CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Pr|nCeSS^M|cKeY

[MERGED] DIABETES (KENCING MANIS)

[Copy link]
Post time 15-11-2007 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by aboh at 15-11-2007 02:55 AM
Pasal ubat kencing manis...
terlalu banyak generic drugs kat pasaran...
the original pun bnyk..
but satu jer pesan... smart thinking...

here some clues:
genetic, kalau ade ayah or emak yg  ...


sorry iklan sket..cepat2 amik insuran..dah sakit, apply sure kene reject 100% punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by jenglut at 15-11-2007 19:22


sorry iklan sket..cepat2 amik insuran..dah sakit, apply sure kene reject 100% punya
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by vicheatjoe at 20-4-2007 07:02 PM
just received bad news- I'm diabetic, kena makan ubat tapi ada sesetengah orang cakap jangan makan sebab nanti dapat sakit buah pinggang- betul ker??????

apa petua yer untuk kencing manis



petua untuk kencing manis.... ialah good sugar control... ideally kalau fasting between 4-6...
kalau diabetic diet tak cukup nak control ..kenalah makan ubat..
jangan risau ubat kencing manis tak boleh rosakkan buah pinggang...TETAPI
kencing manis yang tak control MEMANG confirm boleh rosak buah pinggan dan end up dengan haemodialisis..
majority pesakit buah pinggang kat malaysia ni (60-70%) sebab kencing manis yang tak control..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 05:41 PM | Show all posts

Reply #26 syahlavender's post

Following are the Causes of Diabetes

    * Hereditary or Inherited Traits : It is strongly believed that is due to some genes which passes from one generation to another. It depends upon closeness of blood relationship as mother is diabetes risk is 2 to 3%, father is diabetic risk is more than the previous case and if both the parents are diabetic, it has much greater risk for diabetes.
    * Age : Increased age is a factor which gives more possibility than in younger age. This disease may occur at any age, but 80% of cases occur after 50 year, incidences increase as age do in this group.
    * Poor Diet (Malnutrition Related Diabetes) : Improper nutrition, low protein and fibre intake, high intake of refined products are the expected reasons for developing diabetes.
    * Obesity and Fat Distribution : Being overweight means increased insulin resistance, that is if body fat is more than 30%, BMI 25+, waist grith 35 inches in women or 40 inches in males.
    * Sedentary Lifestyle : People with sedentary lifestyle are more prone to diabetes, when compare to those who exercise thrice a week, are at lesser risk of falling prey to diabetes.
    * Stress : Either physical injury or emotional disturbance is frequently blamed as the initial cause of the disease. Any disturbance in Cortiosteroid or ACTH therapy may lead to clinical signs of the diseases.
    * Drug Induced: Clozapine (Clozaril), olanzapine (Zyprexa), risperidone (Risperdal), quetiapine (Seroquel) and ziprasidone (Geodon) are known to induce this lethal disease.
    * Infection : Some of the strephylococci are suppose to be responsible factor for infection in pancreas.
    * Sex : It is commonly seen in elderly especially males but strong evidence of developing diabetes in females with multiple pregnancy has been observed or in females suffering from (PCOS) Polycystic Ovarian Syndrome.
    * Hypertension : It had been reported in many studies that there is direct relation between high systolic pressure and diabetes.
    * Serum lipids and lipoproteins : High triglyceride and cholesterol level in the blood are related to high blood sugars, in some cases it had been studied that risk are involved even with low HDL levels in circulating blood.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 04:00 PM | Show all posts
cuba amalkan makan capsul herba RG dan GL serta Andro G.........amat baik untuk mencegah kencing manis.

post dua kali lak

[ Last edited by  mata_bulat at 21-11-2007 04:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2007 04:03 PM | Show all posts
cuba amalkan capsul herba RG dan GL serta Andro G, amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis ni..........boleh klik dekat wab saya di bawah ini untuk info lebih lanjut serta testimoni dari pesakit kencing manis ya kronik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2007 02:23 PM | Show all posts

Reply #5 ijanaico's post

ijanaico tak perasan ke?...do reply..for my loved ones actually.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 09:52 PM | Show all posts
Tengok dekat web saya d bawah ni......testimoni pengguna pun ada, banyak info dekat situ.......herba ni memang agak bagus. bacalah info dekat web saya tu
infocantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2007 11:28 AM | Show all posts

Reply #18 boss.ika's post

green tea jenama apa yang selalu di syorkan???
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 05:51 PM | Show all posts
untuk pesakit diabetes ni kan......ok ke klau makan buah-buahan....apa2 jenis buah laa....ke kena pantang gak?...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 07:29 AM | Show all posts


a good article about diabetes i would like to share with forum members -

-------------------------------------------------------------------------------------------


Mungkinkah anda menghidap diabetes?

