CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mama_boomboom

Mari lah kita bincang2- KENAPA SUSAH INGIN TURUNKAN BERAT BADAN????

[Copy link]
Post time 25-2-2007 08:13 PM | Show all posts
ada gak satu petua yang mudah dan berkesan. bangun seawal jam 5am buat solat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat...ha masa solat sunat hajat tu sujud lama2 sebab minta macam2 dari Allah. InsyaAllah boleh kurangkan berat badan sebab solat2 sunat dan wajib ni kan antara exercise yang baik terutama sewaktu bersujud, dapat pahala lagi. ini petua dari orang2 tua. boleh lah cuba

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2007 08:44 PM | Show all posts
tak disiplin..sekarnag badan dah 67kg!!!!! susah betul la nak tinggal nasi nih!!!!!!!!!!!!! tension siot!!! hari ni straight tak makan nasi ..tapi dok bantai makan roti ngan nutella..rosak program!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by ilovea at 25-2-2007 08:13 PM
ada gak satu petua yang mudah dan berkesan. bangun seawal jam 5am buat solat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat...ha masa solat sunat hajat tu sujud lama2 sebab minta macam2 dari Alla ...



SETUJU BANGEEEETTTTT!!!

emo dah buat dah...tapi solat tahajud dlm kol 3 am, lepas tu sunat taubat, sunat hajat.....after that kalo rajin mengaji sikit, lepas tu tido dlm 1 jam lebih kurang bangun balik standby untuk solat subuh.....memang badan cepat slim dan rasa cergas semacam....hati pun tenang je...

tapi lately ni malas betul nak solat tahajud
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 08:58 PM | Show all posts
body i cepat naik kalau :

makan nasik hari2, tengahari and malam
hi carbo intake
tak excercise


nak turun n maintain berat badan
-kurang makan carbo mcm nasik,mee,pasta (makan skit2 jek, tu pun nasik makan 2-3x seminggu jek..kalau makan tak pernah makan nasik time malam, nnt lagilah cepat badan naik)
-lebihkan protein
-kurangkan makanan manis,hi-fats
-avoid air carbonated,air manis (minum air kosong n low fat milk je,low fat yogurt drink)
-lebihkan sayur,buah n fibre (buang toksin)
-minum air kosong byk gile..cepat kenyang
-lauk jenis bakar,kukus,rebus- kurangkan goreng,berminyak
-jauhi junk food- cheezels,nachos,twisties, fast food- kfc,mcd,burger king.. (kadang2 aku bedal gak)kalau makan fast food tak pernah amik set yg ada french fries, lagi cepat body naik
-eskrem,kek makan jarang sekali
-buat excercise..yg aku rajin buat bellydance aerobik pastuh sit up tak nak kasik perut boroi..tu pun rajin buat bile pasan perut dah mengembang..buat tak konsisten hehehe..ikut mood

[ Last edited by  miss_comel at 25-2-2007 09:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 12:46 AM | Show all posts

Reply #55 kaki_gossip's post

nak cuba cara cleansing ni lar....!!

thanks kaki_gossip.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 01:07 AM | Show all posts
saya makan pil xinacal ..betul ke aku eja ni..selepas 1 jam makan...tujuan pil ni..
untuk membuang makanan yg berminyak yg kita makan ..kalo pi umah org kahwin
sure lepas balik kenduri makan pil ni..sebiji kat farmasi  dlm rm 3.50..
saat minyak tu nak kuo macam kita nak kentut...kalo banyak makanan berminyak
lagi bnyk..naknye cam sambal2..pergh..busuk.. pil ni menghindarkan dari minyak tu tingge
kat perut je la..dan yg utama nak kurus..apa yg saya dah pratik..minum air kosong
selalu..yg saya buat..setiap jam 1 gelas..dan sedikit senaman..
makan skit je sebelum 6 ptg....mkn nasi la...



berat asal  --- 55kg
mase pregnant  ---   63kg  je
selepas bersalin -----  55 kg semula...( dah 2x bersalin ke angka 2 gak )
tetiba naik smpi ( 2004)  ----   58 kg
seminggu seblom puase ( 2005 ) ----  53 kg ( kena denggi - 1 weeks spital )
pastu naik balik ---- 56 kg ---58 kg  buang geram mase sakit tadak selera makan...
diet ------ maintain 53kg.......ni berat naik lak...57 kg...adus...sshnye...



saya tak beli pil ni..just kakak saya supply dia pi panel klinik..kongsi beb...
sakit lain mintak pil untuk lain...he..he..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2007 08:26 AM | Show all posts
Hi selamat pagi semua.....

