CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51952|Reply: 827

GHOST

[Copy link]
Post time 20-1-2008 04:44 PM | Show all posts |Read mode
:pompom:

Drama Bersiri Ghost Lakonan Cheryl Samad Carmen Soo January 20th, 2008 |   Category: Cheryl Samad,  Drama,  Carmen Soo |  
1 Comment 籟/url] Sebuah drama bersiri baru yang berunsurkan ciri-ciri kuasa ghaib dan seram berjudul Ghost akan memulakan tayangan perdananya di [url=http://www.8tv.com.my/]8TV pada 3 Februari, jam 10.00 malam.Dipenuhi dengan unsur-unsur suspen dan misteri, drama bersiri terbaruini bukanlah hanya sebuah drama Melayu yang tipikal. Ghost menjanjikansuatu dimensi baru kepada permintaan yang semakin bertambah terhadapdrama-drama Melayu tempatan apabila ia merangkumi unsur-unsur misteri,perbalahan serta menyentuh elemen-elemen percintaan.
Drama bersiri ini memperkenalkan Cheryl Samad, bekas pengacara Malaysian Idol dan Nazruddin Rahman(pengacara The Breakfast Show) sebagai pelakon utama. Ghost turutdibintangi oleh penyanyi R&B, Reefa; model serta pelakon, Carmen Soo, Razif Hashim dan Nas-T yang pernah membintangi siri Gol & Gincu serta Kami.

Sinopsis drama Ghost
Ghost mengisahkan mengenai seorang wartawan yang bijak dan lantangbernama Eza (Cheryl Samad) yang cuba menyelesaikan sebuah misteri yangmelibatkan kematian seorang pelakon filem terkenal yang juga merupakanbintang pujaannya.
Kehidupan Eza mula berubah apabila dia terjumpa Zack, pelakon filemyang amat diminatinya keluar dari sebuah hotel dalam keadaan sesat dankeliru.
Eza menawarkan Zack tempat tinggal. Perasaan teruja menyelamatkanbintang pujaannya tidak berpanjangan apabila dia mendapat tahu yangZack sebenarnya sudah meninggal dunia. Mimpi ngeri Eza menjadikenyataan apabila dia menyedari hanya dia seorang sahaja yang bolehmelihat Zack!
Masa berlalu pantas, penonton dapat menyaksikan sebuah persahabatan yang terjalin di antara si hidup dan si mati (Zack). Zack akhirnyamengetahui sebab dia dipertemukan  dengan Eza iaitu untuk mengetahuibagaimana dia mati dan untuk menyelesaikan masalah yang menjaditeka-teki ketika hayat beliau.
Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan di 8TV, Cik Airin Zainul kata:
揋host mempunyai segala ramuan dan potensi untukmenjadi salah sebuah drama popular di 8TV.  Kami yakin penonton akanterus terpaku di hadapan kaca tv apabila mula menyaksikan drama bersiriini ditayangkan nanti. Para penonton akan dapat menyaksikan banyak plotimbasan kembali dan pelbagai drama berlaku apabila setiap karaktersentiasa membawa penonton kembali ke masa lampau dan juga masa kini.Saya mencadangkan agar para penonton merangka kembali aktiviti merekadihujung minggu kerana kami yakin anda akan terpaku mengikuti dramabersiri Ghost ini.  Anda pasti tidak mahu terlepas menontonnya.擺/i]
Ghost pasti akan menjadi di antara program yang diminati ramai.Untuk mengetahui sama ada persahabatan antara Eza dan Zack akanmembibitkan rasa cinta di antara mereka dan apa yang akan terjadiapabila Zack mengetahui perkara yang sebenar mengenai kematiannya,pastikan anda terus menonton drama bersiri baru Ghost ini pada setiaphari Ahad, jam 10.00 malam bermula pada 3 Februari hanya di 8TV atausecara alternatif di Astro saluran 708 dan www.8tv.com.my

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 7-4-2008 12:12 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2008 04:44 PM | Show all posts
suka drama2 urban kat 8tv
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 04:49 PM | Show all posts

Reply #2 jac_diehard_fan's post

me too..

tgh tunggu season 2 Realiti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #3 narcolepsy's post

itula kemain lama lagik aritu kate nak tayang taun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 05:13 PM | Show all posts
mesti best!!!
citer yg aku suke kt 8tv

1. Realiti.. (da best!!)
2. KAMI (marvelousoo)

dlu ak suke tgk table 4 two n each other.. sume red comm yg wat kn?
..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #5 AyieBoyZ's post

red com nye drama siri sume best klu tayang kat 8tv.. production die pon best 3R tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2008 05:14 PM | Show all posts