HARI ini, lebih 240 juta manusia di seluruh dunia hidup dengan diabetes. Dalam tempoh 20 tahun akan datang, angka ini dijangka akan meningkat kepada 380 juta.

Kanak-kanak sekalipun tidak terlepas daripada wabak yang membawa kepada komplikasi-komplikasi yang begitu menakutkan serta mengancam nyawa ini.

Diabetes menyebabkan kira-kira 5 peratus semua kematian dunia setiap tahun. Tanpa tindakan segera, kematian akibat diabetes mungkin akan meningkat sebanyak lebih 50 peratus dalam masa 10 tahun akan datang.

Diabetes ialah penyakit kronik yang muncul apabila pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin dengan mencukupi, atau apabila badan tidak dapat menggunakan insulin yang dikeluarkan itu secara berkesan.

Insulin ialah sejenis hormon yang diperlukan untuk menukar gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga untuk keperluan harian.

Hiperglikemia, atau peningkatan gula darah, merupakan kesan biasa penyakit diabetes yang tidak terkawal dan lama-kelamaan ia akan membawa kepada kerosakan yang serius kepada beberapa sistem badan, terutama sekali sistem saraf dan saluran darah.

Sekiranya komplikasi berkaitan diabetes ini tidak boleh dikurangkan, maka salah satu jalan untuk mencegah penyakit kronik ini ialah dengan mendidik diri sendiri.

Dengan mengetahui tanda dan gejala biasa penyakit ini di samping melakukan ujian glukosa darah yang sewajarnya, kita mungkin dapat membasmi gejala penyakit ini dari awal lagi.

Tanda-tanda dan gejala biasa

Kerap mengunjungi bilik air: Adakah anda terlampau kerap mengunjungi bilik air kebelakangan ini? Adakah anda berasa seperti mahu kencing sepanjang hari?

Kencing menjadi lebih kerap apabila terdapat terlampau banyak glukosa dalam darah.

Jika insulin tidak wujud ataupun tidak berkesan, maka buah pinggang anda tidak dapat menapis glukosa untuk mengembalikannya semula ke dalam darah.

Oleh yang demikian, buah pinggang akan dipenuhi glukosa dan ia cuba menarik lebih banyak air keluar daripada darah untuk mencairkan glukosa.

Ini menyebabkan pundi air kencing anda sentiasa penuh dan membuatkan anda selalu berlari ke bilik air.

Kehausan Yang Tidak Dapat Dipuaskan: Sekiranya anda sentiasa tidak puas minum dan minum lebih dari biasa, ini mungkin suatu tanda diabetes, terutamanya jika ia datang dengan kencing yang kerap.

Jika badan anda menarik lebih banyak air keluar daripada darah dan anda lebih kerap ke bilik air, anda akan mengalami penghidratan, maka lebih banyak lagi anda perlu minum untuk menggantikan air yang telah hilang itu.

Berat Badan Turun Tanpa Diusahakan: Gejala ini nampak lebih jelas pada diabetes jenis 1.

Dalam diabetes jenis 1, pankreas berhenti membuat insulin, kemungkinan disebabkan oleh serangan virus terhadap sel-sel pankreas ataupun kerana sesuatu tindakbalas autoimun yang membuatkan badan menyerang sel-sel yang mengeluarkan insulin.

Badan dengan nekad akan mencari sumber tenaga lain kerana sel-sel tidak memperolehi bekalan glukosa. Ia mula memecah-mecahkan tisu otot dan lemak untuk mendapatkan sumber tenaga.

Diabetes jenis 2 berlaku secara beransur-ansur dengan penentangan insulin semakin meningkat; oleh itu kehilangan berat badan tidaklah begitu terserlah dalam diabetes jenis ini.

Kelemahan dan Keletihan: Glukosa daripada makanan yang kita makan bergerak masuk ke dalam aliran darah di mana insulin akan membantu memudahkannya masuk ke dalam sel-sel badan kita.

Sel akan menggunakannya untuk mengeluarkan tenaga yang kita perlu untuk hidup.

