CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Author: Pr|nCeSS^M|cKeY

[MERGED] DIABETES (KENCING MANIS)

[Copy link]

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 25-7-2006 11:45 PM |All posts
pesakit diabetes ni ramai..kira2 2 juta rakyat malaysia kena diabetes kan ikut statistik...esme boleh la suggest kan pil peria ni...INSUPRO FORTE pernah dgr tak? insyaAllah sesaper saje yg ada diabetes boleh la amik pil ni...ada kes dr bacaan 26 darah tu leh turun ke 14 dan turun lagi dan lagi...

apa2 leh PM esme

~sorry...got to edit your posting...elakkan dari mengiklankan barangan kat sini~

[ Last edited by  blackmore at 26-7-2006 12:49 AM ]
COLLAB'UTEE/ MONA VIE juice.
012-2324622
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 26-7-2006 12:00 AM |All posts
ni penerangan skit...

INSUPRO
Though varieties of antidiabetic drugs are available commercially, the search for herbal antidiabetic agents of plant origin is still rapidly initiated throughout the world. Momordica charantia or better known as bitter gourd by locals in Malaysia, is popularly used as medicinal herb in many tropical countries like Brazil, Cuba, India, Malaysia, Peru, Mexico, Panama, Haiti, New Zealand. Bitter gourd was documented to have vast medicinal values including

    * Antibacterial
    * Antibiotic
    * Antidiabetic
    * Anti-inflammatory

       

    * Antileukemic
    * AntimicrobialAntimutagenic
    * Antioxidant

       

    * Antitumor
    * Antiulser
    * Antiviral


By using sophisticated biotechnology, Insupro forte is being produced through extraction and enhancement of bitter gourd active ingredients such as saponin which proven to have hypoglycemic effect without side effect. In University Malaya of Malaysia, research lead by Professor Dr. Mustafa Ali Mohd. had confirmed that bitter gourd has blood glucose lowering activities. The study also concluded that the effect of Insupro forte were comparable to that of drugs.

[ Last edited by  blackmore at 30-10-2006 05:55 PM ]
COLLAB'UTEE/ MONA VIE juice.
012-2324622
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 30-7-2006 06:13 PM |All posts
sebenarnyakan...
apa penyebab utama penyakit ni...
adakah keturunan???
mcm adik beradik mak miki...semuanya ada penyakit ini....
miki pun pelik...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 14-8-2006 01:24 PM |All posts

log-book tuk diabetes

hi...nk tanya ada sesape ada sample log-book tuk diabetes tak? tq :tq:
NOBIDENN an ultimate cure for viral fever, ubat demam virus....denggi
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 25-9-2006 09:46 AM |All posts

Puasa pesakit diabetes

Puasa pesakit diabetes
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

PENYAKIT Diabetes Melitus tidak mengenal agama mahupun pangkat keturunan. Umat Islam di negara ini yang mulai menyambut 1 Ramadan pada hari ini tidak terkecuali.

Adalah dianggarkan dua juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis sepanjang tahun lalu.

Dan setiap kali tiba bulan Ramadan, sering kali timbul persoalan di kalangan para pesakit diabetes termasuklah individu yang baru dikesan menghidap penyakit itu - di mana kedudukan mereka.

Sama ada boleh atau tidak mereka menunaikan rukun Islam yang ketiga itu, bimbang puasa boleh menjejaskan kesihatan mereka nanti. Bagaimana pula dengan diet seharian memandangkan rawatan diabetes melibatkan pengawalan makanan yang rapi.

Rawatan kencing manis turut membabitkan pematuhan terhadap arahan ubat-ubatan baik yang diambil secara telan ataupun yang bergantung kepada suntikan insulin.

Oleh kerana pesakit tidak boleh makan dan minum ketika berpuasa, tahap glukosa darah mungkin akan turun ke tahap yang terlalu rendah terutamanya jika anda sedang menerima rawatan.

Pakar Runding Perubatan dan Kardiologi, Hospital Pakar Putra, Melaka, Dr. Nor Izham Aziz berkata, umumnya pesakit boleh berpuasa jika keadaan kencing manis mereka terkawal.

Malah, bagi pesakit kencing manis, berpuasa boleh mendatangkan manfaat dari segi mengurangkan berat badan dan seterusnya mengurangkan tahap gula dalam darah.

Cuma, mereka dinasihatkan agar mengubah cara pengambilan ubat dan insulin mereka sepanjang bulan Ramadan ini, katanya.

Menurutnya, ubat oral atau insulin biasanya digunakan sebelum bersahur dan sewaktu berbuka puasa.

Doktor akan menasihati pesakit mengenai dos ubat dan insulin yang seharusnya dikurangkan semasa bulan Ramadan.

Bagi pesakit yang menggunakan ubat atau insulin sebanyak tiga kali sehari, dos ini boleh diubah suai kepada ubat- ubatan yang boleh digunakan dua kali sahaja, sehari, ujar Dr. Nor Izham.

Begitu juga dengan insulin yang boleh digunakan sekali atau dua kali sehari.

Seharusnya mereka tidak makan secara berlebihan dan mengurangkan makanan serta minuman yang manis-manis baik semasa berbuka mahupun bersahur.

Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek untuk mengelakkan anda berpuasa terlalu lama, katanya.

Ini juga membolehkan seseorang pesakit itu mengagihkan tenaga yang diambil secara sama rata sekali gus menjadikan tahap glukosa darah lebih seimbang.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan pesakit agar tidak melengah- lengahkan waktu berbuka puasa.

Pesakit juga, kata Dr. Nor Izham, perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius pada waktu siang nanti khususnya minggu pertama bulan Ramadan.

Tambahnya, masa terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut adalah sebelum bersahur dan berbuka, dua jam selepas itu dan sebelum masuk tidur.

Bersenam berlebihan di bulan Ramadan tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan hipoglisemia, ujar beliau.

Apa itu diabetes

Diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ia tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal.

Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-duanya sekali. Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah.

Pada keadaan normal, makanan yang dimakan akan ditukarkan ke dalam bentuk gula iaitu glukosa. Gula ini akan diserapkan ke dalam darah. Insulin akan membantu menggunakan glukosa ini sebagai sumber tenaga.

Apabila berlakunya kekurangan insulin atau fungsi insulin terjejas, paras gula dalam darah akan meningkat. Keadaan ini dipanggil diabetes.

Saranan jadual mengambil ubat pada bulan Ramadan

Waktu - Jadual

Maghrib - Berbuka puasa dengan minuman ringan (air buah-buahan). Makan ubat anda bersama makanan yang tidak mengandungi gula. Solat fardu maghrib

8.00 malam - Hidangan utama (makan malam)

8.30 malam - Sembahyang isyak/tarawih

10.00 malam - Snek (pilihan). Tidur

4.45 pagi - Bangun makan ubat

5.15 pagi - Bersahur

5.45 pagi - Snek (pilihan)

Panduan menguruskan diabetes pada bulan Ramadan

* Boleh makan kurma mengikut sunah Rasulullah s.a.w, asalkan tidak lebih dua biji

* Kurangkan membeli makanan di bazar-bazar Ramadan yang tinggi kandungan gula dan lemak

* Cubalah menahan diri dari memakan pencuci mulut yang manis, makanan tinggi lemak serta digoreng dengan minyak yang banyak kerana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan, ditambah pula dengan kurang melakukan aktiviti fizikal di bulan Ramadan

* Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti beras kampung, roti berserat tinggi, oat dan bijirin penuh lain mengeluarkan tenaga secara lebih perlahan berbanding makanan yang diproses

* Sertakan juga makanan karbohidrat yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berbuka dan bersahur.

* Kurangkan makanan bergaram yang tinggi kerana ini akan menyebabkan anda terasa lebih dahaga

* Banyakkan minum air masak untuk menggantikan air yang telah hilang pada waktu siang.

Komplikasi

Dr. Nor Izham turut mengingatkan para pesakit yang menunaikan ibadat itu hendaklah berjaga-jaga agar dapat mengelakkan komplikasi hipoglisemia yang mungkin berlaku dengan lebih kerap.

Hipoglisemia berlaku apabila kadar glukosa dalam darah terlalu rendah, menyebabkan pesakit terasa lapar, loya, menggigil, berpeluh, jantung berdebar-debar, tidak fokus dan resah gelisah.

Sekiranya tidak diperbetulkan, ia boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri, seterusnya mengalami kerosakan otak.

Keadaan ini boleh berlaku jika pesakit menggunakan dos ubat atau insulin yang terlalu tinggi atau terlupa makan selepas menggunakan insulin, jelasnya.

Hipoglisemia juga boleh berlaku kesan dari melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit-penyakit tertentu dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena.

Mengulas lanjut: Jika ini berlaku, pesakit dinasihatkan agar menyegerakan berbuka puasa sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kebingungan atau tidak sedarkan diri.

Segera makan atau minum makanan atau minuman yang manis untuk menaikkan tahap glukosa darah anda sehingga hilang simptom-simptom hipoglisemia itu. katanya.

Kemudian, periksa tahap glukosa darah anda untuk memastikan ia kembali ke tahap yang disyorkan.

Antara tip-tip yang boleh dilakukan jika berlaku hipoglisemia

* Segera memakan lebih kurang tiga biji gula-gula. Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun.

* Minum sedikit jus buah-buahan

* Ambil setengah tin minuman ringan

* Ambil dua sudu teh gula pasir

* Makan sedikit snek

* Bagi mereka yang berada berhampiran pesakit yang tiba-tiba koma, gosokkan serbuk glukos ke gusi dan lidah mereka

Selain hipoglisemia, pesakit juga mungkin mengalami komplikasi hiperglisemia yang terjadi bila mana kadar glukosa dalam darah terlalu tinggi dan ini menyebabkan pesakit terasa lemah dan kehausan.

Jika dibiar berlarutan, pesakit mungkin akan tidak sedarkan diri. Keadaan ini selalunya berpunca daripada kegagalan pesakit untuk makan ubat (terlupa) atau menyuntik insulin.

Kadangkala, ia disebabkan oleh pesakit ada menghidap komplikasi-komplikasi lain seperti jangkitan kuman atau serangan jantung. Pesakit haruslah segera mendapat rawatan perubatan, kata Dr. Nor Izham.

Yang penting, pesakit kencing manis yang ingin berpuasa perlulah berjumpa doktor terlebih dahulu dan meminta pandangan mereka berhubung perkara ini.
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 2-10-2006 09:54 AM |All posts

Adakah anda menghidap pradiabetes?

Adakah anda menghidap pradiabetes?
Oleh DATUK PROF. MUSTAFFA EMBONG (Pakar Perunding Diabetes Institut Diabetes Negara (NADI))

TAHUKAH bahawa anda mungkin sedang menguruskan aktiviti harian tetapi pada masa yang sama mengalami paras glukosa darah yang tinggi dan anda tidak sedar akan hal ini?

Situasi ini mungkin berlaku jika anda mengalami suatu keadaan yang dipanggil pradiabetes.

Pradiabetes seperti terjelas namanya adalah satu peringkat sebelum anda dikatakan menghidap penyakit diabetes.

Walaupun pakar-pakar perubatan masih berbahas tentang definisi terbaik untuk keadaan ini, pradiabetes boleh didefinisikan sebagai satu keadaan di mana paras glukosa darah anda lebih tinggi daripada paras normal tetapi masih tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai menghidap penyakit diabetes.

Doktor merujuk keadaan ini sebagai Gangguan Glukosa Puasa (IFG) apabila paras glukosa darah lebih tinggi dikesan semasa berpuasa atau Gangguan Toleransi Glukosa (IGT) apabila paras glukosa darah di tahap luar biasa dikesan selepas menjalani ujian glukosa yang dipanggil Ujian Toleransi Glukosa (OGTT).