Terimakasih kerana ramai memberi sumbangan...memberi idea kat topik ini.

Amat di alu-alukan...

Macam ni lah best....kita share pelbagai idea bersama-sama..
At least benda baik kita kongsikan bersama...boleh orang lain pun turut buat..
Bergantung kepada kerajinan dan kekuatan mental  nak follow lah..

Kalau tak sanggup ikut 100% ....kita mulakan sket2...
Kalau drastik...bimbang tak mampu..

Tak gitu anak2 semua.......(tua beno rasa nya aku ni...)
adik2 semua....


.
.
.
.
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by ilovea at 25-2-2007 08:13 PM
ada gak satu petua yang mudah dan berkesan. bangun seawal jam 5am buat solat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat...ha masa solat sunat hajat tu sujud lama2 sebab minta macam2 dari Alla ...


Bagus idea ini....
Terasa insaf gak...!!


Insya'Allah...suatu masa akan lakukan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2007 08:51 AM | Show all posts
Jom kita citer pasal kalori dalam makanan plak ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 08:52 AM | Show all posts

tambah satu sebab..

KENAPA SUSAH INGIN TURUNKAN BERAT BADAN --> poor microcirculation..

poor microcirculation bole sbbkan sel lemak terperangkap jd toxin dan akhirnye akan jadik selulit :kant:
ade produk utk increase microcirculation..missy gune danshen (kasly)..mesti ade lg yg lain tp missy tatau..
microcirculation yg baik benarkan sistem dlm badan utk gerakkan lemak n remove toksin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 08:58 AM | Show all posts
Memahami Kalori             

Walaupun ramai yang membincangkan kalori seolah-olah ia satu kumpulanmakanan atau istilah menyeluruh bagi makanan yang menggemukkan,perkataan "kalori" sebenarnya adalah satu unit sukatan bagi tenaga.Kalori terdapat dalam pelbagai jenis makanan, dan sesetengah sumberkalori adalah lebih menyihatkan daripada yang lain. Semua makanan,kecuali air kosong, membekalkan kalori dalam kuantiti yang berbeza.

Apabila kita "mengira kalori," kita sebenarnya menyukatberapa banyak tenaga yang dibekalkan oleh makanan tertentu apabila iadihadamkan atau "dibakar" oleh badan seseorang. (Satu kilokalori adalahjumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram airsebanyak 1癈.)

Badan kita memetabolismakan makanan yang dimakan danmenukarkannya menjadi glukosa - sejenis gula ringkas. Semasa melakukankegiatan harian, sama ada sukan, membaca ataupun tidur, badan kitamendapatkan tenaga daripada makanan, ataupun bekalan yang tersedia didalam badan, untuk memenuhi keperluan tenaga kita.
      
        Tiga Sumber Kalori Utama       
Tenaga diperolehi daripada tiga sumber utama: karbohidrat, lemak danprotein. Tidak satu pun daripadanya yang lebih baik daripada yang lainwalaupun ia diperlukan dalam kuantiti yang berbeza dan membekalkannutrien yang berbeza kepada badan.
      
        Karbohidrat       
        1 gram karbohidrat = 4 kilokalori       


        Karbohidrat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, secara amnya:
       
  • Karbohidrat ringkas, contohnya, gula, glukosa; rasanya manis
  • Karbohidrat kompleks, contohnya, kentang; rasanya tidak manis dan boleh dikelompokkan sebagai
    • berserat tinggi (contohnya, buah-buahan yang tidak diproses dan sayur-sayuran berdaun)
    • berserat rendah (contohnya, pisang, bijirin, biji-bijian
  • Nota: pemprosesan makanan tumbuh-tumbuhan biasanya mengurangkan kandungan serat dengan ketara.       

    Walau bagaimanapun, karbohidrat atau makanan "berkanji" tidaksemestinya menggemukkan meskipun kandungan kalorinya sedemikian rupa.Biasanya, ia juga membekalkan nutrien lain seperti protein, vitamin,mineral dan serat.