Apabila insulin tiada di situ ataupun jika sel-sel tidak lagi bertindakbalas dengannya, maka glukosa akan terus berada di luar sel-sel dalam aliran darah. Sel-sel akan mengalami kekurangan tenaga dan anda akan berasa letih dan lemah.

Denyutan atau Kekebasan pada Tangan, Betis atau Kaki: Gejala ini dikenali sebagai neuropati. Ia berlaku secara beransur-ansur dalam masa yang panjang kerana kandungan glukosa yang tinggi secara konsisten dalam darah akan merosakkan sistem saraf, khususnya di tangan dan kaki.

Diabetes jenis 2 muncul secara beransur-ansur, dan ramai orang seringkali tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya.

Oleh itu, gula darah mungkin sudahpun berada pada tahap yang tinggi buat beberapa tahun lamanya sebelum pengesahan diabetes dilakukan.

Kerosakan saraf boleh menular tanpa disedari. Keadaan neuropati kerap kali boleh diperbaiki apabila kawalan glukosa darah diperketatkan.

Tanda-tanda dan gejala lain yang boleh berlaku: Penglihatan yang kabur, kulit kering dan gatal-gatal, selalu mendapat jangkitan, atau luka dan lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh, semua ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Apabila tanda-tanda ini dikaitkan dengan diabetes, ia merupakan hasil daripada paras glukosa yang tinggi dalam badan.

Sekiranya anda ternampak mana-mana tanda tersebut, sila jumpa doktor secepat mungkin. Doktor dapat mengesahkan sama ada anda sedang berhadapan dengan masalah diabetes.

Suplemen-suplemen nutrisi untuk para pesakit diabetes dan pradiabetes

Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula darah di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi utama diabetes.

Nutrien-nutrien penting yang diperlukan pesakit diabetes dan pradiabetes dalam jumlah yang lebih tinggi berbanding daripada yang boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa ialah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 01:09 PM | Show all posts

Sleep disruptions may up diabetes risk

WASHINGTON - When Shakespeare called sleep the "chief nourisher of life's feast," he may have been well ahead of his time, medically at least. Researchers at the University of Chicago Medical Center report that disrupting sleep damages the body's ability to regulate blood sugar levels, potentially raising the risk of developing type 2 diabetes. ADVERTISEMENT



More than 18 million Americans have diabetes and the most common form is type 2, in which the body either becomes resistant to insulin or doesn't produce enough of it to regulate sugar in the bloodstream.

In a small experiment, researchers led by Dr. Esra Tasali, an assistant professor of medicine, found that disrupting the deepest sleep periods of volunteers rapidly resulted in reduction in their ability to regulate blood-sugar levels.

The findings are reported in Monday's online edition of Proceedings of the National Academy of Sciences.

The researchers studied the sleep patterns of nine volunteers, five men and four women, all of normal weight, in good health and aged 20 to 31.

Normal sleep is divided into several stages, with the so-called slow-wave sleep considered the deepest.

Whenever the volunteers went into slow-wave sleep the researchers made noise — enough to disturb the sleep though not to fully awaken them.

After just three days the ability of the volunteers to regulate blood sugar was reduced by 25 percent, the researchers reported.

Earlier studies have indicated that lack of sleep can reduce the ability to regulate sugar, and this report adds evidence that poor sleep quality is also a diabetes risk.

"This decrease in slow-wave sleep resembles the changes in sleep patterns caused by 40 years of aging," Tasali said in a statement. Young adults spend 80 to 100 minutes per night in slow-wave sleep, while people over age 60 generally have less than 20 minutes. "In this experiment," she said, "we gave people in their 20s the sleep of those in their 60s."

"Since reduced amounts of deep sleep are typical of aging and of common obesity-related sleep disorders, such as obstructive sleep apnea, these results suggest that strategies to improve sleep quality, as well as quantity, may help to prevent or delay the onset of type 2 diabetes in populations at risk," said co-author Dr. Eve Van Cauter, a professor of medicine.


ha... sesapa yg suka tdo lewat tuh elok amik ingatan....

___

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 08:55 AM | Show all posts
Hanya sekali sehari

Oleh ZAMRI RAMBLI

Jika sebelum ini pesakit diabetes dibebankan dengan pengambilan tablet oral sehingga tiga kali sehari, Glucophage XR adalah inovasi baru.





Cuba kira berapa ramai rakan anda di dalam pejabat. Jika jumlahnya mencecah 10 orang, salah seorang daripada anda adalah penghidap penyakit endemik yang semakin digeruni, diabetes.

