ORI..
Album Ella gerenti best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.095499 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list