CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4898|Reply: 22

KENAPA ISLAM MENGHALALKAN PERANG

[Copy link]
Post time 16-4-2008 12:27 PM | Show all posts |Read mode
salam semua.....

aku nak minta tolong dgn korang yg arif..........
ni soalan dr kawan aku yg dah hilang arah..........
mcm nak gila aku cuba bw dia kembali kearah islam...........
tp makin byk soalan2 dia...
antaranya dia tanya aku...

KENAPA ISLAM MENGHALALKAN PERANG....

sapa2 blh tolong jwb....
kalau blh dgn hadis b sbgnya......
terima kasih.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2008 12:34 PM | Show all posts

Reply #1 anj2208's post

islam tak menghalalkan perang..

tetapi menjadi kewajipan muslim untuk menjaga/mempertahankan
1. Agamanya
2. Hartanya
3. Maruahnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 12:47 PM | Show all posts
perang dalam erti kata yg lebih tepat disebut sbg jihad (berjuang),
menurut konteks Islam bermaksud berjuang menegakkan syariat islam..

jihad ni ada perlbagai bentuk, antaranya :
1) jihad terhadap diri sendiri yakni menentang hawa nafsu
2) jihad terhadap orang lain, melalui lisan, tulisan atau tindakan
3) jihad dalam bentuk pertempuran (perang)

Islam tidak menghalalkan perang, tetapi ada keadaan yg akan menyebabkan perang diwajibkan
apabila Islam diserang musuh.

Surat An Nisaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 06:02 PM | Show all posts

Reply #1 anj2208's post

ko cume nasihatkan dier ajar ko jgn nk tarik kejln yg benar atau paper .... sbb mungkin aku slah ...dlm koran ader ckp tugas kite...hanya memberitahu dan menyampai bkn memimipin kejln yg benar atau ape2 ...

pada kwn mu yg nk christian or atheist .... just nasihat dan doakan lah ...tk yah la ko bersusah .... nk beri hidayah ke ape ..... tu sume keje tuhan .... biarlah klau tuhan nk dier kejln yg lurus dier akan kembali ....

cam kawang mung tu ....hati dier dh menolak ... ko ckplah apepon ....jawab segal soklan pon dier tkkan terima ....sbbb dlm hati dh menolak .... ape koleh wat just nasihat tu jerk ...... hidayah ..tuhan yg beri ...bkn dtg dr jawab soklan ke ape .... klau aku biarkan jerk ....sbb aku tau walau ape pon aku ckp dier tkkan dgr ....cm ko ckp laa lg ko jawab ...lg byk dier tanye .... dh nmpk dier menolak ....

[ Last edited by  fish_o7 at 16-4-2008 06:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 06:12 PM | Show all posts
Biar musuh memutih di Bumi,namun undur tidak sekali............
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 06:16 PM | Show all posts

Tanggungjawab Umat IslamTerhadap Jihad

Sabda Nabi s.a.wMaksudnya: "Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang(jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang(berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)" *1

Huraian


Hadithini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasratmenyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang darinifaq (sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak padazaman Nabi S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad.


Perkataanjihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, jihadharta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, penulisan danseumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalambahasa Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitujihad peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad makakita maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkanal-din dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H):


"Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar" *2


Islamtidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuhiaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilahpegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar merekadiperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperanganyang mereka lancarkan. Oleh itu, bagi golongan non-muslim yang tidakmelancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, makamereka tidak diperangi dan dibunuh. Antara dalil-dalil dalam perkaraini ialah ayat-ayat berikut:


Firman Allah :


(maksudnya):"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, danjanganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukaimereka yang melampaui batas" (Surah al-Baqarah: ayat 190)


Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah:


(yang bermaksud): "Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan".


Ayat-ayatini dan beberapa ayat-ayat lain adalah jelas menunjukkan peperanganyang dilancarkan ke atas mereka adalah di atas sikap dan tindakan salahyang dilakukan mereka, bukan kerana kekufuran. Bahkan dalam Surahal-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan (maksudnya):


(maksudnya): "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orangyang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkankamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihiorang-orang yang berlaku adil.Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamudaripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu keranaugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sertamembantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yangmenjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yangzalim".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2008 06:17 PM | Show all posts
Al-Imamal-Tabariy (wafat 310H) setelah membentang pendapat-pendapat mengenaiayat di atas, berkata: "Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat inibermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepadasesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan semua agama. Ini keranaAllah menyebutnya secara umum dengan katanya "orang-orang yang tidakmemerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu darikampung halaman kamu" merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian"*3


Perangjihad bukanlah fardu `ain pada setiap masa. Pendapat yang kuat ialahjihad hukumnya fardu kifayah. Ini adalah pendapat (jumhur) majoritipara fuqaha. Dalil mereka ialah firman Allah:


Maksudnya:
"Tidaklahsama kedudukan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dikalangan orang-orang yang beriman tanpa keuzuran - dengan orang-orangyang berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwamereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperangkerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Setiap satu (dari duagolongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan al-husna (syurga), danAllah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yangtinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) denganpahala yang amat besar."


