CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
Show: 9613|Reply: 16

Kabaddi -

[Copy link]

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 21-9-2008 08:46 AM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login



mungkin ramai yang tak tahu apa kabaddi tu...

jom kita baca tentang ni -- and learn a thing or two about this game --

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kabaddi

Kabaddi (sometimes written Kabbadi or Kabadi) is a team sport originally from the Indian subcontinent. It is popular throughout South Asia, and has also spread to Southeast Asia, Japan and Iran. It is the national game of Bangladesh, and the state game of Tamil Nadu, Andhra Pradesh, Punjab and Maharashtra in India.


It is played by the British Army for fun, to keep fit and as an enticement to recruit soldiers from the British Asian community. The name, sometimes changed during a game, derives from a Hindi word meaning "holding of breath", which, in some versions, is a part of the game.


Kabaddi at the Asian Games 2006

In the team, or transnational, style of kabaddi, two teams of seven occupy opposite halves of a field of 12.5m 10m (roughly half the size of a basketball court). Each has five supplementary players held in reserve. The game is in 20-minute halves, with a five-minute half-time break during which the teams switch sides.

Teams take turns sending a "raider" to the opposite team's half, where the goal is to tag or wrestle ("confine") members of the opposite team before returning to the home half. Tagged members are "out" and sent off the field.

Meanwhile, defenders must form a chain, for example by linking hands; if the chain is broken, a member of the defending team is sent off. The goal of the defenders is to stop the raider returning to the home side before taking a breath. If the raider takes a breath before returning, the raider is sent off the field.

A player can also get out by going over a boundary line or part of the body touches the ground outside the boundary, except during a struggle with an opposing team member.

Each time a player is out the opposing team earns a point. A team scores a bonus of two points, called a lona, if the entire opposing team is declared out. At the end of the game, the team with the most points wins.

Matches are staged on age and weight. Six officials supervise a match: one referee, two umpires, a scorer and two assistant scorers.

------------------------------------------------------------------------------------------------------



sesiapa yang pernah participate main kabaddi ni - boleh share experience -
mostly games in India... tapi kat malaysia pun memang ada....  in fact
malaysia ada team kabaddi ni.....

*bila tengok gambar tu - macam dodge ball pula -

1

View rating log

~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 21-9-2008 08:48 AM |All posts
20 September, 2008           

Wanita Malaysia Tersingkir Pada Pusingan Awal Kejohanan Kabaddi Asia

Oleh P. Vijian

MADURAI, 20 Sept (Bernama) -- Pasukan kabaddi wanita Malaysia menduduki tangga paling bawah dalam Pool B setelah mempamerkan persembahan kurang bertenaga pada Kejohanan Kabaddi Wanita Asia Ketiga Dr Kalaingar Karunanidhi di sini.

Pasukan yang baru ditubuhkan itu kalah tiga perlawanan awalnya sebelum mencatat kemenangan tipis ke atas Turkmenistan 39-37, malam tadi.

Dalam perlawanan penting menentang Jepun pagi ini, Malaysia kalah teruk 8-57.

Jepun meraih 12 mata dalam tempoh 10 minit pertama dan tidak memberi banyak ruang kepada Malaysia untuk bertindak balas dalam perlawanan itu.

"Kami kalah kerana kurang berpengalaman, pasukan Jepun yang lebih berpengalaman, bermain dengan lebih cemerlang. Bagaimanapun, kami pelajari banyak teknik dalam kejohanan ini dan berharap mencatat prestasi lebih baik pada masa akan datang," kata pemain Malaysia Nor Hidayah Abdul Halim kepada Bernama di Stadium Lumba Kuda di Madurai, Tamil Nadu.

Petang Khamis lepas, Malaysia kalah 5-92 kepada Iran dan pada perlawanan sehari kemudian, mereka kalah kepada Bangladesh 9-71.

Berikutan kemenangan pagi ini, Jepun menduduki tempat kedua dalam Pool B, di belakang Iran, manakala India menguasai Pool A.

-- BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


mana la nak menang... sebab rasanya game ni masih baru lagi
pada malaysian....given time... boleh improve kalau ada good coach
and constant practice -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 21-9-2008 09:37 AM |All posts

Reply #2 dexa's post

kt sek. aku dh famous game nih.. tp murid kaum lain blom ade minat nak join..

setakat tukang tgk jer.. sek. jiran aku x pasti dah ade ke blom..
The way we think make us different - Anon
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 21-9-2008 08:56 PM |All posts

Reply #3 mizahanan's post

kalau tengok kat gambar tu... ada macam galah panjang gak... gs -

tapi nampak fun betul game ni...
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 21-9-2008 10:31 PM |All posts

Balas #4 dexa\ catat

tgk kat sukan sukma ari 2 kat ganu memang lawak la game ni....
yg tak tahan ashik sebut kabaddi.....kabaddi
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 22-9-2008 12:08 AM |All posts

Reply #5 miyoma's post

jadi macam kavadi la pulak...eh.......
(masa thaipusam tu...)

lebih kurang la tu...  slightly diff spelling though -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 22-9-2008 11:32 AM |All posts
uh oh apa ni ek?
World Peace

Selamat untuk semuaa... Johor is my home
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 24-9-2008 11:14 AM |All posts
Galah Panjang
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 25-9-2008 02:50 AM |All posts

Reply #8 HangPC2's post

so -
memang lebih kurang sama la ye --

sebab saya tengok cara pemain2 tu main sorta kinda galah panjang aje -

gosh -- saya suka sangat main galah panjang ni -

nanti bila kitorang buat family day end of this year -
salah satu games yang kita buat -- galah panjang -

interesting tentang kabaddi ni -
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Conqueror

EVO7 Limited Edition

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 6-10-2008 10:58 AM |All posts
Malaysia Kabadi Team




2007 Macau 2nd Asian Indoor Games










Sources : http://ocmmacau2007.blogspot.com/feeds/posts/default




[ Last edited by  HangPC2 at 6-10-2008 11:05 AM ]
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 30-12-2008 06:03 AM |All posts
Juara bertahan kabaddi rebah

HAJAT pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur untuk muncul juara kategori lelaki pada Kejohanan Kabaddi Antara Bandar tidak kesampaian.

Kelmarin, Kuala Lumpur tewas 59-61 kepada pasukan pilihan, Punjab dari India pada perlawanan akhir di padang Pulapol di Jalan Semarak.

Bagi Punjab, kemenangan itu sekali gus melengkapkan kejayaan berganda mereka pada kejohanan ini selepas melakukannya dalam kategori wanita.

Pasukan wanita mereka telah menghampakan wakil Sri Lanka, Colombo.

Pada perlawanan akhir kelmarin, Kuala Lumpur bermula bergaya apabila mendahului 38-22 pada babak pertama sebelum Punjab bangkit menguasai saingan pada babak kedua dengan perbezaan dua mata.

Begitupun, Kuala Lumpur tetap berbangga apabila kaptennya, Siva Krishnan berjaya memenangi dua anugerah individu iaitu Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik kejohanan.

Sementara itu, saingan kategori wanita menyaksikan penguasaan penuh pasukan Punjab apabila menang mudah 24-11 ke atas Colombo.

Pemain Punjab, Navneet K dipilih sebagai Pemain Terbaik dan Pertahanan Terbaik sementara rakannya, Parveen K muncul Penjaring Terbanyak kategori wanita.

Bagi penentuan tempat ketiga, Triconmalee dari Sri Lanka menewaskan Kuala Lumpur 87-14.
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18Rank: 18

Post on 20-2-2009 05:49 AM |All posts
Thursday February 19, 2009
More than 20 teams for kabaddi tourney

KUALA LUMPUR: More than 20 teams are expected to take part in the Rakan Muda Kabaddi Challenge on Feb 28 at the Dataran Remaja in Bukit Jalil.

In a move to encourage more teams to take part, the Kabaddi Association of Kuala Lumpur (KAKL) have decided to limit the number of players in each team to only eight from the usual 12.

KAKL vice-president M. Naraya-nasamy said this would allow teams to field their junior players, who otherwise do not get first team exposure.

KAKL, the organisers, have also included a womens knockout competition.

We want to encourage students to take part as it would be a good experience for them,
~ ~ what does not kill me only makes me stronger ~ ~
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 8-9-2009 03:43 AM |All posts
Bedong hos Kabaddi Remaja Asia
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM



DR. HAMDAN (dua dari kiri) dan Maniam menunjukkan kertas kerja
Kejohanan Kabaddi Remaja Asia di Alor Setar semalam.



SEJUMLAH 400 atlet dan pegawai dari 10 negara Asia akan berkampung di Bedong, Sungai Petani bagi menyertai Kejohanan Kabaddi Remaja Asia yang dijadual berlangsung selama empat hari mulai 24 September ini.