Reply #5 AyieBoyZ's post

realiti bkan red com.. tp popiah production
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 05:21 PM | Show all posts

Reply #7 jac_diehard_fan's post

a'ah la.. lupe.. table 4 2 n each other pung popiah gak kn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2008 07:56 PM | Show all posts

Reply #8 AyieBoyZ's post

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 08:23 PM | Show all posts
cmbest je nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 20-1-2008 05:13 PM
mesti best!!!
citer yg aku suke kt 8tv

1. Realiti.. (da best!!)
2. KAMI (marvelousoo)

dlu ak suke tgk table 4 two n each other.. sume red comm yg wat kn?
..

Fav aku gak ni

taknak ulang tayang ke kat tv
leh tengok lagik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 02:51 PM | Show all posts
antara dua production house tu jela yg pandai buat drama2 urban...tapi cam na ngan KL LiGHTS....drama tu cam x best jek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2008 05:28 PM | Show all posts

Reply #12 alltvmas's post

entah.. mmg tak selera nak tgk cite tu.. 8tv patut maintainkan satu slot utk drama urban.. means bile satu cite da abih sambung cite lain.. tadek la nak kene tunggu 2-3 bulan patuh baru tayang cite baru.. ini supaya penonton setia dgn slot waktu tersebut.. dan takkan bertukar channel
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 20-1-2008 04:44 PM
:pompom:





loh...ini seiras citer Ghost whisperer lah.Jennifer Love hewitt tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 09:00 PM | Show all posts

hmmm abg Naz ada
ske tgk abg Naz
hehehehe ......
paling ske masa dia handle program Disney
comey arrrrr ..........
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 09:04 PM | Show all posts

Reply #15 fly_in_d_sky's post

nih lakonan die yg ktiga...

slps realiti n iklan tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2008 11:05 PM | Show all posts
macam best jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 11:57 PM | Show all posts

Reply #16 AyieBoyZ's post

tak silap akak dia pernah berlakon KL LIGHT dulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 10:46 AM | Show all posts
Hantu temukan Cheryl, Naz

OLeh FAIZAL SAHARUNI

Buat pertama kalinya dua generasi urban disatukan dalam bersiri di 8tv.

KEDUA-DUANYA tergolong dalam generasi urban. Keletah mereka sebagaihos program di layar kaca cukup menarik perhatian ramai. Cheryl Samaddan Nazrudin Habibur Rahman atau Naz sememangnya dua nama yang melakarindah dalam dunia pengacaraan - Cheryl menerusi program Muzik Muzik diTV3, sementara Naz menerusi The Breakfast Show di ntv7.
Biarpun sudah membabitkan diri dalam dunia lakonan, namun merekatidak pernah bergandingan sebelum ini. Bagaimanapun, menerusi dramabersiri terbaru, Ghost kedua-dua bintang serba boleh ini bakal berpadutenaga.
Cheryl, 25, yang memegang watak Eza menerusi siri TV yang bakaldisiarkan menerusi 8TV itu mengakui, ini merupakan kali kedua diaberlakon dalam karya seram sepanjang karier lakonannya kira-kirasedekad lalu.
"Sebelum ini, saya pernah melibatkan diri dengan produksi Singapuradalam drama, Incredible Tales garapan Kabir Bhatia pada tahun 2005,"akui Cheryl dalam sidang media Ghost di Popiah Pictures, Kuala LumpurKhamis lalu.
Cheryl yang pernah muncul dalam drama rantaian, Each Other padatahun 2002 berkata, Eza merupakan seorang wanita penakut, tetapimemiliki banyak impian dalam hidupnya.
"Dia suka berangan-angan, malah kalau boleh dia nak capai apa juayang diidamkan selama ini meskipun Eza tidak memupuk sebarang usahauntuk menjadikan cita-citanya termakbul.
"Saya begitu tertarik dengan watak Eza apatah lagi banyak transisikarakter yang berlaku padanya," ungkap Cheryl yang ternyata gembiradengan perkembangan karier lakonannya yang semakin bersinar cerah.