Dalamayat ini Allah menjanjikan untuk golongan mujahidin dan juga merekayang tidak pergi berperang dengan balasan al-husna iaitu syurga.Sedangkan tidak mungkin seseorang yang melanggar arahan Allah tidakakan dijanjikan syurga. Ini menunjukkan mereka yang tidak pergiberperang adalah tidak berdosa. *5


Firman Allah juga:


Maksudnya:"Dantidak sepatutnya mereka yang beriman keluar semuanya (pergi berperang),hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antaramereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secaramendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapatmengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembalikepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga." *6


Disisi jumhur (majoriti) ulama, dalil-dalil ini menunjukkan bahawaal-jihad al-qitali atau berperang di jalan Allah bukannya fardu `ain,sebaliknya ianya adalah fardu kifayah.


Namunbegitu para ulama kesemuanya bersepakat bahawa dalam beberapa keadaantertentu, jihad yang fardu kifayah tersebut bertukar menjadi fardu`ain. Keadaan-keadaan itu ialah:
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 06:18 PM | Show all posts

Keadaan Pertama:

Apabilatanahair umat Islam diserang oleh musuh. Ketika itu jihad menjadi fardu`ain. Tiada beza dalam keadaan ini samada yang tua dan muda. Kewajipanini terlebih dahulu, mesti dilaksanakan oleh penduduk yang diserangoleh musuh. Kemudiannya ke atas penduduk muslimin yang berjiran denganmereka -jika pertolongan mereka diperlukan-. Seterusnya ke atas seluruhumat, jika mereka diperlukan untuk menyelamatkan nrgeri tersebut. Kataal-Imam al-Nawawiy (wafat 676H):


"Jihaditu bukan fardu `ain, ianya hanya fardu kifayah. Jika dilaksanakan olehsebahagian yang memenuhi tuntutan tersebut, maka gugurlah dosa ka atasyang lain. Jika kesemua mereka meninggalkannya maka kesemuanya berdosa.Kata para ulama mazhab kita (ulama al-Syafi`iy) jihad pada hari ini(pada zaman beliau) adalah fardu kifayah, kecuali jika musuh menyerangsesuatu negeri (umat Islam), maka jihad ketika itu menjadi fardu `ainke atas mereka. Jika mereka tidak mencukupi, maka wajib ke ataspenduduk yang berdekatan untuk menyempurnakannya" *7


Kataal-Jasas (wafat 370H): "Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telahmenjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeridalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampumenghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, makaketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaummuslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagidi kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkanditumpahkan darah kaum muslimin" *8


Inisemua di atas dasar umat Islam adalah bersaudara. Sempadan geografi danpolitik tidak boleh untuk memisah persaudaraan yang dibina di atasakidah dan tauhid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2008 06:19 PM | Show all posts

Keadaan Kedua:

Apabilapemerintah memilih dan menentukan individu atau golongan tertentu untukpergi berperang, maka wajib mereka mentaatinya. Ianya menjadi fardu`ain ke atas mereka. Ini berdasar firman Allah yang kita sebutkan diawal tajuk:


(maksudnya)
"Wahaiorang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:"Pergilah berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan sukatinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamulebih sukakan kehidupan dunia melebihi akhirat? (Kesukaan kamu itusalah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit juaberbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidakpergi berperang pada jalan Allah (membela ugamaNya), Allah akanmenyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya." *9.


Juga dalam riwayat daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w bersabda:


(maksudnya)"Tiadalagi hijrah (dari Mekah ke Madinah) selepas pembukaan Mekah, tetapiyang ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu dipanggil oleh pemerintahuntuk berperang, maka berangkatlah". *10


Adalahperlu diingatkan bahawa apabila pemerintah muslim meminta rakyatberjihad bersamanya menghadapi kuffar maka wajib mereka mentaatinyatanpa perlu melihat kepada peribadi pemerintah samada dia seorang yangadil atau zalim. Ini kerana persoalan menentang musuh-musuh Allah demimempertahankan agama adalah kewajipan yang tidak terhenti atau terbatalhanya disebabkan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah. Apabilarakyat pasti apa yang diajak oleh sesebuah pemerintahan itu benar-benarjihad yang dituntut oleh Islam, maka wajib menyahut seruan tersebutsekalipun sebelum ini pemerintah itu bukan seorang yang baik. Demikianjuga apabila pemerintah mengajak kepada sesuatu kebaikan maka tidakperlu dipertikaikan keperibadiannya dalam memberikan ketaatan. Inilahperkara yang diingatkan oleh para ulama sejak dahulu lagi iaitu; umatwajib mentaati pemerintah yang muslim dalam persoalan kebaikan dankebajikan. Antaranya al-Imam Abu Daud (wafat 275H) memasukkan dalamsunannya iaitu Sunan Abi Daud di dalam Kitab al-Jihad bab Fi al-Ghazwma`a aimmah al-Jaur (bab mengenai berperang bersama denganpemimpin-pemimpin yang zalim). Kata al-Khattabiy (wafat 388H):


