CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 42335|Reply: 62

Siapa pernah picnik di Air Terjun Kalumpang, Selangor?

[Copy link]
Post time 19-11-2007 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Maaf yer,kiter dah search topic ni tp tak jumpa. dah selak jauh2 pun tak jumpa jugak. Incase dah ada maap yer..

Nak tanya, ada sesiapa yg berexperience berpicnik atau menginap kat mana2 chalet/resort kat air terjun ni tak? Lokasinya terletak atas sedikit dari air terjun ulu yam.

Kiter ingat nak bawak anak2 berpiknik  atau bermalam kat sini, search internet cuma ada Kalumpang resort jer, ada chelet lain tak yg reasonable price lg?

Kalau yg pernah ke sini, syare lah info atau gambar skit.

TQ

[ Last edited by  jelitaz at 19-11-2007 04:06 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 03:35 PM | Show all posts
baru taw kalumpang ade air terjun........

sape2 ade info buley share....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 04:12 PM | Show all posts
aku xtau kt ne air tejun kalumpang tu, tp aku nk citer aku penah stay kt kalumpang resort. environment kt resort tu mmg best, ala2 perkampungan kt sepnjg jeram tu. pulak tu aku amik chalet yg turun je tangga, leh trus tejun kt sungai. kwsn die bersih, sbb dimenten dgn baik. ade small pool utk kids & mini zoo. mlm2 hasben aku mancing, tp dpt anak ikan je la.

tp 1 bende yg x bape best, aku rase chalet ni agk mhl kalo nk dibandingkn dgn facilities yg ade dlm chalet tu. bilik sgt kecik, even ade aircon & tv. toilet pon so-so je, w/out air pns. dlm bilik pon cume ade termos, yg mane kalo nk air pns, kene g amik kt dewan mkn. resort ni pon xde restoran, cume ade dwn mkn tu, yg provide mknn utk org2 yg wat training & courses. tp ade gak chalet@ umah yg lbh sesuwei utk family. cume aku xtau ape plak 'facilities' yg ade dlm umah tu.

cuti dipavali br ni pon aku ade g. tp x stay la, just g piknik2 je.
nasihat aku, kalo nk g cni, kene bwk bekalan mknn yg m'cukupi.
sori, aku xde pics nk share...hehehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 09:15 AM | Show all posts

Reply #2 mizahanan's post

setuju...tak sangka ada air terjun kat situ..hari tu pegi tidur kat Kalumpang Resort saja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 10:50 AM | Show all posts

Reply #1 jelitaz's post

check out below websites :

http://kalumpang.com.my/v2/

Segar, nikmat calet KRTCOleh Rosman Shamsudin

KEDUDUKAN calet di Bukit Kubah dan di tepi sungai pasti menjanjikan suasana yang menarik.

Resort berkonsep agro dipenuhi pokok buah-buahan tempatan, dikelilingi keindahan flora, fauna timbulkan suasana aman

KALUMPANG Resort & Training Centre (KRTC) di Kampung Pasir Puteh, Hulu Selangor menjanjikan kedamaian bagi mereka yang suka nikmati keindahan alam semula jadi.

Pengunjung pastinya sukar melupakan betapa dingin air Sungai Inki yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa sebelum melalui resort berkenaan, selain kawasan itu dikelilingi pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, nangka dan manggis yang mungkin sukar ditemui di tempat lain.

KRTC yang dibina di atas tanah berkeluasan 2.4 hektar terletak di kaki Bukit Kubah yang diwartakan Kerajaan Selangor sebagai Taman Warisan mampu menjadi satu lagi tarikan destinasi pelancongan di Selangor.

Sebelum ke KRTC, pengunjung akan melalui kawasan perkampungan dan jalan kebun yang berturap. Sepanjang perjalanan pengunjung dapat melihat bongkah batu semula jadi berselerakan di kawasan kebun yang menghijau milik penduduk.

Bongkah batu itu sudah cukup memberi gambaran awal bahawa KRTC yang mula menjadi tumpuan ramai itu mempunyai daya tarikan tersendiri.

CALET bamboo seperti rumah tradisional dibina di kawasan Bukit Kubah jamin keselesaan pengunjung resort.

Sebelum tiba di KRTC, pengunjung pada mulanya hanya disajikan pemandangan alam semula jadi, pokok buah-buahan dan calet, namun sebaik meneroka kawasan itu, baru terbongkar khazanah Sungai Inki yang mengalir di tengah-tengah resort sekali gus menjanjikan panorama menarik.

Air sungai yang jernih tanpa dicemari mengalir dari lereng Bukit Kubah dan bertakung di kawasan jeram batu yang berbongkah membentuk takat membolehkan pengunjung menikmati kesejukan dan kedinginan aroma air berkenaan.