Bahaya pradiabetes

Individu yang menghidap pradiabetes selalunya tidak menunjukkan gejala-gejala diabetes yang jelas seperti susut berat badan, sentiasa dahaga atau kerap membuang air kencing (urin).

Namun, walaupun anda tidak mengalami sebarang gejala diabetes tersebut, anda masih perlu mengambil tindakan serius tentang pradiabetes.

Pradiabetes adalah satu keadaan yang serius. Merujuk kepada Persatuan Diabetes Amerika, pradiabetes bermakna anda lebih berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetes jenis 2 berbanding dengan individu yang mempunyai paras glukosa darah yang normal dan anda juga mungkin sudah mengalami masalah-masalah kesihatan disebabkan diabetes.

Program Pencegahan Diabetes (DPP) yang telah dijalankan oleh Institut Kebangsaan Kesihatan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa para peserta yang mempunyai pradiabetes telah didapati menghidap diabetes jenis 2 dalam kadar 11 peratus setiap tahun!

Kajian lain mencadangkan bahawa kebanyakan individu yang mengalami pradiabetes akan mempunyai penyakit diabetes jenis 2 dalam tempoh 10 tahun.

Jika anda mempunyai pradiabetes, risiko untuk anda terkena serangan jantung atau angin ahmar (strok) juga meningkat. Ini adalah kerana paras glukosa dalam darah anda yang tinggi secara berterusan akan menyebabkan kerosakan pada saluran darah besar anda.

Tekanan darah tinggi dan lipid darah yang tinggi yang biasa dihidapi oleh individu yang mengalami pradiabetes juga menyumbang kepada kerosakan saluran darah.

Pastikan sama ada anda menghidap pradiabetes.

Satu soalan untuk anda (terutamanya jika anda sudah berumur 20 tahun atau lebih): Adakah anda tahu paras glukosa darah anda?
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

jiasaya This user has been deleted
Post on 3-10-2006 12:36 PM |All posts

diabetes

saya masa ngandung dikesan ada diabetes.. kena wat MGTT byk kali..
pas bersalin, berat bdn naik about 8 kilo... cemana nak wat ni? is it diabetes?
saya ad history family diabetes(nenek)...
takutnya..i'm 27
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 13-10-2006 09:45 AM |All posts
my hubby skrg ni border. br buat blood test b4 puasa.  BP pun border gak.  family dia abg & kakak dah kena.  belah aku plak arwah mak.

yg buat aku risau skrg ni, ibu jari kaki dia rasa kebas.  dah pegi check tp dr tak kata apa.   tu yg buat blood test itu hari.  thn ni je dah 2 kali buat test.  result sama.  dia pun ada jugak batu karang. worst was 2 yrs ago when he's in china.  so now dah ok sket.

berbalik pada rasa kebas tu, is it mmg tanda2 awal diabetic ni.  skrg ni tambah plak kat jari kelingking.  ke sakit2 yang lain ek.
Reply

Props Report

Post on 30-10-2006 04:15 PM |All posts
I tgh risau ni....masa balik raya tumah mertua hari tu my bro in loa ada lat utk cek diabetes ni and dia cek i punya dah 24.5.... dia suruh i refer pd doc tp i belum pergi lagi...susah hati sangat.
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 2-11-2006 10:42 AM |All posts
kl family history ader diebetes better take precautions... my mom ader diebetes.. and now im diagnosed most probaly ader diebetes

* most people ingat makan guler jer leh kene diebetes, my mom tak makan gule lansung since dia kecik lagi... but makan alot of carbo..... soo control carco gak kay*
*JGN BUANG SAMPAH DI LUAR KENDERAAN ANDA
*SILA BAYAR HUTANG PTPTN ANDA
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 29-11-2006 04:07 PM |All posts
klu ada diabetes..is it safe untuk mengandung?

ada apa2 effect tak selain bb besar??
Reply

Props Report

Chippo This user has been deleted
Post on 29-11-2006 04:54 PM |All posts
Originally posted by tiwol_ayu at 13-10-2006 09:45 AM
my hubby skrg ni border. br buat blood test b4 puasa.  BP pun border gak.  family dia abg & kakak dah kena.  belah aku plak arwah mak.

yg buat aku risau skrg ni, ibu jari kaki dia rasa kebas ...


Kebas kebas kalau kerana diabetes itu bukan tanda awal, it petanda the diabetes dah menjejas system saraf beliau. Its called neuropathy dan anda akan hilang sensasi dan blood flow akan berkurangan kepada kaki. Harus jaga jaga kerana jika terdapat luka, pesakit diabetes kekadang tidak tahu pun mereka telah melukai kaki mereka.

I am a diabetic, and yes I have neuropathy, but sometimes under control kadang out of control. Diabetes is there to stay jika anda sudah terkena, besar kemungkinan seumur hidup sebab itu dia diklasifasified sebagai chronic disease.

Be positive, jangan stress sangat dan yang paling penting, jaga pemakanan, senaman selalu kerana diabetics can actually lead a very normal life seperti orang biasa.

Now I have learned to manage my diabetes, unfortunately I am one of the unlucky ones yang terteka cos both parents diabetics. Even though i dont eat sweet stuff, control my carbo, do regular exercise, tapi dah kena apa nak buat. Just manage it well aja laaa
Reply

Props Report

kakaktua This user has been deleted
Post on 7-12-2006 01:18 AM |All posts

Kencing Manis

Any cure for kencing manis by traditional medication?
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 7-12-2006 03:29 PM |All posts
bakawali?