Kejohanan kali kedua itu akan dijalankan di Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST) University dan mempertandingkan dua kategori iaitu lelaki dan wanita dengan menawarkan dua pingat emas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan dan Penerangan Negeri Kedah, Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, selain Malaysia, negara yang sudah mengesahkan penyertaan setakat ini termasuk India, Thailand, Indonesia, Bangladesh, Iran, Jepun, Taiwan, Sri Lanka dan Pakistan.

Katanya, kejohanan ini dianjurkan bersama antara kerajaan negeri, Persatuan Kabbadi Malaysia, Persatuan Kabbadi Asia dan Persatuan Kabbadi Kedah.

"Kabaddi merupakan sukan tradisional bagi masyarakat India, namun ia sudah disertai oleh kaum lain dan telah terbukti menerusi penubuhan Persatuan Kabaddi di Kelantan dan Terengganu," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.

Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri, Syed Khairul Anuar dan Timbalan Presiden Kabaddi Malaysia, Maniam Manikkam.
Majlis perasmian kejohanan itu dijadual disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 25 September ini manakala majlis penutupan oleh Presiden Kabaddi Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 27 September.

" Penganjur turut merancang mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk para peserta pada 25 September dan mereka akan disajikan dengan juadah tradisional," katanya.

Dalam pada itu, Maniam memberitahu, juara kejohanan lalu yang berlangsung di Doha iaitu India merupakan pasukan hebat diikuti Iran dan Pakistan.

Katanya, pasukan negara tidak meletakkan sasaran tinggi, sebaliknya mengharapkan sekurang-kurangnya satu pingat.
"Kejohanan ini menjadi medan kepada atlet untuk menimba pengalaman bersaing dengan atlet luar yang hebat dalam sukan kabaddi," katanya.
YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 10-9-2009 02:57 PM |All posts
nampak macam galah panjang jer...suka main time kecik2 dulu..
Beyonce ft Jay Z-Drunk In Love
Katy Perry ft Juicy J-Dark Horse
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 14-9-2009 03:15 PM |All posts
kabadi ni best, dulu masa kecik2, rajin main kabadi ngan rakan2.
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 2-4-2010 08:53 PM |All posts
02 April, 2010

Kenangan Manis Murugiah Bermain Kabaddi

Oleh Ravindran Duraisamy

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Senator T.Murugiah adalah peminat acara kabbadi, sukan tradisional India yang bukan sahaja membantu beliau untuk membina badan malahan menyalur pengajaran baik dalam kehidupan.

Anak kepada penoreh getah ini yang telah maju dengan baik dalam hidup dan kini memperjuangkan nasib politiknya berkongsi pengalamannya dengan Bernama mengenai penglibatan beliau dalam permainan ini sebagai 'budak estet'.

Pengalaman yang diceritakan oleh ahli politik yang berazam tinggi ini akan sukan yang memerlukan kemahiran dan kuasa mirip kepada kisah sebuah filem Tamil baru-baru ini "Venilla Kabbadi Kulu" yang mana sekumpulan pemain kabbadi dari sebuah kampung pedalaman menempuh pelbagai dugaan sebelum berjaya.

Walaupun tidak lagi bermain kabbadi, beliau masih menghargai kenangan silam bermain atau mengatur perlawanan kabbadi.

PERMAINAN YANG MUDAH

Murugiah, 46, yang dilahirkan di Temerloh Estate, Bukit Gantang, Taiping mula bermain kabaddi semasa belajar di sekolah rendah Tamil di estet yang sama.

"Kabaddi pada masa itu hanya membabitkan budak lelaki dan pemain bermain di atas gelanggang tanah. Para pemain hanya memakai seluar pendek dan lazimnya menanggalkan baju. Ia permainan yang bercirikan habuk dan peluh dengan kesemua pemain berkaki ayam. Kami tidak serius dengan peraturan dan bermain untuk berseronok sahaja dan bukan untuk menang".

"Ia lebih demi kemeriahan dan aksi. Kami hanya mahu berseronok dan tidak kisah siapa yang menang."

Beliau berkata pemain kabaddi di estet itu sebagai golongan cergas khasnya apabila mereka terpaksa berjalan kaki 2km setiap hari dari rumah ke sekolah.

Semasa belajar di sekolah menengah, yang mana Murugiah serta rakan-rakannya terpaksa berbasikal lebih kurang 20 km ke Sekolah Menengah Tat Beng di Sg.Nyior, Taiping, beliau mula menceburi permainan itu dengan serius.

