CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 16-1-2008 12:12 PM | Show all posts
belum berkesempatan lagi..
insyaallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2008 12:22 PM | Show all posts
Seronok membaca dan saban pagi menunggu sambungan cerita rezeki. Kemuncak perjalananan sebenar masih jauh lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2008 12:44 PM | Show all posts

Reply #42 Rosputih's post

Memang masih jauh lagi . Kemuncaknya ialah semasa tiba hari tarwiyah dan hari tasyrik semasa  bertolak ke bumi Arafah , Mudzalifah , Mina yang merupakan kemuncak perjalanan kami dan semua jemaah yang mengerjakan fardhu haji. Insyallah ada kelapangan kita akan berkongsi bersama2 nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 16-1-2008 12:22 PM
Seronok membaca dan saban pagi menunggu sambungan cerita rezeki. Kemuncak perjalananan sebenar masih jauh lagi.


Ya memang seronok membaca catitan dan menatap gambar dari Haji Rezeki .

Rindu nya... Sekali dah kesana memang rindu nak kesana lagi apatah lagi setelah mengerjakan haji dan berada di sana selama 46 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 01:56 PM | Show all posts
Rezeki

masa Umrah dulu dok kat Hotel Hilton...Hotel tu jauh tak dengan Movenpick tu? sebelah mana ya?
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 02:44 PM | Show all posts
seronok dan bercampur sedih membaca catatan rezeki semasa di Madinah.  itu belum lagi di mekah.  memang berada di madinah kita akan terasa tenang dan kalau boleh selama2nya hendak menetap di sana.

saya pun terasa bertambah rindu untuk ke sana lagi.  semasa mengerjakan umrah dulu, rasanya terlalu singkat masa berada di madinah.. cuma 3 hari saja.

gambar2 yang rezeki tampalkan disini byak membuka balik kenangan manis di madinah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2008 03:58 PM | Show all posts
Tak sabar nak baca sambungan catatan perjalanan ni. Susunan ayatpun macam penulis pro jer.  Saya selalu berdoa agar dapat pergi mengerjakan haji masa tengah sihat dan muda. Semoga Allah makbulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 05:20 PM | Show all posts

Reply #43 rezeki's post

Semoga rezeki diberi kelapangan waktu dan kesihatan yang baik untuk terus menitipkan peristiwa dan pengalamannya kepada kita semua ketika berada di tanah suci.  Memang sungguh detail apa yang diceritakan oleh rezeki yang dapat kita hayati bersama.

Terima kasih juga kepada rezeki kerana gambar-gambar yang dipaparkan boleh menyegarkan kembali ingatan kita semua kepada bumi barakah ini kerana walaupun saya juga mempunyai  beberapa  koleksi gambar semasa di Madinah dan di Makkah, tapi tak pandai nak paparkan di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2008 07:27 AM | Show all posts
22/11/2007 KHAMIS (Day 8)

Alhamdulillah, subuh yang indah dengan kehadiran jemaah yang semakin ramai yang memenuhi kota suci Madinah menyebabkan Masjid Nabawi yang boleh menampung ratusan ribu jemaah mula melimpah keluar. Kasihan bagi jemaah wanita yang terpaksa bersolat di kawasan luar masjid dgn beralaskan batu marmar yang dingin walaupun datang awal . Nasihat saya, pastikan sentiasa membawa sejadah sebagai persediaan sekiranya terpaksa bersolat di kaw. luar masjid kerana 2-3 jam sebelum waktu subuh kerana lantai marmarnya terlalu dingin waktu sebegini dan kebetulan suhu di Madinah agak dingin pada bulan November dan Disember.



Hari ini juga ramai jemaah2 dari pelbagai negara mula meninggalkan kota suci Madinah untuk menuju kota suci Mekah.
Kelihatan bas2 yang akan membawa mereka kelihatan agak sibuk di hadapan hotel2 penginapan. Kebiasaannya semasa musim haji, setelah tinggal 8-9 hari di Madinah, mereka akan memasuki kota Mekah pula. Seronok melihat gelagat para pemunggah bagasi atau porter yang menggunakan "forklift" untuk mengangkat bagasi dan di letakkan di atas bas.







Selepas solat setiap hari di Masjid Nabawi tidak akan saya lepaskan dgn menziarahi makam Rasulullah dan para sahabatnya tapi memerlukan kesabaran kerana terlalu ramai jemaah .  Kita terpaksa beratur dgn jemaah yang sungguh sesak. Terdapat juga jemaah 2 lain yang kurang berdisplin dan cuba memotong barisan dan berlaku tolak-menolak. Anggota polis sentiasa mengawal keadaan . Untuk keluar dari masjid dan pulang ke hotel juga 2-3 hari ini mengambil masa 30-45 minit kerana jemaah dari pelbagai pelusuk dunia telah membanjiri kota Madinah dan memenuhi setiap ruang masjid setiap kali waktu solat.



