CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13730|Reply: 1

sejarah penempatan Sarawak; update- kg budaya sarawak

[Copy link]
Post time 6-6-2008 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Friday June 6, 2008
Enactment of Bung Bratak saga
By JACK WONG

IT WAS a scene of horror as blood was shed at Bidayuh the settlement of Bung Bratak in Bau district.
Brutal raiders torched longhouses in the tranquil village, turning it into a killing field.

Rounds of explosions were heard as the fire razed seven longhouses, seven baruk (traditional Bidayuh houses) and seven basal (little houses for storing padi).

Reconciliation: A newly-wed couple being welcomed by villagers at Bung Bratak.

Several hundred women and children screamed and ran for their lives in the morning attack.
Headed by rebel leader Bagat, the 70 raiders from Skrang River killed most of the old folks.

They kidnapped the young women and children and robbed the village of all its padi stock and a rich collection of traditional gongs and ornaments.

The ornaments were obtained by the villagers by bartering padi with traders from China, Korea, Japan, India and the Middle East.

The raiders got away with the captives in 14 boats loaded with the padi.

Resourceful: A Bidayuh man collecting honey from a tree.

Bagat and his followers raided Bung Bratak to empty the village of its padi stock. It was done to overcome a severe rice shortage in their own village.

However, the raid was without the consent of their village headman Lanang.

As the attackers left, Bung Bratak headman Panglima Kulow, his warriors and other villagers working in padi fields, were alarmed as they saw thick smoke billowing from their village.

They rushed home, only to be stunned by the carnage. Several survivors related the tragedy to Panglima Kulow, who found his dead wife on the river jetty.

Meanwhile, headman Lanang was upset by the crime committed by Bagat and his men had. He ordered Bagat to untie all the kidnapped women and children as they were crying.

Scheming: Bagat and his men waiting to attack the Bidayuhs from a raft.

Lanang asked the villagers to take care of the captives as their adopted children.
After meeting the survivors, Panglima Kulow and his warriors sought help from outsiders to find their kidnapped family members.

They travelled to Pontianak in west Kalimatan, Sambas and Brunei, but failed to get help.
As Panglima Kulow was about to give up, news came from Rajah James Brooke, who agreed to help rescue the kidnapped children.

With the support of Brooke and other chiefs in the river tributaries, Panglima Kulow made a trip to Skrang.
To his surprise, headman Lanang welcomed Panglima Kulow and his entourage with a warm reception.

Lanang, who asked for forgiveness for the crime committed by Bagat and the destruction of Bung Bratak, agreed to free the captives.

But some captives were reluctant to return as they had married locals.
Bung Bratak villagers celebrated the homecoming of their children with a big party.

From then on, Bung Bratak villagers made friends with villagers in Skrang River settlements. Their friendship grew as more villagers married each other.

Carnage: Bagat and his men killing and kidnapping villagers.

Bung Bratak is a well-known historical site on a hill long abandoned by its inhabitants.
On May 1 every year, the Bidayuhs gather there to remember the settlement抯 history.

Bung Bratak's story was told in this year抯 World Harvest Festival theme play Panglima Kulow - The Saviour of Bung Bratak at Sarawak Cultural Village near Kuching recently.

Tourists were among hundreds of people who watched the night drama with good choreography, excellent lighting and sound effects at the village抯 huge man-make lake.

The annual festival, which featured other cultural events, including the Miss Fair & Lovely pageant, was organised by Sarawak Cultural Village with the support of the state Tourism Ministry.



aku nak tanya kawan aku pasal bung bratak ni... pernah aku baca sejarah2 pasal kes bunuh culek kat bung bratak.. tapi tak tahu lebih lanjut sangat...    next time aku gi sarawak aku nak gi daerah bau... nak tengok gak tempat2 camni..

[ Last edited by  amazed at 7-9-2008 02:13 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2008 02:19 AM | Show all posts
Disergah dan disumpit

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Tidak cukup tempoh hari percutian jika hendak merentas ke seluruh negeri terbesar di Malaysia ini. Kunjungan ke Kampung Budaya Sarawak merumus segala inti sejarah, budaya dan keistimewaan masyarakatnya.



PENGUNJUNG Kampung Budaya Sarawak boleh mendekati
gaya hidup pelbagai kaum dari pelbagai aspek termasuk
makanan, muzik dan juga aktiviti yang berkaitan dengan alam semula jadi.



VARIASI ucapan yang menyambut kedatangan tetamu sejurus melewati pintu masuk kampung di kaki Gunung Santubong ini amat jelas mewakili sistem sosiol majmuk yang menghuni di dalamnya.