..............
Truth decays into beauty,while beauty soon becomes merely charm.Charm ends up as strangeness,and even that doesn't last,but up & down are forever.
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 7-12-2006 10:05 PM |All posts
boleh cuba minum biosegar.
biosegar diperbuat dari ekstrak daun stevia iaitu sejenis herba pemanis semulajadi.
daun stevia sangat bermanfaat utk membantu menyembuhkan penyakit kencing manis dan menstabilkan gula dlm darah.
Reply

Props Report

kakaktua This user has been deleted
Post on 10-12-2006 12:39 AM |All posts
Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan sebagai ubat untuk menyembuh kencing manis?
Reply

Props Report

Chensm This user has been deleted
Post on 12-12-2006 12:27 PM |All posts

Kejayaan Cemerlang Dalam Rawatan Kencing Manis Yang Berevolusi

Kejayaan Cemerlang Dalam Rawatan Kencing Manis Yang Berevolusi
===========================================

Ribuan Manusia, tidak kira kaum lelaki, perempuan atau kanak-kanak, akan menghidap penyakit kencing manis - diabetis(Diabetes). Mereka akan menjadi buta, dipaksa menghadapi amputasi dan lain-lain kesan yang boleh membawa maut dan jauh lebih serius jika dibandingkan dengan Aids atau pun kanser payu dara. Kencing Manis membawa maut melebihi 200,000 orang setahun di negara kita. Ini bermaksud satu daripada setiap 17 orang.  

-Paparan informasi oleh Persatuan Diabetis Amerika-


Kencing Manis (Diabetis) adalah masalah serius dan merupakan suatu trajeti serta suatu perjuangan berkos tinggi. Inilah sebabnya anda perlu mengetahui informasi berikutnya:


"Kencing Manis Jenis II bukanlah sejenis penyakit. Ini adalah disebabkan kekurangan sejenis bahan asas yang dikenali sebagai GTF Kromium pada badan manusia."


-Walter Mertz, bekas pengarah USDA Pusat kajian Khasiat Manusia, 1959.


Kencing Manis (Diabetis) yang bermula pada masa dewasa dicirikan oleh rintangan insulin, Sejak penemuan Faktor Toleransi Glukosa (GTF), ramai pesakit pertengahan umur yang menghadapi gangguan insulin telah dilegakan dengan pengambilan kromium tambahan. antara jenis-jenis Kromium uang telah diuji, GTF kromium didapati paling berkesan. Mesti diingatkan bahawa bukan semua kromium adalah GTF - kromium Banyak jenis kromium tambahan yang popular langsung tidak berkesan dalam merangsang potensi fungsi insulin.


Dr. Walter Mertz, bekas pengarah USDA Pusat Kajian Khasiat Manusia dan juga seorang ahli sains, telah menemui kromium keaktifan biologi dan membuktikan bahawa ramuan kromium yang aktif dalam ragi pembuat bier ialah kromium gabungan niacin.

Kromium adalah unsur mustahak yang diperlukan untuk menstabilkan kadar metabolisma protein lemak dan karbohidrat. Ini adalah penting untuk penjanaan tenaga dan memainkan peranan dalam membuka selera, mengurangkan keinginan terhadap gula dan menanbahkan jisim pejal badan, GTF - Kromium merangsang insulin untuk metabolisma lemak, menyerap protein ke dalam otot serta menukar gula kepada tenaga.

GTF - Kromium adalah asas binaan GTF dalam badan kita. GTF merangsang keaktifan insulin dan seterusnya mempertingkat metabolisma glukosa, asid amino dan lemak. GTF - Kromium boleh mengurangkan paras kolesterol bahaya LDL (suatu bentuk kolesterol yang berkaitan dengan penyakit jantung) dan menambahkan kolesterol bermanfaat HDL. Penambahan GTF-kromium manambahkan jisim pejal badan disambing mengurangkan lemak badan. Kajian telah menujukkan bahawa GTF kromium boleh mencegah dan juga memulihkan atherosclerosis.

Ujian HbA1c
---------------

Ujian hemoglobin HbA1c adalah satu ujian ringkas untuk menunjukkan tahap kawalan kencing manis seorang pesakit dalam jangka masa 3 bulan yang lepas. Ujian ini tidak seperti ujian harian glukosa darah yang mengukur paras glukosa darah pada masa sampel darah diambil. ujian HbA1c memberi ganbaran yang luas dan mendalam megenai kawalan glukosa keseluruhan.

Hemoglobin ialah sejenis protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen. Hemoglobin bergabung dengan glukosa daripada saluran darah dan dijadikan "glycated hemoglobin" Apabila glukosa darah meningkat, takat "glycated hemoglobin" akan turut meningkat.

Apabila hemoglobin menjadi "glycated", hemoglobin tetap "glycated" sepanjang hidup dalam sel darah merah itu, iaitu untuk 3 hingga 4 bulan. Oleh itu, Ujian HbA1c boleh memberi maklumat tentang kawalan glukosa bagi beberapa bulan.

Hasil ujian HbA1c memaklumkan seseorang tentang peratusan "glycated hemoglobin" dalam saluran darahnya. Bagi seseorang yang sihat, takat HbA1cnya adalah lebih kurang 5%. Pengajian menujukkan bahawa pesakit kencing manis yang dapat mengawal HbA1cnya pada takat kurang daripada 7% dapat mengurangkan risiko akibat kencing manis seperti kebutaan, penyakit ginjal dan kerosakan.

Pesatuan Diabetis Amerika mencadangkan pesakit kencing manis yang bergantung kepada insulin agar menjalankan Ujian HbA1c 4 kali setahun dan semua pesakit kencing manis yang lain menjalankan ujian ini 2 kali setahun. Ini adalah suatu ujian ringkas yang memerlukan hanya 1 sampel darah dan tidak memerlukan pesakit berpuasa. Sampel darah boleh diambil bila-bila masa walaupun selepas makan.



TAKAT HA1c (%)       KEADAAN KESIHATAN
3-6%                             Sihat
6-9%                           Kawalan Wajar
9%                               Kawalan Kurang Memuaskan

Pengambilan kromium oleh kebanyankan orang jauh lebih rendah berbanding dengan cadangan kadar minima yang diperlukan. Kajian menunjukkan bahawa takat kromium dalam badan kita akan berkurangan bergantung kepada umur kita dan kekurangan kromium sudah menjadi masalah serius dalam populasi kini. Kekurangan kromium melemahkan fungsi insulin, menghalang sintesis protein dan penjanaan tenaga.Kekurangan kromium boleh menyebabkan Kencing Manis Jenis II dan penyakit jantung.