Pagi ini diadakan taklimat keberangkatan  ke Tanah Suci Mekah . Kami dibekalkan dgn tag bagasi mengikut warna berdasarkan pakej yang kami pilih kerana dari 380 orang , kami akan di tempatkan di beberapa buah hotel yang berlainan di kota suci Mekah nanti. Beg2 besar kami perlu diletakkan di luar bilik hotel pukul 2.00 ptg ni untuk diangkut dan akan dihantar ke Mekah menggunakankan lori. Apabila kami tiba di Mekah nanti, beg2 tersebut telah sedia menanti di bilik masing2. Kami hanya akan membawa beg kecil yang akan dibawa bersama ketika menaiki bas esok yang mengandungi sedikit minuman dan makanan serta ubatan jika perlu . Yang paling penting kain ihram janganlah dimasukkan ke dalam beg besar yang dihantar ke Mekah kerana kami akan berihram di bilik hotel esok sebelum menuju ke Makah. 2 tahun lepas berlaku  peristiwa  dimana seoarang jemaah lelaki terpaksa menggunakan  cadar hotel sebagai kain ihram kerana  kain ihramnya telah dimasukkan ke dalam  beg  pakaian yang dihantar ke Mekah terlebih dahulu.



Selepas asar aku tidak balik ke hotel dan terus berada di masjid. Tertarik melihat banyak plastik2 yang panjang yang dibentang seolah2 menjadi "saf" dan kemudiannya diletakkan buah2 kurma dari pelbagai jenis sebagai persiapan untuk berbuka puasa kerana hari Khamis merupakan hari yang afdal untuk berpuasa sunat.30 minit sebelum masuk waktu solat magrib aku bergerak ke bahagian hadapan masjid . 10 minit lagi waktu solat magrib masuk, aku berdiri di hadapan pintu gerbang di kawasan Raudah. Apabila hampir sahaja masuk waktu solat, seorang anggota polis telah membenarkan aku masuk ke kaw. Raudah dan dapat bersolat di kawasan Raudah betul2 di hadapan pintu gerbang itu. Selepas solat magrib, aku terus melakukan ziarah makam Rasulullah dan sahabat baginda untuk kali terakhir kerana esoknya aku akan bertolak ke tanah suci Mekah . Aku berdoa agar dipanjang umur dan dimurahkan rezeki agar aku diberi peluang dan kesempatan pada masa akan datang untuk menjejakkan kaki lagi di bumi Madinah dan dapat menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W .



Selepas isyak, diadakan bacaan Yaasin dan doa sempena malam Jumaat dan keberangkatan kami ke tanah suci Mekah keesokan harinya. Kami juga dimaklumkan bahawa seorang jemaah lelaki dari pakej swasta lain yang ditempatkan di hotel yang sama dengan kami telah kembali ke Rahmatullah . Allahyarham telah diserang sakit jantung dan sesak nafas ketika di Masjid Nabawi. Al-Fatihah untuk rohnya, semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman di syurga .
Lebih kurang jam 10.00 mlm , aku membawa isteri tersayang pula ke makam Rasulullah  untuk melakukan ziarah selamat tinggal .

Suasana dipersekitaran Masjid Nabawi pada setiap hari Khamis malam Jumaat memang meriah kerana orang2 arab atau penduduk Madinah akan keluar beramai2 bersama anggota keluarga mereka dan anak2 untuk memenuhi kawasan luar masjid seakan2 "berpicnic" kerana jumaat merupakan hari kelepasan sekolah dan bekerja. Kalau di negara kita , shopping kompleks atau kaw. peranginan yang penuh sesak, tapi di sini kawasan masjid yang tujui. Mereka akan membawa bekalan makanan dan minuman .



[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:31 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 11:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #49 rezeki's post

Bila terpandang gambar-gambar yang dipaparkan, terasa damainya jiwa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 16-1-2008 01:56 PM
Rezeki

masa Umrah dulu dok kat Hotel Hilton...Hotel tu jauh tak dengan Movenpick tu? sebelah mana ya?
Terima kasih.