"Sesungguhnyajihad itu wajib sekalipun bersama-sama dengan pemerintah yang zalim,sepertimana ianya wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman merekatidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad.Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya" *11.


Demikian juga kata al-Imam Abu Uthman al-Sabuni (wafat 449H):


"Ashabal-Hadith (ulama hadith) berpegang bahawa hendaklah bersolat jumaat,hariraya dan selainnya di belakang pemerintah yang muslim, samada dia(pemerintah tersebut) seorang yang baik atau jahat. Juga ashabal-hadith (ulama hadith) berpegang bahawa kewajipan jihad menentangkuffar bersama dengan pemerintah sekalipun mereka itu zalim dan jahat"*12.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 06:20 PM | Show all posts

Keadaan Ketiga

Ketikabertembung antara tentera Islam dan kuffar atau apabila tercetuspeperangan. Ketika itu haram bagi sesiapa yang berada di medan tempurlari meninggalkan medan. Ianya menjadi fardu `ain ke atas diri tenterayang berada di medan untuk turut berperang bersama dengan para pejuangyang lain. Haram sesiapa pun berpaling dan lari meninggalkan medanperang. Firman Allah:


"Wahaiorang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan(musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlahserta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya."(Surah al-Anfal: ayat 45).


Sabda Nabi s.a.w:


(maksudnya)"Wahaimanusia! Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh danpohonlah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertemudengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah kamu, sesungguhnyasyurga itu berada di bawah bayangan pedang" *13


Sabda baginda juga:


"Jauhilahtujuh perkara yang boleh membinasakan kamu. Para Sahabat bertanya:Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda:Mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yangdiharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim,memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh zinaterhadap perempuan-perempuan yang baik, yang tidak memikirkan untukmelakukan perbuatan zina serta beriman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Ternyatalari dari medan tempur adalah kesalahan yang besar di sisi agama keranameninggalkan jihad. Ini kerana perbuatan lari dari medan jihad ketikapeperangan berlangsung adalah pengkhiatan terhadap para pejuang yanglain yang sedang bersabung demi akidah dan maruah. Ianya juga akanmerosakkan strategi dan melemahkan semangat para pejuang yang lain.Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalamsenarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair. *15


Apabilajihad menjadi fardu `ain ke atas seorang muslim maka dia wajibmenyertainya atau berhasrat menyertai jika dia tidak mampu.


Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H):


"Jihaditu sekalipun fardu kifayah, namun setiap mukmin pada asasdiperintahkan dengannya. Maka hendaklah setiap mereka beriktikadtentang kewajipannya serta berazam untuk melakukannya apabila menjadifardu `ain kepadanya. Justeru itu Nabi S.A.W bersabda: "Sesiapa yangmati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernahberlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atassatu cabang nifaq (kemunafikan)". *16
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 06:20 PM | Show all posts
*1 - Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad.


*2 - Al-Zurqani, Syarah al-Zurqaniy `ala Muwatta' al-Imam Malik (Beirut, Dar al-Kutub al-`iIlmiyyah, 1411H) 3/3.


*3 - Muhamamad Ibn Jarir al-Tabariy, Jami' al-Bayan 'an Takwil Aiy al-Quran (Dar al-Fikr, Beirut) 28/66.


*4 - Surah al-Nisa' 95


*5 - Dr. Abu Syariah, Nazariyyah al-Harb, m.s. 109, cetakan: Maktabah al-Falah, Mesir


*6 - Surah al-Taubah: 122.


*7 - al-Nawawiy, Syarh al-Nawawiy `ala Sahih Muslim, jilid 13, m.s. 9, cetakan Dar al-Ihya al-Turath al-`Arabiy, Beirut


*8 - Ahkam al-Quran, 4/312.


*9 - Surah al-Taubah 38-39


*10 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim


*11 - al-Khattabiy, Ma`alim al-Sunan, 2/ 357, cetakan: Dar al-Ma'rifah, Beirut


*12 - Abi Uthman al-Sabuni, `Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith, m.s. 106, cetakan: M. al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah.