Kekurangan kromium terbukti menyebabkan tidak ada toleransi glukosa dan takat lemak dalam darah, hati dan ginjal yang tidak sihat. Memakan makanan terpilih terutamanya gula tapisan, memburukkan lagi masalah kerana makanan seperti ini bukan sahaja mempunyai kandungan kromium yang rendah, malah meningkatkan kehilangan kromium melalui air kencing. Banyak orang seperti atlet, ibu yang memberi susu dan orang tua terutamanya yang menghadapi kekurangan kromium.

GTF - Kromium telah terbukti berkesan dalam pengubatan kencing manis jenis II, diabetis sejak kelahiran dan kencing manis disebabkan steroid. Pakar perubatan juga membuktikan GTF - Kromium membawa manfaat kepada orang yang menghadapi masalah tidak ada toleransi glukosa - hypoglycemia.


KENCIN MANIS DAN GTF KROMIUM
-------------------------------------------

Dengan penjelasan ringkas ini, glukosa digunakan oleh sel-sel untuk menjana tenaga dan menyalur glukosa ke dalam sel-sel yang dilakukan oleh insulin. GTF ialah kompaun yang membuka "gerbang pintu" sel untuk membenarkan insulin dan glukosa memasuki sel. Jika anda kekurangan insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel. Dengan glukosa dan insulin yang mencukupi, tetapi kekurangan GTF - kromium glukosa tidak dapat memasuki sel-sel untuk menjana tenaga. Glukosa yang tidak dapat memasuki sel akan dihantar ke hati untuk dijadikan lemak. Ini telah terbukti bahawa kebanyakan kencing manis yang bermula pada dewasa (Jenis II) adalah disebabkan kekurangan GTF kromium dan bukannya kekurangan insulin.

"GTF merangsang aktiviti biologi insulin dan meningkatkan kepekaan reseptor - reseptor insulin. Ini membolehkan penyaluran glukosa darah ke dalam sel-sel badan kita dengan lancar. Jika kita kekurangan atau mengalami kerosakan insulin, insulin reseptor ataupun GTF, kita akan diserang kencing manis. Oleh itu, penanbahan GTF adalah mustahak dalam pencegahan dan kawalan kencing manis."

-Dr. Mao Chia Hung, PhD dalam Endocrinology, University of Wisconsin-Madison, USA.

http://www.diabetesmilkpowder.com/Malay.htm
Reply

Props Report

Chensm This user has been deleted
Post on 14-12-2006 08:28 AM |All posts

Ubat kencing manis kebanyakanya mempunyai kesan sampingan

Kencing Manis tidak boleh diubati secara kekel. Rawatan yang paling ideal adalah melalui pengawalan keterukan penyakit dan menurunkan tahap gula darah. Walau bagaimanapun, ianya bukan mudah dilakukan. Keadaan tersebut adalah (1) pesakit mesti memahami sepenuhnya kepentingan "menurunkan gula darah" (2) pesakit mesti mempunyai keinginan yang kuat untuk mengawal selera makan dan mengelakkan diri daripada makan dan minum secara belebihan (3) pesakit mesti memdapatkan nasihat pakar kencing manis, pakar mata, pakar terpi diet, pakar terapi kaki dengan lebih kerap agar pesakit dapat memahami keadaan kesihatan mereka dengan jelas.

MENURUN GULA DARAH TUGASAN PENTING
----------------------------------


Ketika ditemubual, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Kementerian Pertahanan Maj Jen Dato (Dr) Sulaiman Bin Abdulan telah mendapati bahawa Pusat penyelidikan dan Diabetes di United Kingdom telah menemui risiko "kompikasi kapilari" yang mampu dikurangkan jika pesakit kencing manis mangawal tahap gula dengan ketat.

*Kurangkan angiopathy major dan minor
-------------------------------------

Penemuan lain oleh pusat tersebut adalah dengan kawalan ketat terhadap paras tekanan darah (sasarkan kurang daripad 130/70 mmHg), risiko "komplikasi major dan minor kapilari" dapat dikurangkan.
Pusat tersebut juga menekankan bahawa pesakit kencing manis perlu diberikan perhatian lebih terhadap penglihatan dan perlu menjalani pemeriksaan sama ada mengalami retinopathy atau tidak.

Maj Jen Dato (Dr) Sulainman Bin Abdullah juga memberitahu bahawa penyakit kaki pada pesakit kencing manis adalah merupakan masalah yang serius. Mereka sepatutnya mendapatkan nasihat pakar dengan lebih kerap bagi memeriksa keadaan kaki mereka kerana mereka kerap mengalami:
*sakit kaki berdenyut
*Ulser atau otot mati
*Neuropathy pada kaki

*Kawalan ketat pengambilan diet
-------------------------------


Pengambilan makanan yang dikawal ketat adalah salah satu cara yang penting untuk mengawal kencing manis daripada bertambah teruk dan dapat menurunkan tahap gula darah.

*Kurangkan pengambilan makan tinggi kalori dan kurangkan pengumpulan lemak pada tubuh dan kekalkan berat tubuh ideal.
*Kurangkan pengambilan makanan berlemak untuk melambatkan pembentukan atherosclerosis.
*Kurangkan mengambil makanan manis untuk mengelakkan peningkatan kuantiti gula darah.
*Meningkatkan pengambilan sayur-sayuran, terutamanya sayuran tinggi serat, untuk membantu menurunkan tahap gula darah. Selain itu, ia juga untuk membantu mengelakkan penurunan gula secara tiba-tiba kerana penurunan gula darah secara mendadak akan menyebabkan hipoglisemia.