Itulah perumpamaan mudah untuk menggambarkan betapa diabetes bukan sahaja penyakit yang semakin meningkat, tetapi ia bagaikan bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Menurut Perunding Kanan Endokrin, Dr. SP Chan, jumlah pesakit diabetes di Malaysia sangat membimbangkan apabila statistik menunjukkan 10.2 peratus rakyat negara ini menghidap diabetes, dengan 95 peratus daripadanya adalah diabetes jenis II.

Katanya, apa yang lebih membimbangkan dua daripada tiga pesakit diabetes Malaysia didapati tidak mengambil rawatan yang teratur untuk mengawal tahap glukosa dalam darah mereka.

Akibatnya, ramai yang terpaksa menderita dengan penyakit itu selain pelbagai penyakit 'pakej' lain akibat hiperglisemia seperti hipertensi, masalah kolesterol, kardiologi, obesiti dan masalah seksual.

Jelas Chan, pelbagai faktor menyumbang kepada kegagalan pesakit mengambil rawatan secara teratur termasuklah pengambilan dos yang terlalu kerap selain pelbagai kesan sampingan.

Satu versi tablet terkini yang dikenali sebagai Glucophage XR (metformin hyrocholoride) yang dilancarkan oleh Merck Serono baru-baru ini adalah antara inovasi terbaru yang menawarkan lebih keselesaan kepada pesakit diabetes.

Metformin yang digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai agen antidiabetik oral, membantu mengawal jumlah kandungan gula dalam darah.

Ia mengurangkan jumlah kandungan penyerapan glukosa oleh seorang pesakit daripada makanan yang diambil selain glukosa yang dihasilkan hati. Glucophage yang telah berada di pasaran sejak 50 tahun lalu juga meningkatkan tindak balas tubuh terhadap insulin.

揗etformin sememangnya menjadi ubat pilihan peringkat pertama dalam rawatan farmakologi di kebanyakan organisasi antarabangsa. Peraturan global untuk pengurusan diabetes jenis II mencadangkan metformin sebagai terapi farmakologi sejak hari pertama seseorang didiagnos dengan diabetes,
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 06:44 PM | Show all posts
Kafein tak bagus jika hidap diabetes

WASHINGTON: Langkah mengurangkan pengambilan kafein mungkin membantu mereka yang mengalami penyakit diabetes biasa mengawal lebih baik paras gula dalam darah, kata penyelidik semalam.

Ujian menunjukkan paras glukos dalam darah sekumpulan penghidap diabetes jenis 2 meningkat sepanjang hari apabila mengambil kafein terutama selepas makan, kata penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke di Durham, North Carolina.

"Kafein dilihat mengganggu metabolisme glukos dalam cara yang boleh membahayakan orang yang menghidap diabetes jenis 2," kata James Lane, ahli psikologi perubatan yang mengetuai kajian itu dalam temuramah menerusi telefon.

Kafein ditemui dalam kopi, teh dan kebanyakan minuman ringan.

Diabetes adalah keadaan di mana paras gula dalam darah terlalu tinggi. Mempunyai terlalu banyak glukos dalam darah boleh merosakkan mata, buah pinggang dan saraf. Diabetes juga boleh menjurus kepada penyakit jantung, angin ahmar dan menyebabkan anggota badan dipotong.

Diabetes jenis 2 adalah dalam bentuk yang turut dikatakan sebagai punca kegemukan.

Penemuan baru dilihat membalas penyelidikan sebelum ini berhubung diabetes dan kafein. Kajian terdahulu menunjukkan mereka yang minum kopi mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan mereka yang minum paling banyak kopi mempunyai risiko paling rendah.

Penyelidik menggunakan teknologi baru � pengesan glukos kecil yang dimasukkan di bawah kulit perut - untuk memantau paras glukos berterusan 10 orang, dengan purata umur 63 tahun.

Pada hari di mana peserta diberi empat kapsul mengandungi kafein bersamaan empat cawan kopi, purata paras harian gula meningkat lapan peratus berbanding pada hari di mana orang yang sama diberi empat kapsul plasebo, lapor penyelidik dalam jurnal Diabetes Care.