Keluar je hotel Al-Anwar Movenpick terletak Masjid Nabawi bahagian selatan (belakang) di tepi sebelah kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 03:01 PM | Show all posts
klu gi umrah melalui singapore airline....perjalanan 8 jam jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 05:16 PM | Show all posts

Reply #52 rezeki's post

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 08:16 PM | Show all posts
macam mane korang leh dapat bawak kamera ek dlm masjid nabawi...saye ari tuh terpaksa la semayang kat luar sbb bawak kamera masuk...tatau pon takleh bawak masuk...lepas tuh tak bawak dah....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 08:18 PM | Show all posts
Originally posted by rinafarha1709 at 17-1-2008 03:01 PM
klu gi umrah melalui singapore airline....perjalanan 8 jam jugak ke?


kalau dr klia mmg 8 jam...kalau tak transit mane2 la...
saye ari tuh naik Pakistan Airlines....transit kat Karachi sehari...KL-Karachi 6 jam...Karachi-Jeddah 3 jam...jadi 9 jam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2008 10:53 PM | Show all posts

Reply #55 opie5662's post

jgn la bawa camera besar. Masuk dalam pocket je. Tapi kadang2 nasib2 jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 17-1-2008 10:53 PM
jgn la bawa camera besar. Masuk dalam pocket je. Tapi kadang2 nasib2 jugak.


bawak kamera kecik je...tp abis satu badan die cek...risau sgt mase tuh sbb saye pegi bawak mak mentua & nenek...diorang dah lepas masuk saye terpakse dok luar...takut lak both of them sesat ke hape...balik tuh cerite kat hubby, and hubby kate tak payah dah bawak kamera lagi...lg pon mase tuh first time masuk masjid nabawi...igt kan boleh bawak...tp takpe la...dah dpt pengajaran...heheheheh...ape2 pon rindu utk kembali ke tanah suci...insya allah kalau ade rezeki lebeh tahun nih nak pegi lagi..ape yg membuatkan hati lebih gembira sebab kami dpt pergi ngan nenek, mak & ayah mentua...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 09:22 PM | Show all posts
cantik gambar2nya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2008 11:28 AM | Show all posts
23/11/2007 JUMAAT (Day 9)

Hari terakhir di bumi Madinah , bumi yang penuh dgn keberkatan sebelum bertolak ke kota suci Mekah. Mengikut perancangan, kami akan bertolak selepas solat Jumaat. Pukul 9.00 pagi , ke pejabat operasi Pos Malaysia yang terletak di hotel yang sama. Menggunakan khimat Pos Malaysia untuk menghantar 2 ktk kurma, buah tin (zaitun) dan pelbagai kacang yang dibeli di sini ke Malaysia seberat hampir 14 kg. Setiap kg dikenakan 15 riyal. Juga menghantar 1 botol air zam2 seberat 5 liter yang dipesan dari Pos Malaysia berharga 50 riyal.

Selepas tu meronda kota Madinah buat kali terakhir. Sempat juga beli beberapa naskah buku berkaitan Madinah dan Mekah.
Banyak bas kelihatan di hotel2 penginapan yang bersedia utk bertolak ke Mekah pagi ini. Aku bersyukur kerana bertolak agak lewat dan dapat bersolat jumaat di Masjid Nabawi .

Bas Jemaah Haji Indonesia




Pagi tu kami beli kebab dan duduk makan bersama . Teh 1 riyal dan kebab 4 riyal.








Terasa sedih kerana akan meninggalkan bumi Madinah. Tak tahu bilakah lagi kami berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Hanya mampu berdoa agar diberikan kelapangan, kesihatan dan rezeki agar kami dapat menjejakkan kaki ke sini , beribadat dan menziarahi makam Rasulullah dan para sahabatnya.


Sebelum pergi ke masjid untuk solat Jumaat, melakukan perkara2 yang disunatkan sebelum berihram spt mengerat kuku dll dan mandi sunat ihram . Seringkali kami diingatkan agar sentiasa menghayati syariat disebalik mandi sunat ihram dan pemakaian ihram . Itu semua dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita yang masih diberikan nyawa dan ruang untuk hidup oleh ALLAH agar kita sentiasa bersyukur dan terus beribadat . Mandi sunat ihram seolah2 kita mandi jenazah .Kemudian memakai 2 helai kain putih yang tidak berjahit seolah2 jenazah dikafankan sebelum menghadap ALLAH. Terus solat sunat ihram 2 rakaat. Tapi kami tidak berniat umrah haji lagi kerana masih ada 2-3 jam jarak waktu sebelum kami bertolak.  Kemudian11.00 pagi telah ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 11.30 pg, jemaah telah berpusu2 memenuhi masjid. Masjid yang luas terbentang mula dibanjiri sehingga ke tingkat 2 (atas masjid). Hari ini khatib berkhutbah berkaitan ibadt haji . Terasa sedih, sebak dan bermacam2 lagi di hati tatkala meninggalkan Masjid Nabawi selepas solat Jumaat.