UBAT MENURUNKAN GULA DARAH
--------------------------


Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap gula darah dan ubat yang paling penting adalah ubat daripada kumpulan sulphonylureas dan kumpulan biguanides.

* Sulphonylureas

Mekanisme ubat kelas ini adalah untuk menambahkan semula perembesan insulin. Dalam erti kata yang lain, alpha sel pada pankreas pesakit masih berupaya mengeluarkan sedikit insulin tetapi amaun tersebut tidak mencukupi. Oleh itu, kumpulan ubatan ini akan mengglakkan perembesan insulin daripada pankreas.
Terdapat beberapa jenama dalam pasaran daripada kumpulan ini tetapi kesan therapeutikny tetap sama.

* Kesan Sampingan

*Risiko tekanan darah rendah pada pesakit yang berumur yang mana mengambil ubat ini dalam satu tempoh yang agak lama. Oleh itu, ubat kelas ini mestilah dipreskripsikan oleh pakar perubatan terlebih dahulu.

*Ubat kelas ini mengallakkan penambahan berat badan. Keadaan ini semakin teruk pada pesakit yang obes yang mana kegemukan boleh menyebabkan peningkatan kerintangan insulin dalam badan. Ini disebabkan oleh sel diliputi oleh lapisan lemak. Oleh yang demikian, ia menyebabkan pankreas sukar untuk membuka "pintu" (reseptor) pada sel untuk membenarkan gula darah memasuki sel tersebut.

*Biguanides

Ketika ini, terdapat satu sahaja jenama di pasaran untuk kumpulan ubat ini iaitu, Metformin. Tindak balas ubat ini adalah untuk mengurangkan sumber gula darah, yang mana ianya membantu insulin untuk membenarkan lebih banyak gula darah memasuki sel. Pada masa yang sama, ubat ini juga dapat menguatkan tisu dalam badan manusia oleh itu lebih banyak gula darah dapat digunakan. Ubat daripada kelas ini mempunyai beberapa kebaikan berikut:

*Sesuai untuk pesakit kencing manis Jenis 2.

*Sesuai untuk pesakit kencing manis yang obes. Ubat ini adalah ubat pertama yang menjadi pilihan pakar perubatan untuk diberikan kepada penyakit kencing manis.

Kesan sampingan ubat kelas ini adalah ketidakselesaan pada perut dan usus. Justeru, ubat ini perlu diambil selepas makan. Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah buah pinggang tidak boleh mengambil ubat ini.

*Thiazolidinediones

Ubat kelas ini berupaya meningkatkan sensitiviti insulin. Dengan kata lain, ia membantu gula darah memasuki sel dengan lebih mudah. Jika ubat sulphonylureas dan biguanides tersebut tidak dapat menurunkan gula darah dengan efektif, maka Thiazolidinediones digunakan.

*Acarbose

Tahap gula darah sudah semestinya meningkat selepas pesakit mengambil makanan. Ubat kelas ini berupaya menurunkan tahap gula darah tinggi selepas makan.

Kesan sampingannya adalah kembung perut.

*Insulin

Hampir 25% pesakit kencing manis memerlukan suntikan insulin. Insulin merupakan hormon polipeptida. apabila insulin bertemu dengan asid gastrik, ia menjadi tidak efektif. Oleh itu, pesakit perlu memasukan insulin ke dalam badan melalui suntikan.

Selepas suntikan insulin, tahap gula darah pesakit akan dipantau. Tahap gula darah ketika kenyang adalah 4mmol/L hingga 9mmol/L. Kebanyankan pesakit sepatutnya menggunakan insulin pada kesan pertengahan dan melakukan suntikan insulin 2 kali sehari.

Ubat-Ubat yang di senaraikan di atas adalah kaedah yang berlainan untuk mengurangkan tahap gula darah bagi pesakit kencing manis. Walau pun terdapat kesan terapeutik yang tinggi, setiap jenis ubat mempunyai kesan sampingan.

Kamus kecil
-----------

*Ujian Double-blind


Ujian Double-blind merupakan keadaan eksperimen yang istimewa di mana kedua-dua penyelidik (atau doktor) dan peserta (atau pesakit) tidak mengetahui prosedur eksperimen dan ubat yang diambil. Oleh itu mana-mana pesakit yang mendapat kesan placebo semasa eksperimen dapat dielakkan.

*Perkaitan antara Faktor Toleransi Glukosa dan diabetes

Faktor Toleransi Glukosa (GTF) kebiasaanya hadir dalam pelbagai tisu dalam badan manusia. Fungsi utamanya adalah untuk mengekalkan metabolisme gula dalan badan. Dengan koordonasi insulin dan reseptor insulin, faktor toleransi glukosa akan mengangkut glukosa dari darah ke sel-sel dalam badan manusia. Faktor Toleransi Glukosa merupakan bahan semulajadi yang diperlukan oleh insulin untuk mengaktifkan reseptor insulin. Faktor Toleransi Glukosa mangandungi bahan seperti vitamin, mineral dan asid amino dengan trivelen kromium sebagai elemen pusat.

Ketidakcukupan pengambilan trivalen kromium pada satu tempoh yang lama akan menyebabkan pengurangan Faktor Toleransi Glukosa yang dihasilkan secara semulajadi oleh badan. Oleh sebab itu, kerintangan insulin dan simptom klinikal kencing manis terbentuk. Kehadiran gula yang berlebihan dalam urin akan memerlukan lebih banyak lagi Faktor Toleransi Glukosa. Ini membawa kepada kekurangan trivalen kromium yang serius dan akhirnya menyebabkan kehilangan fungsi buah pinggang. Ini juga merupakan penyebab utama pesakit kencing manis turut mengalami masalah buah pinggang.

Kekurangan trivalen kromium akan membawa kepada kerintangan insulin yang memberi kesan kepada kenormalan metabolisme. selain daripada pembentukan diabetes, ia juga memberikan simptom klinikal seperti tahap gula darah yang abnormal dan penyakit kardiovascular.

*Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa

Pada 15 Januari 2006, kumpulan pelawat Malaysia telah mengadakan lawatan ke Taiwan untuk mengetahui tentang pembangunan susu tepung yang dihasilkan khususnya untuk pesakit kencing manis Susu Tepung GT&F yang mengandungi Faktor Toleransi Glukosa.

Dr. Kuo Shi-Wen, pakar dalam endokrinologi dan metabolisme di Hospital Taipei City Xindian Tzu Chi,sebagai ketua pasukan ujian double blind yang mengunnakan Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa telah dilakukan. Keputusan ujian sungguh menakjubkan. Seramai 156 pesakit diabetik jenis 2, lelaki dan perempuan telah melalui ujian ini. Hasil ujian mendapati tahap gula telah menurun secara signifikan selepas 4 bulan mengambil susu tepung ini. Pada waktu yang sama, keadaan kerintangan insulin kebanyakan pesakit telah menunjukan perubahan yang baik.

Keputusan eksperimen double blind telah mendapat pujian pada Konferens Diabetes Antarabangsa 2004 dan keputusan tersebut telah diterbitkan dalam "Jurnal Antarabangsa amalan Kinikal."

*Eksperimen di Universiti Kebangsaan Chung Hsing

Prof Jei-Fu Shaw, presiden University Kebangasaan Chung Hsing, doktor falsafah dalam bidang biokimia dan ialah ahli fellow Persatuan Sains Lanjutan Amerika (AAAS).

Pihak university menjalankan kajian ke atas tikus dengan mengunakan Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa. Selepas 4 bulan, mereka juga mendapati Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa berupaya mengawal diabetes daripada melarat dan menurunkan tahap gula darah tanpa sebarang kesan sampingan.

Terjemah dari Sin Chew Daily bertarikh 21hb Mar 2006
  
http://www.diabetesmilkpowder.com/Malay.htm
Reply

Props Report

Chippo This user has been deleted
Post on 14-12-2006 11:09 AM |All posts
I recently watched Channel News Asia (CNA) dimana mereka membuat liputan bahawa Saintist Malaysia telah mendapat breakthrough dalam mengubati penyakit Kencing Manis with the usage of Cinnamon, (Kayu Manis). Dunno how far this is true?
Reply

Props Report

Chensm This user has been deleted
Post on 14-12-2006 01:27 PM |All posts
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 16-12-2006 08:46 PM |All posts
Pokok Tebu Gajah(Albizzia myriophylla) amat baik utk merawat kencing manis. anda boleh dptkannya melalui saya.
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 16-12-2006 10:14 PM |All posts
My cousin is taking lipitor prescribed by her doctor. Can she still take supplement for diabetes?
Reply

Props Report

Chensm This user has been deleted
Post on 20-12-2006 12:58 PM |All posts

Susu Tepung GT&F boleh menurunkan gula darah

Susu Tepung GT&F boleh menurunkan gula darah
=================================

Dua ujian klinikal "Double blind" telah dilakukan di Taiwan dan terbukti bahawa "Susu tepung GT&F" boleh menurunkan tahap gula darah bagi pesakit diabetik ( kencing manis ) tanpa memberi sebarang kesan sampingan.

Ujian "Double blind" di Hospital Tzu Chi,Taiwan

Beberapa tahun kebelakang ini, pakar-pakar perubatan di Taiwan telah menemui revolusi terunggul untuk merawat dan mengawal diabetis.

Pencapaian ini dilihat berdasarkan tahap gula darah di kalangan pesakit diabetik telah berkurangan dan terkawal selepas diberikan " Susu Tepung GT&F".

Keputusan ini dicapai melalui ujian "double blind" . Ujian ini diketuai oleh Dr Kuo Shi-Wen.

Ujian klinikal dijalankan di Hospital Besar Buddhist Xindian Tzu Chi Taipei, Taiwan.

Penulis (Penterjemah Notaenulis adalah wartawan di Sin Chew Daily di Malaysia) telah pergi ke Hospital Tzu Chi Taipei  dan menemubual secara ekslusif bersama dengan Dr Kuo Shi-Wen,  Director, Bahagian Metabolisme dan Endocrinologi di Buddhist Xindian Tzu Chi General Hospital, Taiwan.

Beliau berkata: " Kami telah melakukan persampelan dan eksperimen "double blind" di Hospital Tzu Chi, Taiwan. Tujuan eksperimen ini diadakan adalah untuk menilai reaksi dan keselamatan pesakit diabetis jenis 2 selepas diberi minum "Susu Tepung GT&F"


Sebab-sebab utama lain projek ini dilakukan adalah: Insulin yang dirembeskan oleh pankreas bagi pesakit Diabetis Jenis 2 biasanya berkuality rendah dan kurang sensitif. Bagi membuka sel reseptor agar gula darah dapat masuk ke dalam sel, insulin memerlukan bantuan  Faktor Toleransi Glukosa ( GTF ) terutamanya t rivalen kromium, elemen dalam Faktor Toleransi Glukosa (GTF).


"Trivalen kromium" kebiasaannya kurang dalam darah pesakit diabetis jenis 2. Ini merupakan sebab pesakit diabetis menjadi semakin teruk.

Pakar-pakar perubatan Taiwan telah berjaya mengekstrak "trivalen kromium", ditambah ke dalam susu tepung dan dihasilkan sebagai "Susu Tepung GT&F".

Sasaran eksperimen ini adalah "Susu Tepung GT&F". Adakah susu tepung ini benar-benar dapat menurunkan dan mengawal gula darah pesakit diabetis? Jika ya, berapakah paras gula darah yang menunjukkan susu tepung tersebut mampu mengawal gula darah?

Keupayaan mengawal tahap gula darah pada haiwan

Eksperimen haiwan seperti eksperimen ke atas tikus, menunjukkan metabolisme gula darah dan lipid telah dipertingkatkan selepas tikus-tikus tersebut diberikan susu tepung yang mengandungi "trivalen kromium"


Trivalen Kromium berkurangan apabila usia meningkat

Eksperimen lain menunjukkan bahawa apabila umur pesakit diabetis meningkat, tahap trivalen kromium darah berkurangan.