"Apa yang kami tunjukkan di sini ialah apabila orang dengan diabetes jenis 2 yang biasa minum kopi, ia menyebabkan penurunan pada glukos sepanjang hari berbanding jika mereka tidak mengambil kafein," kata Lane. � Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 08:59 AM | Show all posts
Diabetes dan mata

SALUR darah normal di dalammata amat halus (gambar besar) dan kerosakan akibat diabetes bolehmenyebabkan pendarahan di dalam mata (gambar kecil).






Bersama: DR. KOK HOWE SEN (Pakar Runding Pembedahan Mata, Pusat Pakar Mata Antarabangsa (ISEC) Midvalley, Kuala Lumpur)".


DIABETES kini semakin pantas menjadi ancaman kesihatan utama kepadanegara dari segi bilangan pesakit dan juga kesannya kepada ekonomikesihatan.

Kira-kira lima peratus golongan dewasa di Malaysia telah disahkanmenghidap diabetes dengan anggaran bilangan sebenar kes adalah sekitar10 peratus atau lebih.

Kebanyakan pesakit bukan sahaja gagal didiagnosis dengan diabetesmalahan keadaan kesihatan mereka juga tidak dijaga dengan baik keranakejahilan diri, tidak mahu menerima hakikat serta rasa puas hati dengankeadaan kesihatan semasa oleh pesakit dan kadangkala doktor yangmerawat.

Diagnosis, pemantauan dan kawalan

Dalam kebanyakan kes diabetes, kalori dalam badan sering kali gagal dikawal dengan baik.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan kandungan gula di dalam darahlebih tinggi daripada biasa yang seterusnya akan merosakkan dindingsaluran darah pesakit jika tidak dikawal.

Kerosakan yang berlaku kepada salur darah mungkin akan membawakepada kebocoran salur darah atau berkemungkinan menyebabkan salurdarah tersumbat.

Memandangkan salur darah terdapat di seluruh bahagian badan, kesemuaorgan dan struktur badan berkemungkinan menerima kesan daripada masalahini.

Antara yang paling mudah rosak akibat kerosakan salur darah adalahmata, yang akan mengancam penglihatan pesakit di samping buah pinggang,yang boleh membawa kepada penggantungan kepada dialisis untuk seumurhidup.

Diagnosis untuk diabetes hanya memerlukan ujian darah ringkas dantidak menyakitkan yang boleh dilakukan di mana-mana pusat kesihatanatau klinik setempat.

Diagnosis awal membolehkan pesakit menerima rawatan segera yangselalunya lebih ringkas dan penting dalam mengelakkan atau memulihkankomplikasi yang timbul akibat diabetes.

Pemantauan penyakit ini pula hanya memerlukan alat mengukur guladarah (glukometer) yang murah dan mudah digunakan pesakit di rumah.

Jika usaha mengawal penyakit ini lambat dijalankan, terutamanya jikagejala tertentu mula timbul, komplikasi yang berlaku ketika ini mungkintidak dapat dipulihkan lagi dan sering kali hanya dapat dikawal supayatidak menjadi semakin teruk.
Penyakit mata diabetes

Salur darah di dalam mata adalah amat kecil dan menjadi antara yang pertama rosak di peringkat awal penyakit diabetes.
Perubahan pada mata akibat diabetes mungkin berlaku sebelum pesakitdidiagnosis menghidap diabetes lagi dan perubahan ini amat mudahdikesan kini dengan adanya peralatan moden.

Oleh itu, pemeriksaan mata secara berkala dapat membantu dalammendiagnosis diabetes dan juga memantau perkembangan penyakit berkenaan.

Mata pesakit diabetes yang semakin teruk selalunya menunjukkanpengawalan yang kurang berkesan, sejajar dengan kerosakan kepada organlain seperti buah pinggang.

Perubahan pada mata di peringkat awal diabetes akan menyebabkankebocoran kecil cecair atau darah daripada lubang-lubang kecil padasalur darah.

Bagi kes diabetes yang lebih teruk, salur-salur darah ini bukansahaja akan bocor dengan lebih teruk malahan lambat-laun mungkin akantersumbat.

Apabila semakin banyak salur-salur darah tersumbat, aliran darahmungkin menjadi tidak normal sehingga berlakunya pendarahan denganbanyak.

Tambahan lagi, pendarahan ini mungkin diikuti dengan kesan parutyang akan menyebabkan kemusnahan kawasan dalam mata yang sensitifcahaya (retina) dan akhirnya membawa kepada pesakit menjadi butaselamanya.

Pentingnya pemeriksaan berterusan

Mungkin telah berlaku perubahan besar pada mata akibat diabetes dikalangan pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala diabetes.