Resort yang berkonsepkan agro dipenuhi pokok buah-buahan tempatan dan pokok hutan yang berusia ratusan tahun serta dikelilingi keindahan flora dan fauna menimbulkan suasana aman menyebabkan ia kini mula menjadi pilihan pencinta alam.

Pada musim buahan-buahan, pengunjung KRTC boleh menikmati buah-buahan tempatan di KRTC secara percuma terutama buah durian.
Sesuai dengan lokasinya yang di kelilingi Banjaran Titiwangsa, nama burung seperti merak, kenari, tiung dan bayan dipilih sebagai nama calet di KRTC.

Perjalanan yang hanya mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara Selatan pastinya tidak akan membosankan pengunjung kerana sepanjang perjalanan ini, pengunjung disajikan dengan panorama alam semula jadi yang menarik. Bagi pengunjung yang ingin merasai keindahan alam sebenar, mereka boleh menginap di calet Cenderawasih yang terletak di atas bukit. Untuk ke calet berkenaan, pengunjung perlu menggunakan tangga sekali gus menguji daya ketahanan fizikal mereka.

Bunyi deruan air yang diiringi kicauan burung pasti membuatkan pengunjung sukar untuk melupakan keindahan kawasan itu dan mereka pastinya berhasrat mengunjungi semula.

Bagi kaki pancing mereka pasti terkejut kerana dapat melihat kelibat ikan kelah dan sebarau yang bermain di celahan bongkah air terjun. Bagaimanapun, pemancing tidak dibenarkan memancing kerana kawasan itu menjadi tempat pembaikan ikan milik Jabatan Perikanan Selangor.

Mereka yang sukakan aktiviti lasak pula boleh membawa kereta pacuan empat roda, merentas sungai dan jungle treking yang pasti menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.

Pengarah Urusan KRTC, Hasni Mohd Khir, 38, berkata, KRTC sengaja menggunakan landskap pokok buah-buahan tempatan dan mengekalkan pokok hutan untuk menjamin keaslian alam semula jadi di kawasan berkenaan.

揜esort ini kini dikenali di peringkat antarabangsa selepas KRTC memperkenalkan laman webnya dan sedang dalam proses memasukkan ke dalam Kalendar Melawat Malaysia,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 10:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2007 10:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2007 12:59 PM | Show all posts
website tu dah tengok dah, tu jer ker chalet/resort yg ada. ada lg tak yg tak berbrand kat situ?

masa survey 2 thn lepas price kat web tu tak de lah sampai bratus mcm tu, tp yg baru ni nampak mhl plak. mcm stoberi kata ler, rasa mcm tak berbaloi.

tp walk in picnic kat situ boleh ek?
kalau mcm tu tak yah bermalam lah. ingat nak ajar si kecik2 tu nature skit. tp bila tngok price tempat mcm tu..

nanti lah, nak kena pk beround2 skit

ada lg review lain yg penah ke sana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2007 01:05 PM | Show all posts

Reply #8 jelitaz's post

Sori Off Topic, kalau tak kisah lokasi, Chalet Sungai Chongkak lebih affordable.

http://ulu_langat.idesa.net.my/index_files/Page3568.htm

[ Last edited by  dvpro at 20-11-2007 01:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 01:55 PM | Show all posts

Reply #5 mrsbay's post

Dalam gambar tu Kalumpang Resort...tajuk thread Air Terjun Kalumpang....lain 'kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 02:39 PM | Show all posts

Reply #10 IDB's post

Nak tanya, ada sesiapa yg berexperience berpicnik atau menginap kat mana2 chalet/resort kat air terjun ni tak? Lokasinya terletak atas sedikit dari air terjun ulu yam

pembuka thread asking for any chalet/resort though

mod, sori for double posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 02:50 PM | Show all posts

Reply #8 jelitaz's post

ye...walk in pon boley. byk port kt ctu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 03:54 PM | Show all posts
puri pernah pegi .. memang best gak le tempat dia ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 05:51 PM | Show all posts

Reply #11 mrsbay's post

you're right...sorry for my misinterpretation.
TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 02:34 PM | Show all posts
best ek tempat tu? kalau mcm tu, compem lah ke sana. kalau ada review tak cantik kat situ ingat nak ke lata kijang jer.heheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 03:59 PM | Show all posts
kalumpang resort & training center

http://www.kalumpang.com.my/v2/

pergi last week, well maintained, ade few chalet river front, chalet di tepi-tepi bukit pun ada, ada wakaf untuk piknik, open juga utk public

per entry rm 5 for adults and children kalau tak silap, enjoy the pictures



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2008 04:00 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 04:03 PM | Show all posts
chalet Tiung - diantara chalet river front

stay kat chalet nie weekend rm 150 weekdays 135



chalet di lereng bukit

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 04:18 PM | Show all posts
Antara wakaf piknik yg dibina



surau antara kemudahan yg disediakan

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 09:11 AM | Show all posts
waa...bleh tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.184992 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list