Sebelum meninggalkan bilik hotel, kami telah diingatkan oleh para petugas Tabung Haji Travel agar berniat umrah terlebih dahulu kerana ditakuti dan dibimbingi bas yang akan kami naiki nanti terlepas dari kawasan Bir Ali iaitu tempat miqat kerana tersesat atau terlepas. Sekiranya itu berlaku, maka kami akan dikenakan dam seekor kambing . Kebanyakkan pemandu bas semasa musim haji terdiri dari warga luar seperti Mesir dan Turki yang di "import" dan ada diantara mereka yang tidak mahir dgn jalan dari Madinah menuju ke Mekah. mereka hanya berpandukan papan tanda jalan. Seramai 380 oarang jemaah yang akan bertolak pada hari ini memilih untuk mengerjakan Haji Tamattuk. Oleh itu kami akan menyempurnakan umrah dahulu dan apabila tiba hari wukuf kelak , barulah kami akan berniat sekali lagi utk mengerjakan haji pula. Setelah berniat ihram, maka perlu menjaga 13 perkara larangan dalam ihram .

14 buah bas yang akan digunakan. Kami menaiki bas yang ditelah ditetapkan. Sebelum bertolak, pihak berkuasa Madinah akan memeriksa bas dgn memanggil nama seorang demi seorang berdasarkan pasport haji yang mereka pegang. Kemudian pasport tersebut akan dipegang oleh pemandu bas pula dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa sebelum memasuki kota Mekah. Pasport haji kami dipegang oleh pihak berkuasa sepanjang kami berada di Madinah dan Mekah.

Perjalanan kami mengambil masa 7-8 jam meliputi hampir 447 km. Beg galas yang kami bawa telah diletakkan di bumbung bas. Hanya beg sandang kecil dibenarkan di bawa ke dalam bas. Setelah mendapat kebenaran perlepasan dari pihak berkuasa Madinah, 3.00 ptg kami meninggalkan kota Madinah dgn rasa sedih dan berat hati .

10 minit perjalanan, tiba di "check point" selepas keluar dari kota Madinah. di sana kami dibekalkan dgn satu bekas  yang mengandungi makanan dan minuman. Kemudian bas berhenti di Bir Ali selama 30 minit.  Kami menunaikan solat asar di sana. Sebelum keluar dari kawasan Bir Ali, bas kami sekali lagi diperiksa oleh pihak berkuasa dan pemandu perlu mendapatkan cop dan pengesahan sebelum meneruskan perjalanan. Kemudian meneruskankan perjalanan dgn laugan talbiah yang bersilih ganti .

Hampir 3 jam perjalanan , bas  yang kami naiki berhenti di sebuah masjid untk kami menunaikan solat magrib dan isyak secara jamak takdim. Perjalanan diteruskan lagi sehingga berhenti di sebuah hentian lagi untuk berehat seketika dan ke tandas. Perjalanan diteruskan dgn laugan talbiah .

20 km dari kota Mekah , kami berhenti di "check point" sebelum dibenarkan memasuki kota Mekah bernama Jumum. Sekali lagi pasport haji kami diperiksa oleh pihak berkuasa Mekah dan seorang pegawai mereka akan menaiki sama setiap bas untuk memandu arah sehingga ke hotel penginapan. Sekali lagi kami dibekalkan dgn sedikit  makanan dan sebotol air zam2. Apabila memasuki sempadan tanah halal dan tanah haram , kami mula berdoa seperti yang disunatkan dan diikuti dgn laugan talbiah. 1 jam juga perjalanan utk sampai ke hotel penginapan kerana kota Mekah sentiasa sibuk dgn kenderaan tidak seperti Madinah. Hampir saja dgn hotel, bas sekali lagi berhenti dan disambut pula oleh pihak berkuasa Mekah dan diberikan sambutan dgn tazkirah oleh seorang "tok syeikh" arab yang berbahasa melayu dan berdoa2 bersama2. Jam menunjukkan hampir 12.00 tgh mlm. Kami masih dalam ihram lagi dan perlu menjaga pantang larang. Aku dan isteri berserta beberapa orang rakan lain mengambil keputusan untuk menyempurnakan umrah pagi ini juga lebih kurang pukul 1.00 pagi setelah berehat seketika.

[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.077879 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list