    Beras bijirin penuh dan tepung gandum penuh adalah lebihbaik daripada beras putih dan tepung putih, kerana beras putih dantepung putih biasanya akan kehilangan sesetengah nilai pemakananapabila diproses.

          Kurangkan pengambilan makanan dan minuman ringan yang manis kerana ia
  • mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan selain daripada kalorinya
  • mengganggu selera untuk makan hidangan berzat
  • kadang kala boleh menyumbang pada pembiakan bakteria dalam mulut, dan mengakibatkan pereputan gigi
        Lemak & Minyak       
        1 gram lemak = 9 kilokalori       

      Lemak dan minyak  
  • adalah makanan yang paling kaya dengan sumber tenaga
  • membekalkan jumlah kalori setiap gram yang tertinggi berbanding dengan karbohidrat dan protein
  • mudah disimpan oleh badan untuk sumber tenaga simpanan
Makanan berlemak tidak disyorkan sebagai sumber tenaga utama kerana iamudah menyumbang kepada berat badan berlebihan dan obesiti jika tidakdiiringi dengan kegiatan dan senaman fizikal yang mencukupi.
      
Kebanyakan makanan berlemak selain daripada membekalkan tenaga hanyamembekalkan kandungan nutrien rendah. Walau bagaimanapun, satu sumberlemak yang menyihatkan adalah susu. Lemak susu didapati pada kadar yangseimbang dengan nutrien susu lain yang penting. Oleh itu anda tidakperlu bimbang akan menjadi gemuk apabila meminum hidangan dua gelassusu setiap hari seperti yang disyorkan.

        Protein       
        1 gram protein = 4 kilokalori       

Protein membekalkan jumlah kalori per gram sebanyak yang dibekalkanoleh karbohidrat, tetapi badan kita hanya menggunakan tenaga proteinsekiranya tiada sumber tenaga lemak dan karbohidrat.

Penghadaman diet berprotein tinggi juga menggunakansebahagian besar bekalan kalsium badan. Jika diet berprotein tinggimenjadi pilihan dalam jangka masa panjang, tulang akan lemah sekiranyatidak diiringi dengan pengambilan kalsium yang tinggi seperti susu danhasil tenusu yang lain.


EHSAN DARI http://www.dutchlady.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by missylees at 26-2-2007 08:52 AM
KENAPA SUSAH INGIN TURUNKAN BERAT BADAN --> poor microcirculation..

poor microcirculation bole sbbkan sel lemak terperangkap jd toxin dan akhirnye akan jadik selulit :kant:
ade produk utk ...


Setuju gak...

Memang byk penyebab........tu pasal always kantoiiiiiiii         
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 09:01 AM | Show all posts
Ada baca artikel...berkaitan dgn hati gak...kena detox kat hati gak...
Faham benda tu.....tapi nak sampai kan........cam na ek..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:01 AM | Show all posts
kalau ikut stail victoria beckham.. dia stop makan pukul 5 petang.. tgkla body dia.. mantap gitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:27 AM | Show all posts

Reply #74 audioslavefan's post

dgr citer dia tak mkn langsunggg... tu ahhh badan menten jekkk!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 26-2-2007 09:27 AM
dgr citer dia tak mkn langsunggg... tu ahhh badan menten jekkk!!!


Letih la......kalau tak makan..

Longgar pala lutut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2007 09:32 AM | Show all posts

Reply #75 zamnie's post

bukan tak makan langsong.. aku baca artikel kt magazine.. victoria mmg strict.. kul 5 ptg tros stop mkn.. seblum kul 5 ptg, dia ada makan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 09:58 AM | Show all posts

Reply #77 audioslavefan's post

dia mkn ape ekk?? sbb aku pun prnh try gak stop mkn before 5.30pm tp takde jadik ape pun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:34 AM | Show all posts
pernah baca pasal victoria nyer diet, tapi dah lupa laks.. tapi yang pasti bila baca menu yang dia amik, rasa macam sikit sangat plak sampai aku lak terasa laparnya.. dia very strict dalam makan-memakan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 10:48 AM | Show all posts
kurangkan makan nasi puith.. dari 50kg plus jadi 40 kg +, mmg berkesan.. tapi time anak dara la, time jadi isteri orang ni, payah lak nak turun... arghhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.085072 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list