CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5347|Reply: 35

FTA tu ape? [Topik Hari Ini 6.3.2007]

[Copy link]
Post time 6-3-2007 08:37 AM | Show all posts |Read mode
ada sesiapa yg boleh terangkan dalam bahasa mudah tak? aku tak berapa paham la FTA ni apa?

aku baca paper ramai yang bantah...

[ Last edited by  sepaileman at 6-3-2007 12:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 08:41 AM | Show all posts
Free Trade Agreement?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 08:46 AM | Show all posts
Perjanjian Perdagangan Bebas kot

brg yg di import atau di ekport ke sebuah negara tiada di kenakan cukai

kalau tenguk memang bagus, brg masuk tanpa sekatan & harga lebih murah

tapi yg jadi bala ianya mampu membunuh industri tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 08:47 AM | Show all posts
Dlm bahase melayunya perjanjian perdagangan bebas

ce bace kat sini

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Perdagangan_Bebas
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 08:53 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 6 Mac 2007

Kabinet bincang FTA esok
KUALA LUMPUR 5 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 08:56 AM | Show all posts
aku amik dari wikipedia tu...harus diberi perhatian

Inti perjanjian NAFTA ialah penghapusan cukai terhadap barang-barang AS ke Mexico dan juga penghapusan tarif secara berperingkat oleh Mexico selama 14 tahun.

Tapi kini (2007 ) majoriti rakyat Mexico berasa kesal kerana ia akhirnya memihak kepada negara maju iaitu Amerika Syarikat dan Kanada.


ini kerana ada sesetengah produk dari US adalah highly subsidies...cthnya penanaman padi...beras dia lagi murah dari beras petani kita...bayangkan kalo beras dia masuk sini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-3-2007 09:02 AM | Show all posts
aku baru baca wikipidea tu... sangat bahaya.... mcm mana kerajaan boleh buat FTA ni?

harap
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:13 AM | Show all posts

Reply #7 TheOne's post

US kan negara perdagangan terbesar msia...jadi US gunakan ini utk bagi tekanan kat kjaan utk perjanjian yg akhirnya berat sebelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 09:15 AM | Show all posts
saya setuju bahawa ianya bakal membunuh industri tempatan.  

fta sebenarnya adalah cara halus kerajaan usa nak paksa malaysia pasarkan barangan yang dikeluarkan oleh industri-industri di usa.  ini kerana kerajaan usa mendapat tekanan politik dari ahli industri untuk menyelamatkan situasi mereka dimana wujud situasi pengeluaran > permintaan.  oleh kerana pasaran usa sudah tepu, mereka terpaksa meneroka (secara paksa, jika perlu) pasaran baru.  seperti mana para pengembara benua eropah meneroka wilayah jajahan baru dengan askar-askar mereka di zaman dahulu kala.

taktik ahli industri usa memang cukup stereotaip tapi berkesan.  penganugerahan subsidi 'digunakan' supaya bila tiba di malaysia, kos barangan yang 'diisytiharkan' adalah lebih rendah dan barangan dapat dijual lebih rendah dari barangan yang dikeluarkan oleh industri tempatan.  akhirnya, industri tempatan yang tidak mampu bersaing terpaksa berhenti beroperasi.

apabila industri tempatan sudah tidak mampu membekalkan barangan kepada pasaran, dengan 'secara kebetulannya', kerajaan usa menarik balik subsidi dan menyebabkan kos barangan keluaran usa naik kembali.  harga barangan akan mencanak naik.

tapi apakan daya, kita terpaksa membeli juga barangan mahal itu kerana tiada barangan alternatif dari industri tempatan yang telah menggulung tikarnya...

ya, mengikut fta, barangan malaysia boleh dipasarkan di usa juga.  tapi, apakah barangan malaysia yang ada di sana atau tidak dikeluarkan oleh industri-industri di sana?  tambahan pula dengan subsidi kerajaan usa yang berleluasa membuatkan barangan mereka mampu dijual lebih rendah dari harga barangan malaysia.  akhirnya menggulung tikar, sama kesannya seperti apa yang akan terjadi kepada barangan tempatan yang dijual di dalam malaysia tetapi bersaing dengan barangan usa yang dijual lebih murah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:36 AM | Show all posts
FTA=Free Trade Agreement


example FTA dgn Jepun, Malaysia sudah tandatangani perjanjian bahawa kita akan membenarkan Jepun menjual peralatan pengilangan Jepun yg berharga berbillion RM kepada Malaysia supaya Malaysia dibenarkan menjualkan sayur-sayuran ke negara Jepun....