"Berbasikal 40 km setiap hari menjadikan kami lebih kuat dan pasukan kabbadi estet kami hebat. Kami menewaskan banyak pasukan popular pada masa itu," jelas Murugiah.

KABADI ACARA MERIAH DI ESTET

Hujung minggu dan cuti umum adalah masa bagi permainan kabaddi dengan pasukan dari luar datang ke Temerloh Estate. Berpuluh-puluh basikal usang milik pemain dan peminat boleh dilihat dekat gelanggang perlawanan.

Memandangkan permainan ini meletihkan daripada segi fizikal dan mental, para pemain cepat letih dan perlu minum banyak. Tetapi ini bukan mudah seperti pada hari ini.

"Semasa itu air daripada pili disediakan dalam baldi yang kebiasaannya diperbuat daripada logam. Cawan atau gelas bukan mudah diperoleh dan jikapun ada ia biasanya tidak mencukupi dan pemain perlu berkongsi. Bukan seperti sekarang di mana pemain mendapat air botol yang bersih disusun dengan kemas dalam kotak."

"Saya juga ada kalanya membuat sirap ros. Rakan-rakan akan memecahkan blok air batu menggunakan tukul dan memasukannya dalam air sirap.

Ada kalanya, beberapa pekerja estet akan membantu memetik kelapa untuk dijadikan minuman bagi pemain. Setiap pasukan akan menerima beberapa biji dan pemain akan berkongsi kelapa itu. Beliau masih ingat bagaimana pemain minum terus dari kelapa hinggakan air kelapa tumpah di muka dan badan.

Murugiah juga masih ingat yang ayahnya Thopasamy juga meminati kabaddi dan banyak kali telah membantu beliau mengatur perlawanan, termasuk menyediakan kelapa untuk pemain.

"Lazimnya permainan kabbadi ini akan berterusan sehingga petang dan apabila tamat pemilik basikal-basikal usang ini akan meninggalkan estet. Kami selepas itu akan menunggu kedatangan cuti sekolah atau awam berikutnya untuk bermain kabaddi," kata Murugiah bekas ketua pemuda PPP.

"Perlawanan berakhir tetapi keseronokan berterusan. Ada yang akan terjun ke dalam anak sungai berdekatan untuk menyejukkan badan. Ada juga yang akan bermain kabaddi dalam air dan mencetuskan keadaan riuh. Banyak aktiviti berlaku dalam air, ada kalanya pemain senior membuli yang lebih muda. Ia begitu seronok."

SELAMAT TINGGAL KABADI ESTET

Selepas menamatkan tingkatan tiga pada 1979, Murugiah menyertai pasukan polis dan pembabitan beliau dalam kabbadi mula berkurangan. Bagaimanapun, peranan Murugiah dan rakan-rakan sebayanya di Temerloh Estate diambil alih oleh barisan remaja berikutnya.

Pembabitan beliau dalam permainan ini bukan sahaja membantu meningkatkan daya tahan fizikal yang banyak membantu semasa beliau menyertai pasukan polis tetapi juga membolehkan beliau menjalin persahabatan di dalam dan luar estet itu.

Bagi Murugiah, kabbadi lebih daripada permainan. Ia mengenai kecekalan dan peluang interaksi dengan mereka yang lain, dua ciri berguna yang banyak membantu dalam kerjaya politik beliau. Murugiah yang berasal dari keluarga sederhana meningkat maju dalam hidup sehingga menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Hari ini, beliau gembira kerana sukan yang diminatinya itu menjadi acara di semua negeri dan disenaraikan sebagai acara pertandingan pada Sukma 2010 - terima kasih kepada Persatuan Kabaddi Malaysia (KAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Saya sangat gembira kerana sukan Kabaddi, yang dikenali sebagai 'sadukudu' semasa zaman sekolah rendah saya kini menarik minat pelbagai kaum dan negara," katanya.

Oleh kerana sukan ini dekat di hatinya, Murugiah berbesar hati merasmikan Kejohanan Kabaddi Piala Presiden yang berlangsung di sini pada Februari lepas. Kabaddi membawa seribu kenangan manis bagi Murugiah.

-- BERNAMA
1

View rating log

YES! I AM AWESOME. Move along now.
And your crybaby, whiney-assed opinion would be......?
I'm not ignoring you. I just don't give a shit.
Reply

Props Report

Post on 25-9-2010 10:07 AM |All posts
kabaddi ni sukan popular ke?
dru*hell
Reply

Props Report

You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 3-9-2014 05:15 AM , Processed in 0.163665 second(s), 26 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top