CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Negeri & Negara  |  Politik & Peristiwa  |  Hiburan  |  Cinta & Perhubungan  |  Hobi & Kehidupan  |  Koleksi Gambar  |  Buku & Penulisan
Komputer & Internet  |  Agama  |  Belia & Pengetahuan  |  Wanita  |  Lelaki  |  Dunia Sukan  |  Kesihatan & Perubatan  |  Informasi
தமிழ் மக்கள்  |  Pusat Komersial  |  Maklum Balas  |  CARI Rasmi  |  Cari Contest  
123456Next
Return Post new threads
Show: 14495|Reply: 127

Kaki anda dan saiz kasut anda

[Copy link]
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 18-3-2007 11:16 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

korang spisis kaki mcm mana?
ada yang jenis mcm melebar
ada yang jenis mcm tirus ke depan
ada satu kawan nih
aku tak tahu lah kaki dia spisis apa, maksud aku ibu jari kaki dia
waktu sekolah dulu..dia paling kerap tukar kasut
sbb kasut sekolah dia pasti akan bocor kat bahagian ibu jari.
1

View rating log

Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 18-3-2007 11:17 AM |All posts
Kasut bersaiz 22
Oleh Rafidah Mat Ruzki




KETINGGIAN lelaki tertinggi paling muda dunia ini
meningkat setiap tahun

BAGI mereka yang memiliki kaki bersaiz besar tentu sukar untuk memilih sepasang kasut atau sandal yang selesa dan menarik.

Apa tidaknya, setiap kali ke kedai kasut, saiz yang tinggal kebanyakannya terlalu kecil atau kalau ada pun yang menepati saiz, reka bentuknya pula terhad dan tidak berkenan di hati.

Bagaimanapun, mereka masih boleh mencari kasut bersaiz sembilan, 10 atau 11, dengan syarat kena berbelanja lebih kerana kebiasaannya, kasut berjenama mewah saja yang menyediakan kasut bersaiz besar.

Bayangkan pula kalau kaki anda bersaiz 22 dan mengalami sedikit kecacatan sehingga menyebabkan kasut biasa sukar disarungkan ke kaki, pasti lebih sukar pencarian.

Begitulah yang terpaksa dihadapi lelaki tertinggi paling muda dunia, Haq Nawaz Noor Mohamad, 19, yang memiliki kaki bersaiz 22, lebih 13 saiz kaki lelaki normal di Malaysia, menyebabkan beliau terpaksa memakai kasut yang ditempah khas.

Bagaimanapun, kasut yang digunakan itu tidak sesuai dengan masalah kesihatan yang dihadapinya termasuk kecacatan jari kakinya berikutan kulit kakinya tidak ikut sama meregang apabila tulang jari membesar.

Menyedari masalah yang dihadapi Haq Nawaz, Ketua Program Jabatan Rekabentuk dan Teknologi Kasut, Fakulti Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohammad Wazir Jahilan, merancang mereka bentuk kasut yang lebih sesuai untuk disarungkan ke kaki Haq Nawaz.

Kasut yang akan dihasilkan bersama seorang lagi pensyarah, Ibrahim Osman, itu bakal memberikan keselesaan yang mungkin selama ini diidamkan Haq Nawaz.

Mohammad Wazir berkata, Haq Nawaz unik kerana lelaki tinggi itu tidak boleh mengenakan kasut kulit jenis bertutup seperti moccasin, darby (but) atau kasut kulit jenis Oxford kerana saiz kakinya yang besar serta pertumbuhannya yang masih belum terhenti.

Selepas menilai keadaan itu, beliau bercadang untuk menyediakan kasut jenis separa mocassin yang terbuka di bahagian tumit bagi memudahkan Haq Nawaz mengenakannya tanpa perlu menunduk.

"Selain itu, saya bercadang untuk menggunakan kulit kambing yang lebih lembut dan selesa berbanding kulit lembu yang keras serta tidak mudah lentur.

"Pembuat kasut kulit biasanya menggunakan kulit kambing sebagai bahan membuat bahagian dalam kasut tetapi kulit lembut digunakan untuk membuat bahagian luar kasut," katanya kepada Berita Minggu.

Bagaimanapun, untuk menghasilkan kasut Haq Nawaz, Mohammad Wazir bercadang menggunakan kulit kambing untuk keseluruhan bahagian kasut berikutan tahap kelenturannya yang tinggi.