*13 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


*14 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


*15 - lihat: al-Kabair, m.s. 70, cetakan: Dar al-Nadwah, Lubnan


Petikan dari Artikel Ustaz Dr. Asri Zainul Abidin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 09:57 PM | Show all posts
thanks a lot korang semua......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2008 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by fish_o7 at 16-4-2008 06:02 PM
ko cume nasihatkan dier ajar ko jgn nk tarik kejln yg benar atau paper .... sbb mungkin aku slah ...dlm koran ader ckp tugas kite...hanya memberitahu dan menyampai bkn memimipin kejln yg benar at ...


aku x kata dia nak convert...
tp cara hidup dia dah x mcm org islam jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 12:08 AM | Show all posts
manusia yang baik adalah manusia yang menegakkan keadilan....
kalau manusia nampak sesuatu yg tidak adil dan tidak bertindak, tentulah dia tidak menegakkak keadilan....

biasanya perang adalah proses menegakkan keadilan....

menegakkan keadilan adalah wajib....sebab tu ada ketika kita kena berperang....

tidak kira org Islam atau tak,sapa2 saja termasuk  undang2 undang2 dunia sekalipun akan guna kekerasan....contohnya hukuman mati terhadap pembunuh......

hukuman mati adalah cara yg mungkin dianggap kasar tapi tetap dilaksana juga demi keadilan....

begitu juga perang....bila sampai satu tahap, kena guna kekerasan demi tegakkan apa...?

tegakkan keadilan.....

[ Last edited by  ussopp at 17-4-2008 12:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 12:38 AM | Show all posts
ingatlah kawan2ku...kemasukkan Islam ke kerajaan kesultanan Melayu Melaka tanpa sebarang peperangan... rakyat Melaka pada masa itu memeluk Islam tanpa pertumpahan darah setitik pon... inilah diantara bukti sahih bawaha sungguh indahnya Islam...itulah kasihnya Tuhan pada kita dia mengutuskan penyelamat untuk kita... syukur alhamdulillah...

[ Last edited by  anak_pejuang at 17-4-2008 12:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 12:47 AM | Show all posts
perang psikologi sangat menguntungkan... ia menguntungkan kedua-dua pihak... berkesan dan terkesan... tiada pertumpahan darah... tidak ada anak menjadi yatim... tak da ibu menjadi balu... tiada isteri menjadi janda... ia sebahagian sunnah nabi... akhlak menjadi senjatanya... antara sejarah pernah didengarkan... futuh Mekah telah menjadi saksinya...

[ Last edited by  anak_pejuang at 17-4-2008 12:49 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 06:29 AM | Show all posts

Harga Sebuah Kejayaan

Ramai orang inginkan kejayaan. Tetapi tidak ramaiorang sanggup membayar harga sebuah kejayaan. Hanya sedikit yangsanggup mengorbankan banyak masa, wang & tenaga demi mencapaicita-cita mereka. Selebihnya, hanya berangan-angan kosong.


Syurga pun ada harganya.Firman Allah di dalm Surah As-Saff Ayat 10 dan 11;

" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatuperniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidakterperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuangmembela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendakmengetahui (hakikat yang sebenarnya)."


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 08:46 AM | Show all posts

Reply #13 anj2208's post

well ... same jerk context dier .... ko nasihat je lah .... ko jgnlaa paksa ke atau pimpin dier .... hidayah dan petunjuk tuhan yg bg ....

ker same lah cam seseorang aku konal ...skrang ni dier atheist ...siap dier announce lg .... dulu pon same lah sumer org nk bantu dier kejln yg benar ..... jd lah com ko nie jawab soklan ....

kenape islam ni ...kenape islam tu ... lg byk org yg jawab lg byk byk dier tanyer ... sbb dier dh tk terima islam lg ... sama lah org yg tk mengamal cara hidup islam ...... yg hidup cam org kafir dh ... hati dh tertutup ... ko mmg tak leh tolong ....lg ko nk tolong lg tutup hati ...

so nasihatkan dan doakan tu jerk ... yg terbaik ko leh wat ....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by anj2208 at 16-4-2008 12:27 PM
salam semua.....

aku nak minta tolong dgn korang yg arif..........
ni soalan dr kawan aku yg dah hilang arah..........
mcm nak gila aku cuba bw dia kembali kearah islam...........
tp makin ...

kalo mengalah jer,semua org ISLAM takde ,saper nak sebarkan ISLAM.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 11:58 AM | Show all posts
bercakap pasal mengalah.....

seperti yang kita mengetahui Nabi adalah antara orang yang paling kuat mengalah....
tapi Nabi tidak mengalah sahaja.....Nabi jugak berperang....

kita tidak boleh mengalah sepanjang masa.....dan berperang seopanjang masa....

kita kena pandai mengalah pada waktu yang sesuai dan berperang pada waktu yang sesuai....

sebab mengalah pada waktu yg salah tentulah tak kena.....

dan berperang pada waktu yg salah tentulah tak kena juga....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.064272 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list