CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7366|Reply: 154

komen dari che det jam 1.20

[Copy link]
Post time 27-8-2008 01:53 PM | Show all posts |Read mode
1.Apa  yang telah dijangka sudah pun berlaku.

2.        Anwar menang.

3.        Barisan Nasional kalah.

4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalampilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serbasalah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.

                            5.Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi merekajuga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baiktetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akandakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasionaliaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulihdibawah kepimpinannya.

6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasionaltelah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannyatidak dikehendaki lagi.

7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. PekerjaBarisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga.Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundimemberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada DatoAnwar yang enggan bersumpah.

8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan Indiamenjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untukmendengar, tidak ada mata untuk melihat.

9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan fahammesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepadaUMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.

10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti.Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat DatoSeri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belasrakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan caraini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.

11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO danBarisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.

12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato SeriAbdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akanmemberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untukmenarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hinggaJun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalupendek untuk kerja yang berat ini.

13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dankalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebihdaripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menangPilihanraya Umum ke-13.

14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidakmencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undiorang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaansekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato SeriAbdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cinadan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional.Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullahpun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.

15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar ceritapilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNOdan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato SeriAbdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti.Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulanDisember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.

16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi PermatangPauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undiuntuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.

17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulahkerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNOmerosot lagi.

18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2008 01:55 PM | Show all posts
tunggu sampai jadi itik .... kuek ...kuek... kuek....      :@    akai ada kaa ......
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 01:56 PM | Show all posts
itulah...umno...sebab ada paklah ja org meluat...masalahnya org2 umno ni dok jilat lagi..apala,kalau ketua jlntak betul,tolongla betulkan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 01:57 PM | Show all posts
pak lah mmg salah satu faktor....
Tun hanya sebut satu faktor ni je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by atira at 27-8-2008 01:57 PM
pak lah mmg salah satu faktor....
Tun hanya sebut satu faktor ni je...


betul tu. kalau bukan faktor pak lah pun, kalau saya, faktor pemimpin BN yang terlalu korup pun dah buat saya muak. biarlah bagi malaysia kat pembangkang pulak nanti. tengok maybe they can deliver
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 01:59 PM | Show all posts
kesian che det..nak kata dia nak kutuk BN tak jugak..nak kata dia nak sokong anuar jauh sekali..

tapi lebih kpd kutuk pak lah..bila kutuk paklah, bila baca...otomatik kutuk UMNO ar tu.. tapi jauh di sudut ati masih sayangkan UMNO..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2008 01:59 PM | Show all posts

merintih nampak orang tua neh
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 01:59 PM | Show all posts
semuanya salah paklah la ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2008 02:01 PM | Show all posts

Reply #1 ruz's post

dia tak nak komen ker dia nak berhijrah ke mana?

buleh share bunk bed ngan thaksin kat landen kottt
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:01 PM | Show all posts
marah orang UMNO kat che det..... ...pada penjilat2
UMNO ...buang ajer pemimpin kamu tuhhh 1 + 2 + 3  lontarrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2008 02:00 PM | Show all posts
fish rotten from head ......
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:02 PM | Show all posts
rationale nye Tun Det kite...

Pak Lah....urrrrggggghhhh....aku x tau ape nak ckp dah......hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:02 PM | Show all posts
mostly TDM blame pak lah manjang...no credit given to anwar or pkr..bg wa ianya x tepat sbb sume org tau permatang pauh mmg kubu kuat pkr..dorang undi pkr bkn sbb pak lah tp mmg dorang nak undi anwar..xde nya dilemma ke haper
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:02 PM | Show all posts
12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato SeriAbdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akanmemberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untukmenarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hinggaJun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalupendek untuk kerja yang berat ini.


mamak kutty ni xsedar2 LaGi ke.... kalau Letak bijan punn .... xde yG henGen nak undi Be eNd
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:03 PM | Show all posts
dia jugak yg pilih paklah jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:04 PM | Show all posts
tun...sedarkah tun bahawa jika tun tidak lepaskan jawatan pada paklah pada 2002, nasib umno/bn pada 2004 mungkin akan lebih kurang sama dgn nasib umno/bn skrg?
jika tun andaikan undi besar pada anwar smlm bukan bermakna mrk sokong anwar tapi krg mrk tak suka paklah, maka logiklah juga jika dikata majoriti besar pada paklah di seluruh negara pada 2004 bukan krn mrk sokong sgt paklah tapi krn mereka rasa..."AKHIRNYAAA....turun juga tun"

[ Last edited by  hzln at 27-8-2008 02:17 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2008 02:03 PM | Show all posts
sape agaknyer pade che det sesuai jadi pm agaknye ek
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:07 PM | Show all posts
pandangan Che Det lebih kpd dendam tidak kesudahannya pd Pak Lah

beliau terus tidak mengakui akan kepopularan Anwar

dan tidak dpt menerima hakikat bahawa Keadilan semakin diterima rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:16 PM | Show all posts
chedet.. living in denial..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 02:17 PM | Show all posts
yg dilema cuma tun...yg sorang aku yg lantik, yg sorang lagi aku yg lantik dan  buang....dua2 tak nak dgr cakap aku yg betul sentiasa ini....
....dan sesetengah pencacai, nak sokong bn dah nyampah tahap cipan dgn paklah, nak sokong pr takut soru pulak miss....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.082606 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list