Selain menggunakan kulit kambing, beliau bercadang menggunakan busa sintetik sebagai pelapik di bahagian dalam untuk memberi lebih keselesaan.

Namun, cabaran utama pembikinan kasut itu sebenarnya untuk menghasilkan 'last' atau kelembut yang akan dijadikan acuan membuat kasut besar itu.

Mohammad Wazir kini berusaha menghasilkan kelembut daripada kayu jelutong kerana ia tidak boleh dihasilkan di kilang disebabkan saiznya yang terlalu besar.

Katanya, kayu jelutong itu akan ditarah mengikut ukuran saiz kaki Haq Nawaz yang sudah diambilnya minggu lalu dan dihantar ke kilang membuat kelembut di Kepong sebelum ia dibentuk menjadi bahagian kanan dan kiri kaki.

Pada kebiasaan, kelembut untuk saiz kaki berbeza dihasilkan menggunakan plastik dan jika ia tidak menepati ukuran sebenar kaki orang yang menempah kasut, bahagian yang terkurang akan disapu simen dan ditarah semula.

Selepas kelembut dihasilkan, prototaip kasut boleh dibuat dan diacukan kepada kaki Haq Nawaz untuk melihat kesesuaiannya sebelum kasut sebenar dihasilkan.

Mohammad Wazir berkata, proses menghasilkan kelembut akan mengambil masa sehingga lima hari manakala sehari diperlukan untuk kelembut dibentuk menjadi bahagian kanan dan kiri, dan dua hari diperlukan untuk menghasilkan kasut.

Mengenai reka bentuk yang akan dihasilkan untuk kasut baru Haq Nawaz, Mohammad Wazir berkata, beliau sudah memikirkan corak yang sesuai, cuma ia masih belum dizahirkan dalam bentuk lukisan.

"Saya yakin mampu menghasilkan sepasang kasut untuk dihadiahkan kepada Haq Nawaz sebelum beliau kembali ke negara asalnya, Pakistan," katanya, sambil menamba kasut yang dihasilkan itu dijangka dapat bertahan sehingga setahun.

Katanya, ia adalah sumbangannya kepada Haq Nawaz supaya lelaki tertinggi paling muda itu boleh menjalani hidup seperti lelaki normal lain.



Fakta


Kelembut adalah acuan seperti kaki yang selalunya dibuat menggunakan kayu jenis 'spruce' atau pain.

Kaki Haq Nawaz sepatutnya jenis 'B' iaitu besar di depan, sesuai dengan saiz badannya yang besar, tetapi menjadi saiz 'A' yang tirus di depan akibat kecacatan jari kakinya.

0

Threads

0

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
1-7-2006
Post on 18-3-2007 04:17 PM |All posts
aku saiz 9
living and dying
laughing and crying

80

Threads

12

Fans

910k

Points

Moderator

Single

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
1-7-2002

Moderator

Post on 18-3-2007 04:38 PM |All posts
aku saiz 10, plus minus one size.
TOP 3 SONG AT THE MOMENT:
1. "Come & Get It" - Selena Gomez [avatar]
2. "Freaks" - French Montana feat. Nicki Minaj
3. "Live It Up" - Jennifer Lopez feat. Pitbull
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 18-3-2007 06:28 PM |All posts
saiz 22 ni panjang mana eh?

5

Threads

0

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
25-9-2002
Post on 19-3-2007 08:10 AM |All posts
Aku saiz 8 dan berkaki rata.

leceh betul.  
Ruang ini untuk disewa
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 19-3-2007 08:52 AM |All posts
berkaki rata?
leceh?

tak paham?
kenapa leceh?
Yusuke This user has been deleted
Post on 19-3-2007 10:31 AM |All posts
Originally posted by Syd at 19-3-2007 08:52 AM
berkaki rata?
leceh?

tak paham?
kenapa leceh?


kaki rata ni susah nak panjat pokok kot ..