Trivalen kromium berupaya mengawal peningkatan tahap gula darah

Pada 1997, Dr Anderson telah menjalankan satu kajian dan mendapati bahawa selepas diberikan susu tepung yang kaya dengan trivalen kromium (500-1000mcg). peningkatan tahap gula darah bagi pesakit diabetik jenis 2 berjaya dikawal.

Dos piawai Amerika : pengambilan 200mcg trivalen kromium di susu tepung sehari adalah mencukupi dan selamat.
Susu Tepung Faktor Toleransi Glukosa ( Susu Tepung GT&F ) tidak memberi sebarang kesan sampingan dan tidak mengandungi racun.

Sejak kejayaan eksperimen haiwan yang terbukti bahawa susu tepung ini benar-benar dapat menurunkan tahap gula darah pada haiwan, ujian ke atas pesakit diabetis jenis 2 pula dilakukan.

156 orang pesakit diabetik

Laporan terperinci ujian klinikal adalah seperti ditunjukkan di bawah:

Kami mengambil persakit diabetis jenis 2: lelaki dan perempuan, dengan umur antara 30 to 75 tahun.

Ketika itu, mereka diberikan ubat menurunkan gula darah untuk  2 bulan yang lalu dan keadaan mereka stabil.

Kami dapat mengambil 156 orang pesakit untuk menyertai kajian ini.

Tahap FPG dalam tubuh pesakit adalah 140-250mg/d1 manakala tahap  HbA1c  adalah anatara 7.5%-12%.

Tahap trigliserida (asid lemak) ketika berpuasa bagi pesakit tersebut adalh kurang daripada 400mg/d1. Manakala Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah antara 20-35kg/m2.

Hanya pesakit yang menandatangani borang penyertaan akan disertakan.

Tempoh rawatan: 16 minggu ( 4 bulan ) . Ujian double blind  : Kumpulan A dan Kumpulan B.

Penilaian terhadap kesan terapeutik: Pada minggu ke 16, terdapat perubahan tahap HbA1c level ;FPG; penolakan insulin(HOMA);tindak balas Sel B ( iaitu perembesan insulin); jumlah kolesterol, kolesterol baik (HDL-C), kolesterol tidak baik (LDL-C) dan tahap trigliserida pada pesakit kumpulan A.

Susu Tepung GT&F merupakan salah satu elemen nutrien untuk pesakit diabetik. Ia terbukti selamat dan terdapt kesan terapeutik.

Eksperimen diikhtiraf oleh jurnal antarabangsa

Berdasarkan pesakit perempuan daripada kumpulan A dan kumpulan B, kami mendapati pesakit yang telah diberikan susu tepung tersebut selama 16 minggu, tahap HOMA dalam badan menurun dengan mendadak. Walaubagaimanapun, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengetahuio penyebab keputusan ini.

Kami telah mengeluarkan laporan eksperimen dan teleh dikemukakan dalam mesyuarat The Endocrinology Society and The Diabetes Association(EASD) pada tahun 2004. Sebagai tambahan, kami berbangga kerana laporan tersebut telah diterima dan diterbitkan dalam jurnal klinikal perubatan antarabangsa.

Eksperimen kedua

Di samping itu, kami juga telah menjalankan ujian klinikal yang lain. Beberapa perbezaan ciri-ciri eksperimen berbanding eksperimen pertama ditunjukkan dibawah:

Bilangan pesakit diambil :  40 orang pesakit; nisbah lelaki dan perempuan ialah 20:20. Semua adalah pesakit diabetis jenis 2.

Pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Pesakit kumpulan A diberikan susu tepung GT&F sementara pesakit kumpulan B diberikan susu tepung placebo (biasa)

Tempoh eksperimen: 16 minggu

Tempat Eksperimen: Hospital Tri-Service

Kesimpulan
Susu Tepung dengan Trivalen Kromium mempunyai kesan terapeutik, adalah selamat dan tiada kesan sampingan pada pesakit diabetis jenis 2.

Susu tepung ini boleh menurunkan tahap  FPG, FPI dan HOMA pada pesakit lelaki. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan perbandingan pesakit diabetis yang mengambil susu tepung placebo (biasa)

Eksperimen ini ditulis dalam bentuk laporan dan telah dipersembahkan pada mesyuarat  The Endocrinology Society and The Diabetes Association (EASD ) 2005. Ia juga diterima dan diterbitkan dalam Jurnal Metabolisme."

Terjemah dari Sin Chew Daily bertarikh 23 March 2006 (Bahagian 4) oleh DiabetesMilkPowder.com

[ Last edited by  Chensm at 20-12-2006 01:01 PM ]
Reply

Props Report

Hboxx This user has been deleted
Post on 28-12-2006 12:04 PM |All posts
Setengah kita beanggapan orang diabetic ni hanya sensitive dari segi pengambilan gula. Tetapi sebenarnya pengambilan nasi dan lemak yang berlebihan juga boleh memburukkan lagi keadaan diabetic ini.

Disarankan pengambilan makanan tambahan untuk kecergasan, mengawal insulin, dan pertumbuhan sel.

Untuk keterangan lanjut tentang program pemakanan nutrisi bagi diabetes  keluaran syarikat natural supplement #1 dari USA yang telah menjalani lebih 80000 ujian klinikal setahun sila email kepada infosihat@gmail.com
Reply

Props Report

Rank: 1

Post on 22-1-2007 02:17 PM |All posts
:music: zie just nak share exp..
ayah zie ada diabetes jugak..but last year ayah zie ada amik susu igg plus..
dalam 2 kotak je diabetes dia dah normal..
skang just check up 2 bulan sekali..
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 23-7-2014 09:39 AM , Processed in 0.137961 second(s), 28 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top