----clue: sayur-sayuran sawi yg secekak RM1.50 sebagai bahan export ke Jepun, dan Jepun pula export skru dan nut yg berharga RM 20 satu ke Malaysia.....adil tak?

yg jadi masalah dgn USA pula ialah, bayangkan kalau semua produk US masuk Malaysia tanpa cukai.....brg2 keluaran tempatan akan jadi second class citizen

USA juga meletakkan byk syarat, antaranya, menswastakan kesemua Public Utility companies(TNB,TELEKOM, JKR etc)

syarat lain: hanya menjual ubat-ubatan yg sudah dipatentkan--maknanya, Msia tidak boleh lagi mengimport ubat-ubatan yg sama (generic) dari negara lain yg lebih murah

dan byk lagi lah......

jangan jadi seperti byk negara latin yg lain yg sudah jadi bertambah miskin hanya kerana nak dapat jual sedikit brg kita kepada US...

kita ada negara China, India--ada potential 2 billion pengguna di sana yg taste lebih kuran sama, budaya hampir sama.....buat apa nak sembah negara yg defisit kewangan nya sangat teruk....dalam masa 10 tahun, kalau mereka tidak berjaya buat FTA dgn negara2 membangun, US dollar akan jadi sama harga macam singapore dollar...dan itu yg mereka takut....

US sgt takut negara2 asia jadi kuat.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2007 09:37 AM | Show all posts
ohh kiranya korang tak sokong lah yer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:39 AM | Show all posts

Reply #10 yaneng's post

betul!  usa takut ancaman china, india dan juga russia (dari segi ketenteraan)..  region asia tenggara juga makin kuat..  indonesia, kemboja dan vietnam pun tengah boom sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #11 TheOne's post

aku tak sokong le...yg sokong tu hanya mereka yg berkepentingan je
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 09:44 AM | Show all posts

Reply #11 TheOne's post

sangatlah tidak....yang sokong tue sebab mereka dapat layanan exclusive dari US, sampai airport ajer di sembah....and dapat anak beranak mereka jadi director dalam mana2 MNC di negara nie.....dapatlah keta sebijik ke....drebar....rumah...etc.....

sanggup kan....demi nak kaya...jual maruah negara.....eiii...pi belajaq tinggi-tinggi --oxford-moxford-mecbridge.......ini yg depa pandai...jual negara terus....hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 10:40 AM | Show all posts
barang2 yang diharamkan kat negara kita pun kira leh masuk la?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 10:55 AM | Show all posts

Reply #15 neeziee's post

ape yg nizi maksudkan?? majalah playboy ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2007 10:59 AM | Show all posts
ooh, mcm tuh ke FTA ni

keji btul la US ni:@
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2007 11:03 AM | Show all posts
oo...baru la paham sesikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2007 02:53 PM | Show all posts
Originally posted by Pikir at 6-3-2007 10:55 AM
ape yg nizi maksudkan?? majalah playboy ke?


wei nizi... org tgh citer masalah negara....

FTA ni belum confirm lagi kan?






eer kalo ko dapat share
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2007 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 6-3-2007 09:39 AM
betul! usa takut ancaman china, india dan juga russia (dari segiketenteraan).. region asia tenggara juga makin kuat.. indonesia,kemboja dan vietnam pun tengah boom sekarang ni..


mukk fta pun ada kene mengena dengan tentera ke? aku baca kat wikipidea tu takder pun?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.084636 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list