1

Threads

1

Fans

110k

Points

Defender

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Joined
23-12-2005
Post on 19-3-2007 04:25 PM |All posts
gua kalo pakai kasut size 10 uk size...
jenis lebar
~If you're good at something, never do it for free..~

80

Threads

12

Fans

910k

Points

Moderator

Single

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
1-7-2002

Moderator

Post on 20-3-2007 12:13 AM |All posts
samalar kita pisang
TOP 3 SONG AT THE MOMENT:
1. "Come & Get It" - Selena Gomez [avatar]
2. "Freaks" - French Montana feat. Nicki Minaj
3. "Live It Up" - Jennifer Lopez feat. Pitbull

8

Threads

0

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
13-10-2006
Post on 21-3-2007 08:18 PM |All posts
ASSALAMUALAIKUM...

kaki saiz 9 @ 43. Minat pakai Loafer. Sempoi & keselesaan.
kalau nak pakai boot bola kena cari PUMA atau LOTTO.
Tercipta UntukKu..
FAC  

1

Threads

0

Fans

4152

Points

Adventurer

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Joined
24-1-2007
Post on 21-3-2007 10:35 PM |All posts
haku latest beli kasut saiz 8 setengah
tauu takpee..
tempe tak nak..
kuah lebih skit..
nak sedap lagi gunalah kiub pati ayam magi!

0

Threads

0

Fans

510k

Points

Superior

i'm just me

Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17Rank: 17

Joined
30-3-2004
Post on 23-3-2007 02:50 PM |All posts
saiz 7 jerrr...

0

Threads

0

Fans

1265

Points

Revolutioner

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Joined
22-4-2006
Post on 24-3-2007 01:56 AM |All posts
size 10/11

0

Threads

0

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
16-12-2004
Post on 24-3-2007 03:21 AM |All posts
aku lak pakai saiz 9 @ 10..bergantung kepada jenis kasut.
YAA-HOO!!

8

Threads

1

Fans

110k

Points

Challenger

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Joined
11-7-2005
Post on 26-3-2007 02:59 PM |All posts
ustaz 9
♥♥♥ Bella Swan ♥♥♥

77

Threads

5

Fans

7787

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
13-1-2005
Post on 26-3-2007 04:40 PM |All posts
saiz 7.....
Back to basic

29

Threads

3

Fans

510k

Points

Moderator

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Joined
30-9-2005

Moderator

Post on 26-3-2007 06:16 PM |All posts
orang kata....
saiz kaki tu berkadar terus dengan 'tot tot ' tu
betul ker tak,  tak tau la aku...
boroi tapi mesra..
Syd  

180

Threads

10

Fans

1210k

Points

Legenderer

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Joined
11-10-2004

Legenderer

Post on 27-3-2007 08:56 AM |All posts
hik hik hik

yang aku selalu dgr..

pandang ibu jari kaki

77

Threads

5

Fans

7787

Points

Highlander

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Joined
13-1-2005
Post on 27-3-2007 05:36 PM |All posts

Reply #18 Hang's post

ye ke?napa aku x penah dgr pun...??:hmm: :hmm:
Back to basic

22

Threads

3

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
9-9-2005
Post on 27-3-2007 10:22 PM |All posts
saiz   ...9 1/2   ....    besar  tak?
farhan This user has been deleted
Post on 6-4-2007 04:48 PM |All posts
kaki aku saiz 10

6

Threads

0

Fans

210k

Points

Fighter

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Joined
23-12-2006
Post on 18-5-2007 03:20 PM |All posts
Meha saiz 13 pasal kaki lebar dan badan tinggi
SAVE OUR EARTH,LOVE OUR NATURE
STOP OPEN BURNING,STOP SMOKING
STOP BEFORE THE EARTH KILL US
CAN'T ANYONE UNDERSTAND!!!!!!
THE EARTH ARE DYING

0

Threads

0

Fans

263

Points

Senior

Rank: 3Rank: 3

Joined
29-5-2007
Post on 31-5-2007 06:46 PM |All posts
aku size 11..
susah betol nak cari kasut sesuai..
bentuk kaki,lebar kat depan..
aku ade byk kasut, tapi 1 je yg sedap..tu pun sniker brand Sketchers

162

Threads

11

Fans

310k

Points

Warrior

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Joined
13-8-2003
Post on 15-6-2007 01:09 PM |All posts
aku size 8
*JGN BUANG SAMPAH DI LUAR KENDERAAN ANDA
*SILA BAYAR HUTANG PTPTN ANDA
123456Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 19-5-2013 10:21 PM , Processed in 0.183449 second(s), 17 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top