Selain 'apa khabar' dan 'ni how' yang biasa didengari di Semenanjung Malaysia, sesekali terdengar juga ucapan salam yang lain bunyinya. 'inou dengah', 'damea brita', 'nama brita', dan 'nu denge', itu semua bersahut-sahut daripada bibir mereka yang kelihatan bangga menyarung pakaian tradisional masing-masing.



Selepas diamati wajah, pakaian dan dibantu pemandu pelancong yang arif dalam pelbagai bahasa Malaysia Timur, barulah dapat membezakan satu-persatu orang yang menyambut penuh senyum itu.

Melanau, Bidayuh, Iban dan Orang Ulu, terasa sungguh istimewa dan betapa bumi Sarawak ini kaya dengan entiti seumpamanya.

"Kepelbagaian kaum dan etnik adalah tarikan utama di kampung yang bertindak sebagai muzium hidup ini.
"Bukan sahaja warga asing, malah rakyat Malaysia yang datang dari Semenanjung juga kagum dengan apa yang mereka temui," ujar Pengurus Jualan dan Pemasaran Kampung Budaya Sarawak (KBS), Zaini Zanuddin.




Terletak sejauh 35 kilometer dari bandar raya Kuching dan tersorok di tengah-tengah kehijauan hutan hujan, KBS mencanang pakej dan agenda lawatan yang unik lagi menyeronokkan.

Dalam keluasan 14 ekar landskap semula jadinya, KBS menghimpunkan diversiti kumpulan etnik utama Sarawak dalam persekitaran yang benar-benar serupa dengan kehidupan mereka di seluruh Bumi Kenyalang.

Mendaki tangga tinggi rumah Orang Ulu, bermain buai di bawah rumah Melanau dan belajar menyumpit di pondok Penan adalah antara aktiviti yang boleh dicuba.

Di rumah ladang yang sinonim dengan etnik Cina, kumpulkan maklumat menarik tentang penanaman pokok lada dan pemprosesannya.

Berminat pada tekstil, kraf tangan dan gaya hidup tempatan? Sesiapa pun tentu terpesona pada kehalusan seni pada tenunan Pua Kumbu Iban, terendak Melanau, ukiran kayu orang Penan dan tambok Bidayuh. Apatah lagi kalau diajak menumbuk padi, menggoreng snek tradisi dan memproses sago.

"aling mudah, semua rangkuman kehidupan itu boleh disaksikan dalam persembahan budaya selama 45 minit di panggung KBS," kata Zaini yang sering mengalu-alukan langkah pengunjung ke hadapan pentas.


DALAM muzium hidup ini, pengalaman mendekati
keseluruhan isi Sarawak boleh dicapai sepanjang
lawatan setengah hari.



Jangan pula terkejut kalau tiba-tiba disergah oleh pahlawan-pahlawan Iban yang bersenjatakan parang dan tombak. Juga bersedialah untuk menyerah diri kalau tempat duduk dijadikan sasaran sumpit.

Di atas pentas yang sarat ciri teater itu juga, saksikan kenakalan bakat-bakat ini mengusik para tetamu wanita di panggung itu. Sememangnya menghiburkan!
"Kami sentiasa melihat potensi perkembangan tarikan di KBS dan berusaha merealisasikannya. Antara produk kami yang paling berjaya adalah Festival Muzik Dunia Hutan Hujan yang tidak pernah gagal memanggil pelawat dari serata dunia," ulas Zaini.

Turut difahamkan, KBS menyediakan pakej perkahwinan yang membolehkan pasangan pengantin meraikan hari bersejarah mereka dengan persediaan persalinan dan sambutan yang mengikut adat Melayu, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau atau Cina.



PERTUNJUKAN budaya di panggung KBS menghimpunkan
lagu-lagu, kostum ekstravaganza dan tarian etnik negeri.

Memetik kata Pengurus Besar KBS, Jane Lian Labang, di laman web rasminya: "Komitmen kami adalah untuk menghiburkan tetamu kami selain menawarkan perkhidmatan dan maklumat terbaik mengenai budaya kami. Semoga tetamu berpuas hati dengan pengalaman di Kampung Budaya Sarawak."

Disambut aneka ucapan salam kaum etnik, merentas sungai dengan titi buluh, hampir 'disumpit', dan kemudian diajak menari tarian tradisional, tidak mungkin kalau satu pun daripada pengalaman itu tidak membuatkan tetamu tersenyum dan terkenang-kenang kembali saat melangkah pulang!




aku mmg saspek  sarawak punyer  budaya nih... klasss bebb.. klasss !!  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.237891 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list