Rawatan pada peringkat ini adalah yang paling berkesan keranapeluang kejayaannya lebih tinggi, serta rawatan yang lebih murah dantidak menyakitkan.

Rawatan selepas pesakit menunjukkan gejala diabetes selalunyamempunyai peluang lebih rendah untuk berjaya dan kosnya juga lebihmahal.

Faktor masa ini ditekankan supaya pesakit tidak terlepas peluangmerawat komplikasi diabetes ketika keadaan masih boleh dikawal danpeluang pulih adalah lebih tinggi.

Lebih lama pesakit tidak mengendahkan gejala-gejala yang timbul ataulambat mendapatkan rawatan, lebih rendah kebarangkalian untukmemulihkan kembali penglihatannya.

Rawatan mata

Di peringkat awal masalah mata akibat diabetes, rawatan hanyamemerlukan pancaran cahaya ke dalam mata, sama seperti seseorangmenyuluh menggunakan lampu suluh.

Prosedur ini bukan pembedahan, hanya mengambil masa beberapa minituntuk dilakukan dan pesakit boleh menyambung aktiviti harian secaranormal sebaik sahaja selesai menjalani rawatan.

Kaedah ini kebanyakannya berjaya dan tidak menyakitkan dalam usaha mengelakkan pesakit kehilangan penglihatan.
Bagaimanapun, apabila kerosakan telah berlaku dan menyebabkanpesakit kehilangan penglihatan, rawatan akan menjadi semakin sukar.

Dalam keadaan ini, rawatan menggunakan laser terkini seringdigunakan bagi menghalang keadaan pesakit menjadi lebih serius tetapiperingkat hilang penglihatan selalunya tidak dapat dipulihkan lagi.

Pesakit juga boleh mencuba pembedahan bagi kes peringkat seriustetapi ini akan menelan kos yang tinggi dan hanya boleh dijalankanpakar bedah vitreo-retina terlatih dan pernah menjalani latihansubkepakaran dalam bidang berkenaan.

Rawatan terkini untuk kes yang teruk, dan tidak dapat dirawat dengankaedah lain, adalah dengan menggunakan suntikan ubat biologikal kedalam mata.

Dikenali sebagai ubat 憄intar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 01:37 PM | Show all posts

Gout & kencing manis

Aku ader ayah. Ayah aku ni ader masalah gout ngan kencing manis.
Aku tau penyakit ni susah nak sembuh tapi satu jer masalah yang ulung. Ayah aku x leh tido malam coz tangan sebelah kakan dia berdenyut2 sakit. Masalahnyer, dah puas aku bawak gi doktor pakar, tapi sama jer. Baik kejap ajer.
Bawak gi berubat kampung, sama jer. Sampai malas dah..

TOLONG LA GUA BEB.... GUA SEDIH NI...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 01:57 PM | Show all posts
aku ada seorang kawan kene kencing manis

bacaan kandongan giula ;  16

pass dia cuba minum

secekak daun kesum
secekak pucuk senduduk
sekuntum bunga kantan


di rebus   3  kali

minum sampai habis


dia amalkan selama seminggu jer;;

pass tu g check.....bacaan nya 8.0

sekarang dah masuk 2 bulan

dia amalkan tu jer

bacaan masih kekal di bawah 8.0
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:48 PM | Show all posts

Reply #1 barbie1's post

hi barbie1,

dulu sy ada masalah yg hampir sama ngan awk,so awk jgn risau sbb semua penyakit ada ubatnya.ayah sy pun pengidap kencing manis,dah byk kali pegi jumpa doktor tapi x elok2 jugak,penah jarinya hampir kena potong......bulan lepas sy bagi ayah mkn food supplement utk kuatkan sistem imun,alhamdulillah,kesannya amat memberangsangkan,kencing manisnya dah turun,ayah sy pun semakin sihat,penghilatan pun dah tak kabur mcm dulu lg....

mcm nie laa,apa kata awk bg no tepon,nanti kite boleh jumpa,sy boleh cite detail lg psl supplement yg sy amik tuh,ok??
email sy:   rohazlini@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #3 rohazlini's post

napa x leh citer kat sini? semua leh kongsi bersama kebaikan yg ada.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #3 rohazlini's post

Tq ler sebab consent ngan masalah aku. tapi ubat aper. at least aku ader idea and leh suggest kat ayah aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.085947 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list