|
Reply #34 SaL_comey's post
dari Diabetes control card .
4.0 - 6.0 excellent
7.0 good
8.0 - 12.0 action suggested. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SaL_comey at 21-7-2007 09:46 PM
tq very much guys for d info... it helps a lot. actually hubby at first tanak amik ubat pasal org dok g tau kat dier those ubat can effect bender lain. dia just nak makan herb yg dok jual kat f ...
untuk pengetahuan awak pengkreas yang menghasilkan insulin dalam badan suami awak tu dah rosak......sekiranya awak sedia ade klinik ni dengan izin Allah boleh memperbaiki keadaan pengkreas tu...bleh PM saya....kang saya bawa suami u ke klinik tu...salam |
|
|
|
|
|
|
|
saya hendak tanya
apa dia Limb Pisiotherapy? |
|
|
|
|
|
|
|
Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa
Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa
11-09-2007 02:12:59 AM
Susunan DALILAH IBRAHIM | DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).
Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.
Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?
Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.
Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?
Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.
Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;
Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).
Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
Sedang mengalami jangkitan kuman.
Warga tua dan tinggal bersendirian.
Hamil yang memerlukan suntikan insulin.
Berusia di bawah 12 tahun.
Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.
Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.
Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
Hipoglisemia | Hiperglisemia | Dehidrasi | Menggigil
Terlalu lemah
Amat lapar
Berpeluh
Pucat
Berdebar-debar
Gelisah
Koma (tidak sedarkan diri)
| Kerap buang air kecil
Terlalu dahaga
Sangat letih | Amat dahaga
Kulit dan lidah yang terlalu kering
Fikiran terganggu | | | |
Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa
Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.
Sahur | Berbuka | Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU
3-4 keping roti ATAU
Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)
| Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.
Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.
Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.
|
Senaman - Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.
Ubat - Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.
Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur. Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.
Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.
Insulin - Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:
Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.
Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .
Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:
*Sebelum bersahur
*Dua hingga empat jam sebelum bersahur
*Sebelum berbuka puasa
*Dua hingga empat jam kemudian
Perkara lain yang perlu diberi perhatian
Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi. Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.
Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.
Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.
Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.
Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.
|
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tq syd..amat berguna info yg u bagi nie....thanks...
selamat berpose |
|
|
|
|
|
|
|
good info, semoga dapat memberi panduan kepada yang berkenaan |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
sharing is caring
contoh, now mungkin takde diabetis
esok2 kita tak tahu
kan? |
|
|
|
|
|
|
|
korang pernah dengar ttg diabetis incipidus??...mcmana plak utk org sakit diabetis incipidus?..diorang bley puasa?... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa yang tahu kenapa pesakit kencing manis selalu ada bengkak atau bisul kat
tangan atau kaki tapi kadar gula dlm darah taklah tinggi 7.6 je, thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 SONofODIN's post
bagus..very informative..penting utk bacaan umum..otherwise penuh dgn free iklan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 vicheatjoe's post
vicheatjoe, punca penyakit kencing manis adalah asid,badan kita dipenuhi asid..so kita kne neutralkn asid dlm badan kita dengan minuman/makanan yg beralkali..sya de thu rawatan penyakit ini..keadahy amat mudah dan berasas air yg mempunyai nilai pH yg tinggi...ini bg meneutralkan asid dlm badan kita...awk lh pm sy jik nk megetahui lbh lanjut or ingin mencuba... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ada prod baru base dari buah manggis, ada sesapa pernah cuba? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 humanbase's post
xpnh try lak...tp byk pesakit mmg takut nk makan ubat..takut de side effect kat kidney...tp air yg sy bagtau nie air biasa yg mempunyai alkali yg tinggi..so xde msalah kt kidney dn anggta badan yg ln..malah ianya mbntu memulihkan kidney kita..org yg xbpenyakit pun digalakn minum untuk meseimbngkan asid dlm badan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by humanbase at 14-11-2007 04:38 PM
sekarang ada prod baru base dari buah manggis, ada sesapa pernah cuba?
Xango... quite good laa..
ada cuba gak.. but too expensive RM140 for 1.5 litre I think
baik untuk darah tinggi and sakit2 badan, pening2..
also air kencing kurang berbau..
cara makan satu sudu sekali suap.. 2 kali sehari pagi n malam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syahlavender at 14-11-2007 05:03 PM
xpnh try lak...tp byk pesakit mmg takut nk makan ubat..takut de side effect kat kidney...tp air yg sy bagtau nie air biasa yg mempunyai alkali yg tinggi..so xde msalah kt kidney dn anggta badan y ...
ramai yg salah anggap...
satu jenis jer ubat yang ganggu kidney.. ubat tahan sakit..
kalau amik ubat tahan sakit, please banyak minum air masak...
plus jgn amik pain killer dgn perut kosong.. kompem problem.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal ubat kencing manis...
terlalu banyak generic drugs kat pasaran...
the original pun bnyk..
but satu jer pesan... smart thinking...
here some clues:
genetic, kalau ade ayah or emak yg kene kencing manis..
90% you also will get it..
amalkan satu bende yg paling mudah
jgn mkn nasi, roti, kek, segala bende yg berkabohidrat selama 2 minggu,
kurangkan kandungan gula dalam mkn yg diambil..
then pi check darah (glucose random check or whatever procedure)..
see the different between before and the current...
kalau ade perubahan yg positif.. teruskan amalan tersebut..
penyakit tu takkan hilang...cuma kawal jerk..
[ Last edited by aboh at 15-11-2007 03:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 ijanaico's post
need your help...boleh beri info detail?... |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik aku mmg ada kencing manis ni..
tp dia dok mkn peria jerk..ubat doktor dia x amik
last2 mata dia jd buta..
dh jd cam tu br dia amik ubat doktor balik..
ape2 hal ubat jgn tinggal.. |
|
|
|
|
|
|
|
-----------------------------
[ Last edited by fifie_olin at 15-11-2007 02:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|