Cheryl

Enggan memperlihatkan sikap stereotaip dalam lakonannya, Cherylmengambil keputusan untuk tidak terlalu menonton karya-karya yangpernah ditayangkan sebelum ini.
"Memanglah kita boleh tonton drama atau filem genre sebegitu, namunjangan terlalu menceduk apa disaksikan, cukuplah kita buat sebagairujukan sampingan.
"Impaknya, kita akan mudah terikut-ikut dengan watak yang adasesetengahnya kurang bersesuaian dan tidak serasi dengan kita," tuturCheryl mempertahankan prinsipal yang diamalkannya dalam melakonkanwatak Eza.
Banyak melakukan latihan Tidak dinafikan, adakelainan dan keistimewaannya bekerja dengan penerbit merangkap salahseorang pengarah generasi baru dalam drama Ghost, Ng Ping Ho yangmenekankan aspek kesempurnaan dalam menyudahkan karya itu ditangannya.
Menjalani latihan dalam mengaplikasikan watak Eza selama sebulanlamanya sebelum memasuki lokasi penggambaran memberikan ganjaran palingberharga buat Cheryl yang sememangnya sudah terbiasa dengan gerak dantari Popiah Pictures.
"Bayangkan, untuk menghayati watak berkenaan, saya kena tuliskesemua tentang diri Eza di kertas putih, malah para pelakon laindikehendaki buat benda sama.
"Memanglah leceh dan membosankan, namun setelah disiapkan, barulahkami sedar serta mengetahui karakter masing-masing secara mendalam.
"Menariknya, kami bertukar-tukar sesama sendiri kertas itu sekaligus membuatkan semua pelakon tahu watak orang lain dalam Ghost.
"Akhirnya, proses penggambaran yang sukar dapat dijalankan denganmudah serta berjalan lancar," ujarnya terhadap resipi Popiah Picturesyang menampakkan hasilnya.
Tidak sukar buat NazBagi Nazrudin Rahman ataulebih dikenali sebagai Naz, 29, yang membawakan watak Zack mengakui,dia baru sahaja berjinak-jinak dalam industri lakonan dan pernahbekerja dengan beberapa sutradara terkenal sebelum ini.
"Pertama kali baca skrip, saya terus menyukainya dan menganggap plot Ghost begitu mengagumkan.
"Dan pastinya, sebagai muka baru, sudah tentu saya perlu cabar dirisendiri terutamanya dalam melayari bidang seni yang penuh pancaroba ini.
"Tapi, syukurlah kerana watak itu bukannya seperti hantu lain, malahtak rasa sukar untuk saya meluahkan karakter Zack," jelas anak mudayang kini masih sibuk mengendalikan program The Breakfast Show di ntv7.
Ditanya pengalamannya berpasangan dengan Cheryl, Naz pantas berkata:"Senang kerja dengan Cheryl kerana dia tahu apa yang diperlukanpengarah.
"Tiada sebarang masalah. Cheryl bijak melakukan ekspresi lakonan,lihat saja dirinya yang boleh tertawa terbahak-bahak berpura-pura diasedang bercakap dengan orang lain di depannya.
"Ghost mengajar kami membuat aksi spontan selain dapat menimbapengalaman menyeronokkan bersama para pelakon lain dan seluruh tenagaproduksi," balasnya tersenyum manis sambil mengimbas bibit-bibit manisbergandingan bersama Cheryl.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2008 07:50 PM | Show all posts
excited & eager naks tgk pesal ada cheryl!! :pompom: from the storyline, it looks interesting.. mayb org akan kata citer nie mcm Jennifer Love Hewitt's, Ghost Whisperer, tp x kisahlah.. pesal ada cheryl, aku suka!!! 4 me, cheryl nie cantik & sweet, eventhough dia gelap, tp dia hitam manis! & pada aku dia bijak pesal dia study law dulu kat UM, if I not mistaken.. pas2, of course lah suka dgr dia berckp.. dia speaking berhabuks coz eng is her mother tongue! :victory:

4 those yg x tau pesal cheryl nie, mak dia serani, bapak dia islam.. pas2 dia dah nah released mini album sumwhere around last yr, entitled, "Cheryl Samad" yg ada 3 lagu penuh & 2 lagu instrumental.. 1 of the song in her mini album, Tiada Lagi Rahsia, was used in G&G Series Season II dulu & dlm Emil Emilda gaks.. bestlah mini album dia 2 pada aku, eventhough ada yg kritik kata x suka, lebih baik dia jadik pengacara jerk, bla3.. tp pada aku minah nie mmg bestlah.. bdn jerk kecik tp ada BIG talent!! mcm2 dia naks buat kalu boleh! way 2 go cheryl!!! :pompom:


P/S: tgh giler nengoks "Charmed" skang nie.. so naks tgk camner citer nie jadik di tgn director kita.. yalah.. citer2 supernatural nie bkn senang naks buatkan?? x yah citerlah kalu hollywood series 2 sumerkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064811 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list