CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1956|Reply: 15

Pengkritik akhirnya cium tangan PM

[Copy link]
Post time 9-4-2008 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Di tengah gelombang penentangan penulis blog terhadap perdana menteri,seorang daripada mereka yang lantang mengecam Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi membuat pusingan U politik.

ZaharinMohd Yassin, satu-satunya ahli Umno yang dipecat kerana mengkritikkeras Abdullah melalui blognya, kelihatan mencium tangan Abdullah dilapangan terbang Kota Kinabalu kelmarin.

Zaharin, juga popular dengan nama 'Sang Kelembai', dilaporkan menunggu presiden Umno sewaktu lawatannya ke Sabah pada Isnin.

"Abdullahyang tidak menyangka kehadiran Zaharin kelihatan kaget dengan kejadianitu dan membiarkan Zaharin bermonolog sendiri," lapor penulis politikMohd Sayuti Omar di blognya 'Merah Tinta MSO' (msomelayu.blogspot.com)semalam.

Laporan Mohd Sayuti itu, yang juga pemilik akhbar mingguan politik Siasah, turut memuatkan tiga keping foto saat-saat dramatik itu.

Penulis blog 'Sang Kelembai' (sangkelembai2006.blogspot.com) dipecat daripada Umno pada September 2006.

Sewaktumengumumkan tindakan tatatertib itu, Abdullah berkata Majlis Tertinggi(MT) sebulat suara memecat Zaharin selepas meneliti laporanJawatankuasa Pengurusan dan Lembaga Disiplin Umno.

Setiausahaagung waktu itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pula berkata MTmemutuskan untuk mengenakan hukuman lebih berat daripada cadangan olehlembaga disiplin Umno.

Bagaimanapun belum jelas, setakat ini, tujuan pertemuan antara penulis itu dengan perdana menteri.

Seharisebelum pertemuan itu, Zaharin yang pernah menjadi setiausaha bahagianUmno Bandar Tun Razak menulis bahawa krisis dalaman parti itu umpamatragedi tenggelamnya kapal Titanic.

"Inilah yang terjadi kepada 'saya perdana menteri' dan 'saya ada di sini' Abdullah Hj Ahmad yang dibantu oleh perdana menteri de factoyang terdiri anaknya sendiri bernama Kamalludin Abdullan dan menantunyaKhairy Jamalludin Abu Bakar dengan bantuan mereka-mereka di tingkat 4,Perdana Putra.

"Sekarang Abdullah Hj Ahmad berkata bahawa kekalahan Umno adalah disebabkan kerana sabotaj.

"Satutuduhan yang tidak ada pembuktian, bukankah ketua gerombolan mensabotajUmno diketuai oleh anak dan menantunya sendiri?" katanya dalam artikel'Umno dan Titanicnya' pada 6 April.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2008 08:53 PM | Show all posts
mak tak suka taw, lalang ni eww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2008 08:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2008 09:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:06 PM | Show all posts
dia dulu kan org UMNO ....
tu yg balik join UMNO ...
kata dpt sejota ...
kabur ler mata dia ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:10 PM | Show all posts
...aper mslh nak hormat smpi kene cium tgn bagai nie....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2008 09:12 PM | Show all posts
More like kissing arse.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2008 09:24 PM | Show all posts
Originally posted by mentari_biru at 9-4-2008 21:06
dia dulu kan org UMNO ....
tu yg balik join UMNO ...
kata dpt sejota ...
kabur ler mata dia ..


jota kalu patut cium molot lah .. warghhhahahaha ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2008 09:37 PM | Show all posts
sejuta?

wow...

satu kaedah baru buat duit...
jadi pengkritik kaw taw....
pas tu pasti ada org dtg cari tawar duit supaya berenti kritik...

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:39 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 9-4-2008 08:37 PM
sejuta?

wow...

satu kaedah baru buat duit...
jadi pengkritik kaw taw....
pas tu pasti ada org dtg cari tawar duit supaya berenti kritik...


Pasni    ramai   ler   ...  wat blog    maki   Paklah  ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 9-4-2008 09:39 PM

Pasni    ramai   ler   ...  wat blog    maki   Paklah  ...


maki najib aku rasa prospek lagi bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:47 PM | Show all posts

Reply #11 petola's post

juta tak dapat, bom satu kali dapat, tak cukup satu, dua pon boleh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by skycrew at 9-4-2008 09:47 PM
juta tak dapat, bom satu kali dapat, tak cukup satu, dua pon boleh


C4?
larikkkk........
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 05:42 AM | Show all posts
'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan PM'

Veteran Umno Tan Sri Annuar Musa, yang bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengetengahkan keperluan terhadap pemimpin yang tidak mengalami masalah rendah diri dalam parti itu.

"Namanya mesti jadi tinggisungguh dan mesti jadi badan terdiri daripada ahli politik yang tiada rendah diri, kerana yang berdiri di depannya ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
"Kalau ada rendah diri, takut nak bersuara, siapa yang nak betulkan perdana menteri?" soal Annuar. Annuar juga mengingatkan, rakyat memberikan mandat kepada parti dan tugas parti membentuk kerajaan. "Kalau parti, terutamanya anggota tertinggi di majlis tertinggi tunggu nak cium tangan PM, tunggu nak cium tangan presiden saja, tak lama lagi Umno lingkup," katanya. Anuar juga berkata, dalam proses mentransformasi Umno, bukan sahaja sistem harus berubah tetapi anggotanya juga perlu mengambil langkah sama kerana rakyat memerhatikan mereka.

"Umno berada pada satu tahap transisi sangat penting. Kalau kita tak deliver, kita akan terima padah politik," katanya.
Mengulas kempennya, Annuar berkata, beliau tidak pun turun ke pelbagai tempat untuk berkempen tetapi hanya bersandarkan kepada rekod kerjanya semata-mata. "Kita bukan tiba-tiba jadi berjiwa rakyat, tiba-tiba jadi pejuang dalam masa dua bulan, berhempas pulas, bagi duit. Macam itu saya rasa amat sedih untuk Umno," katanya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/243843
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 06:32 AM | Show all posts
alah, Cina pompuan DAP cacat tu pun boleh dibeli, penyebab kejatuhan kerajaan
Nizar di Perak, apatah lagi sesama melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 07:05 AM | Show all posts
perghhh.....bukak balik citer lama ke? rajin sungguh godek arkib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073734 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list